Sebelum itu selebriti ini memang sudah lama memasang niat untuk berhijab. Tetapi masanya belum mengizinkan. Malah dia juga tidak kekok untuk berhijab memandangkan sering diberi watak wanita bertudung. Bukan itu sahaja, Sari Yanti, 34 tahun juga menyimpan koleksi tudung penuh satu almari. Bukan sebagai persediaan (ketika itu) tetapi dek kerana pembawakan wanita bertudung dalam setiap drama dilakonkan. Ternyata hidayah untuk kekal berhijab datang selepas dia berumahtangga dengan pelakon, pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu.

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on

PERUBAHAN TIDAK SECARA DRASTIK

“Saya sebelum itu memang sudah biasa berhijab. Malah sering membawakan watak wanita bertudung. Bukan sekejap, kadang-kadang sampai dua tiga bulan memegang watak sama. Jadi apabila saya mahu berhijrah, perubahan itu tidaklah secara drastik.

“Niatnya memang sudah lama untuk berhijab tetapi waktu itu tak tahu bila nak mula. Sari tidak ada masalah atau kekok untuk bertudung kerana sebelum itu sudah terbiasa memegang watak wanita berhijab.

“Lagipun terfikir usia sudah semakin bertambah dan sudah sampai masanya berubah,” ujar Sari Yanti ketika ditemui di majlis pelancaran butik Mom’s House di Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on

Menurut Sari Yanti juga dia mengambil keputusan berhijab sepenuhnya selepas berkahwin dengan Jep Sepahtu.

“Lepas kahwin memang Jep ada minta saya pakai tudung. Tetapi tidaklah dia memberi arahan secara keras, tetapi kita faham maksudnya. Jadi secara perlahan-lahan saya mula untuk berhijab.

“Sari masih ingat lagi waktu itu bangun tidur terus sahaja niat untuk pakai tudung sehinggalah sekarang. Alhamdulillah saya masih istiqomah dan kekal dengan penghijrahan ini

“Saya memang tiada masalah untuk berhijab sebelum itu kerana selain sudah biasa bertudung, saya juga banyak koleksi tudung dalam almari.  Jadi saya tidak kalut untuk membuat persiapan membeli baju baru atau menentukan sebulan sebelum pakai tudung ketika itu,” tambahnya yang kini sedang menanti kehamilan anak ketiganya sekitar Ramadan nanti.

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on

SUKA FESYEN YANG SIMPLE

Bertanya fesyen apa yang disukainya, Sari Yanti menjelaskan dia sukakan suatu yang simple, selesa dan yang penting menepati ciri wanita Muslimah.

“Saya selesa pakai fesyen yan suami suka dan baginya sesedap mata memandang. Saya juga sebenarnya seorang yang simple dan pakai apa sahaja yang menyelesakan. Buat apa kita nak pakai fesyen atau baju yang boleh buat suami marah.

“Jep tak kisah fesyen bagaimana asalkan padanya sedap mata memandang. Lagipun buat apa kita nak pakai baju yang agak keterlaluan hingga boleh undang rasa tidak suami kita sendiri.

“Saya juga lebih gemar menggayakan tudung tanpa kerongsang, tak ada subang atau rantai. Lagi satu saya jenis tak reti nak berfesyen begitu dan bagi saya yang penting ‘less is more’ itu lebih memadai,” ujarnya lagi.

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on

PAKAI IKUT KESESUAIAN

Walaupun belum sampai setahun berhijab, pelakon kecil molek ini turut menitipkan pesanan berguna buat hijabi yang baru berhijrah.

Katanya seseorang hijabi perlu bergaya mengikut kesesuaian diri dan penampilan wanita bertudung. Jangan pakai pakaian yang boleh mengundang rasa tidak selesa atau seronok orang yang memandang kita itu nanti.

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SARI YANTI

 

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI