Dikurniakan badan yang besar akan membuatkan pergerakan kita cukup terbatas. Terutamanya soal solat dan juga pemilihan baju bersesuaian.
Inilah dilema yang sering dialami oleh Farhiyah Fazdly yang sebelum ini mempunyai berat badan mencecah 153KG. Menurutnya, kesulitan untuk bersolat kerana perlu duduk menyebabkan dia tekad untuk berubah. Bukan itu sahaja, sebelum itu dia juga turut merasa rendah diri tatkala dia seorang perempuan yang berada di tempat awam. Seperti terngiang di telinga ejekan ‘gemuk’ pada dirinya.
Justeru dia lebih senang duduk sahaja di rumah dan menghadkan aktiviti bersama teman-teman lain. Oleh kerana kasihankan ibu dan tak mahu hatinya terguris, Farhiyah nekad mendaftarkan diri untuk Program Jom Kurus 1 Malaysia pada tahun 2015.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Walaupun semangatnya hampir jatuh sepanjang program itu, tetapi Farhiyah tetap meneruskan aktiviti yang disarankan dan akhirnya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 80KG dalam masa setahun setengah.
Jom ikuti perkongsiannya melalu laman facebook miliknya dan Kevin Zahri.
“Semakin naik badan si farah tu, Kamu tak nasihatkan ke Ani?” Ibu hanya mampu tersenyum bila orang sekeliling mempersoalkan dirinya dan seolah-olah tak pandai menjaga saya dan tak prihatin kepada keadaan fizikal saya.
Saya tahu jauh di sudut hati ibu, luluh hatinya apabila dia dituduh sebegitu.
Saya pula hanya tertunduk dan hati berasa pedih kerana saya tahu ibu saya tak pernah berhenti nasihatkan saya. Tetapi saya buat tak tahu sahaja. Kasihan ibu.
Maafkan saya ibu, kerana degil tak mau berubah dan ibu disalahkan. Satu hari saya nekad, saya tak mahu lagi ibu disalahkan. Saya nekad untuk berubah.
Keperitan Apabila Seberat 153KG
Diam tak diam, berat saya mencecah 153.3kg. Tinggi tak sampai 150cm, fizikal saya sangat membataskan aktiviti-aktiviti harian saya sama ada di rumah, pejabat dan di tempat awam.
Apabila pergi ke pusat membeli belah, saya tak boleh berjalan jauh disebabkan berat badan yang amat sangat terutamanya pada kaki. Sekiranya jalan lebih daripada biasa, saya akan mengah dan semput.
Jadi, saya terpaksa mencari tempat letak kenderaan yang paling hampir dengan pintu masuk dan sanggup menunggu dan berpusing banyak kali bagi mendapatkan lokasi yang dekat. Selain itu, kaki saya juga mengalami bengkak di sebabkan ‘water retention’ yang mana saya rasa tak selesa sepanjang hari walaupun dalam keadaan duduk.
Umur Baru 20-AN, Tetapi Sudah Solat Duduk
Perkara yang saya paling ralat ketika masalah berat badan ini adalah saya tak dapat solat seperti orang biasa.
Pada umur 20-an saya terpaksa sembahyang di atas kerusi kerana saya tak dapat menampung berat badan saya ketika tunduk dan duduk di bawah. Cuba juga untuk duduk, tetapi payah dan perit hanya tuhan yang tahu.
Merasa Rendah Diri
Saya juga turut mengalami masalah ‘inferiority complex’. Lebih-lebih lagi saya seorang perempuan yang mana saya merasa sangat rendah diri untuk berada di khalayak ramai terutama ketika berada di tempat awam.
Ini kerana saya merasa semua orang memerhati, mengata dan mentertawa saya. Terngiang di kepala seperti ada orang mengata “eee.. gemuknya…!”
Atas sebab itu saya lebih selesa berada di rumah atau bersama teman rapat sahaja.
Namun, jauh di sudut hati saya, saya merasa kasihan kepada teman-teman rapat saya yang terpaksa membataskan had mereka dalam melakukan aktiviti hanya kerana mahu saya selasa dan menjaga hati saya.
Tak Mahu Hati Ibu Terguris
Saya nekad, saya kuatkan hati dan tak mau hati ibu terguris lagi. Dengan bantuan kakak dan rakan beliau, saya daftarkan diri menyertai program Jom Kurus 1 Malaysia musim ke Empat.
