Ustaz selebriti, Ebit Lew adalah figura yang tidak asing lagi di Malaysia kerana pendakwah bebas itu sering dilihat menghulurkan tangan dan meringankan beban individu yang kurang ‘bernasib baik’ dan sedang ditimpa musibah tanpa mengira kaum.
Malah, bantuan yang diberikan bukan setakat di dalam negara, Ebit Lew juga pernah menghantar bantuan kemanusiaan bagi saudara se-Islam di Gaza.
Terbaharu, Ebit Lew tampil membawa misi kemanusiaan sama seumpamanya, turun padang bagi membantu meringankan beban mangsa tragedi yang terkesan musibah gempa bumi di Turkiye.
Sayu Lihat Mangsa Gempa, Ebit Lew Doa, Allah Kurniakan Kekuatan
Perkara berkenaan, dimaklumkan Ebit menerusi satu muatnaik video di laman Instagram miliknya.
Menerusi paparan video tersebut, dapat disaksikan Ebit Lew bersama pasukannya sedang sibuk memberikan bantuan berbetuk barangan keperluan asas iaitu makanan kepada mangsa yang terlibat.
Mengulas perasaan ketika menyaksikan sendiri suasana umat Islam di tempat musibah itu berlaku, Ebit Lew akui dirinya turut merasa sebak ketika menemubual salah seorang mangsa gempa bumi yang masih menanti dan berharap agar anak-anaknya yang masih tertimbus dibawah bongkah batu akibat gempa itu dapat diselamatkan.
“Sebak sayu menanti anak-anaknya. Ditimbus dalam runtuhan. Semua rumahnya musnah dan tiada apa yang tinggal.
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Menangis je makcik ni. Semoga Allah beri kekuatan pada makcik dan diizinkan Allah dapat jumpa anak-anaknya.” Tulis Ebit Lew ringkas pada ruangan kapsyen hantaran itu.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata wargamaya turut sebak, sebaik melihat ujian yang menimpa rakyat Turki dan Syria.
Malah ramai mendoakan agar urusan Ebit Lew dan pasukan dalam melakukan misi kemanusian dipermudahkan dan terus memberi manfaat kepada umat manusia sejagat.
“Semoga Allah berikan kekuatan buat mereka semua untuk menghadapi ujian ini. Aamin Ya Rabbal Alamin.”
“Allahuakbar. Sebaknya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Innalillahiwainnailaihirajiun.”
“Teruskan berjuang kerana Allah, Ustaz. Semoga Allah permudahkan urusan Ustaz..Aamin.”
Ads
“Teruskan beri manfaat buat orang lain ya Ustaz, jangan pernah berhenti sebar kebaikan.
Sekadar info, pada 6 Februari 2023, satu tragedi gempa bumi dahsyat telah menggegarkan bumi Turkiye dan sebahagian Syria hingga mendapat perhatian seluruh warga dunia.
Penyegar wajah telah digunakan sejak astringen dehidrasi lama digunakan untuk mengawal kulit berminyak. Toner adalah larutan atau campuran berasaskan air atau alkohol berasaskan air, tetapi sekarang ada formula yang bebas alkohol dan astringen dan kurang kering untuk merawat wajah.
Toner generasi baru ini sering dilabel sebagai pati, tonik, perairan, atau penyelesaian. Versi ini mengandungi ramuan rawatan yang serupa dengan serum dan pelembap, jadi lebih lembut.
Matlamat toner adalah untuk menghilangkan sisa-sisa kotoran di wajah dan membersihkan dan menyiapkan kulit untuk produk penjagaan kulit yang lain. Toner secara tradisional digunakan pada kulit yang bersih dan kering menggunakan jari, kapas, atau kain setelah membersihkan wajah dan sebelum anda memulakan rawatan penjagaan kulit seperti serum dan pelembap.
Masukkan toner ke dalam rutin penjagaan kulit anda jika mahukan penambahan kulit atau faedah rawatan tambahan atau ingin menukar formula penjagaan kulit yang lebih berat untuk cecair ringan pada musim-musim tertentu.
Semasa membeli toner, cari formulasi yang disesuaikan dengan jenis kulit atau perhatikan tujuan utama kulit anda. Berikut adalah cadangan pakar dermatologi:
Di sini, toner wajah terbaik yang boleh anda beli untuk semua jenis kulit, dari kombinasi berminyak dan berjerawat, kering dan sensitif, untuk hiperpigmentasi dan banyak lagi, menurut saintis dan pakar dermotologi.
Toner pengelupasan Pixi by Petra ini, mengandungi astringen, lidah buaya, asid glikolat, dan humektan, semua bahan berkesan dalam toner. Baunya sangat enak dan terasa membuat kulit anda bersinar pada waktu pagi setelah menggunakannya sebelum tidur. Kelebihan toner ini berfungsi untuk semua jenis kulit yang pelbagai.
Fikirkan formula Bersih & Jelas bebas minyak ini sebagai gelombang tradisi penyegar wajah seterusnya. Ia dibuat tanpa alkohol, yang dapat mengeringkan kulit, dan dengan bahan-bahan penjagaan kulit seperti melembutkan gliserin dan mencerahkan ekstrak lemon dan vitamin C. Baunya luar biasa dan menjadikan kulit anda kelihatan cerah dan jernih. Toner bebas minyak dan dengan harga yang mampu milik ini masih menembusi pasaran Malaysia.
Toner GlamGlow ini dikandungi dengan zat aktif seperti salisilik, glikolik, dan asid laktik, serta which hazel astringen. Sangat berguna jika anda lakukan aktiviti keluar, kerana toner ini mampu membersihkan liang-liang pori, mengekang noda, dan membantu memperbaiki kulit wajah. Mudah digunakan kerana formula emulsi ini harus digoncang untuk diaktifkan, dan kulit akan kelihatan cantik dan berkilau.
Toner rawatan berkhasiat Fresh, berdasarkan air dan minyak gliserin dan bunga mawar, membuktikan bahawa toner tidak perlu mengalami dehidrasi. Kulit kering anda terasa segar dan sangat melembapkan. Selain itu, anda pasti suka melihat kelopak mawar yang sebenarnya melayang di dalamnya tampak mewah.
Mengatasi kilap muka yang berminyak dengan penyembur toner Herbivore Botanicals, dibuat dengan which hazel untuk pengurangan minyak dan willow bark (terbentuk dari asid salisilat), ditambah air bunga melati halus, bukan aroma perubatan. Anda akan wajah terasa kurang berminyak.
Bahan-bahan dalam esen toner HydroPeptide terasa seperti smoothie yang menyegarkan, sarat dengan air kelapa, probiotik, dan senarai cucian ekstrak buah yang meningkatkan semangat, dari lemon hingga oren dan limau gedang. Anda hanya perlu beberapa pam yang sesuai, kemudian percikkannya terus ke wajah, kulit wajah memberi kemasan keseluruhan berkilau dan terasa menyegarkan.
Disuntik dengan bahan aktif penghilang kulit asid salisilat, serta witch hazel dan alkohol, astringen, toner Bioré ini membantu menghilangkan kulit yang tersumbat dan liang yang membesar. Jeragat anda juga hilang dengan penggunaan toner ini secara konsisten.
Toner L’Occitane didasarkan pada sejambak botani yang menenangkan seperti ekstrak immortelle helichrysum, air mawar, dan minyak biji bunga matahari. Wajah anda akan terasa sejuk dan tenang serta merta, tambah lagi, bau herbanya seperti bunga immortelle yang dikeringkan di bawah sinar matahari Korsika.
Ratakan warna kulit dengan toner esensi Caudalie ini, dibuat dengan pengelupasan asid glikolat dan sitrat, serta gliserin berkhasiat dan air bunga anggur dan oren. Sebagai kegemaran ramai penggemar kecantikan, ia juga mendapat 100% ulasan lima bintang. “Selepas satu minggu, bintik-bintik gelap saya hilang,” seorang pengulas kagum selepas menggunakan toner ini.
