Tidak semua orang dikurniakan dalam keadaan atau suasana yang baik seperti orang lain. Ada orang yang terpaksa menempuh kehidupan dengan cara yang agak sukar yang tidak dapat kita bayangi.

Menjadi impian pelakon tanah air, Fauzi Nawawi, untuk membantu ramai orang bagi meringankan beban mereka. Kini, dia bergiat aktif dalam menjalankan aktiviti amal yang sudah lebih setahun lalu dilakukannya.

Artikel penuh: “Pakaian Yang Ada Tak Menutup Aurat…” Munawwareen Sumbang Telekung Buat Mangsa Banjir. Tak Fikir Rugi Pun!

Pengalaman dekati masyarakat didik untuk merendah diri

 Fauzi Nawawi akui sudah lama menyertai sebuah projek jihad anak seni bagi membantu golongan yang ditimpa musibah. Katanya lagi, ini merupakan satu impian buat dirinya untuk berjasa sebagai anak seni.

Menurutnya sewaktu ditemu bual oleh Harian Metro, sepanjang melakukan aktiviti amal itu, Mohd Fauzi Mohd Nawawi atau lebih dikenali sebagai Fauzi Nawawi, jelas setiap pengalaman itu mengajar dia untuk lebih merendah diri. Bahkan, dia juga memahami erti untuk bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT .

“Pengalaman dapat mendekati masyarakat mendidik hati untuk lebih merendah diri. Untuk sentiasa bersyukur terhadap apa yang kita miliki sedangkan lebih ramai orang susah dalam masyarakat,

“Saya mahu suatu hari nanti diingati sebagai seorang insan seni berjasa. Kalau diizinkan dapat rezeki lebih kelak, saya memang merancang untuk adakan projek amal kebajikan sendiri,” katanya.

Aktif Melakukan Kerja Amal, Fauzi Nawawi Akui Pengalaman Ajar Merendah Diri

Pelakon itu juga berkata hasratnya sudah lama tersimpan unyuk menyertai projek amal seperti ini. Niatnya juga pada awalnya untuk membantu warga seni yang banyak terkesan dengan pandemik Covid-19.

Artikel penuh: Kekurangan 10 Katil, Neelofa Sumbangkan 15 Katil Buat Pesakit Covid-19 Di Hospital Melaka

“Projek itu memfokuskan kepada pekerja seni, baik artis mahupun yang di belakang tabir. Kami bantu mereka yang terbabit dalam kemalangan, rumah terbakar dan kesulitan lain dihadapi,

“Kebanyakan warga seni tidak memiliki perlindungan insuran selain tiada pendapatan tetap. Jadi kami mahu ringankan beban mereka setakat yang yang kami mampu membantu,” ujarnya.

Bukan sahaja menghulurkan bantuan kepada warga seni, malah dia juga membantu masyarakat biasa yang memerlukan. Fauzi juga berkata mereka juga memberi bantuan kepada mangsa yang ditimpa bencana seperti banjir.

Sumber: Harian Metro

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI