Jika tahun lalu, pengacara, pelakon dan usahawan Neelofa dan co-founder FashionValet dan The dUC Group, Vivy Yusuf tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2018.Tetapi tahun ini tuah berpihak kepada penyanyi Shila Amzah untuk tersenarai dalam kategori berkenaan. Penyanyi yang mula mencipta nama seawal usiakanak-kanak ini menempa kejayaan demi kejayaan hinggalah dia berjaya menembusi tembok besar China. Shila Amzah 27 tahun antara rakyat Malaysia kini yang sedang mencipta nama di negara China.
Shila tersenarai bak kategori Hiburan dan Sukan dalam senarai tahunan yang kini memasuki tahun ketiga. Beliau antara 300 individu berusia bawah 30 tahun yang berjaya dalam bidang masing-masing di Asia.
Sementara itu di laman sosial penyanyi ini dibanjiri ucapan tahniah dengan pencapaian mengagumkan penyanyi ini. Ramai yang memberi komen Shila memang layak diberikan penghargaan ini memandangkan sumbangan yang telah diberikan dengan mengharumkan nama negara di mata dunia. Malah kejayaanya ini dianggap menjadi sumber inspirasi kepada orang ramai terutama golongan muda.
@erba.official Congratsss!! so happy for you, you deserve it for all your hard work!!
@n.syahimma Derserving esp tht you are rising well abroad
Ads
@wan_combie congratulations …ni baru sesuai untuk jadi ikon
Ada juga di kalangan follower yang memberi ingatan kepada Shila agar terus kekal dengan sifat ‘humble’ dan menjadi seorang Muslimah yang sebenar. Mereka juga turut mendoakan semoga Shila Amzah akan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.
Jom layan #OOTD penyanyi ini yang mempunyai follower di instagram 2.3M. Shila Amzah yang sudah mengikat tali pertunangan ini juga dikenali antara penyanyi yang gemar berselfie.
Viral minggu ini apabila dikatakan ramai dalam kalangan jemaah kita yang mahu menunaikan ibadah haji musim ini terkandas gara-gara masalah visa. Salah seorang adalah selebriti cantik, Neelofa daan keluarga. Namun masalah itu berjaya diatasi dan mereka sekeluarga kini telah selamat berlepas ke Tanah Suci Mekah.
Selain Erra Fazira dan Neelofa, selebriti berhijab yang cantik dan santun orangnya Wany Hasrita juga diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah. Wany berkata dia mendapat jemputan istimewa untuk menunaikan haji dari Kedutaaan Arab Saudi.
Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 27 tahun berkata dia menerima tawaran berkenaan kurang daripada seminggu dan giat melaukan persiapan terakhir dalam melaksanakan rukun Islam kelima.
Terbaru, status dimuat naik di laman sosial, Wany memberitahu dia dan kawan baiknya Amira Othman berada di aiport untuk bertolak ke Jeddah bagi menunaikan fardhu haji.
Selebriti cantik lagi santun ini juga turut memohon maaf jika ada terkasar bahasa, terlepas pandang atau terguris hati.
Malah dia turut memohon semua pengikutnya mendoakan dirinya selamat pergi dan balik dan segala urusan dipermudahkan sepanjang mengerjakan rukun kelima ini.
Assalamualaikum semua, insyaAllah dlm beberapa jam lg wany @amiraaothman akan bertolak ke Jeddah utk menunaikan fardhu haji.
Wany nk minta maaf semua salah silap wany, ada terkasar bahasa, terlepas pandang, terguris hati. Minta maaf banyak2. Doakan wany selamat pergi & balik dan dipermudahkan semua urusan. InsyaAllah.
Kalau ada sesiapa nk kirim doa, boleh comment dibawah, insyaAllah ada masa wany sampaikan
Rakan selebriti serta pengikut penyanyi yang kini popular dengan single Terlalu Memuja turut memberikan kata-kata positif tentang pemergiannya ke Tanah Suci ini.
kakgirlsebenar Semoga Allah permudahkan dan mmberkati ibadah dan perjalan pergi dan pulang. Amin
Sementara itu, Amira Othmn juga turut muat naik status memberitahu tentang pemergiannya ke Tanah Suci. Bagi Amira, pemergian ke rumah Allah ini dianggap ‘betul-betul’ ajaib dan segalanya telah diatur oleh Allah.
Dia juga turut memohon maaf jika ada salah dan silap serta mahu semua pengikut mendoakan perjalanan pergi dan balik serta mendapat haji mabrur.
Assalamualaikum. Saya & @wanyhasrita insyaAllah akan berangkat menunaikan fardhu Haji sekejap sahaja lagi. Mohon doakan kami, juga sy memohon maaf jika punya salah & silap. Memg betul betul ajaib cerita kami ke Haji ni tp semua Allah atur. Sy mohon doa utk kami selamat, dipermudahkan urusan, mendpt Haji yg Mabrur. Mohon doa kamii slmt pergi slmt pulang. InsyaAllah
Hijabista mendoakan agar Wany Hasrita dan Amira Othman dipermudahkan segala urusan melakukan ibadah haji di sana.
Demi mencapai manfaat penurunan berat badan yang cepat dari diet keto, sebaiknya ketahui dahulu pelbagai perkara tentang diet keto termasuk cara menjalani dan risikonya. Dengan informasi yang cukup mengenai diet keto, anda juga akan mampu memahami serta memperhitungkan adakah diet jenis ini sesuai dengan keadaan tubuh dan kemampuan fizik anda.
Diet keto hampir sama dengan diet Atkins dan diet rendah karbohidrat yang mengurangi makanan karbohidrat dan meningkatkan makanan lemak, dengan jumlah pengambilan protein yang sederhana. Tujuan makanan lemak dalam jumlah yang tinggi pada diet keto adalah agar tubuh mencapai keadaan ketosis. Dalam keadaan tersebut, tubuh akan membakar lemak sebagai sumber energi utama. Lemak juga akan diubah menjadi keton pada hati, sehingga memberi penyumbang energi untuk otak.
Ketosis sebenarnya merupakan keadaan ringan dari ketoasidosis, sebuah keadaan berbahaya yang banyak terjadi pada penderita diabetes tahap 1. Meski masih banyak pro-kontra terhadap diet ini, beberapa kajian menunjukkan diet keto tergolong selamat dan juga efektif untuk dilakukan, terutama oleh penderita kelebihan berat badan atau obesiti, yang hanya dilakukan untuk beberapa waktu tertentu dan di bawah pantauan doktor. Hingga kini, manfaat dan pengaruh diet keto pada tubuh masih terus diteliti.
Sebelum digunakan untuk menurunkan berat badan, diet keto dianjurkan sebagai salah satu cara untuk membantu mengatasi beberapa jenis penyakit, terutama untuk mengurangkan frekuensi timbulnya serangan kejang pada kanak-kanak penderita epilepsi yang tidak berhasil ditangani dengan ubat-ubatan. Beberapa keadaan yang mendapat manfaat dari diet keto, di antaranya:
Bagi penderita diabetes diabetes tahap 2, diet keto adalah diet yang dicadangkan selama lemak yang dimakanan merupakan lemak sihat. Misalnya lemak yang berasal dari ikan salmon, kacang-kacangan dan avokado. Pengambilan karbohidrat dalam jumlah yang rendah dianggap efektif menurunkan kadar gula darah. Guna memantau keamanan diet keto pada penderita diabetes, disarankan agar penderita menjalani rutin memeriksakan kadar gula darah setiap hari. Jangan sampai kadar gula dalam darah terlalu rendah. Pengujian tingkat keton juga perlu dilakukan untuk menghindari ketoasidosis.
Seorang ahli gizi mengungkap bahawa diet keto mampu meringankan gejala epilepsi pada kanak-kanak. Diet ini sangat efektif, khususnya untuk kanak-kanak dengan gejala epilepsi yang sulit ditangani dengan pengubatan biasa. Sebuah penelitian yang diuji pada 150 kanak-kanak dengan epilepsi menunjukkan pasca menjalani diet keto selama satu tahun, setengah dari kanak-kanak mengalami penurunan frekuensi kejang sebanyak 50%.
Diet keto yang dijalankan dengan memperbanyak makanan lemak sihat kemungkinan mampu mengurangi risiko menderita penyakit jantung. Perkara ini diuji kerana diet keto menurunkan kadar insulin sehingga pengeluaran kolesterol dalam tubuh juga menurun. Keadaan tersebut akan mengurangi risiko penyakit jantung mahupun tekanan darah tinggi.
Selain epilepsi, diet keto juga kemungkinan memiliki manfaat untuk membantu menangani gangguan sistem saraf seperti Alzheimer, gangguan tidur, dan penyakit Parkinson. Hal ini diduga akibat keton yang dihasilkan tubuh menguraikan lemak menjadi energi, sehingga mampu melindungi sel otak dari kerosakan.
Diet keto juga dapat memberi beberapa manfaat lain, seperti mengurangi jerawat, membantu penanganan PCOS, dan menghambat perkembangan kanser. Selain itu, diet keto juga menghalang peradangan pada asid urik. Oleh kerana itu, banyak ujian kesihatan yang memberi cadangan diet keto, namun tentunya harus dijalani dengan cara yang betul.
Buat anda yang tertarik melakukan diet keto, anda harus rela untuk mengurangi makanan karbohidrat setiap hari dalam jumlah yang cukup besar. Tahap Diet keto (standard ketogenic diet) iaitu dengan pola makan berupa 75% makanan lemak, 20% makanan protein, dan 5% makanan karbohidrat.
Sementara diet keto tinggi protein (high-protein ketogenic diet) memiliki bahagian makanan protein lebih banyak. Pola makan yang diterapkan adalah 60% lemak, 5% karbohidrat, 35% protein. Selain itu, ada pula diet keto jenis lain yang lebih umum dilakukan oleh atlet atau olahragawan iaitu cyclical ketogenic diet (CKD) dan targeted ketogenic diet.
Jadi, makanan apa saja yang dihindari atau disarankan dalam diet keto? Makanan kaya lemak yang dianjurkan dalam diet keto iaitu:
Sementara itu, jenis karbohidrat yang dihindari termasuk:
Diet keto dianjurkan untuk dilakukan dalam jangka pendek (mulai dari 2-3 minggu, hingga tahap maksima 6-12 bulan) terhad untuk mengurangi lemak tubuh dan memperbaiki kesihatan, untuk selanjutnya diikuti dengan pola hidup sihat. Perkara tersebut adalah demi menghindari risiko gangguan kesihatan yang mungkin terjadi jika diet keto dilakukan dalam jangka masa panjang.
Beberapa risiko yang boleh terjadi, apabila menjalani diet keto jangka panjang:
Perlu diketahui, saat menjalani diet keto, awalnya anda mungkin akan mengalami beberapa keluhan. Perkara ini dikenal sebagai “keto-flu”, yang muncul selama proses penyesuaian. Beberapa keluhan yang mungkin timbul iaitu:
Meski tidak selalu terjadi, keluhan-keluhan ini dapat terasa memberatkan saat memulakan diet keto. Umumnya akan berkurang, setelah anda terbiasa dengan pola makan ini. Pertimbangkan pelbagai manfaat dan risiko diet keto, sebelum menjalaninya. Jangan sekadar hanya tergiur dengan manfaat penurunan berat badan yang cepat, sebab ada risiko ketoasidosis yang berbahaya.
Pada dasarnya diet apa pun yang dilakukan, tidak akan selalu memberikan hasil yang sama pada setiap orang. Sehingga menyesuaikan jenis diet dengan keadaan, keperluan dan kemampuan tubuh sangatlah dianjurkan. Jika perlu, minta pandangan dengan doktor atau pakar pemakanan, sebelum menjalani diet keto. Selamat mencuba sis!
SUMBER: ALODOKTER
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa tak kenal dengan penyanyi Nabila Razali yang kini tengah meletup-letup dengan lagu Pematah Hati. Melihat dia yang semakin kelihatan jelita dan berpenampilan menarik tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan dirinya. Ketika bertemu di satu majlis baru-baru ini, penyanyi dan pelakon ini memberitahu rahsia kulitnya nampak ‘glowing’ dan anjal serta awet muda adalah dengan memakai putih telur sebagai masker.
Menurutnya petua ini telah lama diamalkan dan dipercayai dari perkongsian orang lama. Pengambilan putih telur yang diambil untuk dijadikan masker pada kulit dan kemudian dibiarkan selama 5 minit sebelum dibasuh bersih.
Setelah dicuci, anda akan lihat hasilnya kulit menjadi lebih anjal, awet muda dan lebih berseri. biasanya Nabila akan amalkan masker putih telur ini tiga kali seminggu.
Selain itu bagi memastikan dirinya kekal sihat dan bertenaga, Nabila juga akan memastikan dirinya minum air masak secukupnya, sekurang-kurang 8 gelas sehari.
Jika dilihat di laman instagram penyanyi ini juga, dia sering memuat turun foto berselfie. Ada sahaja angle menarik yang menampakkan sisi menarik gadis manis yang bijak bergaya.
Ayuh, kita lihat #OOTD Nabila Razali yang sangat ohsem serta mendapat like yang banyak setiap kali dimuat turun dari follower yang kini berjumlah 724K.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.