Misi kurus badan saya bermula pada Januari 2015 di mana saya telah menyertai kawasan Ampang di bawah Team Leader Agam. Pada mulanya, saya tak meletakkan harapan yang tinggi untuk kurus. Cuma lebih kepada mau dapatkan ilmu-ilmu baru dalam fitness dan cara diet yang betul.
Dengan semangat daripada rakan-rakan dan juga keluarga, pada minggu pertama, saya telah berjaya hilangkan berat badan sebanyak 6.6kg!
16KG Untuk 6 Minggu
Semangat saya terus meningkat. Siapa sangka saya dapat turunkan 6.6kg untuk minggu pertama. Namun coach ada ingatkan, jumlah yang banyak ini adalah air kerana saya gemuk air. Betul apa yang diingatkan oleh coach, minggu kedua dan ketiga berat saya tak turun. Namun saya tetap fokus dan cuba cari jalan dan mula disiplin menjaga makan. Alhamdulillah untuk usaha yang berterusan sepanjang JK1M #4, saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 16 kg dalam tempoh 6 minggu.
Ibu Mula Tersenyum
Disebabkan hilangnya KG sebanyak itu, saya mula tanamkan azam untuk teruskan misi saya walaupun ianya mengambil jangka masa yang lama. Bagi saya yang penting adalah istiqomah dan ‘enjoy’ dengan setiap aktiviti yang saya lakukan.
Saya mula nampak pelbagai perubahan kecil yang berlaku pada diri saya walaupun orang luar tak perasan perubahan itu. Contohnya sebelum ini saya tak dapat buat senaman seperti org lain, tetapi setelah beberapa lama mengikuti latihan yang disediakan saya mampu ikut aktiviti-aktiviti tersebut seperti orang biasa.
Paling penting, Ibu saya mula tersenyum melihat saya semakin hari semakin kecil.
Hilang 80KG, Perjalanan Yang Bukan Mudah
Selepas tamat program JK1M musim ke empat, saya mencari program lain sementara menunggu JK1M yang seterusnya. Selama setahun saya berlatih di bawah coach Zack Zakwan dan coach Bo termasuk JK1M musim ke lima dan ke enam.
Banyak ilmu yang telah diajar dan bersama mereka juga saya telah berjaya kurangkan berat badan yang banyak. Sepanjang perjalanan ini memang ada cabaran yang saya rasa mau untuk give-up antaranya ketika berat badan saya turun semakin lambat.
Sebelum ini, dalam tempoh sebulan, saya boleh turun lebih daripada 6 kg. Sekarang paling banyak pun adalah sekitar 3kg sahaja.
Semangat Kadang Kala Jatuh
Apabila keadaan ini terjadi, semangat saya jatuh. Namun atas sokongan daripada sahabat-sahabat dan keluarga, Semangat saya bangkit semula.
Alhamdulillah sehingga Julai 2016 saya berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 80kg. Perjalanan yang bukan mudah tapi saya tahu ia amat berbaloi.
Gambar diambil Febuari lalu.
Syukur saya panjatkan kepada Tuhan yang memberi rezeki ini dan sokongan padu dari ahli keluarga serta sahabat-sahabat yang tak pernah berputus asa. Perjuangan perlu diteruskan kerana sasaran saya adalah mau mencapai capai berat ideal. Insyallah
TIP UTAMA MENGURANGKAN BERAT BADAN
Perkara paling penting dalam kurangkan berat badan ada 10 perkara:
1. Tetapkan sasaran jangka masa pendek dan jangka masa panjang
2. Istiqamah dengan apa yang kita lakukan. Biar lambat asalkan kita capai
3. Melakukan setiap senaman dengan rasa seronok tanpa rasa beban – Enjoy & Fun
4. Bergaul & berkawan di dalam kelompok yang mempunyai tujuan & minat yang sama – mudah untuk bertukar-tukar pendapat dan ilmu & melakukan aktiviti bersama
5. Tidur yang cukup
6. Pengambilan air yg secukupnya
7. Melakukan aktiviti-aktiviti sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali seminggu – kalau boleh elakkan dari rehat lebih dari 2 hari berturut-turut
8. Mengambil ukuran badan setiap 2 kali seminggu
9. Perlu ada hari berehat dalam setiap minggu
10. Perlu ada usaha yang berterusan dalam mencari ilmu fitness & diet – perlu rajin membuat bacaan berkaitan fitness & die dan merujuk kepada mereka yang pakar
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Sama ada anda cuba mencapai matlamat menurunkan berat badan dan saiz badan idaman, atau sekadar ingin kekal aktif dan cergas, lihat rutin senaman Korean Pop Idols ialah sumber inspirasi yang hebat. Walaupun kebanyakannya dikagumi kerana bakat, daya tarikan dan ketampanan mereka, bintang K-Pop adalah antara personaliti yang paling cergas dan berdisiplin di luar sana dalam hal menjaga kesihatan dan badan mereka.
Selain latihan tarian yang berterusan dan latihan untuk persediaan untuk persembahan, mereka juga mengekalkan rejimen senaman yang ketat untuk meningkatkan stamina dan ketahanan fizikal untuk mengendalikan jadual dan gaya hidup mereka yang sangat mencabar.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Berikut ialah beberapa senaman dan rutin senaman yang diikrarkan oleh bintang K-Pop terkenal hari ini:
Jung Kook BTS
Selain daripada nama samarannya “golden maknae (anak bongsu),” Jung Kook daripada kumpulan super Korea BTS juga digelar ” muscle bunny” kerana perutnya yang dipahat, badan yang ton dan kekuatan fizikal yang luar biasa yang boleh menyamai seorang atlet profesional. Dalam catatan di platform sosial WeVerse oleh ketua kumpulan RM, dia mendedahkan bahawa Jung Kook hanya mempunyai 10 peratus lemak badan berdasarkan peperiksaan fizikalnya. Namun, tidak menghairankan, kerana selebriti berusia 25 tahun itu sentiasa menjalani gaya hidup aktif.
Di antara jadual ketat mereka yang terdiri daripada latihan tarian, latihan pentas, penggambaran foto, rakaman, wawancara media antarabangsa dan sebagainya, Jung Kook sentiasa berjaya mencari masa untuk bersenam. Rutinnya kebanyakannya adalah gabungan aktiviti berbeza yang membantu membakar lemak dan kalori. Dalam klip di sebalik tabir Episod 70 rancangan varieti VLive Run BTS mereka, yang disiarkan pada 2019, dia berkongsi rutin senaman kecemasannya dengan ahli BTS:
20 cangkung
20 tekan tubi
20 lompat mencangkung
20 tekan tubi pike
10 papan
20 pendaki gunung
15 burpee
20 crunch
20 angkat kaki
20 latihan superman
Dia juga gemar bertinju, seperti yang dilihat dalam rancangan realiti mereka yang In The SOOP, yang menyaksikan BTS mengambil cuti dari jadual kerja biasa mereka sambil berehat dan melakukan aktiviti “penyembuhan” di rumah tepi tasik semasa kuarantin. Jung Kook juga meluangkan masa untuk pergi ke gim pejabat mereka untuk melakukan pelbagai senaman toning dan latihan bebanan. Boleh juga menonton rutin gim Jung Kook di sini:
Rosé Blackpink
Keempat-empat ahli kumpulan K-Pop Blackpink yang semuanya wanita adalah sangat hebat dalam tarian. Untuk mengekalkan tenaganya, terutamanya semasa persembahan pentas dan hari kerja yang sibuk, Rosé menyelaraskan badannya melalui pilates.
Dikenali untuk menguatkan teras dan memperbaiki postur dan fleksibiliti, senaman ini membantu meningkatkan daya tahan badan apabila melakukan aktiviti fizikal yang mencabar. Beberapa gerakan dan pose yang termasuk dalam rutin Rose ialah variasi sambungan sisi yang diubah suai menggunakan bola senaman, high shoulder bridges dan senaman sambungan kaki antara lain.
Tonton video ini, latihan Rosé bersama jurulatih pilatesnya. Video ini turut menampilkan maknae Blackpink, Lisa, sedang bertinju.
Mamamoo’s Solar
Mendapat populariti sebagai satu bentuk senaman pada akhir 90-an, tarian tiang telah menarik perhatian beberapa Idola K-Pop sebagai senaman pilihan mereka. Sebagai bentuk seni yang menggabungkan disiplin tarian dan aerobik, ia merupakan senaman seluruh badan yang hebat yang membantu mengembangkan keseluruhan kekuatan, stamina dan fleksibiliti anda.
Solar, ahli kumpulan K-Pop Mamamoo yang semuanya wanita, kerap berlatih tarian tiang malah pernah melakukan beberapa persembahan pentas menggunakan bentuk seni ini. Dia mula mempelajarinya pada 2018 untuk video muzik “Egotistic” mereka dan sejak itu meneruskannya sebagai sebahagian daripada usaha solonya.
Solar memulakan saluran Youtubenya sendiri bernama Solarsido, di mana dia kadang-kadang berkongsi video amalan tarian tiangnya. Lihat latihan tarian tiang pasangan Solar di sini:
Momo TWICE
Muncul dalam episod 2019 SBS MTV The Show, Momo dari kumpulan gadis Twice menunjukkan senaman yang mudah tetapi berkesan untuk mendapatkan perut yang keras. Ia dipanggil ” hip dip plank” atau ” twist plank”, yang merupakan variasi bergerak bagi papan rendah.
Untuk melakukan gerakan ini, mulakan dengan meletakkan diri anda pada papan yang rendah, sandarkan siku dan lengan bawah anda di atas lantai sebelum memanjangkan seluruh badan, menjadikannya selari dengan lantai. Dari kedudukan ini, perlahan-lahan celupkan pinggul dan bahagian atas badan anda ke satu sisi, beralih dengan berhati-hati ke sisi yang lain dan seterusnya. Momo mengesyorkan melakukan 50 ulangan latihan ini tiga kali sehari. Untuk hasil terbaik, gabungkan latihan ini dengan teknik toning lain seperti crunches atau tendangan basikal.
Tonton cara membuat papan hip dip dengan betul di sini:
Kai EXO
Sentiasa memberikan persembahan seksi apabila dia naik ke atas pentas, Kai EXO pada asasnya adalah patung dewa Yunani yang hidup dengan badannya yang terpahat sempurna dan perut yang berketak. Rahsia kepada fizikalnya yang menakjubkan adalah dengan tegas mematuhi diet protein tinggi, rendah garam dan rendah kalori, latihan tarian yang kerap dan latihan gim.
Dalam siaran langsung Instagram 2019 di akaun peribadinya @zkdlin, Kai mendokumentasikan beberapa perkara yang dia lakukan setiap kali dia berada di gim. Ia termasuk tekan tubi, tarik bar dan angkat pemberat.
Jackson Wang GOT7
Ahli GOT7 Jackson Wang adalah salah seorang daripada ramai Idola K-Pop lelaki yang dikagumi kerana fizikalnya yang mengagumkan. Warga Hong Kong berusia 28 tahun itu bukan sahaja mempunyai tangan dan kaki yang kurus, dia juga mempunyai dada dan badan yang terpahat dengan baik hasil daripada pelbagai senaman gim.
Dia melakukan banyak latihan bebanan untuk menguatkan ototnya, serta larian treadmill untuk kardio. Bersenam seberapa kerap yang boleh dan memuji aktivitinya dengan diet yang sihat.
Tonton senaman yang dia dan ahlinya lakukan untuk kekal cergas semasa mereka dalam lawatan:
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Cara ekstrem sering gagal dan tidak membuahkan hasil, membuatkan personaliti dan pengacara Televisyen, Dayah Bakar memilih cara yang lebih rileks dan tidak menyakitkan. Menurut Dayah Bakar selama ini dia cuba menggunakan diet ekstrim untuk menurunkan berat badan tidak berjaya.
Jelasnya lagi, sebelum ini Dayah tidak kisah dengan saiz bentuk badannya yang agak berisi. Namun dek kerana tuntutan tugasan menyebabkan Dayah Bakar berusaha untuk menurunkan berat badan kepada saiz ideal.
Hijabi yang mempunyai cita-cita sama dan berazam menurunkan berat badan sebelum menjelangnya tahun baharu 2024 yang hanya berbaki kurang lebih sebulan lagi, HIJABISTA sarankan mengikut rejim cara Dayah Bakar ini, jom semak!
Diet Ekstrem Memenatkan, Selalunya GAGAL!
“Dayah pernah cuba diet ekstrem tetapi tidak berjaya. Sebaliknya tukar kepada cara mental positif barulah ada kesannya. Bila fikir positif, kita tidak rasa pressure dan stress untuk kurus. Dayah guna naturally dengan makan nasi macam biasa.
