Pelakon, pengacara, model dan duta produk, asal kelahiran Ampang, Kuala Lumpur Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi atau lebih dikenali sebagai Eyka Farhana bukanlah nama asing dalam industri hibuan tanah air.
Sering tampil cantik menawan dengan solekan on point. Eyka Farhana rajin berkongsi tip bersolek dan bagaimana untuk sentiasa tampil ‘on point’ di depan kamera untuk para peminatnya.
Malah, dek kerana kekerapan beliau mempamerkan tatarias, solekan dan gaya yang penuh versatil serta ‘up-to-date’ di laman sosial miliknya, membuatkan Eyka sering menjadi sorotan jenama-jenama kosmetik terkemuka dalam dan luar negara yang mahukanya sebagai duta, model mahupun jurucakap bagi jenama dan produk mereka.
Eyka Farhana ‘Confident’ Di Pentas Peragaan Walk Your Worth!
Terbaharu, Eyka telah diangkat sebagai sebagai salah seorang model yang mewakili jenama kosmetik tersohor L’oreal Paris untuk berjalan diatas pentas peragaan pada sebuah majlis gala fesyen terkemuka saban tahun iaitu Kuala Lumpur Fashion Week 2024 (KLFW 2024).
Buat julung kalinya, Eyka Farhana telah tampil buat kali pertama berkongsi pentas runaway bersama para wanita dari Malaysia dan Singapura yang penuh inspirasi sebagai wajah bagi ‘Women Of Worth’ tahun ini.
Lebih menarik lagi, wanita yang mengagumkan ini hadir dari pelbagai latar belakang, mencerminkan kekuatan, kecantikan, dan pengalaman-pengalaman unik yang mendefinisikan jati diri mereka termasuk Eyka Farhana.
Rahsia Kulit Sihat Dan Menawan Eyka Farhana?
Malah, Eyka Farhana merupakan antara pelakon muda yang sering tampil cantik dan mempesona tanpa sebarang solekan. Biarpun dilihat sentiasa sibuk dengan rutin harian melakukan pelbagai aktiviti, namun pelakon ini sangat menjaga kecantikan wajah.
Apatah lagi dalam usia masih muda, Eyka Farhana begitu prihatin dan sentiasa memastikan kulit wajah dijaga sempurna. Dia juga tidak lokek berkongsi rutin harian penjagaan wajah di laman TikToknya.
@misseyka.f Since ramai tanya, here My daily skincare routine 🤍 less is more ✨ The essence & the light cream @Augustinus Bader Eye cream @LA MER Sunscreen @Supergoop ♬ Roxanne – Instrumental – Califa Azul
Dalam perkongsian itu, dia menyapukan beberapa produk pada wajah yang dimulakan dengan pelembap muka, krim mata serta krim pelindung matahari.
Ternyata pemakaian pelembap muka, krim mata dan pelindung matahari yang berterusan menyebabkan kulit kita dijaga dengan sebaiknya.
Selalunya cartridge terpakai ramai yang pandang sebelah mata. Hakikatnya ia boleh dijual dengan harga yang agak tinggi. Dapatlah juga duit ‘tepi’ untuk disimpan di dalam tabung kecemasan, contohnya.
Melalui satu perkongsian Suhana Salleh di laman Facebooknya, wanita ini berkongsi tentang bagaimana boleh dapat ‘duit lebih’ dengan menjual cartridge terpakai. Jadi selepas ini tiada lagilah ada di antara kita yang hanya buang sahaja cartridge ke dalam tong sampah.
Hari ini saya berjaya menukarkan semua cartridge terpakai saya menjadi wang yang lebih besar. Sebelum ini saya hanya tolak (baca:jual semula) pada penjual di tempat saya beli catridge. Maksimum penjual itu ambil RM5 untuk satu unit.
Terjumpa iklan di FB yang menawarkan khidmat beli semula catridge terpakai. Saya pun sajalah mesejnya untuk tanya lebih lanjut. Harga ditawarkannya 4 kali ganda daripada harga biasa yang saya terima. Wow!
Ini adalah senarai model cartridge yang mereka terima.
Sebelum datang ambil, Mr. Moon (kiranya dia ini ejen ambil cartridge terpakai di kawasan Kuala Lumpur, Sg. Buloh dan kawasan sekitarnya) Whatsapp saya tanya nama, lokasi dan jenis cartridge yang ada. Saya cuma tunggu di rumah.
Pelik juga saya kenapa cartridge terpakai ini dia sanggup bayar pada harga yang lebih tinggi. Menurut Mr. Moon cartridge ini akan dihantar ke bos mereka di China. Ada ‘part’ yang penting pada cartridge itu. Tanpanya tak bolehlah disambung ke komputer.
Saya kira ramai kawan-kawan saya di sini yang bekerja pejabat atau di rumah yang menggunakan cartridge ini atau selainnya. Jika sudah habis bolehlah call Mr. Moon untuk dia ambil dan tukarkan pada RM. Mr. Moon boleh dihubungi terus di talian 01164665007
Bolehlah jana sedikit wang.
