Cuaca panas begini kalau dapat makan pencuci mulut yang dingin lagi sejuk memang menyegarkan. Kalau anda teringin menikmati pencuci mulut atau snek yang lazat tapi malas membuatnya, bolehlah mencuba resepi ini. Hanya dua bahan sahaja diperlukan. Senang sangat!
Bahan-bahan:
-Pisang ( Boleh juga digantikan dengan buah-buahan pilihan anda)
-Yogurt mengikut perisa yang digemari
Ads
Ads
Cara-caranya:
1. Potong pisang kecil-kecil
2. Salutkan yogurt di bahagian luarnya
3. Kemudian bekukan di dalam freezer
4. Bila sudah beku, nikmatilah snek ini yang sungguh lazat bak ais krim!
Ads
Mudah bukan? Kalau anda keliru, bolehlah tonton tutorial membuatnya di sini.
Jika dapat rakan serumah yang pengemas dan pembersih, pastinya kita akan rasa seorang dan tenang je apabila pulang ke rumah. Namun, bagaimana pula jika dapat teman serumah yang pengotor? Haih, boleh tertekan rasanya!
Begitulah yang dirasai oleh gadis ini apabila mendapat rakan penyewa yang mempunyai sikap sambil lewa terhadap kebersihan persekitaran.
Dia berasa tertekan kerana niatnya mahu berehat selepas seharian penat bekerja terpaksa ditangguhkan apabila dia pula yang harus mengemas rumah tersebut kerana rakannya itu memberi alasan tidak reti mengemas rumah.
Isteri kepada penyanyi terkenal, Tomok iaitu Rahayu Abas berharap tiada yang mempersoalkan tindakannya menjadi seorang suri rumah tangga walaupun memiliki pendidikan di tahap tinggi.
1. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Major : Rangkaian Komputer) -UTM Skudai-
2. MRSM Pengkalan Chepa .
“Jangan tanya dibu kenapa dibu jadi suri rumah dengan sijil-sijil yang diperoleh.
“Pengalaman bekerja memang banyak daripada pekerjaan professional sampailah orang bawahan. Tetapi dibu seronok dengan segala pengalaman dan sekarang menjadi suri rumah yang menjaga suami, anak-anak dan juga ibu bapa.
“Walaupun hanya menjadi suri rumah tangga sepenuh masa, ingat ILMU itu penting. Ia merupakan INSURANS hidup kita. Tidak kiralah di mana kita berada, ilmu itu berguna. Kita tidak tahu masa depan tapi kita mampu merancang.
“Saya tidak membuang segala yang telah dipelajari tetapi menggunakannya untuk mengajar anak-anak pula, menolong suami dan memberi nasihat kewangan kepada keluarga saya.
“Tanpa ILMU, saya tak rasa saya boleh menguruskan kehidupan dengan lancar. Ini apa yang telah saya belajar dan alami sendiri.
“Perkara yang lebih penting adalah apabila kita belajar menambah ilmu di dada actually kita menggerakkan otak kita supaya berfikir kerana kita perlu melatih otak supaya cepat berfikir dan bertindak dan tidak lemah dan hanya berfikir perkara-perkara remeh dan negatif. Ini untuk mengelakkan daripada kita kemurungan, cepat nyanyuk atau menjadi seorang pelupa.
“Nasihat dibu untuk semua di luar sana,belajarlah dan timbalah ILMU setinggi mana yang kamu mampu tanpa memikirkan apakah yang akan kamu jadi pada masa depan. Tidak kira apa jantina atau status kamu, tapi juga tidak bermakna kamu tidak mempunyai matlamat dan impian dalam kehidupan.
“Whatever you’ll be will be..the future not our to see…what will be..will be…” jelasnya yang kini sedang hamil cahaya mata ketiga.
Apabila sudah menginjak dewasa ini pasti banyak pelaburan yang perlu dilakukan. Kadang-kadang susah juga untuk membuat simpanan sendiri kerana kos perbelanjaan sara hidup yang agak tinggi terutama di kawasan bandar. Bagaimana mahu membuat simpanan jika begini?
Melalui thread yang dikongsikan di twitter oleh @worknco, mereka telah berkongsikan cara untuk mengumpul sebanyak RM496 dalam masa sebulan. Jom kita lihat caranya!
Mudah rupanya cara ini. Taklah kita berasa keseorangan kerana kita boleh ajak pasangan atau sesiapa yang kita mahu untuk mengumpul simpanan bersama. Pasti suatu hari nanti kita akan tersenyum melihat hasilnya. Semoga terus istiqamah semua!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.