Khairulaming, seorang pengaruh media sosial yang popular, tidak menyangka salah satu video masakannya telah menarik perhatian chef selebriti Gordon Ramsay.
Menurut Khairulaming, dia mula mengetahui perkara ini selepas tersedar dari tidur
“Tadi saya bangun tidur selepas itu semua orang dok tag saya yang Gordon Ramsay react video masak.
“Wey seriuslah, saya harap dia tak makilah, saya takut dia marah saya,” katanya sambil ketawa.
Ads
Dalam video yang sama, Khairulaming turut berkongsi pencuci mulut yang dibuatnya adalah salah satu resipi Gordon.
“Sebenarnya saya dah cuba resepi awak iaitu puding gula karamel kalau tak silap nama. Sekarang mentega saya agak bermasalah.”
Semalam, Ramsay memuat naik video bersama Khairul Aming di TikToknya dan sempat mengulas cara membuat puding kukus gula hangus, yang dikongsi oleh influencer media sosial itu.
Ads
“Datang Malaysia nanti saya bagi sambal,” ujarnya berseloroh.
Sementara itu, Gordon yang memuji teknik memasak Khairulaming turut mendedahkan dia akan berada di Malaysia minggu depan.
Pada masa lalu, Gordon dikenali sebagai tukang masak “bermulut pedas” kerana dia sering menawarkan kritikan jujur terhadap makanan, terutamanya hidangan yang tidak memenuhi kriteria yang dikehendakinya.
Ads
Sementara itu, dalam tweet terbarunya di Twitter, Khairul Aming meluahkan rasa teruja apabila video masakannya menarik perhatian chef selebriti itu.
“Guys (kalian) Gordon Ramsay duet video masak saya.
“Habis la merajuk sudu kayu aku ini,” balasnya hari ini bagi membalas teguran spontan yang dibuat Ramsay.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kejayaan tidak akan datang dengan mudah tanpa sebarang usaha. Manisnya kejayaan itu akan anda rasai setelah anda bersusah-payah menempuh pelbagai dugaan serta onak dan duri.
Begitu juga dengan kejayaan gadis bernama Aina Fazlen yang berjaya meraih Anugerah Naib Canselor, Anugerah Pelajar Terbaik Pengurusan Hartanah dan Anugerah Pencapaian Terbaik 4 Semestar. Tentunya ada pelbagai rintangan serta dugaan yang dihadapi olehnya.
Dari kaca mata junior Aina Fazlen bernama Akram, dia turut berkongsi kesusahan serta rintangan yang dihadapi oleh Aina Fazlen sebelum gadis ini berjaya meraih kejayaan seperti hari ini. Semoga ia memberi inspirasi kepada anda semua.
Untuk setiap kejayaan, akan ada story di sebalik tabir. Susah payah tu orang bukannya tahu. Yang orang nampak hanya kita sarung selempang gah kita masa majlis convo. Padahal sacrifice kita tu kemain dahsyat lagi. Allah je tahu.
Ini adalah kisah Aina Fazlen. Student UiTM Seri Iskandar.
Akak ni ialah senior aku. Kami belajar dalam Kursus Diploma Pengurusan Hartanah. Tujuan aku share tentang kejayaan Kak Faz ni sebab aku rasa cerita tentang kejayaan ni wajar dikongsi. Kita bagi ruang sikit untuk thread motivasi ececeh.
Aku tahu ramai yang nak dengar sendiri dari budak-budak convo yang dapat award, macam mana cara dorang handle life supaya dapat balance dengan social & academic life.
Lagi excited, Kak Faz ni jenis hijabistilister yang pentingkan imej & tak ketepikan akademik. To be honest lah kan, ini yg aku kagum sebenarnya. She manage to balance beauty management & score paling max in academic.
Bukan semua orang mampu buat macam tu. Like some people rather abaikan buku sebab sibuk pakai face mask highlighter so on.
Kak Faz ni aku dok peghati je dia masa aku first time jaga booth jual karipap pagi2. Dia memang jenis suka dress up yang on point. Sangat stylish & posh.
Kebetulan pulak, classmate aku rapat dengan Kak Faz. Classmate ni ceritalah yang Kak Faz ni memang jenis sangat rajin & selalu bantu kalau junior perlu bantuan tutoring.
Dia selalu bagi past year questions kat junior. Siap buatkan modul berserta jawapan lagi supaya junior senang rujuk. Terharu kan!
Berbalik kepada kisah selepas SPM, Kak Faz dilema sikit dalam pemilihan kursus untuk sambung kat U. Dia nak go for medic tapi takde rezeki. Dia nakkkk sangat tp dia terspoil SPM. Dia dapat upu TESL kat UPSI tapi hati kata tak mahu. Sudahnya, Kak Faz applylah second intake UiTM.
Diploma Pengurusan Hartanah ialah first choice Kak Faz. Cabarannya dekat sini bila netizen pandang rendah pada golongan second intake.
Second intake ni kononnya tak figure out life lg. Konon had no clue nak jadi apa. Bazir setengah tahun kan.
“I nak masa convo, I pakai selempang & make my parents proud.”
Itu je yg Kak Faz fokuskan. Bila dah tekad camtu, Kak Faz pun buatlah cliché, tampal gambar parents kat dinding bilik UiTM serta letak kata-kata semangat.
Bezanya kat sni, Kak Faz memang betul-betul tatap gambar parents untuk gain semangat. Bukan bazir letak gmbar passport parent tapi end up pandang pun tidak, semangat belajar ke laut tak timbul2. Mahal tau sekeping RM1.20.
Masa orang tidur, masa tulah Kak Faz bangun study. Aku selalu bangun pukul 4 pagi. Ingatkan tu dah cukup awal. Rupanya Kak Faz jauh lebih canggih dari aku.
Dia study pkul 3 pagi gais. Perit itu sementara tapi bila dah biasa, semua dipermudah. Cabaran kedua pula, Kak Faz ni ada satu penyakit yang dia je tau penderitaannya macam mana. Orang yang tak rasa tak tahu.
Dia setiap sem ada sakit perut yang extreme. Sakit punya sakit sampailah masa sem 5, dia kena operate. Ambulans datang UiTM ambil bawa pergi Hospital Lumut. Masa tu tengah final exam. Punyalah tragedi.
A day after operation, Kak Faz jawab exam dengan masih pakai ward punya tag. Bila cerita pasal sakit perut ni bukan yang sikit-sikit, tapi yang cukup untuk merosakkan beberapa minggu sebelum exam.
Jadinya, persediaan exam jadi merosotlah. Kawan Kak Faz yang tolong bacakan buku untuk Kak Faz. Kak Faz dengar sambil tanya-tanya untuk faham. Ada jugalah cirit-birit sampaikan paper Building Kak Faz tak baca pape langsung. Asyik menjenguk tandas dan mood belajar hilang sebab tak selesa.
Tapi bila Allah tu nak bantu, bila Dhuha menunjukkan functionnya, dengan izin Allah Kak Faz dapat score A+. Sebenarnya, untuk berjaya bukannya susah. Ada dah tersedia caranya.
Yang susahnya bila kita memilih untuk ikut semua atau hanya beberapa cara sahaja. Diri kita yang tahu apa kemampuan & sacrifice yang kita boleh buat. Cara nak berjaya ni cliche sangat gais. Tapi ramai yg deeeeegil.
Ramai yang nak sacrifice sikit, tapi nak hasil yg besar. Amal tips yang hanya nafsu kata ok. Tips keagamaan pandang sepi. So itulah gais. Nak berjaya perlukan sedikit pengorbanan.
“Arghh! Sakitnya badan, malasnya nak buat kerja tapi kena buat juga…”
Pernah atau tidak anda rasa bangun pagi dan rasa malas sangat nak buat kerja? Jadi, tidak dinafikan rasa malas dan menangguh kerja semestinya dirasakan oleh semua orang kerana itu adalah komitmen yang perlu di lakukan. Tidak salah untuk anda memberi masa sedikit untuk diri sendiri supaya lebih tenang. Akan tetapi jika anda berhenti terlalu lama pasti akan menyebabkan anda menangguh kerja dan menyusahkan orang sekeliling.
Tidak dinafikan sikap malas dan tangguh kerja sememangnya akan dilalui oleh semua orang namun kerja perlu diteruskan kerana itu merupakan satu komitmen. Tak salah sebenarnya memberi sedikit masa untuk diri sendiri agar lebih tenang tetapi jalan terlalu lama sehingga menangguh kerja dan menyusahkan orang lain.
Bagi mengelakkan sikap tangguh kerja dan malas berterusan, ikuti nasihat yang diberikan oleh Pakar Motivasi Negara, Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah di laman Facebooknya. Ini adalah 7 cara untuk anda elak sikap tangguh kerja & malas, tetap bersemangat:
Setiap muslim yang berada di muka bumi ini disarankan untuk berdoa. Berdoalah di dalam hati “Ya Allah lancarkan segala tugasku hari ini. Berikan aku ilham dan kekuatan menempuhi apa juga cabaran buat diriku.” Minta la pada Allah untuk permudahkan segalanya.
Pada setiap pagi, jangan lupa untuk menyenaraikan segala tugas yang anda perlu lakukan. Seperti saya, saya akan senaraikan apa yang perlu dibuat dahulu. Lihat berapa jam tempoh anda bekerja dan isi masa tersebut. Mengikut keutamaan tugas tersebut.
Multitasking atau buat kerja yang banyak dalam satu masa yang sama. Walaupun anda seorang yang cekap dan cepat pastikan anda menyelesaikan kerja dalam satu masa. Kadang-kadang kita akan terbeban dengan banyak informasi atau kerja!
Jika anda terlampau sibuk dengan kerja dan rasa malas pastikan untuk hadiahkan diri anda hadiah. Ini dapat membantu untuk anda rajin buat kerja. Selain itu, hadiahkan diri dengan setiap kali 1 jam anda bekerja, rehatlah 15 minit. Bangun dari tempat duduk kerja anda dan bergerak. Pergi bancuh kopi atau melihat tumbuhan. Cuci muka dan sebagainya!
Kadang-kadang sikap tertangguh ini berpunca dari anda rasa serba salah. Ini kerana anda tidak memulakan kerja dengan lebih awal. Bila sudah terlewat pasti akan menyebabkan diri anda malas dan tidak mahu buat bersungguh-sungguh
Cabaran utama buat kita adalah fokus yang tinggi. Handphone merupakan barang yang mampu menghalang fokus anda terhadap kerja. Jadi, apa yang anda perlu lakukan adalah buat mod senyap atau letak pada mod focus untuk telefon pintar anda. Ambil masa sedikit untuk melihat jika tiada sebarang kecemasan dan untuk anda tengok sosial media. Pastikan hadkan masa anda.
Jadi marilah kita semua melakukan tugas dengan bahagia dan juga cerita! Pastikan hari anda lebih produktif dan bekerja dengan lebih semangat. Apabila kita bersungguh dalam melakukan pekerjaan, insyaAllah rezeki juga akan masuk dengan lajunya! Amin.
Pemberian cahaya mata adalah sebuah penantian yang didambakan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Anak menjadi bukti cinta serta menambah erat kasih sayang antara pasangan suami isteri.
Pelakon dan usahawan, Mia Ahmad atau nama penuhnya Samihah Ahmad Baderi, 35, telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga, pagi semalam. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh suaminya iaitu, Mohd Izham Tarmizi, 32, melalui laman Instagram.
“Assalamualaikum. Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan baby girl anak ke 3 kami,1.25am pagi tadi (Selasa).”
Suami Mia yang juga merupakan penjaga gol Sri Pahang FC tersebut tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih buat semua yang telah mendoakan kesihatan isterinya itu.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakannya. semoga dipermudahkan uruskan kalian semuanya” tulisnya.
Hasil tinjauan Hijabista, peneraju utama Hati Perempuan(2015) dilihat memuat naik video anak keduanya iaitu Iris dua hari lalu. Mia akui ‘beremosi’ mengenangkan hari tersebut merupakan hari terakhir puterinya bergelar seorang ‘adik’. Maklumlah, lepas ini kena tukar status kepada seorang kakak!
“Last day jadi ’adik’ harini… InshaAllah esok title kakak dah dia.. Mommy emotional lah…
“Ya Hafiz Ya Muhaimin.. Yang Maha menjaga dan Mengawasi, daku serahkan anak-anakku, keluarga ku, seluruh isi bumi untuk dijaga dan diawasi oleh Mu.” tulis Mia.
Menjengah ke ruangan komen hantaran yang dimuat naik oleh Izham, rata-rata netizen, rakan artis serta pemain telah membanjiri dengan ucapan tahniah serta mendoakan kesihatan mereka. Bahkan, hantaran tersebut kini telah meraih lebih 19K kesukaan.
“Syukran alhamdulillah..TAHNIAH buat keduanya & lil princess welcome to the world cucunda..doa baby & mom sihat sjhtera & sntiasa dlm lindungan Allah SWT & menjadi anak yg solehah berjaya dunia akhirat..Amin”
“Tahniah Izham dan Mia dapat cahaya mata ketiga semoga dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat..”
Alhamdulillah, Hijabista turut mengucapkan tahniah buat Mia dan suami, tidak lupa untuk mendoakan agar zuriat yang dilahirkan menjadi anak yang solehah kelak dan berjaya dunia akhirat.
Terdahulu, Mia telah berkahwin dengan Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 serta dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sayf Issa yang berusia 4 tahun dan Iris yang kini berusia 2 tahun.
Khasiat telur rebus bukan sahaja membantu kenyang lebih lama, malah baik untuk kesihatan mata, otak, kuku dan tulang wanita. Ketahui manfaat lengkapnya di sini.