Pelopor dalam kategori pati rawatan, cecair kuat SK-II adalah klasik kultus kerana kesan menghaluskan kulitnya pada kulit yang matang, berkat ekstrak ragi khas yang mengelupas kulit dengan lembut. Tekstur dan nada kulit anda akan bertambah baik sejurus selepas anda mula menggunakannya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Seiring dengan perkembangan fesyen terkini, pelbagai gaya dan stail tudung yang telah muncul. Wanita berhijab kini lebih kreatif dan bijak menggayakan seleksi tudung pilihan mereka mengikut cita rasa masing-masing.
Apatah lagi dengan adanya media sosial seperti instagram, membuatkan hijabi berlumba-lumba untuk tampil up to date dengan gaya baru yang dicipta sendiri atau inspirasi dari selebriti mahupun ‘influencer‘.
Mesti anda pun dah bosan asyik menggayakan tudung bawal atau selendang kan? Ha… apa kata anda cuba tukar gaya kepada stail turban pula. Gaya turban ini sangat senang kerana anda hanya perlu tutup rambut, lilit-lilit, pin atau ikat dan siap! Ringkas, mudah digayakan dan mampu menonjolkan penampilan sempurna membuatkan ada segelintir wanita begitu menggemari pemakaian tudung ala serban (turban) ini.
Tambahan itu, kelebihan turban ni adalah anda tak perlukan banyak pin atau jarum peniti, malah lebih mudah berbanding gaya tudung yang lain. Jadi, harini Hijabista nak berkongsi kepada anda beberapa tutorial dan cara styling turban oleh pempengaruh media sosial atau ‘influencer’ iaitu Aida Razman dan Sofea Shra yang senang untuk anda ikut;
Turban jenis ini sesuai bagi anda yang bakal menghadiri dinner night. Hanya perlu sesuaikan dengan warna baju dan #OOTD anda. Yang penting jangan lupa untuk pakai inner neck!
Stail turban ini tersangatlah mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk bersiap. Yang paling penting, jangan lupa pinkan bahagian yang perlu supaya tudung anda secure dan tidak bergerak sepanjang hari.
Jenis tudung yang Sofea gunakan adalah jenis printed shawl. Dengan bermacam-macam jenis corak serta fabrik, tudung jenis ini sangat sesuai digayakan dengan busana plain atau jubah dan dress.
Tipnya, stail turban jenis ini sangat bersesuaian buat tudung bawal jenis satin or chiffon. Kalau anda menggunakan tudung cotton, mungkin tak berapa nak menjadi. Kalau anda tak suka pakai turban dan nampak leher, gaya jenis ini memang tepat buat anda! Tak perlu nak pakai inner neck.
Stail turban ini juga amat mudah. Hanya perlu ikat reben di belakang kemudian sarungkan bucket hat anda. Kalau anda nak tahu, bucket hat terdahulu dikenali sebagai topi para nelayan. Kini, bucket hat bertransformasi menjadi salah satu fashion item pelengkap penampilan diri. Buat hijabi yang ingin mencuba stail ini, pilih bucket hat yang bersesuaian buat sanggul anda. Untuk tip #OOTD, anda boleh padankan bucket hat dengan bomber jaket dan seluar denim.
Stail ini pada asalnya direkomendasi untuk hari graduasi. Namun, stail turban ini juga sesuai digayakan untuk acara lain. Yang penting, jangan skip tutorial untuk bahagian belakang tudung. Untuk bahagian depan pula, anda bebas memilih sama ada mahu membiarkannya terurai kebelakang ataupun kalau anda nak kemas, bolehlah pin!
Menjawab salam yang diberikan sesama Muslim adalah wajib. Berdosa sekiranya salam diabaikan secara sengaja.
Lalu bagaimana pula hukum menjawab salam bertulis melalui mesej pesanan ringkas atau aplikasi whatsapp dan sebagainya? Adakah salam itu juga wajib untuk dijawab?
SOALAN:
Apakah hukum menjawab salam bertulis melalui mesej pesanan ringkas atau aplikasi whatsapp dan sebagainya? Mohon pencerahan.
Maksudnya: “Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.”
Ayat di atas menjelaskan, apabila kamu memasuki sebuah rumah, tidak kira rumah tersebut berpenghuni ataupun tidak, maka sebahagian daripada kamu berilah salam kepada sebahagian yang lain dengan lafaz “السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ atau “السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ” sekiranya tiada seorang pun di dalam rumah itu. Ucapan salam ini telah disyariatkan oleh Allah SWT dan ia merupakan ucapan yang diberkati, yang menumbuhkan rasa kasih sayang dan cinta. Apatah lagi, ia disukai oleh orang yang mendengar.
Bukan itu sahaja, malah Ibn Juzai al-Kalbi menyebutkan, terdapat dalam kalangan ulama yang berpendapat ia tidak terhad hanya kepada rumah-rumah atau kediaman tetapi juga masjid-masjid. Kita diperintahkan untuk memberi salam kepada sesiapa yang ada di dalamnya. Sekiranya tiada sesiapa di dalamnya, berilah salam kepada Nabi SAW, para malaikat dan hamba-hamba Allah yang soleh.
HUKUM MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM
Pada asalnya, hukum memberi salam adalah sunat muakkad — yang sangat dituntut. Manakala hukum menjawabnya pula adalah wajib.
Imam al-Nawawi menjelaskan lagi perkara ini sebagaimana yang disebutkan dalam kitabnya bahawa hukum memulakan salam itu adalah sunat muakkad. Manakala hukum menjawab salam pula adalah fardhu atau wajib secara ijmak (sepakat para ulama). Sekiranya seseorang memberi salam kepada seseorang yang lain, maka orang yang kedua itu wajib menjawabnya sebagai fardhu ain. Jika diberi salam kepada sekelompok manusia, maka hukum menjawabnya pula menjadi fardhu kifayah. Jika salah seorang menjawabnya, maka sudah cukup dan gugur kewajipan menjawabnya bagi mereka yang lain, dan jika semua orang menjawabnya, maka semuanya dikira sebagai menunaikan perkara yang fardhu, sama ada mereka menjawabnya secara serentak ataupun tidak. Jika tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang menjawabnya, maka mereka semua dikira berdosa.
Penjelasan lanjut berkenaan hal ini, bolehlah merujuk kepada artikel kami yang bertajuk: #202 Memberi Salam.
CARA MENULIS DAN MEMENDEKKAN LAFAZ SALAM KETIKA BERMESEJ
Secara umumnya, para ulama berbeza pendapat mengenai hal ini. Ada yang membenarkannya dan ada juga yang melarang. Mereka yang tidak membenarkan untuk memendekkannya berhujah kerana ia adalah ibadah sepertimana yang disebutkan oleh Abu al-Hasan al-‘Adawi dalam hasyiahnya.
Manakala sebahagian ulama yang lain pula, mengharuskan lafaz salam diringkaskan hanya kepada “السَّلَامُ” atau “سَلَامٌ” sama ada ketika memberi salam atau menjawabnya. Bahkah Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin menyebutkan bahawa tidak mengapa memendekkan lafaz salam menjadi “السَّلَامُ” kerana Nabi Ibrahim A.S, ketika menjawab salam para malaikat Baginda menjawabnya dengan lafaz “سَلَامٌ” iaitu dengan makna “عَلَيْكُمْ سَلَامٌ” yang bermaksud “Ke atas kamu kesejahteraan”. Begitulah juga ketika memberi salam, tidak mengapa, jika seseorang memberi salam dengan lafaz “سَلَامٌ” iaitu dengan makna “سَلَامٌ عَلَيْكُم” yang bermaksud “Salam sejahtera ke atas kamu” atau dengan lafaz “السَّلَامُ” iaitu dengan makna “السَّلَامُ عَلَيْكُمْ” (Salam sejahtera ke atas kamu).
Pendapat mereka yang membolehkannya ini, dikuatkan lagi dengan sebuah hadith daripada riwayat Umar bin al-Khattab R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Amalan-amalan itu adalah berdasarkan kepada niat, dan bagi setiap orang apa yang dia niatkan.”
