Ramai yang percaya bahawa menu makanan rebus-rebus lebih bermanfaat untuk tubuh kerana khasiatnya terjaga dan tidak hilang semasa proses memasak. Selain itu, sayur-sayuran, daging, kekacang, ubi rebus umumnya rendah kalori tetapi masih memberikan rasa kenyang yang lama, jadi ia sesuai untuk dimakan ketika anda sedang menurunkan berat badan.
Agar target diet tercapai, pastikan pengambilan kalori harian anda tidak melebihi jumlah kalori yang dibakar. Selain itu, pastikan makanan yang kita ambil bukan sahaja rendah kalori, malah padat dengan nutrien.
Photo by katerina-holmes- from Pexels.
Sebelum buat keputusan untuk makan rebus-rebus sahaja semasa diet. Ini info yang perlu anda tahu:
1. Penurunan berat badan dalam progres diet tidak bergantung kepada jenis pemakanan. Tetapi defisi kalori yang anda dapat.
2. Jika kalori seharian anda adalah 2000 kcal. Dan haritu berjaya dapat 300kcal defisit. Maka penurunan berat boleh berlaku.
IKLAN
3. Semasa diet, makanan rebus boleh dijadikan pilihan. Terutama jika hendak jimatkan kalori. Namun bukanlah kewajipan.
Photo by castorly-stock-from Pexels.
4. Kalori daripada makanan yang direbus lebih rendah kalorinya berbanding makanan bergoreng.
5. Mereka yang sudah mula ada kolestrol tinggi, makanan rebus boleh jadikan sebagai pilihan utama.
IKLAN
6. Walau bagaimanapun masih tidak menjadi kesalahan sekiranya anda teringin dengan makanan bergoreng. Boleh sahaja buat selang seli.
Photo by cottonbro from Pexels.
7. Soalan utama perlu anda tanya apabila memilih untuk makan rebus-rebus setiap hari. “Aku mampu tahan ke dengan menu yang sama sahaja?”
8. Jika mampu. Teruskan sahaja dengan makanan rebus. Jika kurang mampu, anda masih boleh buat selang seli jenis makanan yang dimakan.
IKLAN
Begitulah. Menu diet anda sendiri macam mana? Selang seli atau memang banyak fokus yang rebus-rebus? Buatlah pilihan yang bijak dan sesuai dengan diri anda.
Sumber kredit: Arif Sukri Top image: Photo by quang-nguyen from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Memenuhi keinginan selera dengan menikmati pelbagai jenis makanan atau minuman yang lazat bukanlah satu kesalahan. Walau bagaimanapun pengambilan makanan dan minuman perlu dikawal kerana kebanyakannya mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi.
Pengambilan gula dalam diet seharian memainkan peranan utama dalam menentukan tahap kesihatan seseorang individu. Mereka yang mengambil makanan manis secara berlebihan, lebih berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan termasuk peningkatan berat badan.
Photo by Ketut Subiyanto from Pexels
Melalui perkongsian Dr Rizal Abu Bakar beliau berkongsi tentang pemanis tiruan dalam makanan dan juga minuman. Menurut beliau, kajian dari Adelaide Medical School di Australia, pemanis tiruan atau artificial sweetener boleh meningkatkan risiko diabetes.
Bukan itu sahaja, ia juga mengganggu bakteria baik dalam usus. ia juga menaikkan jumlah bakteria jahat. Apabila banyak bakteria jahat maka jadilah ‘leaky gut syndrome’.
Cuba semak, adakah anda ada mengalami simptom-simptom ini:
1. Sembelit atau diarrhea yang kronik
2. Kekurangan nutrien
3. Letih
4. Sakit kepala
5. Susah fokus
6. Sering keliru
7. Jerawat, rashes (alahan)
8. Sakit sendi
Kalau ada, anda mungkin ada ‘leaky gut syndrome’. Pemanis tiruan (artificial sweetener) ini juga turut mengganggu selera. Boleh menaikkan selera makan. Kajian di Yale Journal of Biology and Medicine tahun 2010 ada menyebut, ia boleh menaikkan berat badan.
Bila sebut bab naik berat badan, ujar doktor ini, beliau teringat cerita seorang kawan. Dia sebut ‘“patutnya puasa ni berat badan turun. Aku pelan dok naik pula. Pening!” Lepas dapat info dari kawannyanya itu, memang dia ada banyak ambil ‘sugar-free’ food. Dia ingatkan bagus. Tapi tidak untuk dia. Sesuai dengan hasil kajian yang telah dibuat, berat badan naik.
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa pula? Pemanis tiruan ini tidak ada kalori. Jadi ia ‘trick the brain’ untuk percaya bahawa makanan tidak ada. Tiada makanan. Bila tidak ada makanan, maka tuan badan pun diarah makan lagi. Dan lagi dan lagi. Perkara ini butirannya ada dalam jurnal Current Pharmaceutical Design tahun 2006.
Photo by Pixabay from Pexels
Biasanya kita akan nampak ditulis sugar-free. Tetapi pemanis tiruan macam sucralose, aspartame, advantame, cyclamate dan neotame biasanya diletak dalam puding, kek, gula gula, minuman berperisa, jem, makanan kanak-kanak, minuman tenusu dan makanan dalam tin.
Kalau terbeli makanan seperti di atas, cuba tengok senarai ingredients (ramuan) makanan. Baca satu demi satu. Semak ada atau tidak artificial sweetener (pemanis tiruan) dalam senarai ingredients (ramuan) makanan.
HIJABISTA: Kurangkan atau boleh hentikan pengambilan makanan dan minuman manis. Pilihan ada di tangan anda. Tidak rugi jika berpantang sedikit demi kesihatan diri sendiri.
Kebersihan diri wajib diambil kira untuk kesihatan tubuh badan. Terutamanya wanita, banyak aspek yang perlu dititikberatkan untuk tampil menawan kerana wanita dan kebersihan memang tidak boleh ditinggalkan. Begitu juga dengan kecantikan.
Kali ini, team Hijabista ingin berkongsi kepada kamu semua tentang teknik yang tepat untuk mencukur bahagian kemaluan kamu. Masih ramai yang melakukan kesalahan ketika mencukur dan akhirnya menyebabkan bahagian itu gatal, kudis dan juga tidak licin! Malu lah kalau begitu! Jadi, persiapkan diri kamu dan jom cuba teknik yang betul ini. Selamat mencuba!
Terutamanya kepada mereka yang mempunyai bulu yang lebat, teknik ini harus dilakukan setiap kali kamu ingin mencukur bahagian kemaluan kamu. Ini ialah proses tebaik untuk kamu lebih mudah untuk mencukur.
Caranya, gunting ataupun ‘trim’ dahulu keseluruhan bulu yang ada dan kemudian barulah kamu boleh mencukur mengikut arah yang betul. Usah gunting terlalu pendek, cukupp sekadar ia tidak panjang untuk sebelum dicukur. Teknik ini memudahkan kamu untuk mencukur kerana prosesnya akan lebih cepat dan teratur.
2. Meregangkan kulit ketika bercukur.
Teknik ini untuk mengelakkan sebarang kecederaan dan iritasi pada kulit semasa bercukur kerana apabila meregangkan kulit, ia akan memudahkan proses kerana dasar yang lebih rata.
3. Mencukur dengan arah yang betul.
Anda dinasihatkan untuk mencukur secara perlahan-lahan untuk mencegah luka dan kecederaan. Jika kamu mencukur dengan arah yang berlawanan, ia akan menyebabkan terjadinya ruam dan gatal-gatal. Untuk kesan yang terbaik, kamu boleh cuba dengan mencukur bulu dari sisi ke sisi. Ia akan memudahkan lagi proses mencukur dan tidak menyebakan kesan buruk pada keadaan kulit sekeliling.
4. Berendam dalam air yang suam.
Teknik ini membantu untuk mengelakkan gatal-gatal pada bahagian kulit yang sudah dicukur. Ia juga membantu untuk melembutkan permukaan kulit yang kasar selepas dicukur.
Pasti ramai yang ketahui tentang kelebihan ‘shaving cream’ ini. Selain daripada bahagian kemaluan, ia juga boleh digunakan di bahagian ketiak mahupun di wajah. Kegunaan ‘shaving cream’ banyak kelebihannya. Antaranya ialah melembutkan kulit ketika bercukur dan mengurangkan luka pada kulit. Produk ‘shaving cream’ dihasilkan dengan pelbagai fungsi terutamanya untuk kulit yang sensitif dan sebagainya. Jadi pilihlah produk dengan bijak ya!
6. Gunakan pelembap selepas bercukur.
Untuk kesan yang terbaik, sapukan pelembap selepas bercukur untuk memastikan tiada keradangan pada kulit. Produk pelembap yang mengandungi aloe vera ataupun ‘baby oil’ adalah antara pilihan terbaik yang boleh kamu cuba!
Lautan adalah ubat, penyelidikan telah membuktikan bahawa berada dekat pantai meningkatkan mood dan menenangkan anda dengan menurunkan tahap kortisol. Tetapi selain tubuh, minda dan jiwa kita, dos vitamin laut juga bagus untuk kulit.
Fikirkan tentang apa yang perlu dilakukan oleh salah satu daripada dua juta organisma lautan untuk berkembang maju dalam persekitaran yang sangat melampau, di mana garam dan arus yang keras menjadikannya mustahil untuk bertahan. Tanaman yang dijumpai di biru tua tidak hanya dapat disesuaikan, tetapi kerana ia hidup di perairan yang kaya dengan mineral, juga sangat bagus untuk kulit anda yang gemar dengan mineral dan vitamin.
