Sebelum ini, hasrat penyanyi dan pelakon Janna Nick mengenai isu pembinaan pusat tahfiz dipertikai ramai pihak susulan sumber yang dikatakan haram menerusi pembabitannya dalam bidang seni.
Mengakui sedikit terkesan dengan komen-komen negatif tersebut, namun Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 27, tetap terus kental meneruskan pembinaan tersebut yang terletak di kampung halamannya di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.
Meski Terima Kecaman, Janna Mahu Teruskan Usaha Murni Bina Pusat Tahfiz!
“Saya ingin jelaskan di sini yang menggerakkan usaha ini adalah Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Masjid Kampung Bukit Kechil, Simpor yang majoritinya adalah saudara-mara saya.
“Bapa saudara saya imam di situ. Kalau ada keraguan dalam perkara ini, saya hanya bertindak sebagai jurucakap menyampaikan hasrat orang kampung untuk tubuhkan tahfiz.
“Kalau orang nak menidakkan kata halal atau haram, tujuan saya menggunakan platform yang ada ke arah kebaikan. Terpulang orang nak terima cara bagaimana,” katanya.
Menurut pelantun lagu Gatal ini, dia menanam impian untuk membantu penduduk di Kedah pula selepas ini sekiranya projek tahfiz ini berjaya dilaksanakan.
“Sebenarnya tahfiz dah ada di masjid ini. Namun sekarang kelas dibuat di masjid. Tujuan kami nak besarkan untuk bagi peluang lebih ramai yang masuk.
Ads
Tak Hanya Fokus Bantu Tahfiz, Janna Mahu Bantu Rumah Anak Yatim & Kompleks Orang Kampung
“Kami bukan sasarkan tahfiz semata-mata, tapi ada rumah anak yatim, kompleks untuk kegunaan orang kampung seperti dewan dan sebagainya.
“Itu kehendak dan persetujuan orang ramai. Saya sebagai wakil dari kampung sendiri tempat saya membesar, mengapa tidak saya bantu mereka.
Ads
“”Sebabnya saya tahu mereka dah dua tahun kumpul dana, tapi gagal akibat pandemik Covid-19. Semua orang turut terkesan.
“Itu sahaja yang saya boleh bantu. Saya buat dengan skala kecil demi kampung sendiri. Kalau berjaya, saya nak buat untuk bantu negeri kelahiran pula,” katanya lagi.
Menunaikan solat sememangnya kewajipan setiap manusia yang bergelar muslim.Tidak kiralah betapa sibuknya kita dalam kehidupan seharian, solat itu tetap wajib untuk kita tunaikan.
Kadang kala sebagai manusia pastinya kita sedikit alpa dan lalai dengan kehidupan duniawi sehingga mengabaikan ibadah wajib ini. Tak boleh begitu sis. Ambillah contoh budaya kerja di Prof Muhaya Eye & LASIK Centre yang tetap mengutamakan solat walau sesibuk mana seseorang itu di tempat kerja.
Sememangnya Tuhanlah pemberi rezeki kepada kita. Tak perlu risau mengenai kerja duniawi yang tidak akan pernah habis, sebaliknya kita haruslah sujud kepadaNya kerana tanpa keredhaan-Nya, kita akan menjadi manusia yang sentiasa berada dalam kerugian.
Betapa kita tidak tahu bila maut itu akan menjemput. Semuanya adalah urusan Allah SWT. Seperti perkongsian lelaki ini Shukur Yusuf di laman sosial facebook yang mencoretkan sesuatu buat adiknya Fatin Nursyahirah yang merupakan pesakit kanser tahap tiga. Namun sebelum dia pergi menghadap Illahi, Tuhan kurniakan kebahagiaan sementara buatnya untuk dikenang buat yang masih ada. Siapa sangka pada sebelah siang adiknya itu sempat bergelar isteri beberapa jam sebelum maut menjemput pada Subuh tadi.
Meninggalkan keluarga serta suami yang baru dinikahi buat selamanya setelah hampir setahun bertarung melawan kanser tisu tahap tiga.
CORETAN BUAT KAKAK
Kanser? Malas ambil pusing sebab tak kena batang hidung sendiri. Tahun 2017, di PPUM adikku yang kami panggil Kakak disahkan menghidap Kanser Sacorma (sejenis kanser tisu) pada tahap ke-3!
Sekeluarga tergamam. Mama terus menangis. Abah kelu tak terkata. Seakan tidak percaya akan diuji sehebat ini. Tetapi Kakak yang kami sayangi nampak cukup kuat. Kami sekeluarga terus positif yang mengatakan Kakak boleh sembuh. Hidup bertukar 360 darjah. Segala aktiviti dan perhatian kami dikhususkan untuk Kakak.
September 2017, selesai pembedahan membuang kanser tersebut. Doktor memberi jaminan yang pembedahan berjaya dan insyaAllah kanser tidak akan menyerang lagi sekurang-kurangnya untuk tempoh terdekat. Cuma follow up seperti biasa. Leganya perasaan kami sekeluarga. Difikirkan berakhir disitu, tetapi tidak.
Disember 2017, Kakak diuji lagi. Kanser datang kali ini dengan lebih agresif. Doktor juga tidak dapat mengenalpasti mengapa kanser ini begitu cepat membesar. Kami sekeluarga terus memberi semangat. Terus yakin. Terus berusaha. Terus bertawakal. Hanya kami dapat memberikan kekuatan psikologi yang amat diperlukan Kakak.
Februari 2018, Mama dan Abah terus setia menunggu diluar bilik bedah. Pembedahan kedua yang memakan masa lebih 15 jam selesai jam 2 pagi. Usai solat Subuh, Mama, Abah dan saya dah terjegat di Cardiacthoracic Intensive Care Unit (CICU) menunggu ulasan doktor mengenai pembedahan tadi. Doktor memaklumkan bahawa pembedahan tidak 100% berjaya. Sel kanser tak dapat dikeluarkan sepenuhnya disebabkan keadaan sudah terlalu rumit dan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. Selesai mendengar ulasan doktor, kami keluar. Masing-masing diam membisu namun akhirnya kami sama-sama menangis. Tak kuat kami menahan air mata. Ya Allah! Sungguh hebat ujianMu kali ini…
Bermula daripada saat itu, kami sekeluarga mula menjadi doktor sendiri. Habis segala macam artikel berkaitan kanser kami baca. Habis segala petua kami cuba. Segala ceruk pelusuk negara kami teroka. Dengan hasrat mencari penawar buat Kakak tercinta. Kakak seperti biasa senyum tanpa luahkan sakit yang terseksa.
Hujung April 2018, kami sekeluarga bersetuju dengan saranan doktor untuk Kakak menjalani sesi radioterapi. Maka berulang-aliklah kami setiap hari membawa Kakak ke PPUM. Selesai 30 sesi pada awal Jun 2018, hasil scan terbaru yang dijalankan, doktor memaklumkan yang tumor kanser sudah mengecut. Alhamdulillah. Leganya hati kami.
Namun, tiba-tiba doktor berkata lagi dalam nada yang cukup lembut.. “Tapi…., kanser tu dah merebak ke kawasan yang lain”. Saya dan kakak terbungkam! Pada ketika itulah pertama kali saya melihat Kakak menangis teresak-esak. Saya sendiri menangis sambil cuba memberikan kata-kata positif buat adikku ini. Tidak lagi peduli pandangan orang disekitar ruang menunggu PPUM. Hanya kami merasai peritnya dugaan ini. Allah….
17 Jun 2018, Kakak dipinang seorang anak muda yang cukup ikhlas menerima Kakak seadanya. Keluarga pihak lelaki juga banyak membantu dalam proses mencari penawar buat Kakak daripada awal hingga sekarang. Mama dan Abah sangat bersyukur disebabkan keluarga pihak lelaki yang begitu bersungguh menerima Kakak walaupun dalam keadaan Kanser sekarang sudahpun di tahap 4.
Julai 2018. Kakak lumpuh daripada paras pinggang ke bawah. Sekeluarga terkejut. Tidak kami sangka akan secepat ini. Kakak seperti biasa lebih banyak berdiam diri tentang sakitnya. Namun segala yang Kakak pinta, kami akan cuba usaha untuk jadikan kenyataan. Selang seminggu kemudian, kesihatan Kakak semakin merosot. Kakak mula sesak nafas. Kanser sudah menyerang paru-paru Kakak. Pihak hospital telah memberitahu tiada rawatan lagi untuk tahap ini. Yang ada hanyalah “Comfort Patient”. Fahamlah kami dengan maksud Doktor itu. Lantas Mama terus menangis. Abah cuba memendam rasa biarpun air mata sudah berlinang. Hanya Allah yang mengetahui perasaan kami…
Ogos 2018. Semangat baru buat Kakak. Azzam bersungguh untuk menerima Kakak sebagai isteri. Ikhlas hati Azzam hanya Allah yang tahu. Dalam keadaan Kakak seperti ini, tetap menerima Kakak seadanya. Keluarga Azzam juga begitu. Menyokong penuh hasrat Azzam. Telah menganggap Kakak seperti keluarga sendiri. Alhamdulillah. Allah hantarkan sebuah keluarga yang cukup bersih hatinya yang sedia menerima Kakak dan berusaha bersama-sama mencari penawar dan memberi semangat.
