Satu klip video tular disyaki menghina agama Islam yang berlaku di sebuah kelab di sekitar Taman Tun Dr Ismail.

Di bawah Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559), mana-mana individu yang secara lisan atau secara bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan cara-cara lain menghina agama Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina, mempersendakan, mengajuk-ngajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam merupakan satu kesalahan yang apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Melalui perkongsian Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung beliau mengulas tentang isu ‘hangat’ ini.

Firdaus Wong – “Jika Benar Wanita Itu Melayu & Muslim, Hafal 15 Juzuk Al-Quran Sebenarnya Dia Hina Dirinya & Bukannya Hina Islam”

Ada seorang sahabat telah menghantar satu klip 54 saat dengan caption “acara menghina Islam” yang dikatakan berlaku di sebuah kelab komedi di TTDI.

Seorang wanita berbaju kurung dan berhijab di atas pentas berkata;

“Hello dan assalamualaikum everyone. Nama saya Siti Amira Binti Abdullah. Saya berasal daripada Kuala Kangsar Perak. Im Malay dan Muslim. Dan saya telah menghafal 15 juzuk Al-Quran. BUT, one second…”

IKLAN

Wanita itu meletakkan mic dan mula menanggalkan tudung dan baju kurungnya sehingga penonton mula bersorak.

Firdaus Wong – “Jika Benar Wanita Itu Melayu & Muslim, Hafal 15 Juzuk Al-Quran Sebenarnya Dia Hina Dirinya & Bukannya Hina Islam”

MENGHINA DIRI SENDIRI

Secara jujur, jikalau benar wanita itu adalah Melayu dan Muslim serta telah menghafal 15 juzuk Al-Quran sebagaimana didakwa dalam video, dia sebenarnya menghina dirinya dan bukannya menghina Islam.

Setelah Islam memuliakan dirinya dengan berpakaian sopan dan menutup aurat, dia menghina dirinya dengan menanggalkan di khalayak ramai.

Jikalau benar dia ‘claim’ telah menghafal 15 juzuk Al-Quran dan melakukan perbuatan seperti itu, dia menghina dirinya kerana Allah memuliakan orang yang menghafal Al-Quran, memahami dan mengamalkannya tetapi mungkin dia hanya hafal tanpa pemahaman dan pengamalan.

IKLAN

Islam telah datang memuliakan kita. Barangsiapa mencari kemuliaan di luar Islam, maka kita akan dihina sekali lagi.

SIFAT MALU ITU FITRAH KEPADA SEORANG WANITA

Dalam ilmu akhlak terdapat satu sifat yang menjadi teras kepada ajaran Islam iaitu sifat malu atau bahasa Arab disebut ‘al-haya’. Sifat malu mendorong manusia untuk tidak melakukan perkara yang dibenci atau tercela.

Islam mementingkan sifat malu kerana ia mengukuhkan lagi pegangan akidah dan memandu pelaksanaan ibadah seorang Muslim. Perkara ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah SAW: “Malu dan iman sentiasa bersama. Apabila salah satunya dicabut, maka hilanglah yang lainnya.” (Riwayat al-Hakim)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adnin Roslan (@ustazadnin)

IKLAN

Jelaslah implikasi sifat malu adalah untuk mengukuhkan iman seseorang Muslim. Semakin tinggi iman seseorang, maka semakin tinggi harga dirinya. Apatah lagi, dengan sifat malu juga seseorang Muslim dapat menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang ditegah oleh Allah SWT.

Sifat malu ini adalah sebahagian daripada fitrah seorang wanita yang mendorong mereka untuk memelihara kehormatan dirinya dan batas pergaulan apabila berhadapan khalayak masyarakat. Sifat itu juga membantu mereka menghindarkan diri daripada perkara negatif.

Apabila sifat malu itu hilang maka berlakulah perkara-perkara terkutuk yang tentunya menyalahi hukum agama Islam. Moga kita dilindungi daripada perkara-perkara yang dimurkai Allah.

Sumber kredit: Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung Berita Harian dAstro AWANI dan Instagram Ustaz Adnin

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/oNhFqV_vqVs

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI