Setiap individu mempunyai rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah Taala. Rezeki ini luas pengertiannya. Ada rezeki yang datang dalam bentuk material, kesihatan, masa dan banyak lagi.
Ada sesetengah individu murah rezeki dan ada juga yang terasa seperti berat sahaja rezeki nak masuk. Mungkin ada silapnya di mana-mana. Di sini Hijabista kongsikan semula di mana amalan solat Dhuha dan bersedekah akhirnya memberi kemudahan serta memurahkan rezekinya.
Ikuti perkongsiannya…
Salam korang. Kat sini aku nak share beberapa kisah hidup aku. Sorry kalau ayat aku macam tunggang langgang sikit. Kat sini aku nak kongsi ngan korang betapa ajaibnya solat Dhuha dan sedekah dalam kita berusaha mencari rezeki.
Antara amalan yang aku nak share adalah setiap hari aku akan curi waktu untuk solat Dhuha dan aku akan cuba lazimkan bagi makan haiwan, macam kucing terbiar ke. Aku akan simpan makanan kucing dlm bekas kecil dan bagi makan kat mana-mana sahaja aku nampak kucing jalanan yang lapar.
Okay kat sini aku nak cerita beberapa perkara berkaitan rezeki yang aku alami:
Berjaya Dalam STPM
Masa aku nak exam STPM time tu aku diuji dengan parents masuk hospital. Memang kena berulang alik jaga parents kat hospital. Time tu dah final exam. Jujur memang aku tak sempat study sangat.
Malam esok tu nak exam baru last minute study tapi tu pun otak kosong je rasa. Masa jawab exam serius buka sahaja kertas soalan rasa nak menangis sebab aku langsung tak ingat apa-apa yang aku study. Yela study last minute kan. Aku hentam je jawab.
Habis je exam, aku cepat-cepat keluar dewan. Time tu sayu je hati bila terdengar kawan-kawan borak diorang happy yang diorang target keluar dalam exam, kira mcm boleh jawablah. Time tu aku dah down. Dalam hati asyik kata, habislah aku. Dahlah SPM dulu result dah teruk, mesti result STPM aku pun teruk jugak.
Habis sahaja exam sementara nk tunggu result, aku masih menjaga parent aku yang sakit. Tiap-tiap hari lepas solat Dhuha aku doa sungguh moga dapat keputusan cemerlang sebab aku nak masuk U.
Ads
Tiba je time result keluar, aku mcaam nak pengsan bila tau aku dapat 4A. Allahu sujud syukur aku dan berkat result cemerlang aku tu, aku dpaat biasiswa sepanjang pengajian aku kat U.
Bantu Kucing Sakit
Kisah kedua ni kisah aku beli ubat kat kucing jalanan yang aku jumpa. Masa tu aku tak tahan tengok dia sakit sangat walaupun masa pergi beli ubat tu duit aku memang dah tahap nazak. Tetapi aku tawakal sahaja janji kucing tu sihat.
Beli ubat kat klinik veterinar harga cecah RM60 lebih jugak, yang penah bawa kucing gi klinik tu taulah ubat kucing ni mahal dia kalah ubat manusia. Sekali sehari lepas tu aku dapat bantuan barang dapur dan duit belanja RM60. Nampak tak kalau kita sedekah Allah akan gantikan balik rezeki kita.
Jodoh Datang Tiba-Tiba
Ads
Kisah ketiga ni bab jodoh. Aku lepas abis belajar alhamdulilah dapat rezeki kerja. Ccuma bab jodoh ni aku risau jugak sebab rasa makin tua. Yela aku ni dahla tak reti kawan dengan orang lelaki. Tambahan pula aku selalu rendah diri sebab aku ni gemuk, hitam dan tak cantik.
Ada ke orang nak kat aku? Kadang-kadang jealous jugaklah bila kawan-kawan dok cerita diorang ada orang berkenan. Aku pula dari zaman sekolah, zaman U sampailah masuk alam kerja tak pernah bercinta. Ada orang minat lagilah tak pernah. Yela sebab tak cantik, siapalah nak minat, haha.
