Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leherdan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai.

Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup.

Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Namun bagaimana pula situasi apabila seorang wanita baru menyedari yang rambutnya terkeluar ketika sedang solat atau selepas solat? Persoalannya sah atau tidak solat yang dilakukan?

SOALAN:

Adakah kena ulang semula kalau orang perempuan tidak sedar rambutnya terkeluar dari tudung ketika dia solat dan selepas solat baru sedar?

IKLAN

JAWAPAN:

Jika rambut itu terkeluar ketika dalam solat sebelum salam maka solatnya batal dan jika sudah terkeluar sebelum lagi dia memulakan solat maka solatnya tidak sah dan wajib atas kedua masalah ini mengulangi akan solat tersebut.

Jika dia yakin rambut tersebut terkeluar selepas memberi salam maka solatnya sah tidak perlu diulangi.

IKLAN

Tersebut pada kitab Hasyiah Syarwani : قول المتن: (ما سوى الوجه والكفين) أي حتى شعر رأسها وباطن قدميها ويكفي ستره بالأرض في حال الوقوف فإن ظهر منه شئ عند سجودها أو ظهر عقبها عند ركوعها أو سجودها بطلت صلاتها

Maksudnya: “Dan aurat perempuan itu semua anggota selain muka dan dua pergelangan tangan sehingga rambut kepalanya dan dua tapak kakinya dan memadai dua tapak kaki itu tertutup dengan lantai ketika berdiri. Maka jika terbuka suatu dari auratnya ketika sujudnya atau terbuka tumitnya ketika rukuknya atau sujudnya nescaya batal solatnya.”

Dan tersebut pada kitab Mughni Ibnu Qudamah:

وقال الشافعي تبطل لانه حكم تعلق بالعورة فاستوى قليله وكثيره كالنظرة

IKLAN

Maksudnya: “Dan telah berkata Imam Syafie batal solatnya (sebab terbuka aurat) kerana bahawasanya hukum yang berkait dengan aurat adalah bersamaan samada sedikit atau banyaknya seperti hukum memandangnya.”

TIP MEMASTIKAN RAMBUT TIDAK TERKELUAR KETIKA SOLAT:

  1. Pakai telekung di depan cermin. Ketika inilah anda dapat melihat rambut yang mungkin keluar dari telekung yang di pakai.

2. Pakai serkup kepala yang selesa, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Serkup kepala yang terlalu ketat akan membuatkan anda kurang selesa manakala serkup yang longgar akan membuatkan rambut mudah terkeluar.

3. Jika solat bersama rakan, minta rakan lihat jika ada rambut yang terkeluar dari anak tudung atau serkup.

4. Jika berambut panjang, ikat rambut dengan kemas bagi mengelakkan ada rambut yang terkeluar ketika solat.

Sumber kredit: Ustaz Azhar Idrus

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI