Ketuat memang sangat menyakitkan. Bukan sahaja ia membuatkan kita rasa tidak selesa dek kerana rasa sakit pada bahagian yang ditumbuhi ketuat tetapi dalam masa yang sama boleh membuat keyakinan diri kita ‘merudum.’ Apa tidaknya, jika ketuat tumbuh di tangan, tentulah rasa segan apabila hendak bersalaman dengan orang lain. Hilangkan dengan cara mudah, guna cuka apple cider dan vaseline sahaja!
Berikut perkongsian yang dipetik dari Facebook Koleksi Resepi Terbaik Untuk Keluarga Anda tentang cara-cara merawat ketuat menggunakan ramuan cara DIY. Mungkin ramai yang pernah mengalami masalah ketuat. Ada yang di kaki, ada yang di tangan. Macam mana pun, ketuat ni memang menyemak dan anda pasti lagi suka kalau ia hilang betul tak?
Ketuat berpunca daripada virus HPV. Kebanyakan orang memang menjadi pembawa kepada virus ini. Tak semua orang akan mendapat ketuat, tetapi sesetengah orang yang badannya tak dapat memendam kegiatan virus ini akan mendapat ketuat.
BAGAIMANA HENDAK HAPUSKAN KETUAT?
Ketuat mempunyai “akar” yang mana akar ini jika tidak dihapuskan, akan membolehkan ketuat tumbuh kembali. Kita perlu memusnahkan akar ketuat supaya ketuat tidak datang kembali.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENGHILANGKAN KETUAT:
IKLAN
1. Cuka epal – Ini bahan aktif yang akan membunuh ketuat. Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tak ada Apple Cider Vinegar boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic vinegar pun boleh tapi mahal.
2. Kapas – Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan.
3. Plaster atau Duck Tape – Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.
4. Vaseline – Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung dari tindakbalas cuka.
IKLAN
LIHAT KESAN DARIPADA SAPUAN RAMUAN INI:
IKLAN
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber kredit: Koleksi Resepi Terbaik Untuk Keluarga Anda
Sejak tampil dengan imej baharu, iaitu mengenakan hijab setelah pulang dari mengerjakan ibadah haji bersama suami tercinta pada Oktober lalu.
Pelakon jelita, Nelydia Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen sering menjadi sorotan netizen.
Baru-baru ini, isteri kepada ahli perniagaan Muhd Hafez Halimi itu sekali lagi mencuri perhatian netizen menerusi penampilan yang memukau pada hari ulangtahun kelahiran dan majlis kesyukuran Nelydia Senrose.
Imej Sopan Dan Manis Berhijab Nelydia Senrose Jadi Bualan
Perkara itu dapat dilihat menerusi ruangan Instagram miliknya apabila, Nelydia sering berkongsi foto-foto dirinya yang tampil dengan imej sopan dan berhijab itu menerima ribuan tanda suka daripada peminat mahupun rakan selebriti.
Terbaharu, satu muatnaik video dilaman Tik Tok oleh seorang jurusolek yang berkongsikan momen beliau menatarias wajah Nelydia Senrose, sehingga menaikkan lagi seri wajahnya itu tular di laman sosial berkenaan.
Tanpa ‘Filter’ Memang Cantik Semulajadi!
Kejelitaan dan kecantikan wajah Nelydia setelah ditatarias tanpa menggunakkan sebarang filter dalam video berkenaan berjaya membuatkan peminat dan warganet terpukau dengan kecantikan yang dimiliki.
Ini demikian kerana, seorang individu sempat meminta video atau gambar pelakon jelita itu tanpa menggunakan sebarang filter.
Namun apa yang lebih menarik perhatian warganet adalah pendedahan dari jurusolek itu sendiri bahawa video yang diambil itu adalah video asal tanpa penggunaan sebarang filter.
‘Ni takde filter sis’
Malah, terdapat juga dikalangan netizen yang berpendapat bahawa wajah Nelydia begitu manis dan lembut sehingga tidak jemu mata memandang.
‘Antara artis yang sangat sangat cantik, tak jemu mata memandang’
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati kebanyakan wargamaya memberikan tumpuan terhadap kecantikan Nelydia Senrose sekaligus membanjiri ruangan komen dengan pelbagai puji-pujian.
Setiap individu tidak kira lelaki atau wanita pasti mahu tampil cantik, kacak dan menawan. Cantik itu juga sebenarnya satu seni. Erti cantik bagi setiap individu berbeza. Pada anda mungkin wanita yang memiliki kulit putih itu cantik tetapi mungkin tidak bagi pandangan rakan anda.
Semua orang berhak untuk berasa cantik. Jadi, sebelum memulakan rejim kecantikan diri, jom ikut 15 formula cantik khusus untuk anda. Cantik tidak bermakna anda perlu tampil sempurna sepanjang masa. Tidak salag untuk menjaga anugerah yang dikurniakan Allah dengan sebaiknya.
1. Kuasa Pelembap
Tahukah anda bahawa penggunaan pelembap wajah yang kerap membantu mencerahkan kulit di samping membuat wajah anda bersinar sepanjang hari. Jangan lupa untuk menyapu pelembap pada wajah sebelum keluar rumah ya!
2. Sikat Rambut
Setiap kali anda menyikat rambut, ia akan membawa segala kotoran, minyak, kulit mati dan kelemumur. Oleh itu, anda perlu membersihkan sikat rambut menggunakan air suam bersama syampu atau sabun dan rendamnya selama 10 minit. Barulah rambut anda sihat dan bebas dari kotoran.
3. Manfaat Gula
Gula mampu menghaluskan tumit kaki yang pecah-pecah. Caranya, campurkan dua sudu makan gula pasir kasar dan satu sudu teh minyak zaitun. Campurkan sehingga likat kemudian gosokkan pada bahagian kaki terutamanya tumit anda. Biarkan selama 15 minit dan cuci menggunakan air suam.
4. Rawat Kulit Anda
Rawatan kulit penting untuk mendapatkan kulit yang sihat. Apakah ciri kulit yang sihat? Ia sentiasa segar, bercahaya, anjal, mulus, lembut dan cerah. Malah, ia juga memiliki kelembapan secukupnya dan mempunyai kedutan yang sesuai dengan usia anda.
5. Bahaya Air Panas
Air panas yang terkena pada kulit akan membuatkan kulit menjadi kering. Malah, rambut juga mudah rapuh dan gugur. Jika mahu mandi menggunakan air panas, pastikan anda bilas rambut dengan air sejuk untuk mengelakkan rambut rapuh. Air panas mampu mengeringkan pori rambut dan akhirnya merosakkan akar rambut.
6. Bedak Bayi
Sebelum memakai maskara, oleskan bedak bayi telebih dahulu pada bulu mata anda menghasilkan bulu mata yang lebih tebal. Dengan bedak bayi, anda boleh mendapatkan bulu mata yang tebal dan lentik.
7. Urutan Wajah
Facial massage atau urutan wajah sangat baik untuk menjaga kecantikan kulit wajah. Dengan rutin ini, kulit wajah anda akan jadi lebih relaks dan anjal.
8. Cuka Epal
Percaya atau tidak, cuka epal dikatakan mampu mencerah dan memutihkan kulit anda. Anda hanya perlu campurkan beberapa camca sudu cuka epal dengan air hangat. Kemudian, sapukan pada seluruh wajah, biarkan selama 30 minit dan bilas. Cubalah!
9. Olahraga
Anda mempunyai masalah kulit seperti jerawat atau bekas jerawat? Apa kata cuba luangkan masa untuk melakukan olahraga. Ketika kulit anda berpeluh, pori-pori akan terbuka dan peluh akan mengeluarkan racun serta kotoran pada kulit. Hasilnya, kulit akan kelihatan bersih, halus dan masalah jerawat juga mula berkurangan.
10. Khasiat Minyak Kelapa
Minyak kelapa berfungsi untuk menyembuhkan pelbagai jenis masalah kulit termasuklah jerawat. Minyak kelapa alami mengandungi dua elemen penting untuk menyembuhkan jerawat iaitu lauric acid dan capric acid. Kedua-dua elemen ini secara natural berperanan sebagai anti-bakteria dan sangat efektif dalam membasmi bakteria pada jerawat.
