Pelakon jelita Uqasha Senrose, menzahirkan rasa sebak sebaik sahaja membaca hantaran Instagram yang dimuatnaik oleh usahawan dan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang menitipkan nasihat khusus buat para wanita.
Dalam hantarannya pada September lalu, Ustaz Ebit mengingatkan para suami untuk sentiasa mengangkat darjat seorang isteri dan tidak menzalimi mereka.
Ebit Lew Nasihat Para Suami Hargai & Angkat Martabat Isteri Dengan Membahagiakanya!
Menurut Ebit Lew lagi, Allah akan memberikan ganjaran yang tidak terhitung sekiranya kita berusaha untuk membahagiakan pasangan.
“Hargailah dan sayangilah bidadari dalam hidupmu di dunia kerana dialah bakal peneman kita selamanya di syurga nanti. Dialah permaisuri di syurga kita nanti. Amin. Pemberian paling utama bagi seorang suami ialah isterinya. Kewajipannya. Tanggungjawabnya.
“Ramai orang terlupa memberi nafkah pada isteri. Beri sedekah pada haiwan terbiar sahaja menjadi sebab di masukkan syurga. Bayangkan nilai beri makan pada orang miskin dan anak yatim. Betapa besarlah pula nilai amalan memberi nafkah paling utama pada isteri.
“Nilai amalan wajib dan sunat tak sama. Kerana itu membahagiakannya, menggembirakannya membuat kita lebih bahagia gembira. Lebih berkat. Lebih melimpah ruah rezeki dan nikmat. Redha Allah segalanya,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut menyeru kepada para suami untuk sentiasa menjadi pembimbing isteri menuju syurga Allah.
“Bayangkan apalah hadiah Allah pada kita nanti. Saat kita diuji dialah peneman setia. Saat kita sakit dialah yang menjaga kita. Paling mengenal dan memahami kita sentiasa. Isteri anugerah Allah. Orang tanya saya apa buat terus kuat melalui semua ini. Anugerah Allah memiliki bidadari.
“Kerana itu Saidina Ali ra pernah kata maksud doa ya Allah berilah kebaikan dunia dan akhirat. Apakah kebaikan dunia ini? Jawabnya beliau wanita solehah. Mendapat itu dapatlah segalanya nikmat dunia ini.
“Kerana itu tugas kita suami menyayangi dan membimbing isteri kita cinta dan mengenal Allah. Wanita ini lembut dan mudah dibimbing jika kita menawan hatinya.
“Saat kita mendapat hatinya mudahlah kita melenturnya dengan izin Allah. Alang-alang bercinta biarlah sampai syurga. Amin,” kongsinya lagi.
Uqasha Sebak Hingga Menitiskan Air Mata Saat Membaca Dakwah Ringkas Itu
Hantaran tersebut nyata menyentuh hati banyak pihak termasuklah Uqasha sendiri.
Jelas isteri kepada pelakon, Kamal Adli itu, dia sememangnya amat mengagumi keperibadian Ustaz Ebit lebih-lebih lagi dalam aspek menghargai wanita.
“Masyallah sungguh sweet how ustaz @ebitlew mengangkat kaum wanita. Tersentuh saya baca dan mengalir air mata sebak. Sama-sama kita jadikan panduan buat suami isteri,” tulisnya di laman Instagram.
Untuk rekod Uqasha dan Kamal telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada 5 November 2021 di dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel semula dari Media Hiburan
Bagi kamu yang baru berjinak-jinak dalam dunia solekan, pastinya buntu untuk memilih produk terbaik terutamanya produk ‘eyeliner’. Kita semua tahu, penggunaan ‘eyeliner’ yang kemas dan rapi dapat menjadikan keseluruhan wajah kamu lebih seksi, mahal dan klasik, terpulang kepada gaya olesan ‘eyeliner’ yang kamu hasilkan.
Bagi kamu yang masih baru dalam menggunakan ‘eyeliner’ , berikut antara jenis ‘eyeliner’ yang boleh kamu gunakan untuk menghasilkan kesan yang dramatik dan seksi kepada mata kamu! Selamat mencuba!
Pencil eyeliner merupakan jenis eyeliner yang paling popular dan sangat mudah untuk menggunakannya. Apa yang penting, teknik yang kamu ingin lakukan harus tepat supaya dapat menghasilkan kesan yang kemas dan rapi. Penggunaan ‘pencil eyeliner’ barangkali tidak semudah ‘liquid eyeliner’, namun kamu boleh mengawal tahap ketebalannya supanya tidak comot dan berselerak.
Untuk tip terbaik, pastikan hujung mata ‘eyeliner’ ini sentiasa tajam tapi usahlah sehingga membahayakan mata kamu. Ini adalah kerana, mata yang tajam dapat menghasilkan garisan yang sempurna!
Liquid eyeliner biasanya hadir di dalam botol bersama dengan dakwatnya. Ia bersifat tahan lama berbanding ‘pencil eyeliner’. Tidak seperti ‘pencil eyeliner’, produk ini lebih cepat dan lebih mudah untuk membentuk jenis ‘eyeliner’ yang kamu inginkan contohnya seperti ‘cat eyes’ Namun, harus diingat, jika salah teknik yang kamu lakukan, ia boleh menjadikan garisan itu tidak kemas dan comot. Ia juga memerlukan masa untuk kering!
Ini amat mudah untuk kamu yang baru mula berjinak-jinak untuk menghasilkan eyeliner. Tesktur cecairnya yang pekat dan tahan lama serta sifatnya seperti ‘pencil eyeliner’ memudahkan kamu untuk menghasilkan garisan di mata. Ia mampu untuk menaikkan gaya yang dramatis pada mata kamu dan mengekalkan kerapian sewaktu kamu menggunakannya!
Mungkin tidak semua sukakan produk jenis gel ini kerana teksturnya sedikit melekit dan tebal yang boleh menyebabkan rasa tidak selesa pada mata kamu. Pun begitu, ia antara produk yang disarankan kepada kamu yang masih baru dalam dunia solekan kerana ia dapat mengelakkan dari sebarang ketidakkemasan dan juga kesan comat pada mata.
Sama seperti bedak asa, cake eyeliner hadir dengan kemasan bedak padat yang berlainan warna mengikut citarasa kamu. Ia seolah-olah kamu mewarna pada wajah kamu! Mungkin tampak sedikit berbez, namun sebenarnya ‘cake eyeliner’ ini menjadi kegilaan ramai kerana nilai eksklusifnya terletak kepada ‘packaging’ dan padanan bedak serta berus nya sendiri memberi kamua ura klasik seperti tahun 70 dan 80-an. Cubalah!
Sebut je Qu Puteh, pasti anda terbayangkan pengasasnya yang vogue dan mempunyai mulut ramah jika berceloteh. Kebelakangan ini Datuk Seri Vida sekali lagi meraih perhatian netizen dengan penampilan terbaharu yang lebih langsing.
Aura usahawan kosmetik, Vida membuatkan dirinya mempunyai pengaruh dan peminatnya tersendiri. Rata-rata peminat yang mengikuti perkembangan Vida teruja apabila melihat usahawan itu sudah berjaya menurunkan berat badan.
Turun Berat Badan Salah, Berisi Lagi Salah
Selain itu, kapsyen Vida menerusi hantaran pada laman Instagram miliknya, seolah-olah memberi bayangan bahawa dia sememangnya sudah berjaya membuang ‘lemak tepu’ di badannya.
“Turun berat badan salah, berisi lagilah salah… semua tak kena,” tulis Vida ringkas.
Kurus Sebab ‘Bariatric Surgery’ Ke?
Meninjau keruangan komen, terdapat komen-komen ‘nakal’ dari netizen yang memoersoalkan adakah pelantun suara lagu Ku Ikhlaskan itu telah menjalani pembedahan bariatrik atau lebih popular dengan panggilan pembedahan potong usus atau perut.
“Datuk buat bariatric surgery ke? Wah tak lama lagi slim melim laa kan lagi cun,” tanya pengikutnya.
Menolak dakwaan dirinya melakukan pembedahan demi menguruskan berat badan, Vida sempat meninggalkan komen balas secara ringkas terhadap persoalan yang diajujan oleh peminatnya itu.
Namun, rata-rata netizen memuji penampilan terkini Vida yang kelihatan semakin cantik dan ayu, menyerlahkan kelas Vida yang tersendiri dan tampak lebih elegan.
Siapa kata tugas sebagai isteri itu hanya duduk goyang kaki di rumah. Dialah doktor, guru, chef, akauntan, ‘cleaner’, ‘driver’ dan juga ustazah kepada anak-anak. Jika diikutkan tugas mereka tiada hentinya, sebaik buka mata hinggalah melelapkan mata. Itulah rutin harian mereka yang bergelar isteri atau ibu yang dikatakan cukup hebat.
Namun sebagai insan biasa, mereka juga tidak terlepas dari menanggung rasa penat. Malah ramai isteri setiap hari mengeluh kepenatan dek rasa stres kerana bebanan tugas yang tiada hentinya. Lebih-lebih lagi jika mereka turut bekerja makan gaji untuk membantu pendapatan suami di zaman serba mencabar ini.
Ada pelbagai cara untuk hilangkan kepenatan ini seperti mengajak suami bercuti, atau berurut di spa. Namun begitu sebenarnya dalam Islam itu juga telah tersedia penawar mengatasi kepenatan yang tiada penghujung ini. Caranya ialah melalui amalan Zikir atau Tasbih Fatimah yang diajarkan sendiri oleh Rasululullah S.A.W kepada puterinya Saidatina Fatimah r.a.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w, Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib r.a tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya. Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah S.A.W untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah S.A.W dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah.
Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya. Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.
Lalu Baginda bersabda;
“Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)
Maka disaran kepada ibu-ibu yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Zikir/Tasbih Fatimah ini setiap malam sebelum melelapkan mata.
ZIKIR/ TASBIH FATIMAH
Allahu Akbar – 34 kali
Subhanallah – 33 kali
Alhamdulillah – 33 kali
Dalam pada itu sentiasalah didiklah hati untuk ikhlas melakukan semua tanggungjawab agar tidak merasakan ia sebagai bebanan yang memenatkan.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...