Untuk sentiasa cantik kita kena mengikut rutin penjagaan harian yang telah ditetapkan. Selepas mencuci muka dan meletakkan toner, perlu pula menyapu pelembap muka agar wajah akan menjadi lebih hidrasi. Namun lambakan pelembap atau moisturizer di pasaran menyebabkan kita keliru pilihan mana terbaik.
Perkongsian gadis ini di laman sosial facebook Izu Akma menyenaraikan pilihan pelembap muka yang jadi kegemaran ramai dengan harga dijual bawah RM60. Produk ini dijual di farmasi atau drugstore di Malaysia untuk tahun lalu.
Dia turut memberitahu rutin pemakaiannya setiap hari pada siang dan malam dan sangat penting sebagai pelembap muka terbaik.
Rutin harian pemakaiannya akan menyebabkan kulit wajah menjadi lebih baik, lembap dan cerah. Bukan itu saja, juga dapat mencegah tanda-tanda penuaan dan juga rekahan kulit.
Sumber: Google – gambar sekadar hiasan.
PELEMBAP MUKA TERKENAL KEGEMARAN RAMAI DI BAWAH HARGA RM60 DARI DRUGSTORE MALAYSIA UNTUK 2018.
Siapa kat sini masih fening lalat nak pilih pelembap a.k.a moisturizer yang sesuai? Tahun 2019 cecepat pilih pelembap muka yang sesuai taw.
Pelembap muka selalunya bertekstur krim lembut yang terdapat dalam pelbagai variasi untuk siang dan malam. Rutin pakai pelembap ni terdapat dalam BASIC skincare setiap hari kitew siang dan malam kena ada. Disebabkan cuaca kat Malaysia tak menentu kejap panasss kejap hujan. So…apa pon terjadi amat penting untuk pakai pelembap muka.
Pasti kitew pilih pelembap yang sesuai dengan ” skin type ” dan ” skin concern ” memasing taw. Ni kakak manis sharing dengan ualss jenis pelembap terbaik sepanjang tahun 2018 yang terdapat kat drugestore Malaysia. Insha Allah harga pon superb mampu milik kan. Mana tahu terkenan dengan skin ualss .
1. Moisturizer untuk remaja dan ibu hamil
Krim pelembap ini diformulasikan dari ekstrak lidah buaya yang membantu melindungi kulit dengan memberikan nutrisi yang mencukupi untuk kulit. Sifat antibakteria yang terdapat di dalam krim ini juga turut membantu untuk mengatasi masalah kulit agar lebih sihat, lembut dan berseri. Kulit akan kelihatan lebih segar dan sempurna dengan beberapa kali penggunaan.
Harga : RM 8.83
2. Moisturizer untuk kulit kering dan sensitif
Cetaphil Moisturizing Cream mengandungi sistem superior emolien yang memberikan rasa kelegaan untuk kulit kering dan juga sensitif. Ia telah terbukti secara klinikal memberikan penghidratan segera kepada kulit dan tahan lama. Yang lebih menarik, ia mudah dan cepat menyerap ke dalam kulit dan tidak menjadikan kulit berminyak. Harga : 59.75
Ads
3. Pelembap terbaik dengan SPF 24
Krim pelembap muka ini mempunyai sistem nutrisi yang berkesan tiga kali ganda kebaikan untuk kulit. Dengan gabungan vitamin B3, pro B5 dan vitamin E, ia melembapkan kulit wajah, menghilangkan bintik hitam, dan turut mempunyai perlindungan terhadap sinaran UV yang merbahaya. Kulit kelihatan sempurna cerah dan dilindungi dengan pemakaian pelembap muka ini. Harga : RM 25
4. Moisturizer bahan dasar air (water based) untuk kulit berminyak
Pelembap yang menggunakan bahan dasar air ini baik untuk kulit kerana ia memberikan kelembapan yang berpanjangan dan memberikan rasa kelegaan pada kulit yang kering. Selain itu, ia turut membantu dalam mengatasi masalah kulit yang berjerawat kerana ia tidak menjadikan muka anda berminyak apabila memakainya. Teksturnya yang ringan dan lembut pastinya memberikan keselesaan pada wajah. Harga : RM 38.80
5. Moisturizer terbaik untuk kulit kombinasi dan bebas alkohol.
Krim pelembap Hada Labo ini mengandungi asid hyaluronik ( HA) yang mampu menembusi lapisan kulit untuk memelihara dan membantu mengembalikan kelembapan dan seri kulit. Selain itu, ia turut membantu mengawal pH kulit agar seimbang dan meninggalkan kulit yang lembap dan licin.
Krim pelembap muka ini bebas dari bahan wangian (no fragrance) , minyak mineral (mineral oil) dan alkohol. Alami kulit yang licin dan bebas minyak dengan krim pelembap dari jenama ini. Harga : RM 47.20
Ads
6. Moisturizer terbaik untuk memutihkan wajah dan kulit kusam serta dark spot.
Pelembap muka ini mempunyai bahan seperti ekstrak sakura, vitamin B3 dan vitamin C yang membantu menyuburkan wajah dari lapisan dalam. Dalam beberapa kali penggunaan wajah akan kelihatan seperti memakai pemerah pipi. Ia juga membantu menjadikan kulit yang kusam kembali segar dan kekal bermaya. Kulit akan terasa lebih lembut dan gebu kerana ekstraknya yang diperkaya dengan bunga sakura. Harga : RM 26.60
7. Pelembap dengan SPF terbaik
Olay Regenerist Revitalizing Hydration Cream SPF 15 menyediakan penghidratan optimum pada siang hari dan melindungi kulit daripada sinaran UVA / UVB yang membahayakan kulit dengan SPF 15. Formula yang tidak berminyak dan membantu memperbaharui lapisan permukaan kulit dengan kompleks amino-peptide.
Secara beransur, ia dapat mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan untuk kulit yang tampak lebih muda. Ini pelembap terbaik yang menginginkan kulit yang kelihatan lebih remaja dan bebas dari tanda-tanda penuaan.
Harga : RM 48.29
Ads
8. Pelembap terbaik untuk kulit jerawat (acne prone)
Himalaya menggunakan herba yang terbaik di dalam setiap produknya. Bahan utama yang terdapat di dalam krim ini ialah lidah buaya yang mengawal muka dari kewujudan bakteria yang menyebabkan jerawat. Selain itu, ia juga mempunyai bahan antioksida yang tinggi untuk memperbaiki sel kulit mati. Krim pelembap yang melembapkan kulit dan mudah untuk menyerap ke dalam kulit ketika sapuan. Malah, ia juga sesuai untuk dipakai pada kulit ekzema.
Harga : RM15.50
9. Moisturizer water-based terbaik untuk remaja
Jenama Safi Balqis terkenal di kalangan pengguna wanita Malaysia yang inginkan penjagaan kulit wajah sempurna dengan harganya mampu milik. Tekstur gel krim Safi Balqis White Trilogy Hydragel Facial Moisturizer ini adalah water-based, sesuai untuk remaja aktif yang memiliki kulit berminyak.
Dengan kandungan asid Hyaluronik (HA), Arbutin, Nano BioWhite dan ekstrak buah Kiwi, krim pelembap ini berkesan untuk mencerahkan kulit kusam serta kulit akan kekal segar sepanjang hari. Ianya juga dapat melindungi kulit wajah anda dari radikal bebas dan tona kulit akan menjadi sekata. Harga : RM 17.80
10. Moisturizer organik yang terbaik untuk kulit kering
Krim pelembap Vitamin E adalah produk penjagaan kulit yang lembut dan berkesan untuk mengekalkan kulit yang sihat dan berseri. Selain itu, ia juga menyegarkan kulit kering serta melindunginya daripada matahari. Dengan tekstur krim yang tidak berminyak dan cepat diserap, ia sangat membantu dalam mengekalkan dan keseimbangan kelembapan kulit dapat dipertingkatkan. Harga : RM 15.47
11. Moisturizer terbaik untuk kulit kombinasi
Untuk pemilik kulit kombinasi, masalah utama yang selalu adalah di bahagian T-Zone pada kulit wajah yang sering berminyak. Ini kerana kulit kombinasi terdiri daripada kulit kering dan berminyak. Krim pelembap ini bertekstur sangat ringan, tidak berminyak dan sesuai untuk anda yang berkulit kombinasi kerana ianya mampu untuk melembapkan bahagian kulit yang kekeringan.