11. Hindari Berkongsi Alat Solek
Anda tidak digalakkan untuk berkongsi alat solekan kerana ia akan menyebabkan anda turut berkongsi bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan atau masalah kulit. Jadi, elakkan meminjam sebarang alat solek jika anda tidak mahu berkongsi kuman.
12. Jus Lemon
Selain berfungsi sebagai minuman, jus lemon juga dikatakan mampu membantu mencerahkan kulit. Namun begitu, jangan terlupa bahawa jus lemon yang terkena pada kulit dalam jangka masa yang lama boleh memberi implikasi yang tidak baik untuk kulit ia boleh menyebabkan kulit kerengsaan dan kekeringan.
13. Minyak Zaitun
Jika sebelum ini anda menggunakan minyak zaitun untuk memasak, jangan terkejut kerana minyak zaitun juga turut digunakan untuk kecantikan. Minyak zaitun mengandungi vitamin E, vitamin A, mineral dan lemak baik. Ia mampu membuatkan kulit anda tampak lebih muda serta menjaga kelembapan dan kelembutan kulit.
14. Cuci Muka
Ada fakta menyatakan bahawa kerap mencuci muka adalah lebih baik. Sebenarnya, kerap mencuci muka boleh menyebabkan kekeringan dalam jangka masa yang panjang. Pencucian wajah yang betul adalah dua kali sehari iaitu pada waktu siang dan malam. Ia cukup untuk mendapatkan kulit yang sihat.
15. Bunga Matahari
Bunga matahari sangat popular untuk tujuan perubatan dan kecantikan. Bijinya mempunyai antioksidan dan vitamin E yang membantu memulihkan cela, luka-luka kecil dan kesan terbakar pada wajah. Minyak bunga matahari pula berfungsi untuk menyihatkan struktur rambut.
Hydrating toner berfungsi untuk melembapkan wajah. Selain melembapkan, hydrating toner juga berfungsi untuk mengembalikan keseimbangan pH semula jadi kulit sambil menyegarkan kulit wajah.
Seperti namanya, hydrating toner berfungsi untuk menghidrat kulit. Setiap kali anda mencuci kulit wajah, kulit anda biasanya akan terasa kering. Itulah sebabnya anda memerlukan hydrating toner agar kulit anda kembali terhidrat dan menyeimbangkan semula PH kulit.
Hydrating toner mengandungi asid hyaluronik, gliserin, dan natrium PCA. Hydrating toner berbeza dengan exfoliating toner. Exfoliating toner adalah produk yang digunakan untuk selepas membersihkan wajah. Fungsinya adalah untuk membuang sel-sel kulit mati dari wajah dan membersihkan pori-pori yang tersumbat sehingga wajah anda tetap cerah dan bersih.
Berikut pilihan hydrating toner yang boleh anda pilih seperti yang dikongsi oleh Iman Abdul Rahim di laman Twitternya.
KULIT RASA BETUL-BETUL TERHIDRAT
SESUAI UNTUK KULIT BERMINYAK
BOLEH PILIH YANG ADA EO ATAU TIADA EO
TIADA ALKOHOL DAN WANGIAN
SESUAI BUAT MEREKA YANG MEMILIKI KULIT YANG TIDAK BOLEH BERTOLERANSI DENGAN HYALURONIC ACID
TEKSTUR AGAK PEKAT
MENGHIDRAT DAN MENENANGKAN KULIT WAJAH
SESUAI UNTUK MEREKA YANG BERKULIT KERING
MEMBERIKAN SENSASI YANG MENENANGKAN DAN RINGAN APABILA DIAPLIKASI PADA KULIT WAJAH
HIJABISTA: Apa-apa juga produk perawatan wajah yang ingin dipakai mestilah sesuai dengan jenis kulit anda. Tidak semua produk yang berkesan pada individu lain sesuai dengan anda. Oleh itu kesannya amat berbeza-beza.
Malah, sejak mendirikan rumah tangga dan melayari bahtera perkahwinan sebagai sepasang suami isteri, rupa paras dan penampilan suri hati kepada Datuk Abdul Latif Romly ini dilihat semakin menawan dan kian terserlah kejelitaan wanita berusia 25 tahun ini.