Kebiasaannya kita pasti akan membuang gel pewangi selepas ia sudah mengecut kerana merasakan ia sudah tidak berfungsi lagi. Namun, tahukah anda sebenarnya ia masih boleh digunakan dan tetap memberikan haruman yang kuat pada persekitaran anda.
Nak tahu bagaimana? Jom kita ikuti langkah-langkah yang dikongsikan oleh Aine Soaudi ini!
Ini contoh gel pewangi yang telah mengecut.
Ads
Kemudian rendamkannya di dalam air.
Lihatlah, ia sudah kembang kembali seperti ke bentuk asal.
Ads
Yang ini juga contoh gel pewangi yang telah kembang kembali selepas direndam. Memang menjadilah teknik ini. Anda bolehlah mencubanya di rumah!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Jualan Hari Tunggal semakin hebat setiap tahun. Lebih-lebih lagi, ia juga menjadi lebih popular di seluruh Asia, memberi kita lebih banyak pilihan untuk dinikmati semasa penjualan 11.11. Tahun ini, lebih banyak jenama ke acara penjualan besar termasuk penjualan Shopee 11.11. Kami juga menjangkakan dapat melihat lebih banyak jenama tempatan menyertai keseronokan ini.
Beberapa laman web yang patut diperiksa dan tawaran terbaik untuk direbut. Anggap ini senarai belanja awal anda untuk bulan November.
Di seluruh Asia, Lazada adalah salah satu laman web yang paling popular untuk membeli hampir apa sahaja! Laman web ini telah berkembang sepanjang tahun, dan senarai inventori mereka semakin pelbagai. Sebenarnya, ketika mencari sesuatu, kita sering pergi ke Lazada terlebih dahulu sebelum memeriksa sumber lain. Lazada juga merupakan peserta aktif dalam acara penjualan antarabangsa, termasuk penjualan Lazada 11.11. Anda pasti menyukai tawaran kilat harian mereka yang menuju ke acara penjualan besar utama. Tawaran kilat sering dilakukan setiap kategori, termasuk bahan makanan!
Untuk bulan November, anda pasti tidak sabar-sabar untuk memeriksa alat baru dengan penurunan harga yang signifikan, serta aksesori teknologi dari jenama antarabangsa dan tempatan.
Shopee kembali dengan jualan membeli-belah mereka yang menarik, dan anda pasti tidak sabar untuk berkongsi dengan rakan dan keluarga penemuan hebat dari Shopee 11.11. Anda benar-benar dapat mengetahui sejauh mana peningkatan inventori. Jadi, pada bulan November ini, anda pasti akan mendapat tawaran yang unik dan hebat dengan belanja Shopee. Kami juga berharap dapat mencari jenama tempatan baru di luar sana.
Hijabi yang gemar bersolek boleh dapatkan barangan penjagaan wajah dan kosmetik seperti wardah beauty.
Zalora adalah salah satu laman web membeli-belah yang sangat kemas dan mereka selalu mempunyai inventori baru. Mereka mungkin tidak memiliki pilihan seluas Lazada, tetapi Zalora adalah laman web yang pasti untuk barang berkualiti dan spesifik yang anda cari. Selama bertahun-tahun, Zalora juga menjalin perkongsian hebat dengan jenama baru Malaysia, seperti yang dapat dilihat dari penjualan 11.11 tahun lalu.
Apa yang anda nantikan pada bulan November ini? Tanpa berfikir banyak! Pertama, periksa perhiasan terkini dan koleksi aksesori mereka. Zalora sering menawarkan penurunan harga untuk produk-produk semasa acara penjualan besar. Tetapi, anda juga pasti teruja untuk melihat kasut dan barang liburan lain tahun ini.
Kedai dalam talian terkemuka di Malaysia untuk semua keperluan kecantikan dan penjagaan kulit juga menjadi tumpuan ramai semasa Jualan 11.11. Hermo terkenal sebagai kedai sehenti untuk semua produk kecantikan dan penjagaan kulit terkemuka, baik jenama tempatan dan antarabangsa. Mereka membuat belanja kecantikan menjadi lebih mudah selama bertahun-tahun, dan kami tidak sabar sehingga musim 11.11 berikutnya untuk menimbun produk kegemaran anda. Sambil menunggu, anda juga boleh mula melihat jenama baru yang selalu mereka perkenalkan, termasuk jenama yang tidak sering kita lihat di seluruh Malaysia.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Satu klip video tular disyaki menghina agama Islam yang berlaku di sebuah kelab di sekitar Taman Tun Dr Ismail.
