Tidak dinafikan kecanggihan dunia digital tanpa sempadan ini menyebabkan ramai hijabi yang berminat untuk menjadi instafamous. Mana tidaknya, kerjaya sebagai instafamous ini membolehkan mereka memperolehi pendapatan hingga mencecah lima angka. Namun perjalanan untuk menjadi popular tidak semudah yang disangka. Seseorang itu perlu korbankan masa dan segala-galanya bagi memastikan diri sentiasa berada di puncak populariti. Hal ini diakui oleh instafamous atau influencer Syafiqah Aina yang sebelum ini cukup viral dengan pelbagai kontroversi.
Menurut Syafiqah Aina, sudah lama dia bergelar influencer dan kerjaya ini cukup sebati dengan dirinya. Walau bagaimanapun bukan mudah untuknya bertahan memandangkan sekarang ini semakin ramai influencer yang muncul dengan pelbagai karakter.
“Saya anggap itu sebagai persaingan dan rezeki itu di tangan Allah. Alhamdulillah saya masih lagi menjadi pilihan jenama (terutama fesyen) untuk dijadikan platform mempromosikan produk mereka. Dan inilah yang menjadi punca utama pendapatan saya. Jika betul-betul buat, saya mampu jana pendapatan hingga mencecah RM30 ribu.
“Memang seronok bergelar influencer ini. Maklumlah ke mana-mana sahaja orang akan perhatikan. Begitu juga dengan penampilan di media sosial. Perlu diingat follower kita akan sentiasa memerhatikan apa yang kita buat. Jadi kita memang perlu sentiasa nampak cantik dan berpenampilan menarik tidak kira di luar atau dalam media sosial,” ujar Aina yang mengakui agak sukar untuk ‘maintain’ dan menjaga penanampilan setiap masa.
Katanya lagi, kita juga perlu menjaga hati orang lain dan pastikan apa yang dibuat tidak membuatkan orang lain rasa tidak selesa atau ‘meluat’.
“Bukan sahaja penampilan, dari segi percakapan pun perlu dijaga sebaiknya. Maklumlah apa sahaja kata-kata yang keluar boleh dijadikan bahan viral di media sosial. Jadi pastikan berfikir dulu sebelum berkata-kata.
“Sebenarnya kita boleh jadi diri sendiri tapi kena bijak ‘control’ diri. Bukanlah maksudnya kena berpura-pura sepanjang masa, tetapi apa yang dilakukan harus tidak melampui batas. Tidak dinafikan ada kalanya memang stress sampai satu masa saya macam nak delete akaun IG. Tetapi bila fikir balik memang mustahil nak jaga hati semua orang sebaiknya,” ceritanya yang kini sudah mengumpul follower di IG hampir 700 ribu.
Walaupun sering dihimpit kontroversi, tetapi keperibadian Aina menjadi inspirasi buat hijabi di luar sana yang mahu menjadi sepertinya. Dia bukan sahaja cantik, tetapi bijak dan juga turut memegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM.
Ketika ditanya bagaimana untuk menjadi instafamous berjaya sepertinya, Aina memberi tip di mana seseorang itu kena buat apa yang orang lain nak tengok.
“Memanglah tujuan kita jadi instafamous mahu menjana pendapatan melalui ‘paid review’. Tetapi janganlah asyik mempromosikan bisnes, sebaliknya perlu juga ‘post lifestyle’ kita. Mereka suka lihat sisi diri kita yang sebenar.
“Kita perlu buat apa yang orang suka tengok dan membuatkan mereka akan follow kita. Jangan buat posting yang menjengkelkan kerana boleh mencacatkan imej kita sebagai seorang instafamous. Apa-apa pun kita perlu jaga nama dan jangan sesekali buat apa yang orang tak suka,” tambah Aina yang ditemui ketika majlis pelancaran produk Bella Boo di MIHAS baru-baru ini. Sejak jadi popular ini, dia juga rasa terharu apabila ada peminatnya yang datang padanya mengajak bergambar.
