
Penyanyi Indonesia, Syahrini kini bergelar ibu kepada seorang cahaya mata perempuan yang dilahirkan pada 1 Ogos 2024 lalu. Syahrini dan suaminya, Raino Barack akhirnya memegang status ibu bapa setelah lima tahun perkahwinan.


Tambah bahagia apabila anak sulung mereka yang digelar Puteri R itu berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Syahrini.
“Terima kasih atas segala kasih sayang, hadiah dan ucapan buat Puteri ‘R’. Alhamdulillah kami bersyukur.
“Terima kasih Ya Rabb, bertambahnya usia tahun ini bertepatan dengan kelahiran buah hati kami. Penantian yang berhujung indah. Pencapaian dari kesabaran dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu semata-mata atas reda dan izinMu.”
Lebih istimewa, turut disediakan bilik jagaan selepas bersalin buat Syahrini yang berlatarkan rona merah jambu.
Menerusi muat naik di Instagram, Syahrini berkongsi dekorasi ruang bilik tersebut yang penuh dengan hiasan comel bermula dari pintu masuk.
Melihat kepada dekorasinya, terserlah keterujaan dan kasih sayang pasangan ini yang sekian lama menanti kehadiran zuriat sulung mereka itu.

Rona merah jambu memenuhi bilik jagaan selepas bersalin Syahrini. Dari hadapan pintu tergantung huruf ‘R’ yang dihiasi dengan tulle dan dua reben besar.
Masuk ke dalam bilik, belon merah jambu melekat di siling dengan reben berjuntai.
Bunga dan kek juga tidak dapat dipisahkan dalam hiasan menyambut kelahiran Puteri R.

Ruang katil Syahrini turut dihias di mana terdapat reben besar berwarna merah jambu yang dihias dengan belon mengindahkan lagi ruangan.

Dalam gambar yang dikongsi, Puteri R yang sedang nyenyak tidur dikelilingi bunga-bunga indah.

Tidak ketinggalan, Syahrini turut menyediakan katil dan selimut dengan initial khas buat puteri kesayangannya itu.


BACA JUGA: Pernah Dua Kali Keguguran SYAHRINI Kini Dalam Fasa Bahagia, Usia Kandungan Cecah 7 Bulan
Syahrini turut menitipkan ucapan penghargaan buat suami tercinta atas segala pengorbanannya selama ini.
“Terima kasih buat suami ku yang luar biasa memanjakan dan sentiasa sedia mendampingi. Welcome to fatherhood imam terbaik,” tulis Syahrini.

Terdahulu, Syahrini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali. Hanya dengan kehamilan kali ketiga barulah Puteri R dilahirkan.
Syahrini dan Raino Barack bernikah pada Februari 2019. Semoga Puteri R membesar menjadi anak yang solehah, bijak dan secantik ibunya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada Dendam Kesumat Macam K-Drama ‘The Glory’? Anda Perlu Belajar Untuk ‘Move-on’…

Isi Kandungan
ToggleDendam kesumat adalah suatu benda yang sering menjadi konsep sebuah cerita drama. Begitu juga menjadi satu motif utama konflik yang sesetengah dari kita alami sejak kecil atau suatu perkara yang memberikan trauma buat mereka.
Adakah anda seorang yang menyimpan dendam seperti Moon Dong Uun (Song Hye Kyo) dalam The Glory? Anda perlu faham menyimpan dendam tidak menguntungkan…
Artikel berkaitan: Tiada Guna Kalau ‘Overthinking’ Tapi Tidak Ada Jalan Penyelesaian, Elakkan Dari Fikir Secara Berlebihan Demi Kesihatan Mental
Dendam kesumat tidak akan kemana…