Diuji secara klinikal, sistem Microsponge yang terdapat dalam krim pelembap ini bertindak untuk mengawal minyak dari terhasil pada kulit wajah dengan matte sebagai sentuhan terakhir. Kulit akan tampil lembut dan bersinar sepanjang hari. Harga : RM 27.80
KREDIT FOTO: SUMBER GOOGLE (Untuk top image – sekadar hiasan)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hiburan dan jenaka itu adalah fitrah dan tabiat manusia. Tidak dapat dinafikan kehidupan tanpa gurau senda akan membosankan dan mendatar.
Walau bagaimananapun kita harus ingat bahawa bergurau itu hendaklah tidak melampaui batas dan tidak mempermainkan syiar agama.
Berikut pendapat yang dilontarkan oleh Pakar Psikiatri, Dr Rozanizam Zakaria berkaitan ‘budaya tidak sihat’ yang semakin menular di kalangan masyarakat kita hari ini.
Viral pula di TikTok ragam kawan-kawan pengantin lelaki yang menghadiahkan pengantin lelaki dengan barang-barang yang tidak sepatutnya.
Bukan sekadar hiburan peribadi, ia dibuat secara terang-terangan depan pengantin perempuan, di atas pelamin, diambil gambar dan videonya kemudian dimuat naik dengan bangga.
Saya pernah kongsikan dalam buku saya Aku Nabi Isa tentang sifat ‘iffah – memelihara maruah sebagai antara benteng kesejahteraan jiwa dan emosi manusia.
Saya ungkapkan semula kisah interaksi Nabi Yusuf dalam menghadapi ujian yang menimpa baginda merupakan petunjuk terbaik bagi manusia dalam memelihara maruah diri.
“dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya bersungguh memuijuk Yusuf berkehendakkan dirinya, dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata, “marilah kemari, aku bersedia untukmu”. Yusuf menjawab. “aku berlindung kepada Allah daripada perbuatan keji itu, sesungguhnya tuhanku telah memeliharaku dengans sebaik-baiknya, sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya.” (Yusuf: 23).
Begitulah keindahan Islam, mengaitkan urusan maruah dan harga diri dekat dan tidak langsung terpisah dengan soal keimanan. Maka agama datang membawa bersamanya aturan dan batasan yang membantu manusian memeliharanya, seterusnya mengelakkan apa juga kesan buruk yang akan datang.
Dari sekecil-kecil perkara seperti memelihara pandangan, sehinggalah hukuman yang ditetapkan keatas mereka yang berzina dan sebagainya terkandung dalam syariat sebagai pemelihara kesucian setiap individu dalam agama ini.
“katakanlah (wahai Muhammad) kepada lelaki yang beriman supaya mereka menyekat padnangan meerka (dari memandang benda yang haram), dan memelihara kemaluan mereka.” (An Nur: 30).
Mungkin ada yang kata – ala relakslah, gurau-gurau member. Bukan gurau namanya kalau dah bangga dengan kelucahan. Sudahlah yang menonton dari sekecil manusia sampai yang tua.
Ingatlah, jahiliyyah itu berevolusi, dari hilang malu sampai akhirnya jadi maksiat yang terang-terang. Manusia jahiliyyah dahulu tidak tawaf bogel pada hari pertama kaabah dibina.
Banyak cara lain nak bergurau.
