Setelah hampir dua tahun berjuang melawan penyakit kanser servik, akhirnya penyanyi yang popular sekitar 90-an dan pernah mencetus kontroversi telah menemui Penciptanya. Azreen atau nama sebenarnya Azrina Abdul Manan yang selama ini menderita kanser berkenaan tahap empat mengembuskan nafas terakhirnya di Institut Kanser Negara (IKN) pada jam 1.06 petang tadi. Walaupun pernah menjalani pembedahan membuang ovari, namun penyakit berkenaan menyerang kembali awal tahun lalu selepas mengadu sakit di bahagian kaki.
Sejak berita dia yang menjalani rawatan di IKN, ramai rakan artis terutama seangkatan dengannya menziarahi di IKN. Masing-masing memberikan sokongan dan semangat padanya untuk terus kuat melawan penyakit dideritainya itu.
Namun Tuhan lebih menyayanginya dan meninggalkan semua insan-insan yang menyayangi dia selama ini.
Ternyata kehilangannya itu mendapat simpati pelbagai pihak termasuk rakan artis. Ramai yang mengucapkan takziah dengan menulis posting di laman sosial masing-masing.
Salah seorang adalah pelakon dan penyanyi Erra Fazira yang memberitahu Azreen yang dipanggil adinda telah kembali menemui Sang Pencipta.
Erra juga turut menyatakan kekesalannya kerana tidak sempat menziarah di saat-saat akhir hayat Azreen.
Sebagai seorang teman, Erra menitipkan doa agar Tuhan mengampuni dosa Azreen selama hayatnya. Dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang soleh dan solehah.
Menurut Erra, pemergian arwah sangat dirasai kerana mengenali Azreen dia seorang yang ramah, manja dan disayangi ramai. Erra turut mendoakan agar Azreen tenang di sana dan segala kenangan manis antara mereka akan disimpan hingga ke akhir hayat.
Dalam postingnya juga, Era turut berkata kembalinya Azreen ke pangkuan Illahi bermakna hilang sudah segala penderitaan yang ditanggung di dunia sementara ini. Malah Azreen kini berada di tempat yang abadi menemui Yang Maha Esa.
Tidak lupa diakhir bicaranya, Erra menyeru kepada netizen untuk sama-sama menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada almarhumah Azreen Manan.
Posting Erra ini mendapat reaksi dari followernya. Masing-masing turut mengucapkan takziah dan berdoa semoga segala dosa arwah diampunkan oleh Allah.
misroziehjishak innalillahhiwainalillahirojion.. alfatihah dan salam takziah
suezzan Tiada yg kekal di dunia yg fana ini melainkan Allah SWT…semoga roh aruah ditempatkan bersama2 insan solehah kekasih Allah SWT..amin
maznahchewan Al fatihah..moga roh nye dtempatkan dengan orang2 yg beriman…Aamiin
Sebelum itu, dalam posting yang lain ada dilihat Erra antara rakan artis yang menziarahi Azreen di IKN bersama pelakon Ummi Aida dan Betty Banafe. Menurut pelakon jelita ini dia berkenalan dengan Azreen sejak zaman kanak-kanak lagi.
Ini kerana ibu mereka berdua berkawan baik ketika itu. Erra memberitahu dia menyayangi Azreen yang juga dipanggil Erin seperti adiknya sendiri. Mereka baik dan nakal bersama, malah pernah kena pukul bersama.
Dan apabila salah seorang daripada mereka berpindah masing-masing telah membawa haluan sendiri. Sejak itu keduanya tidak lagi berhubung dan akrab seperti dulu dan hanya mendengar berita di media atau rakan lain.
Dan apabila mendengar penyanyi yang pernah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Asia Bagus 1992 di Jepun, Erra terus menziarahinya kerana hati cukup luluh mendengar khabar Azreen yang tidak sihat.
Ketika bertemu sekitar Februari lalu, Erra teringin untuk mendakap erat Azreen tetapi ketika itu Erra sedar dia perlu kuat kerana ingin adiknya itu bersemangat dan bangkit melawan penyakitnya.
Kini adik yang disayangi telah dijemput Illahi dan Erra memang cukup terkesan dengan pemergian arwah.
Hijabista ucapkan takziah buat keluarga Azreen dan semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Setelah hampir 9 bulan pemergian blogger terkenal Shea Rasol yang meninggal dunia akibat kanser. Walaupun dia sudah lama pergi, namun ketiadaannya begitu dirasakan dan masih memberi impak kepada sahabat-sahabat yang begitu akrab dengannya. Baru-baru ini, salah seorang blogger yang juga teman arwah, tidak lupa mengucapkan selamat hari lahir buat Shea Rasol. Dia menulis posting itu lima hari lalu di laman instagramnya.
Menurut blogger yang dikenali dengan nama Zafirah Hanis ini berkata setahun sebelum itu dia ada meminta teman-teman semua mendoakan kesejahteraan Shea Rasol. Tetapi tahun ini situasinya cukup berbeza.
Dia memohon mereka yang mengenali arwah agar meluangkan masa seminit dua untuk menyedekah surah Al-Fatihah kepada sahabat yang disayanginya itu. Betapa dalam tempoh kehilangan arwah, dia begitu rindukan senyuman dan suara arwah, sifat humornya, pesona dirinya, kebijaksanaan dan segalanya yang dilakukan arwah bagi memudahkan semua urusan.
Betapa Zafirah Hanis tidak dapat melupakan sahabat baiknya itu. Dia masih rindukan teman yang kini sudah bertemu pencipta-Nya. Lantas untuk sambutan hari lahir ke 30 sahabat baiknya itu yang jatuh pada bulan Februari, dia tidak lupa menyedekah Al-Fatihah.
Teman-teman lain juga merindukan Shea Rasol dan masing-masing turut mengucapkan selamat hari lahir untuknya dan mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan insan yang beriman.
@bukansindarela Hb shea.. may allah bless you and put you into the highest place surrounded by angels. I miss her writing so much
@adramamama Alfatihah
@echenta To Allahyarhamah Shea, happy birthday dear
ayinkhan Alfathihah…. ? may she be among the pious always
Admin dapat rasakan betapa mulianya hari Zafirah yang masih tidak lupa mengucapkan selamat hari lahir pada temannya itu dengan cara berlainan. Tiada sambutan hari lahir di alam maya sebaliknya kiriman surah Al-Fatihah jadi peneman temannya yang telah tiada.
Shearasol meninggal dunia Jun tahun lepas akibat kanser setelah hampir beberapa bulan diuji sakit oleh Tuhan. Semasa hayatnya beliau antara penulis blogger terawal yang mencipta nama di alam maya.
Mempunyai follower tersendiri di laman sosial dan tulisannya berkenaan fesyen Muslimah menjadi inspirasi kepada hijabi muda. Malah sikapnya yang mudah mesra dan menyenangkan membuatkan dirinya disukai serta dikenali ramai.
Shea Rasol atau nama sebenarnya Farah Syahirah Rasol juga pernah beberapa kali bekerjasama dengan majalah Hijabista dan kami doakan semoga arwah Shea Rasol tenang di sana dan berada dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Apa? Pengguna Twitter kini kena bayar? Ramai yang keliru dengan perubahan yang dibuat oleh Elon Musk apabila dia memaklumkan pengguna laman sosial media itu perlu membuat bayaran tertentu.
Sebenarnya ramai tidak tahu caj yang dikenakan itu adalah bagi pengguna yang memiliki verification badge, di mana ia berfungsi untuk memastikan akaun pemilik itu adalah asli. Jadi ramai yang gusar tentang hal ini dan mungkin terlalu cepat membuat andaian.
Nak kekalkan verification badge kena bayar…
Tular baru-baru ini, pemilik kepada laman sosial media Twitter, Elon Musk, memaklumkan perancangan pelan yang bakal mengenakan bayaran sejumlah $19.99 (RM94.65) setiap bulan bagi langganan Twitter Blue baharu kepada pengguna.
Pelan terbaharu itu difahamkan bakal lancar tidak lama lagi dan pengguna perlu membayar bagi lencana pengesahan mereka (verification badge). Elon Musk telah maklumkan pelan itu telah termasuk pada perjanjian pembelian Twitter.
Kenapa perlu bayar? Telah dijelaskan bahawan bagi pengguna yang memiliki lencana pengesahan itu perlu lakukan sedemikian supaya mereka tidak kehilangannya kelak. Twitter Blue pula telah dilancarkan pada tahun lepas yang mengenakan bayaran bulanan sejumlah $4.99 (23.62) sebagai pengguna premium.
Apa yang istimewa adalah pengguna dapat mengakses ciri terbaharu seperti ikon aplikasi yang boleh diubah, kelebihan mengubah atau menanda tweet (tweet bookmark) dan ‘mod pembaca’ untuk melihat dengan lebih mudah urutan siaran (thread).
Aplikasi media sosial ini bakal menjadi yang pertama di Amerika Syarikat dalam melakukan perubahan seperti ini kerana kebanyakan platform media sosial menawarkan secara percuma. Dan ketika ini hanya Amerika, Kanada, Australia dan New Zealand yang akan bersedia untuk alami perubahan ini.
Semalam, segala penantian dan debaran para pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 telah berakhir apabila masing-masing menerima keputusan hasil penat lelah menuntut ilmu selama dua tahun.
Keputusan peperiksaan SPM yang diumumkan semalam, menyaksikan seramai 10,109 daripada 373,974 orang calon memperoleh keputusan cemerlang dengan meraih semua A dalam peperiksaan SPM tahun lalu.
Namun, kisah hijabi muda yang seorang ini berjaya menarik perhatian Hijabista apabila gadis ini berjaya mengekalkan momentum kecemerlangan meski menerima ujian berat dari Allah, kerana bapanya telah kembali ke rahmatullah sebulan sebelum beliau menduduki peperiksaan penting berkenaan.
Perkara berkenaan menjadi tular di laman sosial sebaik sahaja abang kepada hijabi berkenaan yang digelar sebagai Achik memuatnaik ciapan di laman Twitter, menzahirkan ucapan tahniah buat adiknya itu kerana berjaya memperoleh semua A (Straight A’s) dalam peperiksaan.
Malah, apa yang lebih menggembirakan apabila Achik turut dinobatkan sebagai pelajar cemerlang SPM 2022 di sekolahnya.
Alhamdulillah, Achik berjaya meraih Straight A (7A+ 2A) dalam keputusan SPM 2022 dan mendapat anugerah pelajar terbaik SMSAH.
Abah meninggal sebulan sebelum Achik jawab SPM. Dia terpaksa menempuh ujian besar ini dalam kedukaan.
“Alhamdulillah, Achik berjaya meraih keseluruhan A dalam keputusan SPM 2022 dan mendapat anugerah pelajar terbaik Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH).
“Abah meninggal sebulan sebelum Achik jawab SPM. Dia terpaksa menempuh ujian besar ini dalam kedukaan.
“Bagaimanapun, pada hari ini Achik membuktikan bahawa dia mampu meraih kejayaan. Dan dia menang. Abah pasti akan bangga dengannya,” tulisnya dalam satu ciapan ringkas di Twitter.
Setakar artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah dibaca seramai 39.5 ribu orang dengan 995 tanda suka dan diulang ciap sebanyak 99 kali.
Semoga kejayaan Achik menjadi inspirasi dan pembakar semangat buat Hijabista di luar sana yang bakan mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini.
Hijabista mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Hijabi yang mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan SPM 2022! Teruskan kecemerlangan anda dan menjadi inspirasi kepada Hijabi lain.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...