Dia yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz yang juga sering menjadi perhatian netizen.
Selain bergelar instafamous, Aina juga kini bergelar usahawan dan sedang mempromosikan produk penjagaan wajah yang diusahakan bersama suaminya. Pada awalnya produk serum yang diusahakan ini juga turut mendapat kecaman kerana dikatakan boleh merosakkan kulit wajah. Namun sebagai usahawan baru, Aina menerima segala pandangan negatif yang dilemparkan dengan baik.
“Bagi yang tak kenal betul-betul produk ini memang tak tahu kesannya. Tetapi apabila mereka menggunakannya barulah tahu keberkesanannya. Alhamdulillah produk ini semakin mendapat sambutan dan sudah terjual lebih 40 ribu botol. Permintaaanya juga semakin bertambah dari masa ke semasa.
“Dalam hal ini kami tidak melatah dengan apa yang dilemparkan netizen di luar sana. Segala yang negatif saya simpan dan lihat apa lagi yang boleh diperbaiki. Memang dari dulu asyik kena kecam dan daripada situ saya ambil kesempatan berdoa agar terus dimurahkan rezeki. Itu juga adalah rahsia kejayaan kami,” kata Aina yang masih belum berkesempatan berbulan madu setelah beberapa bulan berkahwin kerana kesibukan bekerja.
Seluar jeans sinonim dengan gaya pakaian kasual dan sering dianggap tidak formal. Namun dengan padanan yang sesuai, anda boleh terlihat formal dengan jeans. Bolehlah pakai ke majlis formal ataupun ke office!
Jeans adalah sejenis seluar yang diperbuat daripada bahan yang dipanggil “denim” yang mula dibuat di bandar Nimes Perancis. Nama denim itu diambil sempena nama bandar kelahiran seluar jeans tersebut iaitu bandar ‘de Nîmes’.
Seluar jeans denim pertama kali menjadi popular pada tahun 1873 apabila tukang jahit Amerika mula mengukuhkan seluar mereka dengan rivet, fesyen jeans ini telah pergi jauh sejak itu. Daripada pelombong kepada fesyen, seluar jeans telah menjadi ‘must-have‘ item di mana-mana.
Setiap orang terutamanya wanita mempunyai sekurang-kurangnya sepasang jeans di dalam almari mereka. Selalunya, kita hanya akan memakai jeans untuk terlihat kasual atau untuk menghadiriacaratertentuyangbertemakan“jeans”. Pernah tak anda terfikir mahu gayakan jeans untuk acara formal, tapi risau tidak kena dengan tema. Usah risau lagi, berikut adalah 5 cara memakai dan padanan jeans untuk terlihat formal:
1.Kombinasikan luaran penuh statement dan heels yang cantik
Sumber gambar: Cropped Laut Selatan Jacket Toton, Celana Jeans gelap dari Acne Studio, Bottega Veneta Pumps.
Satu cara untuk menjadikan penampilan kasual jeans anda terlihat jauh daripada ‘semberono’ ataupun terlalu santai adalah dengan menggabungkannya dengan luaran jeans penuh statement dan kasut heels yang menarik perhatian semua orang. Contohnya, anda boleh memilih jeans warna gelap yang mempunyai kesan lebih formal daripada seluar jeans berwarna biru muda. Sebagai pelengkap, kenakan sepatu pumps seperti sepatu merah dari Bottega Veneta ini untuk memberikan sentuhan akhir yang lebih sleek. Dijamin tiada siapa yang akan menilai anda kurang berpakaian(underdress) dengan kombinasi ini.
2.Atasan Putih dan Kasut Yang Menyerlah
Sumber gambar: Zimmermann Pumps, Fendi Blouse, Alexandre Vauthier Blouse.
Satu lagi campuran dan padanan yang menjadikan seluar jeans kelihatan lebih formal ialah menggandingkannya dengan bahagian atas putih neutral. Untuk penampilan klasik seperti blaus Fendi ini, anda boleh memilih bahagian atas konservatif, tertutup atau tampil berani dengan baju atasan Alexandre Vauthier. Lengkapkan penampilan dengan kasut yang berani seperti pumps dalam balutan motif animal print dari Zimmermann ini.
Sumber gambar: SHEIN Collared Lantern Sleeve Buttoned Front Blouse dan Leopard Pattern Point Toe Stiletto Heeled Court Pumps
Selain itu, buat anda yang menginginkan pilihan lain yang mudah untuk dibeli, anda juga boleh memadankan baju putih dan kasut balutan motif animal print daripada Shein ini. Sekarang ini semuanya di hujung jari, anda hanya perlu menekan butang pembelian. Bolehlah pakai untuk ke pejabat esok! Pasti bergaya dan classy.
3. Padankan dengan bahagian atas renda hitam, tali pinggang berlogo dan loafer.
Sumber gambar PolyvoreSumber gambar Asos
Tidak ada yang salah dengan renda hitam. Buat para hijabi, jangan lupa padankan dengan turtleneck berwarna hitam. Untuk menjadikan seluar jeans anda sesuai digunakan dalam acara formal, anda boleh cuba memadankannya dengan pakaian atas jenis ini. Kemudian padankan dengan kombo aksesori klasik yang lain iaitu tali pinggang logo dan loafers.
4.Penampilan Sartorial dengan Blazer Disesuaikan dan Seluar Jeans Gelap
Sumber gambar: Sean & Sheila Blazer & Acne Studio Black Denim.
Padankan dengan seluar jeans hitam dan blazer yang disesuaikan untuk ilusi jahitan yang disesuaikan. Blazer bertekstur hitam dengan sentuhan jalur emas pada lengan baju dari Sean & Sheila ini boleh menjadi pilihan anda. Anda boleh memakai turtleneck sebagai pakaian dalam untuk penampilan yang lebih anggun.
5. Atasan Renda dan Sandal untuk Penampilan Formal Feminin
Sumber gambar SHEIN Floral Applique Ruffle Hem Frill Trim Top, Balmain Black Denim, Aquazzura Sandal.
Bagi anda yang suka kelihatan feminin, gabungkan seluar jeans dengan top lace yang romantik seperti top dari Shein ini. Jangan lupa padankan dengan turtleneck sebagai lapisan dalam ya. Untuk nampak lebih manis, padankan penampilan anda dengan sandal bertumit tinggi bertali nipis untuk menambahkan kesan feminin.
Ha! demikianlah beberapa inspirasi padanan untuk memakai jeans agar terlihat formal. Untuk para hijabi, perlu berhati-hati ya agar segalanya masih menepati syariah. Padankan dengan turtleneck ataupun inner baju yang bersesuaian. Selamat mencuba!
Baru-baru ini, sis telah berkesempatan untuk menonton tayangan perdana filem James Bond, No Time To Die anjuran United International Pictures (UIP).
Padu dengan lagak aksi, filem ini mengisahkan tentang Bond yang telah meninggalkan perkhidmatan dan sedang menikmati kehidupan yang tenang di Jamaica.
Namun, ketenangan hidup yang dinikmati beliau tidak berpanjangan apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA muncul meminta bantuan. Misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik ternyata jauh lebih khianat daripada yang dijangkakan, membawa Bond ke jejak penjahat misteri yang bersenjatakan teknologi baharu yang berbahaya.
Menariknya, selain Daniel Craig, filem ini turut menampilkan barisan pelakon tersohor seperti Rami Malek, Ana de Armas, pelakon Perancis, Léa Seydoux dan ramai lagi.
Filem ini juga memberikan makna yang berbeza kerana ini merupakan penampilan terakhir Daniel Craig sebagai James Bond. Hmm, sedih pula rasanya!
Walaupun berdurasi 2 jam 43 minit, namun plotnya yang menarik membuatkan kita tak mahu berganjak dari kerusi dan mahu terus setia menontonnya.
Tak rugi untuk ditonton, anda boleh mengajak keluarga mahupun rakan-rakan untuk turut serta menontonnya di pawagam bermula hari ini.
Di antara bentuk selawat yang sering diamalkan oleh kaum muslimin selepas solat, adalah selawat Nariyah. Hampir seluruh kaum muslimin boleh hafal selawat ini. Namun demikian, juga hampir seluruh kaum muslimin tidak mengenal dan hafal doa setelah membaca selawat Nariyah.
Berikut adalah doa setelah membaca selawat Nariyah;
Bismillaahir rohmaanir rohiim. Alhamdu lillahi robbil ‘aalamiin. Allohumma sholli wa sallim ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa ‘alaa aalihii wa shohbihii ajama’in. Allohumma innaa nas-aluka wa natawassalu ilaika wa natasyaffa-‘u ‘indaka bis sholaati ‘alaa nabiyyika shollallaahu ‘alaihi wa sallam an taqdhiya haajaatina fa innahuu laa yaqdhii haajata ahadin illaa anta yaa hayyu yaa qoyyuum bi rohmatika nastaghiitsu yaa mughiitsu aghitsnaa yaa mughiitsu aghitsnaa yaa mughiitsu aghitsnaa. Wa shollallaahu ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa ‘alaa aalihii wa shohbihii wa sallam. Walhamdu lillaahi robbil ‘aalamiin.
Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji hanya milik Allah, Tuhan semesta alam. Ya Allah, berilah limpahan rahmat dan salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad, kepada kepada seluruh keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, kami mohon kepada-Mu dan bertawasul kepada-Mu melalui selawat atas Nabi-Mu, semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan salam, agar Engkau memenuhi hajat-hajat kami kerana sesungguhnya tidak ada yang boleh memenuhi hajat kami kecuali Engkau.
Wahai Zat Yang Maha Hidup, Zat Yang Maha Berdiri Sendiri, dengan rahmat-Mu kami mohon pertolongan. Wahai Zat Yang Maha Penolong, tolonglah kami, wahai Zat Yang Maha Penolong, tolonglah kami, wahai Zat Yang Maha Penolong, tolonglah kami. Semoga Allah melimpahakan rahmat dan salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad, kepada kepada seluruh keluarga dan sahabatnya. Dan segala puji hanya milik Allah, Tuhan semesta alam.
Fadhilat Selawat Nariyah/ Tafrijiyah
Antara kebaikan pengamal selawat ini:
Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
Imam ad-Dainuri r..a.
11 x – setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
41 x – setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
100 x – setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
313x – setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
1000x – tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.
Imam Qurtubi r.a.
41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.
Imam Sayyidi Muhammad Khafi r.a.
Baca 4444 x dalam tempoh 7 hari 8 malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh; Insya Allah tercapai hajat dengan baik dan sempurna.
Apabila dibaca 3 kali selepas selesai solat fardhu maka pahalanya samalah seperti haji mabrur/haji yang maqbul.
KELEBIHAN LAIN:
1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.
3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.
4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat. Selawat yang aku amal bertahun-tahun lamanya,ini lah selawat yang banyak melepaskan aku dari segala permasalahan, dengan berkat selawat kepada junjunganku Nabi Muhammad SAW, segala permasalahan aku dalam perubatan, dalam perniagaan dalam kehidupan sentiasa di beri pertolongan Allah… Selawat ini selain dari nama Tafrijiyah, aku sendiri memanggilnya selawat yang melepaskan segala permasalahan, tak kira apabila kita sakit, disihir, masalah perniagaan, inginkan pelaris dan bergantung pada niat kita..
Antara kelebihan berselawat ialah :
i). Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)
ii). Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
iii). Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
iv). Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.
25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.
30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...