Bagi peminat k-drama sudah tentu tahu drama yang hangat dan viral seperti The Glory yang dibintangi oleh Song Hye Kyo! Ramai yang tahu bertapa suspen cerita ini sehinggakan dapat merasakan ‘tekanan’ yang cuba disampaikan.
Seperti yang ditunjukkan melalui drama ini, dendam seorang wanita kepada rakan sekelasnya dibawa sehingga ke alam dewasa. Ianya banyak memberikan impak yang negatif sehinggakan mengacau kehidupan Moon Dong Uun!
Sebenarnya ada sahaja yang mengalami masalah seperti watak yang dibawa oleh Song Hye Kyo dimana dendam yang tidak ingin dilepaskan. Mungkin disebabkan trauma atau perkara yang sangat dahsyat membuatkan mereka ingin membuat seseorang alami apa yang mereka lalui.
Menurut verywellmind, mereka yang menyimpan dendam ini boleh berisiko mengalami masalah kesihatan mental. Hal ini menyebabkan anda lebih cenderung kepada mentaliti yang penuh kemarahan, benci, dan perasaan sedih.
Mengingat perkara yang buruk berulang-kali hanya membuatkan anda murung dan berfikiran negatif sahaja. Anda juga boleh alami masalah seperti:-
- Menjadi terlalu agresif
- Kemurungan
- Emosi tidak stabil
- Ingin mencederakan diri sendiri
Lepas dan memaafkan bukan suatu yang mudah…

Kami faham untuk melepas dan memaafkan seseorang itu atas perkara yang mereka buat bukanlah suatu benda yang mudah. Tapi anda perlu fahami konsep memaafkan itu sendiri seperti:-
- Memaafkan seseorang tidak bermakna mereka akan bebas dari tindakan yang pernah dilakukan terdahulu
- Tidak perlu memaklumkan anda maafkan mereka
- Perasaan tidak perlu dicampur sekali untuk memaafkan seseorang
- Kemaafan tidak bermakna juga suatu hubungan itu perlu dibaiki (mungkin sahaja cukup sekadar menjadi kenalan)
- Maafkan seseorang tidak bermakna perkara itu akan dilupakan
- Memberi kemaafan buat mereka bukan tanda untuk puaskan hati individu lain
Itulah realiti kemaafan yang dinukilkan oleh hellodoktor, ia merupakan proses yang perlu diambil berat dalam pelbagai faktor. Anda boleh sahaja ambil sebanyak masa yang perlu tanpa perlu semat perasaan dendam kepada mereka.
Artikel berkaitan: 7 Kesan Negatif Media Sosial, Tak Percaya No 4 Sering Berlaku Pada Hijabi. Boleh Jadi Anxiety!
Sumber: hellodoktor dan verywellmind
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Umur 6 TAHUN Anak Perempuan Dr Sheikh Muszaphar Sudah Khatam QURAN & Solat. Periksa CARA Lain Beliau Didik Anak!

Figura yang satu ini cukup hebat. Bukan sahaja berkenaan dirinya yang pernah viral suatu ketika dulu menjadi rakyat Malaysia pertama terbang ke angkasa lepas. Dan kini Datuk Dr Sheikh Muszaphar menerapkan elemen itu pada anak-anaknya. Bapa kepada empat orang anak ini cukup mengambil berat soal pendidikan anak-anaknya walaupun mereka masih kecil lagi. Bukan sahaja mementingkan ilmu dunia, bahkan turut melengkapkan anaknya dengan ilmu agama. Malah lebih membanggakan anak perempuan sulungnya, Bella sudah khatam Quran seawal usia 6 tahun.
A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
Baginya beliau, ikatan adik-beradik cukup penting dalam merapatkan hubungan silaturahim. Beliau percaya anak sulung memainkan peranan cukup besar dan menjadi contoh kepada adik-adik yang lain.
A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
Sebagai ibu bapa kita juga turut memainkan peranan. Sewal usia mereka 7 tahun, bermain dengan mereka dan ajar nilai baik dalam hidup. Perkembangan mereka mengikut usia. Dan ketika usia 7 hingga 14, adalah masa untuk mendisiplinkan mereka. Terutama bab solat, membaca Quran dan tanggungjawab menjaga adik-beradik yang lain.
A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
Dan ketika usia mereka 14 tahun pula, cubalah untuk menjadi kawan terbaik buat anak-anak. Tidak kiralah sama ada ayah atau ibu kedua-duanya perlu memainkan peranan masing-masing.
Walaupun menurutnya perjalanan anak-anaknya masih jauh, tetapi pendekatan yang digunakan ini tidak salah dalam memastikan perkembangan mereka menjadi teratur. Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya.
Walaupun kedua-duanya anak perempuannya, Bella dan Tasha di hantar ke Sekolah Mandarin yang tiada pendidikan agama, tetapi bukan alasan untuk mereka belajar agama sejak dari kecil. Dalam hal ini sebagai ibu bapa yang memainkan peranan dan bertanggungjawab mendidik anak untuk lebih mendalami agama Islam.
A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
Beliau ada pandangan sendiri kenapa memilih Sekolah Mandarin untuk pendidikan anak-anaknya. Menurut Dr Sheikh Muszaphar, Sekolah Mandarin adalah pilihan yang terbaik setakat ini.
Ramai ibu bapa bimbang untuk menghantar anak ke Sekolah Mandarin kerana bimbang akan berhadapan dengan masalah bahasa dan menghadapi situasi banyak kerja rumah. Juga faktor makanan halal menyebabkan ramai ibu bapa ragu-ragu untuk hantar anak ke sekolah berkenaan.
Tapi beliau mempunyai pandangan cukup berbeza kenapa memilih menghantar anaknya Bella yang memasuki darjah 1 ke Sekolah Mandarin awal Januari lalu.
Menurutnya teknik pengajaran di SJKC adalah luar biasa, pelajar lebih berdisiplin, anak-anak belajar bahasa asing dengan cepat kerana otak mereka lebih mudah disesuaikan berbanding dengan orang dewasa dan membawa makanan dari rumah setiap hari. Mengenai kerja rumah, setiap ibu bapa perlu habiskan satu jam sehari dengan anak mereka untuk membantu mereka dengan kerja sekolah mereka.
A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
Jadi disebabkan kelebihan inilah kenapa angkasawan Negara ini menghantar anak-anaknya ke sekolah berkenaan.
Artikel Berkaitan: Dr Halina Mahu Hamil Lepas Lahirkan Kembar
Selain mengambil berat pendidikan dua anak perempuannya, beliau juga turut mengajar anak kembarnya yang baru berusia 4 bulan dengan teknik ‘flash card’. Video terkini yang dimuat turun menjadi perkongsian berguna kepada ibu bapa di luar sana yang mahu gunakan pendekatan ini dalam mengajar anak-anak terutama berdepan cabaran dalam dunia serba moden dewasa nanti.
A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
Bukan itu sahaja cara beliau mendidik kembarnya, Sheikh Noah dan Sheikh Adam, tetapi ada pelbagai cara yang cukup mudah untuk diikuti. Beliau tidak lokek berkongsi apa sahaja mengenai perkembangan anak-anak di laman instagram.
A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
Walaupun sibuk dengan urusan kerja, namun kepentingan anak-anak melebihi segala-galanya. Memang menjadi misi beliau dan isteri tersayang, Dr Halina untuk memastikan zuriat mereka menjadi bijak, aktif dan sihat seperti mereka juga.
A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
Dalam satu posting di laman instagram miliknya, Dr Sheikh memberitahu segala apa yang dibuat turut diiringi dengan doa kepada Allah. Insya-Allah segala urusan akan dipermudahkan oleh-Nya.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM DR SHEIKH MUSZAPHAR
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lelaki Ini ‘Bongkar’ Nasi Ayam Kunyit DSAI Dah Beri ‘Isyarat’ Sebagai PM10

Bukan lagi penantian buat rakyat Malaysia, tahniah buat Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri yang Ke-10. Kini, semua persoalan sudah pun terjawab.
Tempoh hari pelbagai rasa yang bercampur baur mengenai siapakah perdana menteri yang akan dipilih. Ada juga perkongsian oleh seorang lelaki yang menunjukkan DSAI telah memberi ‘tanda’ tentang pengiktirafannya sebagai Perdana Menteri Ke-10.
Memang decode ala Sherlock Holmes!
“Berita baik, lunch is served” kata DS @anwaribrahim
Let’s decode this. Hahahaha
Tak payah panjang2. Memang tau dah apa maksud dia. Come on Malaysia takkan tak paham lagiiii! https://t.co/VJQq4Qj0mZ
— Yon An Wah 🇲🇾🔺 (@yon_shappler) November 23, 2022
Tular klip video menunjukkan Ahli Parlimen Tambun itu memberi makanan kepada petugas media yang telah ‘berkampung; di halaman rumahnya di Sungai Long, Kajang. Menjadi perhatian seorang pelayar bernama @yonahwah di laman Twitter untuk melakukan ‘penyiasatan’ di sebalik pemberian itu.
Pelayar itu membuat satu bebenang yang merungkaikan segala ‘tanda’ yang diberikan oleh DSAI menerusi kata-kata spontan dan makanan iaitu nasi ayam goreng kunyit kepada pihak media.
Menurutnya, DSAI ada menyatakan kata-kata seperti “Lunch is served.” sewaktu memberi makanan itu pada pihak media. Hurai oleh pelayar itu, ‘luch is served‘ itu adalah satu bahasa kiasan bagi ‘justice is served‘ yang sering digunakan dalam mahkamah.

“Tapi untuk konteks apa yang berlaku pasca PRU15 ini, justice is served itu maksudnya keadilan dah ditegakkan. Justice ‘Keadilan’ dan DSAI Presiden PKR ‘ready to serve Malaysia’,
“Nasi ayam goreng kunyit. Selalunya pakej sekali dengan sambal pedas matrock itu. Kunyit symbolised warna kuning diraja. Ayam goreng, somethinf yang secara amnya rakyat Malaysia suka,
“Sambal, segala perit jerih hingga berdarah DSAI kena sewaktu di penjara dahulu. Kicap, titik hitam bersejarah. Apabila ayam goreng, kunyit, sambal, kicap hitam disatukan, jadi satu lauk yang sedap.” katanya lagi menghujah ‘tanda’ yang diberikan DSAI.
Tidak pada pemberian nasi ayam goreng kunyit, pelayar itu juga menghuraikan makna di sebalik jenama minuman yang diberikan oleh Perdana Menteri ke-10 itu. Isyarat dari isyarat di huraikan oleh kerana masih menjadi tanda tanya siapakah perdana menteri yang sebenar?
“DSAI juga beri (minuman) 100plus, Milo kotak dan biskut. 100plus ada dua maksud–100+ means numbers of seats yang sokong DSAI. 100plus juga symbolised PM ke-10,
“Biskut itu harga dia RM12.20, itu membawa maksud 20 November hari itu lagi DSAI sudah mendapat majoriti. ANgka 12 pada harga RM12.20 itu pula maksudnya bulan 12 ini bajet pertama DSAI sebagai PM10 akan diluluskan,
“Biskut itu pula jenama Funmix yang mungkin bagi petunjuk ada mix of kaum dan agama dalam pentadbiran DSAI sebagai PM10 nanti. And DSAI memang perjuangkan mulitracial parti,
“Dekat bawah pack biskut itu ada tulis ‘easy pack‘. Sebenarnya pact tapi hidden message kan. Easy pact (gabungan mudah). Senang sahaja DSAI build pact dengan parti lain sebenarnya,
“Dan air kotak Milo itu DSAI nak bagi hidden code for Malaysia, ini kali, lu semua, okak. English translation ‘Dear Malaysia, this time you guys will be okay‘ sebab DSAI akan terajui Malaysia ke arah The Asian Tiger again! Roar!” itulah decode yang dihujahnya pada laman Twitter miliknya.
Kini, bukan lagi tanda tanya, semalam merupakan titik bersejarah buat Datuk Seri Anwar Ibrahim memperjuangkan hak keadilan bagi Malaysia. Tahniah sekali lagi buat DSAI atas kemenangan menjadi Perdana Menteri ke-10!
Sumber: Laman Twitter @yonahwah dan mStar
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI