Apabila malas bersolat ingatlah bahawa sebagai umat Islam anda berada dalam golongan yang rugi. Solat merupakan tiang agama. Sesungguhnya menjadi seorang yang rajin solat itu akan memudahkan kehidupan harian anda. Tahukah anda, ada beberapa cara untuk mengatasi malas solat?
Gambar sekadar hiasan
Apabila anda pandai untuk menjaga solat sudah semestinya anda juga pandai menjaga akhlak. Maka buat manusia seperti kita yang kadang kala lalai dengan duniawi pasti ada waktu yang akan membuatkan kita terlupa untuk mengerjakan solat atau mengambil mudah sahaja dengan tidak menggantikan solat. Tidak meletakkan solat perkara utama adalah kesilapan yang sering kita lakukan.
Menurut petikan hadis dari laman sesawang dalamislam:
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Perjanjian yang berada antara kami dengan mereka adalah shalat, maka barang siapa yang meninggalkannya maka ia telah kafir”. (HR. Tirmidzi: 2621 dan Nasa’i: 463 dan Ibnu Majah: 1079.
Ads
Berdasarkan firman Allah ta’ala-: “Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan shalat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan”. (QS. Maryam: 59)
Gambar sekadar hiasan
Sebagai manusia biasa, kita akan selalu diingatkan tentang jika terdengar azan berkumandang, anda perlu segera melakukannya kecuali jika ada keperluan yang ingin dilakukan. Oleh itu, di sini mempunyai 5 perkara yang anda boleh lakukan untuk mengatasi daripada malas menunaikan solat. Ianya juga dari perspektif ibu bapa kepada anak mahupun diri anda kepada orang lain.
5 cara mengatasi malas solat!
1. Mencari contoh yang baik dari sekeliling untuk menjalankan solat.
Sumber google
Cara anda untuk mengatasi malas solat pertama adalah, pastikan anda mengikuti sekeliling yang rajin untuk solat. Sebagai contoh, jika ibu bapa anda sentiasa mengingatkan anda untuk solat, itu merupakan perkara yang baik. Ini kerana ibu bapa merupakan contoh buat anak-anaknya dan di dalam Islam juga menggalakkan untuk ibu bapa mengajar anak-anak mengikuti ajaran ibu bapa yang mengikut syariah Islam.
2. Mendapatkan pemahaman mengenai pentingnya solat ini.
Kadang-kadang sebagai manusia kita terlupa untuk memahami kepentingan sesuatu itu, sama juga seperti solat. Jadi, pemahaman buat solat tidak kira anda masih kecil atau dewasa tidak semudah yang disangka. Ia memerlukan cara yang lembut dan sabar. Jadi, belajar dan memahami tentang kepentingan solat melalui internet atau orang yang beragama. Secara perlahan pun tiada masalah. Boleh juga anda menyertai kelas agama yang berdekatan.
3. Solat secara konsisten
Sumber google
Anda juga boleh melakukan solat dengan secara konsisten. Memang sukar untuk mengejar masa ke sana dan ke sini. Akan tetapi, ingatlah bahawa jika anda mengambil masa untuk solat pasti anda akan rasa sentiasa cukup masa. Jika pada mula anda merasakan sukar untuk melakukannya dan merasa berat, insyaAllah jika sentiasa konsisten dan berdoa pasti anda rasa suka untuk meninggalkan solat selepas ini.
Ads
Selain itu, jika anda rasa tidak pasti dengan diri yang senang lupa, cuba untuk memberitahu kepada sesiapa yang anda rapat seperti ibu bapa, adik-beradik, sahabat supaya mengingatkan anda untuk solat sekiranya anda lupa.
4. Ibu bapa perlu mengawasi anak dengan cermat.
Sumber google
Bermula daripada awal, ibu bapa merupakan guru pertama yang mengajar kita. Tugas ibu bapa sentiasa mengawasi anak-anaknya terutama sekali tentang agama. Ibu bapa pasti bahagia apabila anak akan disiplin menjalankan solat. Jadi, sebagai anak jangan rasa marah jika rasa ibu bapa anda terlampau control, lagi-lagi tentang solat.
Ads
Buat ibu bapa pula melakukan pengawasan kepada anak-anak adalah penting. Jangan merasakan anda ibu bapa yang tidak berguna. Akan tetapi dinasihatkan untuk tegurlah dengan cara yang baik dan lemah lembut.
5. Memberi semangat kepada anak!
Sumber google
Bermula dari awal, apabila anak anda rajin untuk solat, pasti ibu bapa akan gembira. Apabila sudah dewasa pula kita akan rasa bangga pada didikan ibu bapa anda. Sebagai ibu bapa, anda juga perlu memberikan semangat buat anak agar anak akan rajin untuk solat. Apabila kita rajin untuk mengatakan yang baik dan positif, jadi kita akan lebih semangat. Anda juga memberi semangat kepada rakan-rakan yang sedang bersusah payah melengkapkan solat mereka atau belajar agama.
Sumber Dreamtime
Akhir kata, jika anda ingin mengatasi malas solat jangan lupa untuk berdoa juga kerana doa akan membantu anda untuk rajin solat. Kerana Allah itu Maha Mendengar. Sentiasalah berdoa agar diberikan hidayah dari Allah SWT dan minta doa dari ibu bapa kerana doa ibu bapa itu sangat penting
Melalui perkongsian Neelofa pada laman sosial Instagram, neneknya berkenan untuk bertemu dengan Ustaz Tarmizi yang menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan Yayasan Ummah dan menariknya lagi apabila Allah mengizinkan keinginan hambanya yang sentiasa mengamalkan Al Quran maka bertemulah dalam majlis yang indah ini.
Nenek kepada selebriti, Neelofa iaitu Bibi Khoteja Yusof, 77, hadir turut menyertai Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 yang di adakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pada Sabtu.
Melalui perkongsian ya bersama Sinar Harian, tidak tinggalkan Al Quran dalam keadaan apa pun. Pernah menjalani pembedahan sebelum ini, namun dia tetap istiqamah membaca al-Quran yang merupakan penawar terbaik untuk semua penyakit.
Bibi Khoteja Yusof, 77, untuk tetap membaca al-Quran dalam kehidupan seharian.
“Selepas menjalani pembedahan, saya tetap meneruskan membaca dan tidak pernah tinggal baca al-Quran.
“Jika keadaan sakit sangat, saya tetap mengikuti ajaran al-Quran di televisyen dan mendengar ayat-ayat suci al-Quran,” ujarnya semasa temubual bersama Sinar Harian selepas Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Oktober lalu.
Tetap berguru walaupun…
Melihat keadaan kesihatannya tidak seperti sebelum ini, namun Bibi Khoteja menyatakan guru mengajar al-Quran juga datang untuk mengajarnya walaupun ketika itu keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.
“Saya sakit tetapi guru al-Quran datang mengajar. Saya belajar dengan guru agama untuk menambah ilmu untuk tahu makna, ingat dan hafal al-Quran,” ujarnya.
Memanjat rasa syukur diberi kesempatan menghadiri majlis ilmu ini, Bibi Khoteja menyifatkan Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 amat bermanfaat untuk membudayakan bacaan al-Quran dalam kalangan masyarakat di seluruh negara.
“Alhamdulillah saya dapat hadir dan cita-cita saya memang nak datang ke sini kerana saya tidak pernah tinggal untuk mengikuti program #QuranTime di televisyen.
Masyarakat rindukan Al Quran
Kehadiran peserta yang melebihi daripada jangkaan pada Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 menunjukkan masyarakat Malaysia rindu kepada al-Quran.
Kita-kira 8,000 peserta My #QuranTime diraikan pada Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada jam 11.30 pagi hingga 1 petang.
Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 yang bertemakan ‘Kerinduan dan Kenangan Terindah Bersama al-Quran’ menjelang sambutan Maulidur Rasul 1444H menjadi platform penyatuan asatizah dan peserta yang datang dari pelbagai latar belakang.
My #QuranTime merupakan program kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) serta TV AlHijrah sebagai penyiar utama.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: Sinar Harian
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Umum sedia maklum bahawa al-Quran merupakan kitab suci bagi umat Islam, malah kitab tersebut mengandungi kalamullah (kata-kata Allah) untuk membimbing umatnya. Justeru mukjizat teragung ini perlu di hormati, dilindungi dan dipelihara dengan sebaik mungkin.
Namun, baru-baru ini kecoh di laman sosial berhubung penemuan seorang individu yang menyelamatkan selonggok naskah Al-Quran yang dipercayai telah dibuang ke dalam longkang sekitar Kuala Lumpur.
Lelaki Terkilan, Ada Yang Tergamak Buang Al-Quran Dalam Longkang!
Perkara berkenaan menjadi tular dilaman Tik Tok dan dikongsikan menerusi akaun @MohdShabani dalam satu rakaman video berdurasi kurang dari dua minit berkenaan.
Hijabista difahamkan bahawa beberapa naskhah al-Quran yang ditemui di dalam longkang berhampiran lombong Taman Sri Murni itu, dipercayai dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab.
Setelah naskah Al-Quran itu berjaya dikeluarkan dari longkang lelaki terus menyusun longokkan Al-Quran tersebut.
Bagaimanapun, keadaan kitab itu sungguh menyedihkan kerana berada dalam keadaan basah dan kotor, hingga beberapa naskah mengalami kerosakkan pada kulit muka depan.
“Tengok la zaman sekarang akhir zaman, manusia tak tahu apa cerita.
“Mana yang buat kerja, dia orang buang al-Quran di dalam longkang.
“Tak tahu mana punya manusia. Tak nak baca pun simpanlah. Menitik air mana, Subhanallah!,” kata lelaki yang merakam video ketika menyelamatkan naskah Al-Quran itu.
Mengulas isu sama, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika dihubungi media tempatan, mengesahkan insiden itu. Tetapi menegaskan bahawa ia tidak berlaku di kawasan seliaan JAIS, sebaliknya menjadi tanggungjawab Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Oleh itu, pihak pihak JAIS telah memaklumkan berhubung kejadian ini kepada pihak JAWI agar satu tindakan segera dan siasatan lanjut berhubung isu ini dapat dilaksanakan.
Zina sememangnya satu dosa besar yang amat dibenci Allah. Banyak dinyatakan di dalam Al-Quran tentang hukuman yang bakal diterima oleh pelaku baik di dunia mahupun di akhirat.
Terdapat di dalam sebuah riwayat menjelaskan bahawa Nabi Musa tidak memaafkan pelaku zina kerana dianggap sangat hina. Hal ini membuktikan bahawa zina merupakan dosa besar yang sukar diampuni.
Namun jika anda merasakan dosa zina itu sudah cukup besar, ternyata anda salah. Ada dosa lain yang 1000 kali ganda lebih besar daripada dosa ini. Ancaman bagi pelaku dosa tersebut adalah hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapat kehinaan di dunia dan akhirat. Apakah dosa tersebut?
Dosa yang dimaksudkan adalah dosa individu yang meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja. Solat merupakan kewajipan bagi semua umat Islam di mana ia merupakan tiang agama Allah.
Meninggalkan solat dengan sengaja diibaratkan seperti meruntuhkan tiang agama dan membuat Allah menjadi murka dengan kita. Tidak hanya di dunia, hukuman di akhirat juga sangat pedih.
Ibnu Qayyim Al Jauziyah RA mengatakan:
“Ulama’ bersepakat bahawa meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalah dosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar dari dosa membunuh, merampas harta orang lain, berzina, mencuri dan minum minuman keras.
Orang yang meninggalkannya akan mendapat hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat.”
Hukuman Orang Yang Meninggalkan Solat
Solat Subuh – Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun
Solat Zuhur – Dosanya seperti membunuh 1000 orang Islam
Solat Asar – Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah
Solat Maghrib – Umpama berzina dengan emak bagi lelaki dan perempuan dengan bapa
Solat Isyak – Allah tidak redha hidup di dunia.
Jangan Tinggal Solat!
Amirul Mukminin, Umar bin Al Khoththob RA pernah berkata:
“Sesungguhnya di antara perkara terpenting bagi kalian adalah solat. Barangsiapa menjaga solat, bererti dia telah menjaga agama.
Barangsiapa yang menyia-nyiakannya, maka untuk amalan lainnya akan lebih disia-siakan lagi. Tidak ada bagian dalam Islam, bagi orang yang meninggalkan solat.”
Imam Ahmad RA juga mengatakan perkara yang sama:
“Setiap orang yang meremehkan perkara solat, bererti telah meremehkan agama. Seseorang memiliki bagian dalam Islam sebanding dengan penjagaannya terhadap solat lima waktu.
Seseorang yang dikatakan semangat dalam Islam adalah orang yang betul-betul memperhatikan solat lima waktu.
Kenalilah dirimu, wahai hamba Allah. Waspadalah! Janganlah engkau menemui Allah, sedangkan engkau tidak memiliki bagian dalam Islam. Kadar Islam dalam hatimu, sesuai dengan kadar solat dalam hatimu.”
Begitu pentingnya penjagaan solat lima waktu. Semoga kita setiasa menjaga solat dan terhindar daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Taala.
Sumber: tazkirah.net
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Trend beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.Segalanya mesti...