Nota: Sepatutnya total duit yang saya terima ialah RM144. Tapi Mr. Moon tak ada duit kecil. Dia minta saya belanja (baca: halalkan) RM4 tu. Saya okay je. Tambah-tambah lagi sekarang bulan Ramadan. Manalah tahu dengan sedekah RM4 itu Allah mudahkan urusan saya sekeluarga.
HIJABISTA: Mungkin sebelum ini ada yang tidak tahu bahawa cartridge ini boleh ‘ditukarkan’ dengan wang sehingga ada yang membuangnya sahaja ke dalam tong sampah. Selepas ini jika sudah habis digunakan, boleh kumpul dan kemudian jual.
Selain mekap dan pakaian bersesuaian, salah satu perkara wajib bagi menyempurnakan penampilan seorang hijabi adalah pemakaian kasut. Namun jika salah memilih kasut menyebabkan kita tidak rasa selesa untuk melangkah gara-gara beberapa masalah yang dihadapi. Lebih-lebih lagi jika menggayakan kasut baru yang pastinya mendatangkan masalah pertama kali memakainya.
Jika berhadapan situasi begini, janganlah risau atau rasa rugi membelinya kerana ada beberapa penyelesaian yang boleh kita kongsikan di sini. Hanya gunakan beberapa bahan semula jadi segala solusi akan diatasi segera.
#1. BALUT KASUT GETAH DENGAN FABRIK
Sentiasa melecet di celahan jari dan permukaan kaki akibat geseran getah selipar? Balutkan getah sandal leper anda dengan fabrik. Selain dapat mengelakkan melecet, ini juga dapat mengubah sandal leper anda menjadi lebih stailo.
#2. ISIKAN BEDAK BAYI
Letakkan bedak bayi ke dalam kasut anda untuk mengelakkan bunyi berdecit. Solusi terbaik dan cukup pantas!
Bedak bayi untuk elak bunyi berdecit.
#3. PANASKAN DENGAN PENGERING RAMBUT
Kasut kain anda sering basah dan lambat untuk kering. Mudah sahaja! Hanya sapukan ‘wax’ lebah ke seluruh bahagian fabrik kasut anda dan panaskan menggunakan pengering rambut.
Pengering rambut juga ada gunanya.
#4. SAPU GEL DEODORAN
Usah gundah lagi gulana! Kini anda dapat mengelakkan melecet di belakang tumit dengan hanya sapuan gel deodoran.
Sapu deodoran untuk elak melecet.
#5. LETAKKAN UNCANG TEH
Hapuskan bau kasut yang kurang menyenangkan dengan meletakkan uncang teh yang belum digunakan ke dalam kasut anda dan ia akan menyerap bau kurang menyenangkan itu.
Uncang teh atasi masalah bau hapak.
#6. KERTAS PASIR
Gunakan kertas pasir ke tapak kasut untuk lebih daya tarik. Ini dapat mengelakkan anda terjatuh akibat tapak kasut yang licin.
Mata, ibarat jendela hati. Solekan pancaindera nan satu ini amat penting bagi memperlihatkan keunikan personaliti si perawan. Teknik solekan mata yang tepat mampu mewujudkan efek segar dan menawan.
Jika anda bermata sepet, usah bimbang. Ada teknik yang sesuai bagi mendapatkan ilusi bentuk mata yang galak. Tentu sahaja terpegun si Adam terlihat lirikan si mata bundar di hari raya nanti.
Oleskan sahaja ‘white shimmering eyeshadow’ pada kawasan tulang kening. Teknik ini dipanggil ‘highligh’t. Ia bertujuan agar tulang kening kamu nampak lebih tinggi dan menjadikan mata kamu lebih besar.
2. Pembayang mata rona coklat gelap
Sapukan di seluruh kawasan bebola mata. Langkah seterusnya, adunkan pembayang mata melebihi kawasan bebola mata dan menghala ke sudut luar mata. Ia bagi membentuk kelopak mata kerana mata sepet tidak mempunyai kelopak mata. Teknik ini mampu memberikan ilusi mata yang kelihatan lebih besar.
3. Aplikasi penggaris mata
i) Lukis garis tipis pada garisan atas mata sepet atau kawasan yang paling hampir dengan bulu mata. Tidak perlulah menggaris di bahagian bulu mata bawah.
ii) Melakar garis tebal dan bersayap seperti gaya solekan popular di zaman 50 an dan 60 an. Penekanan di bahagian ini akan memberikan ilusi mata yang galak. Hanya gariskan separuh sahaja garisan di bawah mata.
4. Lentikkan Bulu Mata
Sapukan juga maskara agar mata sepet kamu lebih kelihatan galak dan besar. Ini penting untuk mmemastikan impak di bahagian mata menjadi lebih terserlah.
EKSTRA TIP:
Jenis-jenis penggaris mata:
*Pensel (sesuai buat gadis yang tidak begitu mahir bersolek).
*Gel/krim (khusus untuk gadis yang sudah mahir melukis garis mata).
*Cecair (sesuai buat gadis yang mahir mencipta garis bersayap yang kemas).
*Kohl/celak (bentuknya seperti krayon untuk mencipta garis tebal).
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...