Kerosakan gigi seringkali terjadi apabila anda tidak menjaganya dengan baik. Ada diantara kita yang mengambil mudah tentang penjagaan gigi sampai ada yang tidak berjumpa dengan doktor gigi langsung kerana takut. Selain itu, tahukah ada makanan yang boleh membuatkan gigi anda rosak?
Punca utama gigi seorang individu itu sakit adalah kerana makanan atau minuman yang diambil. Oleh sebab itu, berjumpa dengan doktor gigi sangat penting untuk mengetahui keadaan gigi kita. Berikut adalah senarai minuman dan makanan yang boleh anda elakkan atau hadkan jika ingin gigi anda kekal sihat:
1.Roti putih
Roti putih yang dijadikan roti bakar antara makanan yang mudah untuk diambil. Akan tetapi sebenarnya ia boleh merosakkan gigi anda. Roti bakar putih menyebabkan gigi rosak apabila mengunyah roti tersebut, ia akan membuatkan kanji di dalamnya mendjadi gula dan bertukar menjadi seperti pes bergetah. Ia menyebabkan roti tersebut melakat pada celahan gigi. Kesannya akan menyebabkan kaviti.
Dinasihatkan supaya memilih roti gandum kerana ia mengandungi kurang gula dan tidak mudah dipecahkan.
2. Ais batu
Ramai yang gemar menggigit ais ketika bosan. Sebenarnya, gigit ais ini boleh menyebakan kerosakan pada enamel dan boleh menyebabkan gigi patah, sumbing atau retak! Tidak salah jika anda menyejukkan air minuman dengan ais tetapi bukan mengunyahnya.
Ads
3. Penyegar nafas pudina
Ramai di antara kita yang menganggap gula-gula penyegar nafas pudina sangat bagus. Pada hakikatnya, gula-gula ini diperbuat dari gula. Nama pun gula-gula pasti bahan utamanya adalah gula. Jadi, ramai yang tidak tahu penyegar nafas pudina ini boleh menyebabkan bakteria suka akan kehadiran makanan seperti ini.
Buah yang sangat kaya dengan vitamin C seperti buah oren, limau dan lemon semestinya sangat sedap untuk dimakan. Namun buah seperti ini mempunyai kandungan asid yang boleh membuat gigi anda terhakis, gigi cepat reput dan merosakkan enamel.
Sekiranya anda menikmati buah citrus, pastikan mengambil dengan sederhana dan jangan lupa untuk berkumur selepas itu.
5. Buah-buahan kering
Ads
Buah-buahan kering seperti kismis, aprikot atau buah tin selalu dianggapkan sebagai buah yang sihat. Selalunya buah yang kering ini mempunyai tekstur yang melekit. Ia boleh menyebabkan tersangkut pada celahan gigi dan meninggalkan banyak gula.
Pastikan anda berkumur selepas makan buah-buahan kering ini. Pilihlah buah yang segar untuk mengekalkan gigi sihat.
6. Sos tomato pasta
Bagi yang meminati pasta pasti masak pasta dengan sos tomato. Pada yang tidak tahu, tomato merupakan sayuran yang berasid dan akan menyebabkan enamel gigi pecah. Selain itu, karbohidrat pada pasta juga membuatkan kita memberi makan kepada bakteria punca gigi berlubang!
7. Kopi dan teh!
Sumber Kompas.health.com
Kopi dan teh boleh dikategorikan sebagai minuman sihat jika anda tidak menembah gula pada minuman tersebut. Selain itu, kafein di dalam kopi dan teh juga boleh membuatkan mulut menjadi kering. Jadi dinasihatkan apabila anda minum teh atau kopi, kurangkan kadar gula dan pastikan minum air kosong selepas itu ya!
Ads
8. Buah pisang
Pisang merupakan salah satu buah yang boleh menyebabkan gigi anda rosak dan sakit. Pisang mempunyai kadar gula dan kanji yang sangat tinggi. Oleh sebab itu juga, gula di dalam pisang boleh membuatkan rasanya manis dan sedap!
Pisang sangat bagus untuk kesihatan tetapi bukan untuk gigi anda. Kanji yang terdapat pada pisang akan larut lalu melekat pada celahan gigi di mana ia dapat menarik bakteria disekitar mulut untuk berkembang. Bukan tidak boleh dimakan tetapi pastikan anda minum air kosong atau menggosok gigi untuk menghilangkan kanji dan gula dalam mulut.
Akhir kata, gula dan asid merupakan sumber paling besar punca sakit gigi. Dinasihatkan supaya hindari makan makanan yang boleh menyebabkan gigi rosak. Malah, anda boleh memilih untuk makan makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral agar gigi lebih kuat. Pastikan juga anda berjumpa dengan doktor gigi untuk mengetahui keadaan gigi.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Apa? Pengguna Twitter kini kena bayar? Ramai yang keliru dengan perubahan yang dibuat oleh Elon Musk apabila dia memaklumkan pengguna laman sosial media itu perlu membuat bayaran tertentu.
Sebenarnya ramai tidak tahu caj yang dikenakan itu adalah bagi pengguna yang memiliki verification badge, di mana ia berfungsi untuk memastikan akaun pemilik itu adalah asli. Jadi ramai yang gusar tentang hal ini dan mungkin terlalu cepat membuat andaian.
Nak kekalkan verification badge kena bayar…
Tular baru-baru ini, pemilik kepada laman sosial media Twitter, Elon Musk, memaklumkan perancangan pelan yang bakal mengenakan bayaran sejumlah $19.99 (RM94.65) setiap bulan bagi langganan Twitter Blue baharu kepada pengguna.
Pelan terbaharu itu difahamkan bakal lancar tidak lama lagi dan pengguna perlu membayar bagi lencana pengesahan mereka (verification badge). Elon Musk telah maklumkan pelan itu telah termasuk pada perjanjian pembelian Twitter.
Kenapa perlu bayar? Telah dijelaskan bahawan bagi pengguna yang memiliki lencana pengesahan itu perlu lakukan sedemikian supaya mereka tidak kehilangannya kelak. Twitter Blue pula telah dilancarkan pada tahun lepas yang mengenakan bayaran bulanan sejumlah $4.99 (23.62) sebagai pengguna premium.
Apa yang istimewa adalah pengguna dapat mengakses ciri terbaharu seperti ikon aplikasi yang boleh diubah, kelebihan mengubah atau menanda tweet (tweet bookmark) dan ‘mod pembaca’ untuk melihat dengan lebih mudah urutan siaran (thread).
Aplikasi media sosial ini bakal menjadi yang pertama di Amerika Syarikat dalam melakukan perubahan seperti ini kerana kebanyakan platform media sosial menawarkan secara percuma. Dan ketika ini hanya Amerika, Kanada, Australia dan New Zealand yang akan bersedia untuk alami perubahan ini.
Dunia seni hiburan tanah air hari ini dikejutkan dengan kematian penyanyi legenda, Saleem yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi jam 6.15 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Cheras. Berita kehilangan penyanyi yang popular dengan lagu Suci Dalam Debu ini turut dikongsi oleh anaknya yang juga penyanyi Syafiq Farhain dalam laman instagramnya. Menurut Syafiq, bapanya telah menghembuskan nafas terakhir dan berdoa supaya Allah memberi rahmat serta sejahtera, mengampuni dosa dan memaafkan dia.
Posting itu juga turut disertakan sekeping gambar penyanyi berkenaan bersama dia serta dua orang adiknya yang masih kecil. Dia turut memberitahu mungkin itu sahaja kenangan bersama ‘Abah’ yang tinggal untuk diingati.
Dalam pada itu lapor Sinar Harian Online, Saleem atau nama sebenarnya A.M Saleem Abdul Majid terbabit dalam kemalangan 21 September lalu hingga mengakibatkan tulang rusuknya patah.
Syafiq Farhain bersama bapanya, Saleem. Foto: Mstar Online
Ramai rakan artis serta netizen turut mengucapkan takziah dan turut berdoa agar Saleem ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Ketika hayatnya, Saleem yang juga bekas ahli kumpulan Iklim antara penyanyi legenda tahun 90-an yang mempunyai suara cukup unik.
Antara lagu-lagu popular kumpulannya hingga kini masih sedap didengar selain Suci Dalam Debu adalah Bukan Aku Tak Cinta, Mimpi Yang Pulang, Gerhana Cinta Luka, Di Pintu Mahligai dan banyak lagi.
Takziah dari Hijabista buat keluarga penyanyi legenda ini.
Jelas terserlah keayuan serta kejelitaan, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, sejak baginda memutuskan untuk berhijab dan menutup auratnya dengan sempurna.
Malah, ketika baginda berkenaan berangkat ke beberapa buah majlis usai selamat pulang dari Jeddah, Arab Saudi, penampilan aginda yang terlihat manis dan sopan berjaya memukau tumpuan warganet hingga menjadi sorotan.
Manis Berhijab, Tak Jemu Mata Memandang Keanggunan Permaisuri Selangor!
Terdahulu, baginda dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telahpun menunaikan ibadah Haji pada tahun 2023 dan segala urusan di sana telahpun dipermudahkan bagi baginda berdua.
Sekembalinya ke tanah air pada 4 Julai lalu, Tengku Permaisuri Selangor telah berkenan berangkat ke beberapa majlis rasmi di sekitar negeri Selangor dengan imej berhijab.
Selain itu, baginda kelihatan cukup anggun ketika mengenakan persalinan baju kurung merah jambu berselendang dan mengenakan hijab dalam rona warna senada pada Majlis Santapan Hi-Tea di Istana Negara.
Baginda diiringi oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah; DYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah; DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud; DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan YMM Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
Rata-rata rakyat di media sosial pantas memuji penampilan baginda ini dengan mendoakan agar baginda terus istiqomah. Pujian turut dilayangkan oleh selebriti tempatan, Nur Fazura yang berbangga mempunyai Tengku Permaisuri Selangor yang sopan dan manis pekertinya.
“Tambah berseri Permaisuri Selangor selepas menunai ibadah haji.”
“MasyaAllah. Cantik dan berseri Permaisuri Selangor.”
“Insannya dah cantik. Anugerah macam ini lagilah cantik berseri.”
“Cantik, menjadi contoh buat semua.”
Apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja buat Tengku Permaisuri Selangor yang kita sayangi ini. Hijabista mendoakan agar baginda dikurniakan istiqamah dan dipermudahkan segala urusan sebagai seorang pemimpin muslimah.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...