Justeru, tidak mengapa jika seseorang itu memendekkan lafaz salam dalam penulisannya di aplikasi whatsapp dan seumpamanya. Hal ini kerana dia tidak akan menulis atau memendekkan lafaz salam melainkan dia berniat atau bermaksud mahu memberi salam. Misalnya, dia menulis di awal mesejnya ‘salam’ atau ‘aslmkm’ atau apa-apa singkatan yang boleh difahami daripadanya bahawa penulis maksudkan sebagai memberi salam. Namun, jika lafaz salam tersebut dapat ditulis dengan penuh seperti ‘assalamualaikum’, maka itu adalah lebih baik dan keluar daripada khilaf. Penjelasan lanjut mengenai perkara ini bolehlah merujuk kepada artikel kami yang bertajuk: #522 Memendekkan Lafaz Salam ketika Bermesej.
HUKUM MENJAWAB SALAM YANG BERTULIS
Berbalik kepada persoalan yang telah ditanyakan, kami nyatakan bahawa seseorang yang mendapat mesej mahupun pesanan ringkas yang mengandungi lafaz salam, wajib menjawabnya. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama).”[10]
Selain itu, Nabi SAW juga pernah bersabda kepada Aisyah R.Anha:
Maksudnya: “Wahai Aisyah, ini Jibril. Dia mengucapkan salam kepadamu.” Lalu aku menjawab: “وَعَلَيْهِ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ” (Dan ke atasnya keselamatan dan rahmat Allah).” Nabi SAW melihat apa yang tidak aku lihat.”
Imam Nawawi ketika mensyarahkan hadith di atas menyebutkan bahawa sesiapa yang telah sampai padanya salam daripada seseorang yang lain, hendaklah dia menjawabnya dan menjawab salam itu, hukumnya adalah wajib ke atas dirinya dengan segera. Begitu juga jika dia menerima salam menerusi kertas — yakni surat — daripada orang yang berada di jauh, maka hukumnya adalah wajib untuk dia menjawab salam tersebut secara lisan dengan segera ketika dia membacanya.
Perkara ini dikuatkan lagi dengan kaedah fiqh yang menyatakan:
الكِتَابُ كَالخِطَابِ
Maksudnya: “Penulisan sama kedudukannya seperti percakapan.”
Dr. Muhammad al-Zuhaili ketika mensyarahkan kaedah ini menyebutkan, penulisan antara orang yang tidak hadir sama seperti pertuturan sesama orang yang hadir. Hal ini kerana pen (atau alat-alat tulis lain) merupakan salah satu alat bicara — yakni untuk menyampaikan. Sesungguhnya Nabi SAW telah diperintahkan untuk menyampaikan risalah (yakni agama ini) kepada manusia seluruhnya. Ada kalanya Baginda SAW telah menyampaikan kepada mereka melalui penulisan (yakni perutusan surat) dan ada kalanya melalui pertuturan.
KESIMPULANNYA
Justeru, berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami berpendapat bahawa hukum yang sama terpakai kepada mereka yang menerima pesanan ringkas daripada aplikasi whatsapp, SMS dan seumpamanya, atau membaca surat atau lain-lain, yang mana terkandung di dalamnya lafaz salam (yang ditujukan buat pembacanya), hendaklah dia menjawabnya kerana hukum pada penulisan sama kedudukannya dengan pertuturan. Jika menjawab salam yang dilafazkan itu, hukumnya adalah wajib, maka menjawab salam yang disampaikan melalui penulisan juga adalah wajib.
Selain itu mereka boleh memilih untuk menjawabnya secara lisan yakni sekadar menjawabnya secara lisan sahaja, tanpa membalas kembali lafaz salam itu, maka ia sudah memadai. Namun, afdhalnya adalah membalas kembali lafaz salam itu (yakni menjawabnya) dengan mengirimnya kembali melalui pesanan ringkas tersebut.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
Wallahua‘lam.
Sumber kredit: Maktabah al-Bakri Top image: Photo by rodnae-productions from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.