Di bawah Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559), mana-mana individu yang secara lisan atau secara bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan cara-cara lain menghina agama Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina, mempersendakan, mengajuk-ngajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam merupakan satu kesalahan yang apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.
Ada seorang sahabat telah menghantar satu klip 54 saat dengan caption “acara menghina Islam” yang dikatakan berlaku di sebuah kelab komedi di TTDI.
Seorang wanita berbaju kurung dan berhijab di atas pentas berkata;
“Hello dan assalamualaikum everyone. Nama saya Siti Amira Binti Abdullah. Saya berasal daripada Kuala Kangsar Perak. Im Malay dan Muslim. Dan saya telah menghafal 15 juzuk Al-Quran. BUT, one second…”
Wanita itu meletakkan mic dan mula menanggalkan tudung dan baju kurungnya sehingga penonton mula bersorak.
Secara jujur, jikalau benar wanita itu adalah Melayu dan Muslim serta telah menghafal 15 juzuk Al-Quran sebagaimana didakwa dalam video, dia sebenarnya menghina dirinya dan bukannya menghina Islam.
Setelah Islam memuliakan dirinya dengan berpakaian sopan dan menutup aurat, dia menghina dirinya dengan menanggalkan di khalayak ramai.
Jikalau benar dia ‘claim’ telah menghafal 15 juzuk Al-Quran dan melakukan perbuatan seperti itu, dia menghina dirinya kerana Allah memuliakan orang yang menghafal Al-Quran, memahami dan mengamalkannya tetapi mungkin dia hanya hafal tanpa pemahaman dan pengamalan.
Islam telah datang memuliakan kita. Barangsiapa mencari kemuliaan di luar Islam, maka kita akan dihina sekali lagi.
Dalam ilmu akhlak terdapat satu sifat yang menjadi teras kepada ajaran Islam iaitu sifat malu atau bahasa Arab disebut ‘al-haya’. Sifat malu mendorong manusia untuk tidak melakukan perkara yang dibenci atau tercela.
Islam mementingkan sifat malu kerana ia mengukuhkan lagi pegangan akidah dan memandu pelaksanaan ibadah seorang Muslim. Perkara ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah SAW: “Malu dan iman sentiasa bersama. Apabila salah satunya dicabut, maka hilanglah yang lainnya.” (Riwayat al-Hakim)
Jelaslah implikasi sifat malu adalah untuk mengukuhkan iman seseorang Muslim. Semakin tinggi iman seseorang, maka semakin tinggi harga dirinya. Apatah lagi, dengan sifat malu juga seseorang Muslim dapat menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang ditegah oleh Allah SWT.
Sifat malu ini adalah sebahagian daripada fitrah seorang wanita yang mendorong mereka untuk memelihara kehormatan dirinya dan batas pergaulan apabila berhadapan khalayak masyarakat. Sifat itu juga membantu mereka menghindarkan diri daripada perkara negatif.
Apabila sifat malu itu hilang maka berlakulah perkara-perkara terkutuk yang tentunya menyalahi hukum agama Islam. Moga kita dilindungi daripada perkara-perkara yang dimurkai Allah.
Tidak dinafikan kecanggihan dunia digital tanpa sempadan ini menyebabkan ramai hijabi yang berminat untuk menjadi instafamous. Mana tidaknya, kerjaya sebagai instafamous ini membolehkan mereka memperolehi pendapatan hingga mencecah lima angka. Namun perjalanan untuk menjadi popular tidak semudah yang disangka. Seseorang itu perlu korbankan masa dan segala-galanya bagi memastikan diri sentiasa berada di puncak populariti. Hal ini diakui oleh instafamous atau influencer Syafiqah Aina yang sebelum ini cukup viral dengan pelbagai kontroversi.
Menurut Syafiqah Aina, sudah lama dia bergelar influencer dan kerjaya ini cukup sebati dengan dirinya. Walau bagaimanapun bukan mudah untuknya bertahan memandangkan sekarang ini semakin ramai influencer yang muncul dengan pelbagai karakter.
“Saya anggap itu sebagai persaingan dan rezeki itu di tangan Allah. Alhamdulillah saya masih lagi menjadi pilihan jenama (terutama fesyen) untuk dijadikan platform mempromosikan produk mereka. Dan inilah yang menjadi punca utama pendapatan saya. Jika betul-betul buat, saya mampu jana pendapatan hingga mencecah RM30 ribu.
“Memang seronok bergelar influencer ini. Maklumlah ke mana-mana sahaja orang akan perhatikan. Begitu juga dengan penampilan di media sosial. Perlu diingat follower kita akan sentiasa memerhatikan apa yang kita buat. Jadi kita memang perlu sentiasa nampak cantik dan berpenampilan menarik tidak kira di luar atau dalam media sosial,” ujar Aina yang mengakui agak sukar untuk ‘maintain’ dan menjaga penanampilan setiap masa.
Katanya lagi, kita juga perlu menjaga hati orang lain dan pastikan apa yang dibuat tidak membuatkan orang lain rasa tidak selesa atau ‘meluat’.
“Bukan sahaja penampilan, dari segi percakapan pun perlu dijaga sebaiknya. Maklumlah apa sahaja kata-kata yang keluar boleh dijadikan bahan viral di media sosial. Jadi pastikan berfikir dulu sebelum berkata-kata.
“Sebenarnya kita boleh jadi diri sendiri tapi kena bijak ‘control’ diri. Bukanlah maksudnya kena berpura-pura sepanjang masa, tetapi apa yang dilakukan harus tidak melampui batas. Tidak dinafikan ada kalanya memang stress sampai satu masa saya macam nak delete akaun IG. Tetapi bila fikir balik memang mustahil nak jaga hati semua orang sebaiknya,” ceritanya yang kini sudah mengumpul follower di IG hampir 700 ribu.
Walaupun sering dihimpit kontroversi, tetapi keperibadian Aina menjadi inspirasi buat hijabi di luar sana yang mahu menjadi sepertinya. Dia bukan sahaja cantik, tetapi bijak dan juga turut memegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM.
Ketika ditanya bagaimana untuk menjadi instafamous berjaya sepertinya, Aina memberi tip di mana seseorang itu kena buat apa yang orang lain nak tengok.
“Memanglah tujuan kita jadi instafamous mahu menjana pendapatan melalui ‘paid review’. Tetapi janganlah asyik mempromosikan bisnes, sebaliknya perlu juga ‘post lifestyle’ kita. Mereka suka lihat sisi diri kita yang sebenar.
“Kita perlu buat apa yang orang suka tengok dan membuatkan mereka akan follow kita. Jangan buat posting yang menjengkelkan kerana boleh mencacatkan imej kita sebagai seorang instafamous. Apa-apa pun kita perlu jaga nama dan jangan sesekali buat apa yang orang tak suka,” tambah Aina yang ditemui ketika majlis pelancaran produk Bella Boo di MIHAS baru-baru ini. Sejak jadi popular ini, dia juga rasa terharu apabila ada peminatnya yang datang padanya mengajak bergambar.
Dia yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz yang juga sering menjadi perhatian netizen.
Selain bergelar instafamous, Aina juga kini bergelar usahawan dan sedang mempromosikan produk penjagaan wajah yang diusahakan bersama suaminya. Pada awalnya produk serum yang diusahakan ini juga turut mendapat kecaman kerana dikatakan boleh merosakkan kulit wajah. Namun sebagai usahawan baru, Aina menerima segala pandangan negatif yang dilemparkan dengan baik.
“Bagi yang tak kenal betul-betul produk ini memang tak tahu kesannya. Tetapi apabila mereka menggunakannya barulah tahu keberkesanannya. Alhamdulillah produk ini semakin mendapat sambutan dan sudah terjual lebih 40 ribu botol. Permintaaanya juga semakin bertambah dari masa ke semasa.
“Dalam hal ini kami tidak melatah dengan apa yang dilemparkan netizen di luar sana. Segala yang negatif saya simpan dan lihat apa lagi yang boleh diperbaiki. Memang dari dulu asyik kena kecam dan daripada situ saya ambil kesempatan berdoa agar terus dimurahkan rezeki. Itu juga adalah rahsia kejayaan kami,” kata Aina yang masih belum berkesempatan berbulan madu setelah beberapa bulan berkahwin kerana kesibukan bekerja.