Tetapi aku selalu doa setiap kali Dhuha mohon Allah kurniakan jodoh aku dalam kalangan lelaki yang baik agama dia dan paling penting terima aku seadanya, tak pandang rupa.
Aku ingat lagi beberapa hari lepas aku doa tu, aku dapat mesej dari rakan sekerja aku. Dia bagitahu dah lama minat aku dan tengah berusaha kumpul duit untuk halalkan aku. Allahu sebak bila doa kita menjadi kenyataan.
Rezeki Datang Tanpa Disangka
Ads
Yang ni pula, aku perasan setiap kali aku ada teringin nak makan apa-apa dalam hati. Alhamdulilah dapat je tanpa aku perlu keluarkan duit. Contohnya ada time hari raya lepas aku teringin sangat nak makan ketupat palas dan laksa.
Masa tu lebih seminggu raya. Mana ada dah nak cari orang buat ketupat kan. Sekali petang tu ada sedara datang rumah bawakan aku bekal ketupat palas siap dengan satu tupperware laksa. Alhamdulillah rezeki.
Dan ada jugak time aku teringin nak makan bihun sup ayam. Time tu aku nak singgah beli masa balik kerja beli duit pun cukup-cukup nak isi minyak je. Elok je aku sampai rumah, time nak buka pagar jiran datang bagi bihun sup ayam.
Itu semua sebahagian je. Yang penting aku nak share kat sini. Ikhlaskan diri untuk solat Dhuha dan sedekah setiap hari. Sedekah kat manusia yang memerlukan, kat haiwan yang kelaparan.
InsyaAllah, Allah akan ganti balik rezeki dengan cara tak disangka-sangka.
Tular wanita warga asing bakar kulit muka demi menegangkan dan melicinkan kulit di wajah, Regina Sganzeria 67 tahun menjalani kaedah invasif untuk menghapuskan kesan penuaan.
Merealisasikan impian melihat wajahnya muda, wanita ini sanggup merisikokan diri dengan rawatan pengelupasan kulit fenol. Walaubagaimanapun adakah ianya berbahaya dan terjamin berkesan untuk semua orang.
Adakah anda sedang mencari rawatan untuk mengurangkan kedutan muka anda? Jika terdapat rawatan yang boleh memperbaiki kedutan muka dan bintik matahari anda secara mendadak dan mempunyai masa rehat yang agak singkat, mungkin ini jawapan kepada soalan di atas. Pengelupasan kulit fenol mungkin penyelesaian untuk anda.
Fenol ialah pengelupasan kimia paling berkuasa yang ada dan bagus untuk merawat pelbagai kedutan halus, bintik matahari dan tompok yang berubah warna. Kekuatan kulit terletak pada bahan utamanya, iaitu fenol (juga dikenali sebagai asid karbolik) dan minyak croton. Kulitnya meresap jauh ke dalam kulit dan menanggalkan lapisan luar yang digantikan oleh kulit baharu. Ia juga menyebabkan lebih banyak pengeluaran kolagen dan kedua-dua kesan ini mempunyai kesan yang mendalam terhadap kedutan.
Kesan kulit fenol adalah terkumpul. Sesi berulang, dijarakkan antara bulan, disyorkan untuk hasil yang optimum. Pengelupasan fenol hanya perlu dilakukan oleh doktor perubatan seperti Pakar Kulit atau Pakar Bedah Plastik di kemudahan perubatan.
Apa yang diharapkan semasa dan selepas pengelupasan fenol
SEBELUM
SELEPAS
Pengelupasan kulit fenol penuh dilakukan di bawah sedasi intravena ringan. Sejurus selepas itu muka ditutup dengan topeng pita yang dikeluarkan pada hari berikutnya. Untuk minggu seterusnya, muka kekal lembap dengan kerap menyapu flanel basah dan krim Aquaphor. Proses mengelupas agak cepat dan biasanya selesai dalam 7-10 hari.
SEBELUM
SELEPAS
Selepas masa ini, solekan boleh digunakan pada muka tanpa sebarang masalah. Kulit muka akan menjadi merah jambu pada mulanya tetapi mendap dalam tempoh 6-8 minggu akan datang. Salah satu kelebihan hebat kulit fenol berbanding rawatan laser ialah dalam kebanyakan kes hanya satu rawatan diperlukan untuk mencapai peningkatan dramatik. Namun rawatan ini, tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang lebih gelap atau mereka yang mempunyai kulit sensitif yang terdedah kepada keradangan.
Risiko rawatan pengelupasan kulit fenol
Setiap pengelupasan kimia dikaitkan dengan risiko tertentu dan yang dikaitkan dengan pengelupasan fenol termasuk jangkitan, parut, hipo/hiperpigmentasi, milia (cysta kecil seperti benjolan ditemui di bawah kulit), ketidakupayaan untuk menyamak dan ketoksikan jantung. Adalah sangat penting untuk mengikuti arahan selepas mengelupas untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Tontonan lebih dari 1.2 M, rata-rata komen kagum dengan usaha wanita ini untuk cantik. Walaubagaimanpun untuk anda yang tidak pasti dengan keberkesanan rawatan ini, disarankan untuk aplikasikan krim anti penuaan seawal yang boleh.
Penyanyi yang kini popular di China, Shila Amzah selamat melangsungkan pertunangan di kediaman keluarganya di Cheras. Majlis yang diadakan secara tertutup ini menyaksikn Shila disunting jejaka bernama Haris Idraki Elias, 28 tahun yang bekerja di sebuah sektor kewangan di London. Suka melihat penampian Shila yang kelihatannya seperti ‘Barbie Doll’ dengan tema ‘pinkish’.
Shila kelihatan tampil jelita menggayakan busana moden warna pink dengan hijab juga warna sedonon. Penampilan Shila cukup ringkas ditambah dengan solekan juga sentuhan warna pinkish di bahagian mata yang menyerlahkan kejelitaan penyanyi berusia 27 tahun.
Pada majlis itu juga, keluarga menyarung cincin pertunangan di jari manis Shila dan dilihat hanya kenalan rapat hadir di majlis penuh bersejarah buat penyanyi ini. Tunang Shila juga sebelum ini pernah bekerja sebagai wartawan The Star pada tahun 2015.
Dalam satu post di laman IGnya, Shila dan Haris sebenarnya sudah lama saling saling mengenali, iaitu kira-kira 7 tahun lalu. Ketika itu Haris berusia 21 tahun dan dalam tempoh itu, lelak ini setia menunggunya.
A post shared by 씰라茜拉shila amzah?? (@shahilaamzah) on
Shila tertarik dengan sikap Haris yang sering membuatnya ketawa, sentiasa mendorong dirinya untuk mencapai apa yang diimpikan, menyukai sikap humor dan kecintaan pada buku dan juga seni. Dan juga Shila tertarik dengan mata coklat milik Haris dan paling penting sentiasa membacakan buku padanya sebelum masuk tidur. Penyanyi ini juga berjanji akan hidup bersama selamanya apabila kasih sudah termeterai nanti.
Pasangan sama cantik sama padan ini dilapor akan melangsungkan perkahwinannya tahun depan. Terdahulu ibu bapa Shila turut gembira dengan majlis petunangan anak sulung mereka dan merasa bahagia apabila anak-anak gembira.
Malaysia kini sedang memerangi satu daripada krisis kesihatan global yang terbesar iaitu pandemik COVID-19. Sehubungan dengan data terbaru yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia; terdapat 553 kes COVID-19 (16/03/2020). Sistem penjagaan kesihatan kami bekerja keras dengan 57 hospital yang ditugaskan untuk pemeriksaan COVID-19 dan 28 hospital ditugaskan sebagai pusat rujukan yang ditetapkan untuk COVID-19.
Sekiranya anda imbas pada persidangan di mana kerajaan bersidang memutuskan perdana menteri terbaru yang berlangsung di Istana Negara terdapat banyak syarikat- syarikat terkemuka menghulurkan bantuan kepada pihak media yang membuat liputan di hadapan istana tetapi setakat ini belum ada lagi syarikat-syarikat yang besar menghulurkan bantuan secara terbuka.
FashionValet Antara Syarikat Yang Prihatin
Gelombang kedua ini memberi tamparan hebat kepada semua rakyat. Sekali lagi inisiatif kedua syarikat perniagaan atas talian FashionValet membuka jalan kepada orang ramai bersama menghulurkan bantuan kepada mangsa virus yang tular mahupun barisan hadapan yang bertungkus lumus menangani virus ini.
Terdahulu Usahawan dan ikon fesyen terkenal Datin Vivy Yusof, meluahkan rasa terharunya dengan usaha petugas-petugas hospital yang bertungkus lumus melakukan tugas mereka bagi mengawal masalah virus covid-19 yang sedang menular ketika ini.
Bagi menghargai usaha mereka itu, beliau mewakili syarikat miliknya iaitu Fashion Valet telah menghadiahkan pendingin hawa mudah alih buat petugas-petugas hospital kerana memahami begitu peritnya bekerja dengan menggunakan sut khas tersebut.
Buka Peluang Orang Ramai Menghulurkan Bantuan
Pekerja penjagaan kesihatan Malaysia sebagai pelopor depan mempertaruhkan nyawa mereka meletakkan usaha yang gigih dalam memerangi pandemik ini dan menyediakan penjagaan yang optimum bagi sesama rakyat Malaysia.
Sebagai warganegara Malaysia, pengasas Goodwill IMARET bersama Vivy Yusof sebagai pengasas FashionValet (FV) telah mengikuti perkembangan COVID-19 dengan prihatin betapa dedikasinya pekerja penjagaan kesihatan Malaysia menzahirkan rasa
“Bagaimana kita boleh duduk diam di rumah sementara kakitangan hospital bekerja berganda dan berlebihan untuk menjaga pesakit yang dijangkiti yang meningkat jumlahnya. Inilah masanya untuk kita melakukan sesuatu yang lebih berharga dari apa kita lakukan sekarang. ” – Vivy Yusof.
Oleh itu, dengan semangat menyokong Malaysia dalam memerangi COVID-19; Vivy Yusof, suami Fadza Anuar dan pasukan FashionValet sedang memulakan platform dana (Dana Sokongan FV COVID19) untuk mengumpul dana untuk sistem penjagaan kesihatan Malaysia melalui
MENDERMA DI SINI: https://www.simplygiving.com/fv-covid19-support-fund.
Vivy Yusof dan Fadza Anuar juga menyumbangkan RM100,000 kepada tabung ini dan dana yang dikumpul ini untuk kegunaan:
1. Memobilkan sukarelawan untuk membantu kemudahan kesihatan.
2. Membantu rakan-rakan di hospital dan dikuarantin.
3. Menyediakan bekalan perubatan dan am ke hospital.
FV bekerjasama dengan IMARET (Pasukan Perundingan & Rawat Persatuan Perubatan Islam Malaysia) untuk melaksanakan rancangan di atas. FV dengan ini menyeru kemurahan hati semua rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada Dana Sokongan FV COVID19 kami melalui sumbangan dan penyebaran berita mengenai usaha penggalangan dana ini.
Tempoh 14 hari, inilah masa kita menghulurkan bantuan kepada mereka bukan duduk berdiam diri sahaja. Renungkan bersama andai yang dijangkiti virus covid-19 itu di kalangan orang yang kita sayang. Anda boleh juga menderma atas nama orang yang tersayang, contohnya bersedekah atas nama arwah ibu bapa yang telah meninggal dunia. Jom beramal bersama!
Perkongsian Vivy Yusof di IG story miliknya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Meraih keputusan cemerlang dan menerima anugerah terbaik akademik di universiti pastinya menjadi momen paling bermakna bagi mereka yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Segalanya akan rasa...