Manfaatkan kekuatan warna biru yang luar biasa dan diubah menjadi losen dan serum yang akan membuat kulit anda tenang. Dan sementara itu beberapa bahan yang sangat kuat dapat dicabut terus dari lautan, contoh sel atau mikro organisma dari alam semula jadi, kemudian menumbuhkannya semula melalui bioteknologi, dengan menghasilkan alga dari seluruh dunia, termasuk Perancis, Jepun, dan Antartika.
Tetapi ini bukan satu-satunya bahan kecantikan yang layak dipinjam dari lautan. Di bawah ini, keindahan biru terbaik yang patut anda ketahui bahan-bahan yang terkandung dalam produk penjagaan kulit anda hasil dari lautan.
1. Rumpai laut
Penjagaan kulit telah dibanjiri dengan produk rumput laut akhir-akhir ini, dan anda mungkin pernah melihat perkataan “alga” dalam beberapa produk. Rumpai laut padat nutrien, ditambah dengan efek pelembutan pada kulit, atau sebagai “bahan anti penuaan. Rumpai laut sangat menghidrat kulit dan mengurangkan penampilan kekeduran kulit dan awet muda, ia juga membantu melindungi kulit dari penyerang luaran seperti angin, iklim kering dan pencemaran udara. Bahan ini menghidrat, membantu mengurangkan keradangan dan meminimumkan penampilan kekotoran dan kerengsaan.
CADANGAN PRODUK:
La Mer The Concentrate
Rawatan pemulihan ini disuntikkan dengan bentuk pekat Miracle Broth ™ yang diperbaharui untuk membantu menenangkan kemerahan, kerengsaan dan tanda-tanda keradangan yang lain. Kulit lebih kuat dan lebih tahan dengan daya hidup yang sihat Ia juga mempunyai reka bentuk yang diilhami rumpai laut.
2. Mutiara
Close up image of organic pearl in a shell
Pearl menyajikan whammy perawatan kulit dengan mencerahkan dan menghidratkan pada masa yang sama. Serbuk mutiara telah terbukti dapat mengurangkan kehilangan air transepidermal, atau penyejatan air dari kulit, yang menunjukkan ia mempunyai faedah menghidrat dan melembapkan. Tambahan bahan ini juga bertindak sebagai antioksidan yang berkesan untuk membantu mencegah pemecahan kolagen dan elastin daripada kesan faktor persekitaran seperti sinar UV dan pencemaran.
Serum mata dan bulu mata yang bebas minyak, lingkaran gelap bawah mata kelihatan cerah yang menghidrat dan lebih bercahaya sehingga anda kelihatan lebih muda. Manakala ia juga menyuburkan bulu mata serta lebih halus,.
3. Kaviar
Kaviar hampir sama mewah dengan ramuan kulit, tetapi faedahnya mungkin menjadikannya pelaburan yang bernilai. Ia penuh dengan kekuatan anti-penuaan dan kajian mendapati bahawa ia membantu mempercepat pengeluaran kolagen untuk mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan. Kaviar kaya dengan vitamin dan asid amino,yang memberikan manfaat antioksidan dan berfungsi sebagai blok untuk sel kulit yang sihat.
CADANGAN PRODUK:
Mario Badescu Caviar Night Cream
Krim Malam ini dengan campuran ekstrak kaviar kaya protein dan mentega koko menghasilkan krim malam pengisian kelembapan yang diperkaya kolagen untuk membantu mengekalkan keanjalan kulit.
4. Air laut
Garam laut mendapat banyak manfaat membantu pembaikan rambut, tetapi ia juga mendapat faedah penambah kulit yang perlu diperhatikan. Anda tahu betapa hebatnya kulit dan penampilan anda setelah keluar dari lautan? Nah, ada sebab untuk itu. Walaupun anda mungkin berfikir bahawa air masin adalah penyahhidratan, ia sebenarnya boleh memberi kesan sebaliknya pada kulit. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa garam kaya magnesium di laut mati membantu meningkatkan fungsi penghalang, meningkatkan penghidratan, dan mengurangkan keradangan. Kesan terapeutik mandi di perairan kaya mineral telah diketahui sejak lama, kata ahli dermatologi ia bertindak sebagai antibakteria untuk mensterilkan kulit, menjadikannya musuh bagi jerawat.
CADANGAN PRODUK:
Skin Inc Pure Deepsea Hydrating Mask
Air laut dalam dari Jepun. Kepingan mineral penting seperti magnesium, kalsium, kalium, natrium, zink, selenium dan mangan yang menghidrat, menyuburkan dan menyembuhkan kulit. Pure Deepsea Hydrating Mask menyerap dengan cepat ke dalam kulit sehingga anda tidak perlu risau untuk merosakkan sarung bantal kegemaran anda.
Bak kata pepatah, "Mata adalah tingkap kepada dunia." Tanpa, mata bagaimana kita mampu melihat dunia? Oleh itu, kesihatan mata haruslah dijaga supaya penglihatan kita juga dapat diperlihara.