Hakikatnya, Islam sebagai panduan hidup manusia tidak pernah melarang manusia untuk berhibur dan berjenaka. Hiburan dan jenaka itu adalah fitrah tabiat manusia dan tanpanya kehidupan akan menjadi hambar, sedih dan kurang bermotivasi untuk hidup menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Kami nukilkan hakikat ini lewat kenyataan Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku al-Halal wa al-Haram (ms.543) yang telah kami terjemahkan:
“Justeru, Islam tidak mewajibkan manusia agar semua perkataan yang diucapkan sehari-hari sebagai zikir, semua renungannya sebagai berfikir, semua pendengarannya hanyalah al-Quran al-Karim dan semua masa lapangnya mesti berada di dalam masjid. Bahkan Islam mengiktiraf kewujudan manusia itu dengan fitrah dan tabiatnya yang tersendiri sebagaimana yang diciptakan Allah SWT buat mereka. Allah SWT menciptakan manusia supaya mereka senang, ketawa dan berman-main sebagaimana diciptakan bagi manusia itu keinginan untuk makan dan minum…”
Kemudia beliau menyebutkan tentang sikap sebahagian para sahabat Nabi SAW yang terlalu takut untuk berhibur dan bergembira bersama keluarga kerana berhati-hati terhadap sifat munafik. Suatu hari, Hanzalah RA datang berjumpa Nabi SAW bersama Abu Bakar RA lalu berkata: “Hanzalah telah berlaku munafik wahai Rasulullah!” Baginda SAW menjawab: “Mengapa sebegitu?” Jawab Hanzalah: “Wahai Rasulullah! Apabila kami berada di sisimu, kamu sering mengingatkan kami tentang neraka dan syurga, sehingga kami seolah-olah dapat melihatnya di hadapan mata kami. Tetapi apabila kami meninggalkan majlismu, kami telah dilalaikan dengan anak dan isteri serta harta benda kami sehingga kami terlupa kepada peringatanmu itu.”
Maksudnya: “Demi (Zat) yang jiwaku di Tangan-Nya! Sesungguhnya jika kamu menepati keadaan seperti yang kamu biasanya berada di sisiku dan ketika dalam berzikir, nescaya kamu akan berjabat tangan (yakni disamakan) dengan malaikat di tempat-tempat perbaringan kalian dan di jalan-jalan kalian. Tetapi, wahai Hanzalah! Sesaat begini dan sesaat begitu! – Rasulullah menyebut tiga kali Riwayat Muslim (2750)
Ertinya, hanya para Malaikat yang memiliki tahap keimanan sedemikian rupanya yang dibayangkan Hanzalah. Mereka sentiasa bertasbih memuji Allah dalam setiap keadaan dan waktu. Sedangkan manusia ada masanya untuk belajar, beribadah dan mendengar peringatan. Ada juga masa untuk rehat dan tidur, dan masa untuk bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga, sedangkan malaikat tidak dijadikan sebegitu.
Kenyataan sebelum ini disokong dengan perbuatan dan perkataan Rasulullah SAW sendiri. Ini boleh dilihat dalam kitab al-Syama`il al-Muhammadiyyah yang dihimpunkan oleh Imam al-Tirmidhi (w.297) Rahimahullah, antaranya kisah Rasulullah SAW dilaporkan pernah berjenaka dengan seorang wanita tua.
Daripada al-Hasan RA berkata: “Seorang wanita tuan bertemu dengan Nabi SAW lalu berkata:” Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar memasukkan aku ke dalam syurga.” Maka jawab Rasulullah: “Wahai Umm Fulan, Sesungguhnya syurga itu tidak masuk ke dalamnya orang tua.” Perawi menyatakan: Wanita itu lantas berpaling dan menangis lalu Baginda SAW meminta kepada para sahabat: “
Maksudnya: “Kalian beritahulah wanita itu bahawa dia tidak akan masuk ke dalam dalam keadaan tua kerana Allah Taala berfirman: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.” (Surah al-Waqi`ah: 35-37)”
Riwayat al-Tirmidhi (241) dalam al-Syama’il al-Muhammadiyyah
Ertinya, Allah SWT akan menjadikan orang tua pun muda kembali apabila di dalam syurga.
Rasulullah SAW juga bergurau dengan kanak-kanak untuk menggembirakan mereka. Daripada Mahmud bin al-Rabi` RAnhuma:
Maksudnya: “Aku ingat lagi sewaktu umurku lima tahun Nabi SAW pernah menghirup air daripada gayung menggunakan mulutnya lalu menghembuskannya ke mukaku.” Riwayat al-Bukhari (77)
Berkata Imam Syihabuddin al-Qastalani (w.923) dalam Irsyad al-Sari Li Syarh Sahih al-Bukhari (1/177): “Perbuatan Nabi SAW itu adalah bertujuan untuk bergurau atau tabrik (mendatangkan keberkatan) kepadanya (Mahmud) sepertimana Baginda SAW selalu melakukannya dengan anak-anak sahabat.”
