Pelakon dan penyanyi Janna Nick berkongsi tips dan rutin yang dilakukannya agar dia dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik dan tenang.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Janna atau Nurul Jannah Muner, 29, berkata dia akan memulakan paginya dengan melakukan aktiviti kecergasan.
“Start your day with a morning exercise.
“Kalau ada rasa tak best, moody tak tentu pasal, stress and down, exercise lah sebab it will help you release endorphins and stimulate various brain chemicals. (Natural painkillers and modd elevators),” tulis Janna di ruangan kapsyen.
“Kalau tanya macam mana saya kekal gembira dan dapat kawal emosi walaupun ada mental illness, jawapannya adalah.. live an active life and eat healthy,” tulis Janna lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Terbeban dengan kerja yang banyak setiap hari menyebabkan kita mahukan ruang privasi untuk diri sendiri sambil merehatkan minda. Dan pastinya percutian cara terbaik untuk mengembalikan semula energi sebelum kembali bertugas. Sebagai hijabi yang mementingkan gaya serta penampilan, pastinya akan memilih busana bersesuaian sepanjang percutian berkenaan. Maklumlah walaupun bercuti, aktiviti di media sosial tidak akan terhenti malah inilah masa merakamkan OOTD paling best, apatah lagi jika bersama teman-teman.
Jika buntu mencari gaya bersesuain, apa kata kita lihat OOTD beberapa selebriti yang gemar bercuti dan lihat apa pakaian disarung untuk lebih keselesaan.
Antara selebriti yang dilihat rajin pergi bercuti seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Neelofa, Elfira dan Mira Filzah dan mereka ini dilihat lebih senang memilih pakaian santai sepanjang mood percutian is onzz.
Padanan kardigan memberikan keselesaan buat ibu kepada Siti Aafiyah bergerak aktif.
Gaya cukup stailo dilengkap aksesori seperti beg, kaca mata dan kasut bersesuaian.
Mainan rona kuning menyerlahkan gaya pelakon dan pengacara popular ini.
Tanpa dress yang sering digayakan, cukup sekadar menyarung jean dan jaket tika bercuti.
Pelakon Lelaki Kiriman Tuhan ini memang sangat bijak mix & match busana digayakan.
Apa salahnya menyarung suit ketika bercuti, lain daripada yang lain bukan?
Terserlah gaya remaja penyanyi Cumi-Cumi dengan pemakaian aksesori di telinga.
Santun dalam busana longgar yang memang jadi trademark Mizz Nina.
Isteri kesayangan Engku Emran ini juga senang memilih busana longgar.
Sisthur yang satu ini bijak memilih persalinan sesuai untuk aktiviti lasak sewaktu bercuti ke Dubai.
Gemar menyarung hijab bawal untuk lebih keselesaan.
So stylo dengan topi bagi penyanyi yang mencipta nama di luar negara tika bercuti.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Menurut istilah fikah, aurat ialah bahagian tubuh badan yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan. Dinamakan aurat kerana mendedahkan dan melihatnya adalah sesuatu yang tercela.
Aurat ialah bahagian yang menjadi aib pada tubuh badan yang wajib ditutup dan haram dilihat oleh orang lain. Memakai pakaian yang menutup aurat ketika mengerjakan solat menjadi syarat solat diterima oleh Allah SWT.
Bagi lelaki, aurat yang wajib ditutup ialah kawasan di antara pusat dan lutut. Aurat perempuan pula meliputi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Aurat berasal daripada perkataan Arab, “عورة” yang bermaksud keaiban.
Allah berfirman:
Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya; yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Walaupun tidak datang nas dalam al-Quran yang menghadkan aurat lelaki dan memerintahkannya menutupnya, namun harus difahami akan perintah kepada wanita agar tidak melihat aurat lelaki kerana pada bahagian tubuh lelaki tetap ada tempat yang tidak boleh dilihat.
Ia juga adalah aurat yang harus ditutup daripada pandangan orang lain.
Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut dan demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian
– Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi
Menurut mazhab Syafi’e aurat lelaki sesama lelaki dan perempuan dengan perempuan adalah di antara pusat hingga lutut sahaja.
Bagi menerangkan tentang aurat wanita ini, ada beberapa keadaan yang perlu difahami oleh setiap orang. Ini kerana setiap keadaan akan memberikan hukum yang berbeza.
Keadaan-keadaan tersebut adalah seperti di bawah?
Aurat wanita ketika solat adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Wanita boleh bersolat tanpa memakai telekung solat, asalkan pakaian yang dipakainya menutup aurat dan boleh untuk bersolat.
Asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah di antara pusat dan lutut. Walau bagaimanapun, menutup bahagian-bahagian tertentu badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri adalah lebih baik dan dapat menjaga maruah. Justeru, sebaik-baiknya berpakaian sempurna walaupun bersama mahram. Seorang wanita harus berasa malu dan hormat pada mahramnya, terutama kepada ayah, abang dan adik lelaki.
Aurat wanita dengan suaminya ialah tidak ada batas. Tidak ada sebarang hijab di antara suami dan isteri. Jika sebelum bernikah mereka dibatasi dan diperintah menutup aurat supaya dapat mencegah fitnah dan masalah, maka setelah dinikahkan dengan sah, mereka tidak mempunyai batas antara satu sama lain lagi.
Aurat perempuan kepada lelaki yang bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangannya.
Firman Allah SWT dalam surah an-nur:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepada mereka
– An Nur 24:31
Sayidatina Aisyah r. anha pernah menceritakan bahawa pada suatu hari kakaknya iaitu Asma’ binti Abu Bakar r. anha datang sedangkan dia berpakaian nipis (jarang).
Rasulullah SAW terus berpaling muka dan bersabda:
Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini. (Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya)
Sesetengah ilmuwan dari pandangan mazhab lain berpendapat suara wanita juga adalah aurat. Namun yang jelas mazhab Shafie yang menjadi ikutan majoriti umat Islam di negara Asia tidak meletakkan bahawa suara wanita adalah aurat.
Tidak ada dalil al-Quran serta al-hadis mengatakan bahawa suara wanita itu aurat. Mazhab syafie dan lain-lain berpendapat bahawa suara perempuan adalah bukan aurat kerana perempuan boleh berjual beli dan memberi keterangan sebagai saksi di hadapan hakim.
Selain itu Isteri-isteri nabi SAW ada yang meriwayat hadis dan mereka juga bercakap-cakap dengan lelaki sedangkan diantara mereka itu terdapat lelaki yang bukan mahramnya.
Wanita boleh memakai apa sahaja pakaian, asalkan pakaian tersebut mengikut peraturan yang sudah ditetapkan oleh Islam. Sebagai seorang wanita yang mempunyai harga diri dan maruah yang tinggi, mereka seharusnya belajar dan mengetahui cara sebenar menutup aurat.
Mahram bagi wanita adalah mereka yang boleh memandangnya, berdua dengannya, melakukan safar (perjalanan) bersama, diharamkan bernikah dengannya untuk selamanya dengan sebab fitrah yang menjadikannya mahram.
Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum menutup aurat.Bagi mereka yang belum mampu dan belum mahu walaupun telah tahu, maka carilah dorongan, peringatan dan panduan untuk mendidik diri agar dapat melawan kedegilan nafsu bagi mematuhi perintah Allah.
Kebiasaannya amalan mandi bunga sering dilakukan untuk membuang bala, menaikkan semangat serta mempercepatkan jodoh. Mungkin atas alasan ini maka ada yang mempraktikkan mandi bunga sebagai ikhtiar untuk mendapat jodoh.
Mengikut ajaran agama Islam, ia dikatakan boleh memesongkan akidah seseorang. Namun begitu dari segi saintifik, ia dilihat sebagai sesuatu yang baik. Menurut Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, mandi bunga dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia kembali segar disebabkan oleh khasiat yang terdapat di dalam bunga yang digunakan terserap ke dalam tubuh badan.
Sebenarnya mandi bunga tanpa berniat yang boleh memesongkan diri daripada ajaran agama membawa banyak faedah. Seperti yang kita ketahui bahawa bunga dikatakan sebagai penyerap tenaga matahari yang terbaik. Secara tidak langsung kebaikannya akan 'ditempiaskan' kepada pengamal mandi bunga.
Boleh sahaja mandi bunga tetapi janganlah kita berjumpa dengan orang yang mengamalkan ritual lalu meminta dia memandikan kita. Sebaliknya kita boleh sahaja mandi sendiri dengan niat untuk mendapat manfaat kesihatan daripada unsur-unsur kebaikan yang ada pada bunga-bungaan tersebut.
Jangan sesekali mandi bunga dengan niat untuk cepat jodoh kerana dikhuatiri boleh terpesong niat tersebut sehingga menjadi syirik. Percaya kepada kuasa seseorang sehingga meminta orang itu memandikan kita dengan air bunga boleh menjadi khurafat.
Islam telah menganjurkan kita untuk berusaha memudahkan jodoh dengan cara berdoa, solat istikharah dan solat hajat. Itulah yang sebaiknya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.