Bibir yang cantik munggil berwarna pinkish memang menjadi idaman semua orangkan. Tapi, untuk mereka yang mempunyai masalah bibir kering dan merekah, ianya pasti agak sukar.
Jangan risau girls! Apa kata kita usaha ikhtiar dengan mengikuti tip ini. Bukan sahaja menjadi, malah kesannya juga boleh dilihat dalam waktu yang pantas. Jom kita cuba.
Kalau amalkan secara konsisten, hasilnya nanti pasti akan bertambah baik. Mesti orang akan ingat kita memakai gincu tapi hey, ini warna original tau! Gabungan tiga bahan ini memang ajaib dan yang paling penting ianya selamat digunakan. Jangan lupa amalkan ya hijabi untuk bibir yang cantik dan sihat.
Ads
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Memasuki tahun baharu, ramai yang mengimbas kembali atau throwback gambar-gambar lama mereka dan membandingkannya dengan keadaan sekarang. Ada yang tetap sama seperti dulu dan ada juga yang mempunyai penampilan berbeza dulu dan kini.
Kejayaan hijabi ini pada 4 tahun lepas pasti menjadiinspirasi hijabi yang ingin merubah penampilan diri. Seperti Azfa Fasihah, dia berjaya mendapatkan transformasi yang hebat dari permulaan tahun 2019 hinggalah ke akhir tahun. Ramai yang terkejut dan kagum dengan perubahannya itu dan meminta tip daripadanya. Jom kita lihat tip yang dikongsi!
Dalam rangka mengurangi penyebaran korona virus, kita disarankankan untuk melakukan social distancing dengan cara duduk di rumah. Nah, meski tidak boleh ke salon untuk perawatan, anda tetap boleh mempercantikkan diri.
Selain kulit jadi lebih bersih dan sihat merawat diri di rumah juga boleh meringankan tahap stresmu. Apa perawatan yang boleh dilakukan di rumah? Jom semak di bawah ini.
Untuk menghilangkan sel-sel kulit mati pada tubuh anda boleh menggunakan lulur. Tahapannya juga nggak susah kok. Awali dengan mandi dengan sabun antiseptik. Kemudian oleskan lulur pada kulitmu dan diamkan sejenak hingga agak kering. Pijat kemudian gosok kulit hingga sel-sel kulit mati keluar. Terakhir bersihkan kembali kulit yang sudah dilulur.
Melakukan steam wajah di rumah gampang banget lho Bela. Anda hanya perlu didihkan air secukupnya, kemudian tuangkan ke dalam mangkuk dan tambahkan essential oil jika perlu. Tutup bahagian kepala dengan tuala lalu biarkan wap panas tersebut mengenai wajahmu.
Steam wajah mampu membuka pori-pori dan memudahkan kotoran keluar dari dalam pori-pori wajah. Setelah selesai steam anda boleh melanjutkan perawatan masker wajah dan bersihkan dengan toner.
Ada banyak pilihan masker yang tersedia, Mulai dari clay mask, sheet mask, peel off mask hingga cream mask anda tinggal pilih masker mana yang sesuai dengan keperluan kulit anda ketika ini.
Tahap penggunaan masker pun boleh disesuaikan dengan jenis masker yang anda gunakan. Penggunaan masker secara rutin akan membuat kulit anda lebih sihat serta dapat menimbulkan kesan relaksasi.
Salah satu cara mengembalikan kesihatan serta keindahan rambut adalah dengan masker rambut. Pertama anda perlu keramas terlebih dahulu agar rambut bersih. Kemudian tunggu hingga rambut setengah kering. Aplikasikan masker rambut yang sesuai dengan masalah pada rambut anda. Oleskan masker rambut mulai dari bahagian akar dengan cara mengurut-urut kepala.
Setelah itu sapukan juga pada seluruh batang hingga ujung rambut. Lalu bungkus kepala dengan tuala yang telah direndam air hangat agar penyerapan nutrisi masker lebih maksima. Tunggu hingga beberapa minit, bilas dan keringkan rambut.
Ingin menghilangkan sakit hati sekaligus kulit kusam pada kaki? anda boleh mencuba perawatan kaki di rumah. Caranya dimulai dari menggunting dan membersikan kuku kaki. Kemudian rendam kaki di dalam air hangat yang sudah dicampur dengan garam selama 10 minit. Teruskan dengan menggunakan berus kaki yang boleh mengeksfoliasi sel-sel kulit mati. Setelah selesai cuci kaki dan gunakan body lotion untuk mengembalikan kelembapan kulit.
Perawatan kuku juga tidak kurang penting untuk dilakukan. Selagi banyak waktu yang terluang anda boleh melakukan manicure sendiri. Siapkan manicure set dan mulailah dengan memotong serta mengikir kuku. Anda juga boleh membersihkan kutikal, kuku anda dijamin menjadi sihat dan tampak lebih segar seketika.
Buat anda yang biasanya rajin waxing ke salon, tidak ada salahnya kalau kali ini mencuba self waxing di rumah. Ada banyak pilihan produk untuk waxing yang dijual di pasaran. Perkara yang penting adalah hindari melakukan waxing pada seminggu sebelum dan saat menstruasi ya!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ubi kayu rebus adalah sejenis makanan tradisional yang sangat popular dan tidak asing lagi terutamanya di kalangan masyarakat Melayu. Siapa sahaja yang tak pernah mencubanya kan? Bukan sahaja sedap, malah banyak khasiatnya untuk kesihatan!
Ubi kayu atau nama saintifiknya Manihot Esculenta adalah sejenis kanji yang terhasil pada akar pokok ubi kayu. Dahulu, ia diijadikan sebagai pengganti nasi dikalangan penduduk sekitar kampung.
Kini, ubi kayu bukanlah lagi dijadikan sebagai makanan utama, namun dinikmati dalam pelbagai menu dan hidangan. Pelbagai variasi resepi yang ada seperti ubi pedas, ubi bakar, unkep ubi, ubi gula merah, ubi goreng cicah sambal kicap, ubi rebus cicah sambal tumis, dan banyak lagi. Kalau dapat menikmati ubi rebus petang-petang memang best!
Bagi setiap 100gram ubi kayu, berikut adalah komposisi nutrien yang ada di dalamnya:
Setiap 100 gram ubi kayu ini membekalkan badan kita dengan 162 kcl tenaga. Semuanya disebabkan kandungan karbohidratnya yang tinggi iaitu kira-kira 38.2g.
Ubi kayu adalah sumber yang kaya dengan serat makanan, mengandungi kanji-tahan (resistant starch) dan membantu sistem pencernaan berfungsi dengan lancar dan baik. Serat tidak larut membantu memperbaiki sistem penghadaman dengan menyerap semua toksin yang terkumpul di dalam usus.
Pada masa yang sama, ia juga boleh mengurangkan keradangan pada saluran gastrousus perut, mengelakkan sembelit, mengurangkan risiko kanser usus dan menyebabkan rasa kenyang yang lebih lama.
Anemia ialah masalah kekurangan sel darah merah yang berdaya guna untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Kekurangan zat besi adalah penyebab anemia yang paling biasa.
Ubi kayu merupakan sejenis makanan berkanji yang kaya dengan zat besi dan dikatakan mampu mencegah penyakit ini. Hal ini disebabkan ubi kayu diperkaya dengan kandungan zat besi yang tinggi bagi pembentukan hemoglobin di dalam sel darah merah. Hemoglobin ini berfungsi untuk membawa bekalan oksigen ke sel-sel yang ada di dalam badan kita untuk proses penjanaan tenaga. Dengan pengambilan zat besi yang mencukupi, penyakit anemia yang disebabkan oleh kekurangan hemoglobin dan zat besi dapat dielakkan.
Buat hijabi yang mahu menurunkan berat badan, mungkin anda boleh cuma amalkan makan ubi kayu rebus ini. Ubi kayu yang kaya dengan serat makanan adalah pilihan yang tepat buat anda yang tidak sabar untuk menurunkan berat badan.
Khasiat ubi kayu ini membuatkan anda berasa kenyang untuk jangka masa yang lama. Jadi, ia membantu anda mengurangkan rasa lapar serta tidak lagi mengambil makanan ringan seperti snek yang tidak berkhasiat.
Apakah hubungan antara ubi kayu dan penglihatan? Ubi kayu mengandungi Vitamin A dan mineral, secara tidak langsung meningkatkan penglihatan dan mencegah dari buta dan masalah penglihatan yang lain.
Vitamin B2 dan riboflavin dalam ubi kayu boleh membantu merawat sakit kepala dan migrain. Selain itu, ia boleh mengurangkan serangan migrain yang berterusan.
Sifat antioksidan ubi kayu membantu mengatasi masalah cirit-birit.Ia menghapuskan bakteria yang menyebabkan masalah perut dan mengurangkan gejala cirit-birit.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.