Namanya pernah popular dengan tagline ‘Hotel? Trivago.’ Hingga mendapat julukan sebagai ‘Gadis Trivago’. Dahlia Shazwan binti Mohd Amin atau lebih mesra dengan panggilan Dahlia Shazwan merupakan seorang pengacara televisyen Malaysia.
Bagaimanapun, selepas hampir lapan tahun berkhidmat, akhirnya penerbit dan pengacara jelita ini telah pun mengumumkan pengunduran dirinya daripada program televisyen popular, Hlive pada April tahun lalu.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Dahlia menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya berhubung keputusan yang diambilnya itu.
Dahlia Syukur, Yakin Dengan Percaturan Allah Dalam Hidup!
Menurut ibu kepada seorangg cahaya mata ini, dia sememangnya berasa amat bersyukur dengan jalan yang telah diaturkan buat dirinya.
“Mengucapkan selamat tinggal kepada kehidupan saya selama lapan tahun ini sebagai penerbit dan pengacara untuk Thinker Studios dan Hlive.
“Saya sangat bersyukur dengan jalan yang telah diaturkan oleh Allah tidak kira disaat jatuh dan bangun.
Ads
“Selamat Tinggal Semua, Saya Undur Diri” – Dahlia Shazwan
“Selamat tinggal semua. Saya mengundurkan diri,” tulisnya.
Pada masa sama, Dahlia turut berkongsi sebuah video yang memapar momen-momennya sepanjang bersama Thinker Studios dan Hlive.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih selain turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Dahlia.
“Sangat seronok bekerja bersama. Selamat maju jaya.
“Kami mendoakan yang terbaik buat kamu Dahlia.
Ads
“I love your hosting dear.
“Kami akan merindui awak di Hlive.
“The best co-host at Hlive. Farewell gee,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Ajinomoto, perisa ramuan paling popular yang meningkatkan rasa makanan. Malah, anda boleh menemuinya dalam masakan Cina. Tetapi hari ini, penggunaan Ajinomoto semakin meningkat dengan pesat.
Rasa lazat “Ajinomoto” juga dikenali sebagai Monosodium Glutamat. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai kesan sampingan berbahaya Ajinomoto. Dalam dunia hari ini, ramai orang mengambil makanan segera dan makanan berbungkus.
Sebelum ini, anda mungkin mendengar istilah “Ajinomoto” sebagai perisa makanan. Tidak lagi sekarang, tular di apl tiktok penggunaan “Ajinomoto” sebagai bahan kecantikan semulajadi. Namun adakah ianya bahan yang selamat disapukan dan adakah benar-benar berhasil?
Anda pernah dengar tak boleh pakai “Ajinomoto” untuk muka? Masalahnya, ia benar-benar menjadi viral di TikTok.
Katanya MSG Ajinomoto menjadikan kulit putih dan glowing. Ajinomoto sememangnya salah satu pengeluar MSG yang terkenal di Asia. Tetapi persoalannya, jika MSG boleh digunakan untuk muka, adakah Ajinomoto selamat untuk muka?
Mengikut maklumat dari pelbagai sumber, MSG (Monosodium Glutamate) merupakan bahan perisa makanan. MSG dikenali untuk membuat makanan terasa enak dan lebih menyeronokkan. Ayuh, adakah anda menggunakan MSG untuk memasak di rumah atau tidak? Penggunaannya tidak dilarang, tetapi disyorkan untuk tidak mengambilnya secara berlebihan.
Bagi anda yang menggunakan TikTok, mesti tahu video ini tentang kebaikan MSG untuk wajah. Ramai yang cakap pakai masker MSG boleh buat kulit putih dan glowing. Malah pencipta kandungan di TikTok mengatakan ia mudah digunakan dengan kesan pantas. Seram jika tidak berdasarkan kajian, apatah lagi menggunakannya di muka!
Menurut pakar dr. Richard Lee, yang sering mendidik masyarakat tentang penjagaan kulit di media sosial. Jadi dr. Richard Lee memberi pandangan penggunaan MSG Ajinomoto, bahan ini baik untuk kulit. Antaranya sebagai exfoliator yang banyak digunakan dalam produk skrub, ia boleh digunakan untuk melembapkan kerana kandungan utamanya adalah garam dan dapat mengurangkan kelenjar minyak berlebihan pada wajah.
Tetapi dr. Richard menjelaskan, untuk mendapatkan khasiat tersebut, komposisi MSG yang digunakan mestilah tepat. Untuk keselamatan, asalkan ia digunakan dengan cara dan komposisi yang betul, ia cukup selamat untuk digunakan.
Pakar kulit berkata MSG boleh memutihkan wajah adalah mitos. Sehingga kini tidak ada kajian yang sah untuk menyokong idea ini. “Sebenarnya semuanya ada tujuan. Sudah tentu ada bahan yang boleh bertindih. Contohnya aloe vera yang boleh dimakan dan boleh digunakan untuk penjagaan kulit tetapi ia mempunyai ekstrak.
Jadi, MSG dibuat dengan komponen seperti itu untuk masakan,” jelasnya, dipetik dari laman sesawang kompas.com. MSG yang digunakan pada muka sebagai topeng secara teori tidak boleh menembusi kulit. Ini kerana molekul MSG agak besar, menyukarkan untuk meresap jauh ke dalam kulit. Selain itu, pakar kulit turut menyebut bahawa terdapat potensi iritasi jika MSG digunakan untuk topeng pemutih muka.
MSG tidak diformulasikan untuk kulit. Walaupun ada bahan aktif, ia tidak dapat menembusi kulit kerana molekulnya besar. Jika dos tinggi MSG disapu pada muka, kulit boleh menjadi iritasi, meradang, kemerahan, dan kesannya menjadi hitam,” jelasnya.
Orang ramai perlu berhati-hati sebelum mencuba trend penjagaan kulit alternatif rawak yang tular di media sosial. Beliau menyarankan agar orang ramai mempercayai petua daripada pakar atau kandungan daripada sumber yang boleh dipercayai dan bertanggungjawab. Demikian penjelasan doktor berkenaan sama ada MSG boleh memutihkan muka. Elakkan mencuba secara tidak sengaja menggunakan topeng untuk muka, termasuk yang menggunakan tambahan semula jadi.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mencari tema solekan baru untuk Hari Raya tahun ini? Apa kata cuba gaya ala Neelofa dengan penampilan solekan malar atau dewy look. Solekan berwarna natural sebegini semakin popular.
Malahan ada yang memilih gaya solekan ini untuk berhari raya di rumah untuk sekeping gambar di media sosial apa salah nya. Kelihatan fresh dan mudah untuk dipadankan dengan apa jua warna baju raya.
Jangan terlalu mengikut trend sehingga beraya dengan solekan yang tebal. Solekan yang tebal, mampu memberi kesan kepada kulit wajah. Jadi sentiasa tampil dengan solekan minimum dengan impak yang maksima adalah jalan yang terbaik untuk anda beraya dengan penuh gaya! Jom ikuti 5 tip untuk tampil ringkas di hari raya dengan solekan malar.
Pastikan anda hanya oles apa yang diperlukan kulit sahaja. Kulit perlu bernafas! Lebih-lebih dengan cuaca tropikal di Malaysia, dan anda pula menggayakan solekan dari pagi hingga ke malam ketika beraya.
Solekan minimalis dengan rias bulu kening teknik ‘feather’ kemudian tambahkan palitan maskara untuk mata lebih menyerlah. Sapuan bronzer untuk menambahkan seri wajah serta kemaskan solekan dengan olesan rona terang seperti koral pada bibir!
Selain gincu pusam, anda boleh gayakan glos yang berwarna lebih terang. Selepas menjamah hidangan raya pun kesan warnanya akan kekal pada bibir. Lebih menarik lagi tidak akan mengeringkan bibir seperti gincu pusam. Jika anda lebih gemarkan pemakaian gincu, pilih gincu semi pusam atau moisture lipstick.
Untuk pemakaian maskara, jika boleh elakkan yang mengandungi fiber. Efek maskara fiber jika dipakai terlalu lama, bulu-bulu fiber akan berguguran di bawah mata. Pilih yang waterproof.
Solekan mata berkabut! Cuma hadkan mainan rona-rona neutral seperti coklat atau beige. Untuk highlight mata, sapukan sedikit shimmer rona bronze di bahagian tengah-tengah kelopak mata.
Foundation tahan lama ini menyediakan kemasan sederhana sehingga liputan penuh. Teksturnya pula terasa ringan dan tampak semula jadi seperti tidak memakai apa produk diwajah. Ciri-ciri foundation ini amat sesuai untuk kulit kombinasi seperti melindungi cela di wajah dan memberikan penghidratan serta kelembapan pada wajah tanpa mengeringkan muka.
Dengan efek ‘soft matte’, kulit menjadi kabur dan lembut dan mampu menutup liang pori-pori besar pada kulit wajah. Diperkaya dengan estrak vitamin C untuk menaikkan lagi seri wajah anda.
Diperkaya dengan air glasier Niacinamide juga Sodium Hyaluronate, IT Comestic Bye Bye Under Eye ini sangat serasi buat kamu yang mempunyai masalah mata panda atau mata sensitif. Bukan sahaja ia membantu menghidrat semula kulit, produk ini juga merapi serta mencegah tanda awal penuaan. Selamat dari kesan iritasi, ia memberi perlindungan berpanjangan dan membantu menyembunyikan lingkaran hitam atau bengkak di bahagian mata, kedutan serta garis halus.
Dirumus khas bagi kulit wanita Asia, SilkyGirl Shine Free Loose Powder ini bertekstur serbuk mikro lembut dan terasa sangat licin apabila bersentuhan dengan kulit. Serbuk ini sesuai buat semua jenis kulit terutama buat si kulit berminyak. Walaupun dengan harganya yang mampu milik, loose powder serba lengkap ini diperkaya dengan bahan-bahan bermanfaat bagi mengekalkan kelembapan kulit serta bebas peluh selama 4 jam.
Pastikan anda menyapu loose powder ini setiap kali selepas mengaplikasikan foundation kerana ia akan membantu menghasilkan kemasan matte yang sempurna.
Pallete ini disediakan untuk mendapatkan bentuk atau bayang yang anda inginkan, Selain itu, eyeshadow palette ini sangat sesuai untuk semua warna kulit kerana eyeshadow palette ini mempunyai pelbagai jenis warna mengikut tona kulit anda. Eyeshadow ini mempunyai ketahanan selama 24 jam iaitu boleh bertahan dari pagi hingga malam.
Too Faced Sweet Peach Glow terdiri dari tiga bahagian, iaitu highlighter, blusher, dan bronzer. Untuk blush, anda dapat memberikan kesan wajah segar dan bersinar dengan warna peach glow lembut. Blush ini tentunya menjadi pusat perhatian ketika hari raya atau menghadiri sesuatu majlis.
Menarik dari blush on ini adalah aromanya seperti buah peach. Kemasannya yang cantik juga meniru warna buah peach agar senada. Kami mencadangkan produk yang praktik ini untuk anda yang tidak ingin menyimpan terlalu banyak kosmetik di rumah.
Duo pensil alis terlaris untuk kening yang mudah, cantik dan kelihatan semula jadi. Lukis bentuk alis anda dengan Goof Proof Brow Pencil, definisi semula jadi tampak natural. Eye brow terlaris dari Benefit menghasilkan satu duo yang hebat. Sebagai sentuhan terakhir, pulaskan concealer di bahagian pinggir alis untuk membingkai dan memberi highlight tulang alis. Anda akan dapatkan alis yang lebih rapi dan dramatis!
Mascara ini memiliki brush yang sangat halus dan warnanya sangat hitam sehingga ia membuatkan anda nampak seperti memakai bulu mata palsu. Ia merupakan matte dan mampu bertahan selama 36 jam. Mata anda pasti menjadi perhatian orang ramai kerana bulu mata anda yang menonjol itu.
Dengan aplikator berbentuk arrow, produk ini mampu menjangkau hingga ke sudut bibir anda. Sementara itu, formulanya yang waterproof dan transferproof membuat lipstik matte ini tidak hilang saat Anda makan atau minum. Lipstik matte ini untuk anda gunakan ketika berhari raya. Lagi pula, produk ini mampu bertahan hingga enam belas jam sehingga anda tidak perlu touch up selepas makan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berdasarkan Laporan Semakan Populasi Dunia 2019, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kadar obesiti negara ini adalah tertinggi di Asia Tenggara iaitu sebanyak 15.6 peratus. KKM memberitahu, jumlah itu mengatasi Brunei yang mencatatkan 14.1 peratus dan diikuti Thailand 10 peratus dan dan Indonesia sebanyak 6.9 peratus.
Obesiti bukanlah perkara yang mudah untuk kembali pada susuk tubuh yang ideal, perlu ada usaha dan keyakinan diri bagi mengekalkan tahap kesihatan. Namun kerajaan tidak berdiam diri untuk menangani masalah ini. Oleh itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal melaksanakan projek rintis pelabelan kalori bagi setiap menu yang dihidangkan melibatkan semua premis makanan.
Untuk permulaan, projek berkenaan, kata Menterinya, Khairy Jamaluddin, akan diperkenalkan di sekitar Putrajaya pada tahun depan sebelum diperluaskan ke seluruh negara. Kementerian juga melihat kerjasama dengan syarikat restoran makanan segera agar pelabelan menu turut dapat dilaksanakan di rangkaiannya.
Sajian mereka tidak banyak berubah di rangkaian lain, jadi ini memudahkan pelaksanaan projek,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan seminar Anti Obes City Putrajaya dan pelancaran modul program pengurusan berat badan di sini pada Rabu lalu. Tambahnya lagi, KKM juga akan turut membantu premis makanan mengenai maklumat pemakanan.
Jika individu tahap berat badan menjadi penghalang untuk menjalani hidup yang sihat maka jawapan yang tepat adalah berjumpa dengan pakar. Malah dengan aplikasi KWSP, mereka juga tidak perlu membelanjakan duit untuk mendapatkan konsultan bagi melabelkan menu-menu yang dijual.
“Kementerian akan melihat data dan kejayaan polisi ini sebelum membuat keputusan Dasar Pelabelan Menu Makanan,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, inisiatif berkenaan dijadual berjalan enam bulan hingga setahun itu akan dinilai sebelum Dasar Pelabelan Menu Makanan membuat keputusan untuk mewajibkan atau sebaliknya.
Ciapan di laman mikro Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia itu sempena Hari Diabetes Sedunia, menjelaskan sehingga November tahun ini, Malaysia adalah negara ‘tergemuk’ di Asia kerana 33 peratus rakyatnya berlebihan berat badan dan 18 peratus mengalami obesiti. Diharap inisiatif kerajaan untuk anda kekal sihat disambut baik oleh semua pihak dan perbanyakkan program-program yang mendorong masyarakat Malaysia jalani hidup dengan cergas dan bertenaga.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.