Solat itu tiang agama. Solat ialah amalan pertama dihitung apabila kita dihisab oleh Allah SWT, sekali gus kewajipan kepada setiap Muslim yang difardukan pada tahun kelima sebelum Hijrah.

Firman Allah SWT: “Benar-benar sangat beruntung orang yang beriman, yakni mereka yang khusyuk dalam mengerjakan sembahyang.” (Al-Mukminun: 2)

Lalu bagaimana pula status amalan-amalan yang dilakukan oleh seorang Muslim yang tidak solat? Bersedekah sana-sini tapi tidak solat.

Photo by sinan-toy Unsplash.

SOALAN:

Baru-baru ini ada video seorang selebriti membacakan sebuah hadis mengatakan bahawa semua amal ibadat yang dilakukan oleh seorang yang meninggalkan solat adalah sia-sia dan tidak diterima oleh Allah SWT. Benarkah demikian meskipun seseorang itu hanya meninggalkan solat kadangkala sahaja?

JAWAPAN: 

Meninggalkan solat adalah berdosa besar dalam Islam. Ini kerana solat merupakan salah satu rukun Islam justeru ia menjadi kewajipan bagi setiap muslim. Meninggalkannya akan mengundang kemurkaan dan azab daripada Allah SWT. Menurut pandangan mazhab al-Syafi’i, individu yang meninggalkan solat kerana malas pada masa yang sama tidak mengingkari kewajipannya maka ia dikategorikan sebagai fasik dan hendaklah bertaubat serta menggantikannya.

Namun dari segi ganjaran amalan baik yang lain, Allah SWT akan mengambil kira amalan tersebut walaupun sebesar mana sekali pun sama ada baik atau buruk. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah al-Zalzalah ayat 8-9, maksudnya: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (8)

Walaubagaimana pun, sememangnya ada sebahagian ulama yang menyatakan bahawa orang meninggalkan seluruh solat fardu dengan sengaja, maka amalan-amalan soleh yang lain tidak diterima oleh Allah.

IBADAH UTAMA

Solat merupakan ibadah yang utama di dalam agama bahkan solat juga merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA

IKLAN

Umat Islam wajib menjaga ibadah solat kerana ia merupakan ibadah yang pertama yang akan dihitung dan dihisab oleh Allah SWT di hari akhirat kelak. Berbalik kepada persoalan di atas, terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A menceritakan bahawa jika baik dan sempurna solat maka baiklah amalan lainnya, sebaliknya jika buruk solatnya maka buruklah amalan lainnya.

Nabi SAW bersabda:

أَوَّلُ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الصَّلَاةُ، فَإِنْ صَلَحَتْ صَلَحَ لَهُ سَائِرُ عَمَلِهِ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ سَائِرُ عَمَلِهِ

Maksudnya: Sesungguhnya amalan yang mula dihisab atas seseorang hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya baik solatnya maka baik segala amalannya, sekiranya buruk solatnya maka buruk segala amalannya. Riwayat al-Thabrani (1859)

Photo by imad-alassiry Unsplash.

Dalam hal ini, Imam al-Munawi menukilkan pandangan Imam al-Haithami menyatakan bahawa dalam jalur riwayat hadis ini terdapat seorang yang bernama al-Qasim bin ‘Usman dan menurut Imam al-Bukhari, hadis ini tidak mempunyai jalur riwayat yang lain. Selain itu, Ibnu Hibban menyatakan bahawa al-Qasim bin ‘Usman merupakan seorang yang thiqah (dipercayai) dan kadang-kala melakukan kesilapan. Di samping itu, hadis ini juga tidak terdapat di dalam enam kitab hadis yang muktabar.

Dalam riwayat yang lain, terdapat hadis menceritakan tentang perkara ini yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلاَتُهُ فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ فَإِنِ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ قَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ فَيُكَمَّلَ بِهَا مَا انْتَقَصَ مِنَ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ يَكُونُ سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى ذَلِكَ

IKLAN

Maksudnya: Sesungguhnya amalan pertama yang dihisab seseorang hamba pada hari kiamat adalah daripada amalan solatnya. Jika baik solatnya maka berbahagia dan berjayalah ia. Jika buruk solatnya maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya solat fardunya tidak sempurna, maka tuhan ‘Azza wa Jalla berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku ini menunaikan solat-solat sunat untuk menampung kekurangan solat fardunya itu. Kemudian dihitung seperti ini jua pada amalan-amalan yang lain. Riwayat al-Tirmizi (413)

Imam Munawi dalam menjelaskan hadis di atas menyatakan bahawa (صلح له سائر عمله) memberi maksud bahawa jika amalan solatnya sempurna dan diterima oleh Allah, maka Allah akan mempermudahkan proses perhitungan dan pemeriksaan amalan-amalan yang lain. Begitu juga maksud (فسد سائر عمله) iaitu amalan-amalan yang selain solat akan rosak jika solat tidak sempurna dan tidak diterima yang mana membawa maksud Allah akan menyempitkan proses penilaian amalan-amalan yang lain selain solat lima waktu.

Menurut Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi sesiapa yang meninggalkan keseluruhan solat fardu maka segala amalannya tidak diterima hal ini kerana solat itu adalah tiang agama.

Hal ini menjelaskan bahawa peri pentingnya ibadah solat sehingga Allah SWT mengancam dengan azab yang sangat berat. Imam al-Ghazali menukilkan hadis Nabi SAW sabdanya, mereka yang meninggalkan solat maka Allah SWT sahaja yang akan menentukan nasib mereka, sama ada diberi ganjaran syurga atau balasan api neraka.

Meninggalkan solat sama ada dengan sengaja atau tidak merupakan satu dosa yang sangat besar dan diberi amaran dengan ancaman yang berat di sisi syarak bahkan mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja dan mengingkari kewajipannya, para ulama bersepakat bahawa mereka itu terkeluar daripada agama Islam dan dihukum sebagai kafir.

Selain itu, sekiranya meninggalkannya kerana malas tetapi tidak mengingkari kewajipannya, maka para ulama berbeza pandangan berkenaan dengannya. Menurut mazhab Maliki dan al-Syafi’i serta jumhur para salaf berpandangan tidak dihukum kafir akan tetapi fasik dan wajib bertaubat. Sekiranya enggan bertaubat setelah diberi peluang maka hendaklah dijatuhkan hukuman hudud iaitu hukuman bunuh.

IKLAN

Berdasar kepada penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa meninggalkan solat merupakan perkara yang sangat berat dalam Islam. Ini kerana solat merupakan salah satu rukun Islam dan menjadi kewajipan bagi setiap individu muslim.

Photo by rumman-amin Unsplash.

Begitu juga solat sebagai tanda keimanan dan ketakwaan seseorang hamba kepada Allah SWT. Dengan meninggalkannya akan mengundang kemurkaan dan azab daripada Allah SWT. Menurut pandangan mazhab al-Syafi’i, individu yang meninggalkan solat kerana malas pada masa yang sama tidak mengingkari kewajipannya maka ia dikategorikan sebagai fasik dan hendaklah bertaubat serta menggantikannya.

Namun dari segi ganjaran amalan baik yang lain, Allah SWT akan mengambil kira amalan tersebut walaupun sebesar mana sekali pun, sama ada baik atau buruk.

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ ‎﴿٧﴾‏ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ ‎﴿٨﴾‏

Maksudnya: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (Surah al-Zalzalah: 7-8)

Walaubagaimana pun, sememangnya ada sebahagian ulama yang menyatakan bahawa orang meninggalkan seluruh solat fardu dengan sengaja, maka amalan-amalan soleh yang lain tidak diterima oleh Allah. Wallahu’alam.

Sumber kredit: Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Top image: Photo by rumman-amin from unsplash

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/56nQrka4s8k

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI