“Baru lagi melahirkan, saya buka balik baju bau sabun lagi…”
Usahawan dan pengacara, Noor Neelofa beli apa yang penting seperti botol susu untuk keperluan bayi keduanya, manakala pakaian pula akan ulang pakai baju anak sulongnya Muhammad Bilal.
Tular di media sosial apabila Neelofa kongsi cerita di instagram membuka balik baju-baju lama Bilal yang masih elok disimpan. Ekoran ramai yang memintanya menderma pakaian anak sulungnya, Bilal sekiranya tidak digunakan lagi.
Bukan enggan ‘menderma’ tetapi pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor, 33, menegaskan barang-barang tersebut termasuk pakaian akan digunakan semula oleh bayi keduanya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
“Anak kedua saya nak guna…”.
Ads
“Saya buka semula bungkusan barangan yang Bilal guna ketika bayi. Ramai pula yang mesej saya meminta. Kenapa pula saya nak beri orang sedangkan mahu guna untuk anak kedua.
“Mungkin ada yang tidak tahu saya mengandung ketika ini dan sangka hanya perut buncit sahaja,” katanya menerusi InstaStory.
Neelofa juga mendedahkan dirinya menerima banyak permintaan sebegitu menerusi ruangan mesej dalam media sosial daripada sesetengah wanita yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi.
“Jangan ada pula yang mesej saya dalam media sosial, ‘saya hamil, akan melahirkan anak dua bulan lagi dan boleh beri kepada saya?’
“Ini untuk anak saya puan,” tegas pengacara program Next To Neelofa itu sekaligus membidas semua permintaan sebegitu.
Ads
Terdahulu pada Mac yang lalu, Neelofa mengesahkan hamil anak kedua selepas foto baby bumpnya tular di media sosial. Sama seperti kandungan bayi pertamanya, dia dan pasangannya Haris Ismail enggan berkongsi wajah anak kedua sehingga pada waktu yang sesuai.
Mungkin ramai yang terlepas pandang, Neelofa pernah kongsi di IGS cara menyimpan baju-baju Bilal yang tidak muat pakai. Tersusun rapi dalam beg plastik yang berkualiti, dengan cara itu baju yang lama boleh diulang pakai untuk bayi seterusnya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pasti ramai wanita yang suka memasak kan? Tapi paling malas bila nak masak ikan…… Terasa leceh sebab nanti bau hanyir ikan yang melekat dekat tangan susah nak hilang!
Pernah tak masa anda tengah siang ikan, kebetulan ada tetamu datang….Kelam kabut dibuatnya. Iya lah, kadang tetamu tersebut mahu bersalam dengan tuan rumah. Malulah kalau tangan anda berbau hanyir! Selepas itu, bila dah puas basuh tangan dengan sabun, tangan masih tetap berbau hanyir. Lebih menyakitkan hati bila bau tersebut tidak hilang setelah beberapa jam. Rasa macam nak muntah pun ada. Ei, geramnya!
Anda perlu tahu bahawa ada petua untuk menghilangkan bau hanyir ikan ini. Mungkin anda sendiri sudah ada petua yang dimalkan sejak dahulu. Namun berikut adalah solusi lain untuk hilangkan hanyir ikan dengan menggunakan 8 bahan. Kesemua bahan yang dicadangkan ini mudah untuk dicari dan rata-ratanya sudah sedia ada di rumah anda.
Sos tomato ialah sos yang dibuat dari buah tomato yang sudah masak bersama gula, garam, cuka dan rempah seperti cengkih dan kayu manis. Antara jenama sos tomato yang terkenal adalah seperti Kimball, Life, Tamin, Nurin dan sebagainya. Kedengaran sangat pelik kan? Iya lah, selalunya sos tomato ini digunakan untuk makanan sahaja. Untuk dicicah bersama gorengan seperti kentang dan nuget. Namun sebenarnya, ianya juga membantu untuk hilangkan bau ikan yang melekat pada tangan kita.
Cara melakukannya: Tuang sejumlah sos pada tapak tangan anda. Kemudian, sapu dan gosokkan sos tomato tersebut pada seluruh tapak tangan. Biarkan selama beberapa minit terlebih dahulu sebelum membilas.
Secara asasnya, air lemon merupakan sumber yang boleh membekalkan vitamin C dan asid sitrik yang mencukupi. Jus lemon sebenarnya mempunyai banyak manfaat dan juga kegunaannya. Tahukah anda bahawa selain untuk diminum, jus atau air lemon juga boleh diolah menjadi masakan atau bahkan cairan pembersih rumah? Bukan itu sahaja, jus lemon pun membantu hilangkan bau hanyir pada tangan! Oleh kerana keasidannya yang agak tinggi, lemon juga boleh membantu menghilangkan bau hanyir dari tangan anda. Namun, caranya agak berbeza.
Cara melakukannya: Anda perlu mencampurkan sedikit soda bikarbonat bersama jus lemon untuk dijadikan sebagai pes. Kemudian, sapukan pes tersebut pada tangan yang berbau hanyir dan biarkan selama beberapa minit. Akhir sekali, bilas sehingga bersih.
Petua menggunakan garam untuk menghilangkan bau hayir ini adalah secara turun-temurun. Jika anda bertanya kepada orang-orang lama, pasti mereka akan menyarankan anda menggunakan garam sebagai cara hilangkan hanyir ikan. Tidak lengkaplah dapur anda tanpa perasa garam boleh tak? Bahan ini sangat mudah untuk dicari dan merupakan antara petua termudah untuk dilakukan.
Cara melakukannya: Caranya sangatlah mudah, anda hanya perlu menabur sejumlah garam pada tangan dan gosokkan tangan anda. Kemudian, basuh tangan sehingga bersih dan hanyir ikan akan hilang.
Hampir semua orang pasti pernah atau akan menggunakan hand sanitizer terutamanya ketika di era pandemik COVID-19 kini. Hand sanitizer adalah sejenis cecair yang mengandungi alkohol bagi membasmi mikroorganisma. Pasti anda membawa item wajib ini kemana-mana kerana ia bertindak sebagai ‘pembersih’ tangan apabila anda berada diluar. Hand sanitizer ini juga telah menjadi ‘senjata’ utama untuk memerangi wabak pandemik yang telah melanda dunia.
Namun anda tahu tak hand sanitizer juga berfungsi untuk menghilangkan bau hanyir? Hal ini disebabkan kerana hand sanitizer mengandungi kandungan alkohol dan juga bahan-bahan lain yang boleh membunuh bakteria penyebab bau busuk.
Cara melakukannya: Tuang sedikit hand sanitizer ke tapak tangan kemudian gosok kedua-dua tapak tangan. Tunggu sehingga kering. Pasti bau hanyir akan terus hilang! Namun sekiranya selepas itu anda mahu makan, jangan lupa untuk mencuci tangan ya. Risau nanti keracunan disebabkan bahan didalam hand sanitizer tersebut.
Daun ketumbar atau nama saintifiknya Coriandrum sativum merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Apiaceae. Daun ketumbar merupakan sejenis herba yang dikenali ramai terutamnya di kalangan masyarakat Asia. Siapa sahaja yang tidak mengenali daun herba ini kan. Untuk pengetahuan anda, bau daun ketumbar yang agak kuat menusuk hidung sebenarnya boleh membantu menyingkirkan bau hanyir yang masih melekat pada tangan anda.
Cara melakukannya: Ambil sedikit daun ketumbar dan terus gosokkan atau tenyeh pada pada tangan anda Kemudian, bilas tangan selepas bau hanyir hilang.
Fungsi ubat gigi ini bukannya hanya untuk membersihkan gigi, tetapi ia juga bagus untuk menghilangkan bau hanyir pada tangan.
Cara melakukannya: Anda hanya perlu memicit sedikit ubat gigi pada tangan dan terus menyapunya ke seluruh tangan anda. Bilas sehingga bersih selepas hanyir ikan hilang.
Serbuk kopi juga boleh digunakan sebagai cara hilangkan bau hanyir ikan yang agak kuat. Namun, pastikan anda menggunakan serbuk kopi yang masih belum digunakan lagi.
Cara melakukannya: Anda hanya perlu sapukan dan menggosok sejumlah serbuk kopi pada tangan anda dan biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas.
Cuka juga mempunyai sifat keasidan yang lebih kurang sama seperti jus lemon. Ia juga berfungsi untuk menghilangkan bau hanyir pada tangan.
Cara melakukannya: Anda perlu campurkan cuka bersama-sama garam terlebih dahulu sebelum disapu pada tangan untuk kesan yang lebih baik. Kemudian, biarkan sekurang-kurangnya 1 minit sebelum dibilas dengan air suam. Tangan anda pasti tidak lagi berbau hanyir.
Terdapat banyak lagi bahan yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau hanyir pada tangan contohnya seperti minyak zaitun dan tisu basah bayi. Bahan-bahan yang telah dicadangkan ini merupakan diantara jenis bahan yang boleh didapati di dalam rumah. Senang sahaja, tak perlu dah mencari barang mahal semata untuk menghilangkan bau hanyir ikan. Selepas ini, anda boleh lah mengikuti petua ini dan memotong ikan tanpa perlu risau akan bau hanyir yang kurang menyenangkan!
Bunga cengkih bukan sahaja mampu menaikkan aroma dalam masakan anda. Malahan ia juga dipercayai mampu memberikan banyak khasiat dan kebaikan kepada kecantikan tubuh badan anda, terutamanya untuk bahagian kulit.
Sebenarnya, bunga cengkih banyak digunakan dalam rawatan tradisional sejak dahulu lagi. Usah terkejut ya! Nak tahu kenapa bunga cengkih ini amat bagus? Jom baca!
Bunga cengkih mampu untuk mengubati masalah jerawat kerana ia mengandungi sumber anti-bakteria yang sekali gus dapat merawat masalah jerawat dengan efektif!
Caranya, anda boleh minum air rebusan bunga cengkih atau sapukan minyak bunga cengkih di bahagian yang berjerawat. Jika dilakukan dengan kerap, ia mampu untuk mengurangkan masalah jerawat yang anda alami.
2. Mengawal lebihan sebum
Salah satu faktor jerawat ialah kerana penghasilan sebum yang berlebihan. Oleh itu, amatlah penting untuk mengawal penghasilan sebum supaya tidak mendatang masalah jerawat yang teruk. Salah satu cara yang mudah untuk mengawalnya ialah dengan menggunakan minyak bunga cengkih yang berfungsi untuk membersihkan lubang pori-pori yang tersumbat.
Caranya, sapukan tiga titik minyak cengkih dan sapukannya dengan menggunakan kapas yang bersih. Untuk hasil yang terbaik, pastikan anda mencuci dahulu wajah dengan menggunakan toner dan melembapkan kulit dengan bahan pelembap.
3. Mengelakkan masalah mata panda!
Masalah lingkaran hitam di sekitar mata ataupun mata panda memang menganggu penampilan anda! Atasinya dengan minyak cengkih yang mampu untuk menghilangkan kawasan gelap tersebut!
Caranya, sapukan minyak cengkih secukupnya di area mata. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai masker dengan membiarkannya pada muka selama 15 minit. Kemudian bilas menggunakan air suam. Untuk hasil yang cepat, lakukannya secara kerap.
4. Sebagai bahan anti-penuaan
Bukan sahaja bagus untuk mengawal masalah jerawat, malahan ia juga amat bagus untuk menjadikan wajah awet muda! Kelembapan yang ada pada minyak bunga cengkih dapat menghidrasi sekaligus menutrisi kulit agar terhindar dari tanda-tanda penuaan termasuk munculnya kedutan. Sapu dengan lembut pada waktu pagi dan malam untuk hasil yang berkesan!
5. Mengatasi masalah rambut kusut
Tahukah anda, bunga cengkih juga bukan sahaja bagus untuk kulit malah ia juga bagus untuk kesihatan rambut. Bagi anda yang seringkali mengalami masalah rambut kusut, gunakan minyak bunga cengkih untuk menjadikan rambut lebih licin dan lembut.
Caranya, sapukan minyak cengkih di seluruh rambut dan biarkan selama 5 hingga 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ramai orang sedang mencari jadual FYP TikTok terkini pada tahun 2022. Ini kerana pengguna percaya bahawa memuat naik video pada hari dan waktu tertentu pasti akan membuat FYP secara automatik.
Seperti yang anda ketahui, FYP adalah singkatan kepada “for your page”. Ciri ini sentiasa muncul apabila pengguna mula-mula membuka aplikasi TikTok.
Jadi, supaya video anda boleh masuk ke akaun FYP orang lain, anda perlu membinakan pelbagai strategi. Salah satunya ialah memuat naiknya pada hari dan waktu utama mengikut jadual FYP TikTok. ihat jadual TikTok FYP yang dikemas kini dan terkini yang bole enjadi penanda aras anda semasa memuat naik kandungan. Semoga berjaya!
Sebenarnya, hari Isnin bukanlah hari yang baik untuk memuat naik kandungan TikTok. Ini kerana ramai pengguna TikTok mempunyai aktiviti yang sibuk terutama pekerja pejabat atau pelajar.
Walau bagaimanapun, jika anda ingin terus memuat naik pada hari Isnin, maka masa terbaik untuk memuat naik kandungan Tiktok adalah semasa rehat tengah hari pada jam 12.00 – 13.00, atau pada waktu malam pada jam 21.00 – 22.00.
Selasa juga bukan hari yang baik untuk memuat naik video atau penstriman langsung untuk mendapatkan Hadiah TikTok Universe. Sebabnya, hari ini orang masih fokus menyiapkan kerja yang bertimbun mulai hari Isnin. Oleh itu, jadual FYP TikTok untuk hari Selasa ialah apabila anda pulang dari kerja atau berehat, antara 15.00 16.00 dan 19.00 21.00.
Sama seperti media sosial lain, hari Rabu adalah hari yang baik untuk memuat naik video tular di TikTok. Biasanya pada hari ini, orang ramai mula mencari hiburan alternatif untuk menghilangkan kepenatan bekerja.
Oleh itu, jadual FYP TikTok pada hari Rabu adalah lebih fleksibel dan strategik, terutamanya pada pukul 11.00-12.00 dan juga pada waktu malam pada pukul 20.00-21.00. Malah, memuat naik video pada hari Rabu berpotensi untuk mendapatkan lebih banyak penglibatan berbanding hari-hari lain. Nah apa lagi!
Bukan sahaja Rabu, Khamis juga sangat bagus untuk pencipta kandungan memuat naik bahan di media sosial, termasuk di platform TikTok itu sendiri. Selalunya hari khamis orang akan lebih flexible sebab kerja tak sebanyak hari-hari sebelumnya. Jadi, mereka mempunyai masa untuk membuka media sosial.
Beberapa waktu utama FYP TikTok pada hari Khamis ialah 12.00, 16.00, 19.00 dan 21.00. Anda disyorkan memuat naik pada sebelah petang atau malam supaya anda mendapat lebih banyak penglibatan.
Jadual FYP TikTok terbaik seterusnya ialah hari Jumaat. Ini berdasarkan fakta bahawa menjelang hujung minggu, ramai orang mempunyai masa lapang untuk membuka media sosial.
Khususnya, anda boleh memuat naik video TikTok pada pukul 11 pagi hingga 12 malam dan 7 malam hingga 10 malam. Walau bagaimanapun, tidak disyorkan anda memuat naik kandungan hari ini. Sebabnya ramai juga yang memuat naik video pada masa dan hari yang sama, jadi persaingan akan menjadi lebih ketat.
Secara umum, hari Sabtu adalah hari cuti bagi sesetengah orang. Walau bagaimanapun, pengguna biasanya menghabiskan masa menonton filem atau melakukan aktiviti bersama rakan. Pengguna biasanya membuka TikTok pada waktu tertentu iaitu pada pukul 09.00 11.00 dan 19.00 21.00. Anda disarankan memuat naik kandungan pada waktu tersebut.
Jadual FYP TikTok pada hari Ahad adalah sangat fleksibel, memandangkan hari ini majoriti orang tidak aktif dan menghabiskan masa mereka membuka telefon pintar mereka. Malah, kandungan anda mempunyai peluang yang lebih besar untuk memasuki FYP Ahad ini. Khususnya, masa utama hari ini ialah 07.00 11.00 dan 16.00 21.00. Muat naik kandungan pada jam itu.
Selepas mengetahui atau menghafal jadual FYP TikTok, adakah kandungan anda akan menjadi viral secara automatik? Sudah tentu tidak! Anda juga perlu mengetahui petua dan petua untuk membuat video yang berkualiti supaya anda boleh mendapat penglibatan daripada penonton.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.