Pagi 3 Ogos 2018, Kakak dan Azzam selamat diijabkabulkan. Tiada majlis warna warni, tiada baju pengantin menambah seri. Tiada pelamin tanda raja sehari. Yang ada hanyalah pihak keluarga perempuan, pihak keluarga lelaki, tok kadi bersama saksi. Ketika akad sedang dilafaz, esakan tangisan keluarga menjadi muzik latar, menyaksikan penyatuan dua hati murni ini. Alhamdulillah. Allah permudahkan.
Semoga atas pernikahan ini, Allah kurniakan rahmat dan keberkatan serta kebahagiaan dunia akhirat buat Kakak dan Azzam.
Namun, saat gembira itu tidak lama. Petangnya selepas solat Jumaat, Kakak terus dimasukkan ke hospital. Pernafasan Kakak semakin merosot. Mama terus menjadi peneman setia. Disamping Abah yang terus berusaha serta keluarga yang terus mendoakan kesembuhan Kakak.
Kakak pergi meninggalkan kami pada waktu Subuh 4 Ogos 2018. Alhamdulillah ditemani Mama, Abah, Suaminya, Mak Besah serta Saya.
Disaat ini, keluarga redha dengan ketentuan. Buat Azzam dan keluarganya, terima kasih atas segala pengorbanan serta kasih sayang yang diberikan untuk Kakak, serta menunaikan impian Kakak biarpun cuma untuk seketika. Alhamdulillah, Kakak nampak berseri masa hari pernikahannya. Hanya Allah yang dapat membalasnya budi baik Azzam dan keluarganya.
Semoga Kakak ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Aamiin.
Fatin Nursyahirah Binti Yusuf
1994-2018
Al-Fatihah
Keep strong my bro Azzam Azmin Kuatnya kau Allah je yg tahu. Salam takziah buat keluarga.
be strong Azzam Azmin salam takziah untuk keluarga .
Inspired true love story . Semoga kau kuat wahai sahabat Azzam Azmin . Kami sentiasa ada support kau selalu Zam. Maaf aku takdapat bersama kau bila waktu sekarang ni, namun hanya doa yang dapat kami terus sampaikan buat arwah. Teruskan semangat kuat kau Zam. . Allah lebih sayangkan dia. Alfatihah untuk arwah Fatin Syahirah .
True love. Salam takziah buat sahabat Azzam Azmin dan keluarga kedua belah pihak. Semoga roh arwah isteri dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org yg beriman dan solehah. Stay strong brother.
Hijabista ucapkan takziah dan moga arwah ditempatan dalam kalangan orang beriman.
Berapa banyak kempen pengiklanan di seluruh dunia? Sama ada di dalam industri fesyen, automobil mahupun makanan, masing-masing berlumba-lumba untuk menghasilkan kempen yang mampu menarik minat orang ramai. Namun, ada juga kempen yang mencetuskan kontroversi di seluruh dunia melalui gambar mahupun isi yang terkandung di dalam sesebuah iklan itu.
ALL NIPPON AIRLINES (ANA) RASICT COMMERCIAL
Video selama 30 saat ini menjadi kontroversi hebat di antara negara Barat juga negara Jepun. Perubahan lelaki pendek memakai blond wig juga hidung palsuselepas ayat “Let’s change the image of Japanese people”, menjadi perbualan orang ramai sehingga mencetuskan isu kontroversi dalam penghasilan video kempen oleh syarikat penerbangan ini.
AMERICAN APPAREL
Bukan pertama kali jenama pakaian ini mencetuskan kontroversi dalam industri fesyen, juga di kalangan orang awam. Penggunaan imej yang seksi juga dan sensual menjadi buah mulut orang ramai terhadap imej iklan ini. Bukan hanya di saman malah tahap penjualan jenama ini merosot impak dari imej pengiklanan yang agak liar itu.
BENETTON
Apa yang tidak menjadi isu apabila melihat window display jenama Benetton ini memaparkan imej Pope Benedict XVI mencium Iman Masjid Al-Azhar, Ahmed el-Tayeb. Bukan hanya mendapat tohmahan malahan rata-rata amsyarakat sedunia turut merasa marah dengan iklan dari jenama ini. Setelah mendapat perintahan dari Vatican, Benetton menarik balik kempen pengiklanan ini.
DUNKIN’ DONUTS’
Kempen Dunkin’ Donuts’ Thailand ini mecipta isu bila mana menggunakan imej seorang gadis dengan menggunakan make-up berwarna hitam. Gara-gara itu, iklan ini mendapat tohmahan dari masyarakat sedunia apabila ia seolah-olah berbaur perkauman yang melambangkan black people. Ia bagai mengingatkan kepada abad ke 19th/20th di mana ia menjadi stereotaip bagi orang-orang berkulit hitam yang menjadi offensive symbols of a racist era.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.