“Dulu pernah Dayah stop makan nasi, tetapi tak menjadi. Dayah gemuk balik. Cuma Dayah cuba kurangkan kuantiti nasi. Daripada penuh jadi half. Dari half pula jadi suku.
“Dayah juga kurangkan pengambilan air manis. Hanya ambil sekali sahaja berbanding dulu siang, petang malam,” ujar Dayah berkongsi tip menurunkan berat badan secara natural.
Selain itu menurut Dayah dia juga turut mengamalkan exercise dan ia memberi semangat untuk menurunkan berat badan.
Kurangkan ‘Sugar Intake’, Bersenam Dengan Piloxing
“Apabila makan sudah berkurangan, kerap exercise menyebabkan kalori terbakar. Dayah juga ada join kelas piloxing yang diajar oleh guru berpengalaman. Kelas ini sebenarnya campuran pilates dan boxing dan selama satu jam memang Dayah rasa nak menangis.
“Dayah akan berpeluh. Memang hasilnya tak sama kalau kita jogging selama dua jam. Cara ini memang boleh bakar lemak secara cepat. Dayah lakukan seminggu sekali dan hasilnya memang sangat berkesan,” ujarnya lagi.
Menurutnya lagi dia tidak perasa sebenarnya penurunan berat badannya sampailah ada orang perasan dan tegur perubahan fizikalnya.
“Hampir dua bulan melakukan semua itu dan perubahan drastik memang ketara pada diri Dayah. Bagi Dayah macam tetap rasa badan masih besar lagi, tetapi ramai yang kata perubahan diri Dayah.
“Prosesnya memang agak lama. Tetapi dayah puas hati kerana mengamalkan cara ini. Kalau orang lain gunakan cara eat clean, tetapi Dayah memang akan makan nasi setiap hari. Tak makan nasi sehari memang tak boleh.
“Dayah lebih gunakan pendekatan diet cara Islam, iaitu lebih bersederhana. Dari segi makan dan juga exercise.
“Tidaklah hanya kena makan sayur semata-mata, tetapi macam Dayah katakana tadi, portion kena jaga,” katanya.
Sebut sahaja De Fam pasti kenal dengan salah seorang anggotanya iaitu Nur Shazwani Shamsuddin atau lebih mesra disapa sebagai Cik Manggis yang dilihat semakin manis apabila berhijah mengenakan hijab sejak tiga tahun lalu.
Sejak tampil dengan imej lebih muslimah dan sopan, stail dan penampilan Cik Manggis sentiasa menjadi sorotan para peminatnya kerana beliau sering kelihatan ‘On Point’ dalam setiap stail yang digayakannya.
Malah, sejak berhijab Cik Manggis tidak melihat ianya sebagai halangan untuk menjadi diri sendiri dan melakukan sebarang aktiviti lasak sebagai seorang hijabi. Justeru, imej dirinya yang optimis ini sering menerima pujian dari netizen.
Cik Manggis Bukti Wanita \Mampu Ikuti Trend Sukan Ekstrem, ‘Skateboarding’
Cik Manggis sekali lagi menjadi perhatian dan sorotan ramai apabila penyanyi berbakat besar ini juga mempunyai kemahiran dan kebolehan bermain skateboard.
Rata-rata wargamaya akui terkedu melihat ‘performance’ Cik Manggis yang lincah meluncur diatas papas selaju (Skateboard)
Mana tidaknya, menerusi sebuah video yang tular di laman sosial memaparkan, Cik Manggis yang menaiki papan selaju seperti seorang proffesional, lantas membuatkan netizen membanjiri ruangan komen hantaran berkenaan dengan pelbagai maklum balas berserta puji-pujian.
“Aku rasa Cik Manggis ni kau bagi la apa pun.. Semua dia boleh.
“Salute.. Even muslimah sekarang but u in trend sis🥰..
“Akak ni tapau semua. Semua akak boleh. Love sangat energy akak. Stay safe kak. Jangan injured lagi tau 🥰
Malah, ada juga peminat yang menyatakan bahawa Cik Manggis adalah anak seni yang serba boleh, kerana jika berikan apa sahaja kepada selebriti ini tentu dia boleh melakukannya.
Hijabista mendapati video berdurasi pendek yang dikongsikan dilaman sosial, memaparkan Cik Manggis sedang bermain skateboard itu telah menerima ribuan tanda suka dan menimbulkan rasa kagum dikalangan netizen.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...