Begitu juga hadis daripada Anas bin Malik RA tentang Rasulullah SAW memujuk anak saudaranya Anas yang kematian burung peliharaan:
Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW ialah manusia yang paling baik akhlaknya. Aku (yakni Anas) memiliki seorang adik lelaki, yang Nabi memanggilnya “Abu `Umair”. Umurnya kira-kira baru tamat menyusu. Jika Rasulullah datang, maka Baginda akan bertanya kepadanya: “Wahai Abu `Umair, apa yang Si Nughair buat?” (al-Nughair itu adalah) sejenis burung nughar (yang sedap dan bagus suaranya) yang Abu Umair biasa bermain dengannya.” Hadis riwayat al-Bukhari (6203)
Namun begitu, sekalipun Rasulullah SAW selalu bergurau dan berjenaka dengan para sahabatnya, beliau tidak menipu dalam bergurau.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa para sahabat pernah berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah! Kamu sering bergurau (atau mengusik kami).” Jawab Baginda:
إِنِّي لَا أَقُولُ إِلَا حَقًّا
Maksudnya: “Sesungguhnya aku tidak berkata (dalam gurau) melainkan hanya perkara yang benar.”
Riwayat al-Tirmidhi (1990) dalam Sunannya, dan beliau mengatakan hadisnya hasan.
Begitu juga kita lihat bahawa lawak dan jenaka Rasulullah SAW itu tidak bersifat sia-sia sebaliknya memiliki nilai dan pengajaran supaya lebih terkesan kepada hati dan kefahaman, sesuai dengan keperibadian Nabi SAW yang terpelihara daripada keburukan dan kebodohan. Itulah keperibadiaan yang paling layak dicontohi!
Justeru, terdapat beberapa kriteria yang perlu dijadikan pedoman ketika berlawak:
Tidak melampau batas sehingga meninggalkan tanggungjawab dan kewajipan
Al-Qaradhawi menyebut: “Maka tidak salah bagi seorang Muslim untuk bergurau senda dengan sesuatu yang dapat menenangkan hatinya, tidak salah baginya menghiburkan dirinya dan rakan-rakannya dengan sesuatu hiburan yang ringan. Akan tetapi janganlah sampai menjadi kebiasaan pada setiap masa ingin bergurau sahaja kerana akhirnya ianya akan menghalangnya daripada melakukan perkara-perkara yang wajib sehingga dia bergurau pada waktu yang sepatutnya dia bersungguh-sungguh. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” (Surah al-Hujurat: 11)
Daripada Bahz bin Hakim (bin Muawiyah bin Haidah al-Qusyairi) berkata: Ayahku menceritakan kepadaku, daripada datukku, yang berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Celakalah bagi orang yang bercakap suatu percakapan agar orang ramai tertawa dengan pembohongan. Celakalah baginya! Celakalah baginya!” Riwayat al-Tirmidhi (2315)
Syeikh Abu al-Ala al-Mubarakfuri (w.1353H) dalam Tuhfah al-Ahwazi (6/497-498) mensyarahkan hadis ini: “Wail bererti kecelakaan yang besar atau lembah yang dalam; li yudhika… yang daripada kata terbitan idhak (membuat orang tertawa); bihi yakni tertawa dengan perkataannya atau pembohongannya…. Mafhum daripada hadis itu bahawa jika seseorang bercakap dengan perkataan yang benar untuk berlawak dengan satu kaum maka tidak mengapa hal itu seperti mana yang berasal daripada kisah Umar RA bersama Nabi SAW tatkala baginda marah terhadap beberapa orang Ummahat al-Mu’minin (isteri-isteri Nabi). Berkata al-Ghazzali: “Justeru, perlu diketahui bahawa sisi jenaka Rasulullah SAW tidak berlaku melainkan dalam bentuk kebenaran, tidak menyakitkan hati, dan tidak juga melampaui batas.”
Ini dapat dilihat daripada firman Allah SWT seperti berikut :
Maksudnya: Dan jauhkanlah diri dari orang-orang Yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia. (Surah Al-An’am: 70)
Maksudnya: (Tuhan berfirman: orang-orang kafir itu ialah) orang-orang Yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan Yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang Yang telah terpedaya Dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). (Surah Al-A’raf : 51)
Tafsiran ayat-ayat di atas jelas menunjukkan kepada larangan untuk mempermainkan agama dan membuat sesuatu lawak yang mempunyai kaitan dengan ajaran Islam. Hal ini bertujuan untuk menjaga kehormatan agama Islam itu sendiri sepertimana yang telah digariskan dalam maqosid Islam yang dhoruriyyat iaitu menjaga agama.
Hal ini dapat dilihat dalam firman Allah SWT seperti berikut :
Maknanya: Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa Yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (Dia lah orang Yang bertaqwa) kerana Sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin. (Surah al-Hajj : 32)
Sikap berlawak jenaka adalah fitrah kehidupan manusia yang diciptakan sebagai masyarakat sosial.
Islam tidak melarang aktiviti ini selama mana tujuannya adalah kebaikan yang diiktiraf Syarak dan tidak melanggar etika-etika yang telah ditetapkan.
Masalah yang berlaku pada hari ini adalah apabila wujudnya lawak jenaka yang tidak berkualiti, yakni yang memiliki pengajaran dan nilai-nilai baik.
Begitu juga lawak yang mengenakan orang lain sehingga mengaibkannya, menfitnah, menipu, dilakukan tanpa keizinan dan mencemarkan maruah dirinya dan kenalannya, sehingga menyebabkan masalah tekanan dan kemurungan, sekalipun pelakunya menyebutnya sebagai gurauan.
Inilah yang ditegah oleh Islam kerana Islam meletakkan maqasid syariah itu untuk menjaga diri dan kehormatan seseorang manusia.
Kesannya, membiaklah fenomena seni yang tidak berkualiti dan memalukan, budaya buli sama ada secara fizikal ataupun siber, dan lain-lain lagi.
Sebaliknya, daripada lawak jenaka yang bermanfaat, selain menghiburkan, audien akan dirangsang untuk berfikir dan mengambil pengajaran di sebalik lawak jenaka yang dibuat menyentuh dan mengkritik sikap dalam pelbagai lapangan hidup dan dengan pengajaran itu menerbitkan motivasi untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Ini jenis lawak yang berlaku dipromosikan mengganti lawak-lawak yang rendah kualiti.
Justeru, kami mengatakan bahawa hukum berlawak jenaka adalah diharuskan dalam syarak selagi mana menepati kriteria-kriteria yang kami sebutkan di atas. Wallahua’lam.
Buah-buahan merupakan sumber makanan semula jadi sangat penting bagi kesihatan. Antara buah-buahan yang memberikan banyak manfaat untuk kesihatan ialah buah betik.
Memang sedap dapat makan betik terutama bila dimakan ‘sejuk-sejuk.’ Betik atau dikenali sebagai “pawpaw” di beberapa negara lain, mengandungi beberapa jenis karotenoid yang banyak memberi manfaat kepada kesihatan
Menarik tentang betik. Buahnya manis. Kebaikannya juga luar biasa. Jika tertelan biji betik. Jangan risau sebab ia sebenarnya boleh dimakan.
Kalau anda peminat makanan yang pahit mesti suka bijinya. Ada kebaikan utama betik yang ramai tidak tahu. Jangan tahu makan sahaja ya. Wajib tahu khasiatnya.
Betik ada banyak jenis. Ada betik kampung. Kalau yang kacukan nama dia betik Exotica. Exotica lebih berisi. Rasanya lebih manis dan lebih berwarna terang.
Dalam betik ada papain. Tugasnya pecahkan molekul protein yang kuat pada daging. Cara untuk lembutkan daging mudah sahaja. Selalu orang guna untuk lembutkan daging kerbau.
Guna betik yang mengkal. Yang belum ranum. Potong dadu sekali dengan kulit. Kisar. Masukkan jus betik ke atas daging. Gaul hingga rata dan sebati. Perap selama 2-3 jam. Jangan lebih kalau tak isi daging jadi kering.
Betik bersifat anti oksidan dan ada caretonoids. Jenis spesifiknya ialah lycopene. Anti oksida ini perangi radikal bebas dalam tubuh. Apabila kita ambil junk food dan bergula, berlakulah radikal bebas.
Bahaya radikal bebas ia boleh sebabkan Alzheimer’s. Lycopene inilah yang akan bantu neutralize radikal bebas. Pendapat ini dirakamkan di jurnal saintifik Clinical Intervention in Aging.
Bab ini memang power. Siapa sangka betik yang mudah tumbuh dan murah adalah anti kanser terutamanya breast cancer. Kajian tentang hal ini dibincangkan di jurnal saintifik International Journal of Food Sciences and Nutrition. Bahan utama yang menjayakan ‘watak’ anti kanser ini tidak lain adalah lycopene.
Adakah anda tahu tahap kesihatan jantung? Kajian di The American Journal Medicine dapati vitamin C dan Lycopene dalam betik menghalang penyakit jantung. Bukan sahaja bagus untuk jantung, ia juga jaga prostat untuk lelaki dan halang tumor.
Satu perkara menarik tentang betik ialah ia bersifat anti inflamasi atau anti radang. Ia menurunkan jumlah C-Reactive Protein atau CRP – punca kepada inflamasi. Sekiranya anda cuba turunkan berat badan tetapi gagal, kemungkinan puncanya ialah CRP.
Antara kerja jahat CRP ialah ia baluti hormon kenyang Leptin sehingga otak tidak dapat kenalpasti hormon ini. Akhirnya anda akan terus makan sebab otak fikir anda belum kenyang. Puncanya otak tidak dapat kenal hormon leptin. Akibatnya, tanpa disedari anda dengan bangganya terus melahap makanan.
Bab ini penting untuk diambil tahu. Betik kaya vitamin A, C dan E. Tiga ini sekali dengan lycopene dalam betik menjaga kulit daripada berkedut, gelebeh, dan berbintik bintik. Ringkasnya keduanya adalah sistem sekuriti menjaga kulit dari dirosakkan.
Anti oksidan, fiber sekali dengan potassium membantu memastikan arteri tidak tersumbat. Ia juga membantu melancarkan aliran darah.
Betik ini bukan buah sahaja yang berkhasiat, esktrak daun betik juga dilaporkan mampu kurangkan menstrual pain. Kaum wanita boleh amalkan ya!
Kajian dalam International Journal of Scientific and Research Publications tahun 2020.
Hidup dengan ekzema muka cenderung memerlukan beberapa pertimbangan khusus apabila membeli produk kecantikan dan penjagaan kulit. Ekzema, juga dipanggil dermatitis atopik, adalah keadaan kulit radang kronik yang menyebabkan kekeringan, kegatalan, ruam, dan lepuh.
Jika anda menghidap ekzema, secara amnya selamat untuk memakai mekap, kecuali semasa ‘flare-up’. Apabila kulit meradang secara aktif, anda perlu menanggalkan mekap sehingga gejala reda. Tidak semua alat solek sesuai untuk kulit yang terdedah kepada ekzema.
Sesetengah alat solek, mengandungi perengsa yang boleh mencetuskan atau memburukkan lagi kemerahan. Itu sebabnya kebanyakan pakar dermatologi menekankan kepentingan untuk sentiasa menyemak label bahan sebelum melabur dalam foundation baharu, pemerah pipi, pembayang mata atau produk solekan lain.
Cuba pilih jenama dan produk yang dibuat untuk kulit sensitif, yang secara amnya mengandungi bahan yang minimum, tiada pewangi dan sedikit bahan kimia. Di bawah, pakar dermatologi berkongsi beberapa petua berguna tentang cara memilih alat solek yang tidak merengsakan, mesra ekzema.
Sebagai peraturan umum, pastikan anda mencari alat solek yang dilabelkan sebagai hipoalergenik atau dirumus untuk kulit sensitif. Produk ini cenderung mempunyai lebih sedikit alergen yang paling biasa yang boleh memburukkan ekzema. Juga, cuba elakkan produk berasaskan gel, Formula berasaskan alkohol boleh menghilangkan semua kelembapan kulit dan berpotensi memburukkan gejala ekzema seperti kekeringan dan kegatalan.
Anda perlu memilih formula krim dan mousse, kerana ini cenderung kurang mengeringkan kulit yang terdedah kepada ekzema berbanding serbuk. Serbuk boleh memburukkan atau menarik perhatian kepada sebarang masalah tekstur.
Jadi, jika anda mendapati ekzema anda sering membara di pipi, kelopak mata atau kawasan lain yang anda gunakan mekap, langkah seterusnya yang baik ialah berhubung dengan pakar dermatologi. Mereka boleh membantu anda mengenal pasti bahan yang perlu dielakkan dan menawarkan lebih banyak panduan tentang memilih bahan mesra ekzema.
Pelindung matahari adalah keperluan harian. Namun, anda mungkin menghadapi masalah mencari produk yang menawarkan perlindungan yang betul dan juga tidak mencetuskan suar ekzema. Pakar sangat mengesyorkan pelindung matahari berasaskan fizikal atau mineral, yang jauh lebih kecil kemungkinannya menyebabkan pembakaran, kemerahan dan kerengsaan berbanding pelindung matahari kimia.
Jika anda menghidap ekzema, anda perlu menyemak ramuan pada mana-mana produk yang menyentuh kulit termasuk:
Beberapa bahan berfaedah yang boleh membantu melegakan ekzema atau sekurang-kurangnya menghalangnya daripada bertambah teruk termasuk:
Asid hyaluronic – Ramai penghidap ekzema cenderung mempunyai kandungan air kulit yang rendah kerana halangan kulit yang lemah. Tetapi asid hyaluronik boleh membantu mengekalkan kulit anda anjal dan terhidrat dengan menarik kelembapan.
Gliserin – Kompaun semula jadi ini juga boleh membantu kulit anda menarik dan mengekalkan kelembapan yang boleh membantu mengelakkan kekeringan dan kekeringan.
Ceramides – Asid lemak ini boleh membantu menggalakkan penghalang kulit yang kuat dan sihat serta melindungi kulit daripada tekanan alam sekitar seperti pencemaran dan udara kering.
Niacinamide – Vitamin B ini boleh membantu menguatkan penghalang kulit anda supaya ia mengekalkan kelembapan dengan lebih baik.
Anda mungkin ingin mengelak daripada menggunakan produk solekan dengan bahan perengsa biasa. Bahan-bahan ini boleh mencetuskan ekzema atau memburukkan gejala anda.
Wangian yang sehingga 15 peratus penghidap ekzema alah minyak pati, pengawet, termasuk paraben, benzil alkohol, methylchloroisothiazolinone, diazolidinyl urea, propylene glycol, cocamidopropyl betaine, dan formaldehid, pelindung matahari kimia, termasuk oxybenzone, octinoxate, octisalate, dan octocrylene, mika asid salisilik.
Lapisan solek yang tebal tidak membantu untuk mengekalkan penghalang kulit yang sihat. Selain itu, lapisan yang lebih tebal lebih sukar untuk ditanggalkan tanpa menggunakan bahan kimia yang keras atau menggosok kulit.
Berkenaan solek mata, jauhi perkara berikut:
Bulu mata palsu – Gam pelekat boleh merengsakan kulit kering atau sensitif.
Celak berwarna ungu, bahan carmine dan manganese violet, pigmen yang digunakan untuk mewarnakan pelapik ungu, kadangkala boleh menyebabkan dermatitis kontak.
Solekan mata kalis air – Menanggalkan sebarang mekap kalis air mungkin memerlukan anda menyental kulit dengan lebih kuat untuk mencucinya dengan bersih sepenuhnya. Selain itu, sesetengah penanggal solekan mata mengandungi bahan yang keras dan menjengkelkan
Anda masih boleh memakai mekap jika menghidap ekzema, tetapi kebanyakannya anda ingin memilih produk tanpa potensi merengsa dan alergen biasa. Pakar juga mengesyorkan mengelakkan solekan semasa suar ekzema. Ingat, juga, adalah bijak untuk melakukan ujian tampalan apabila mencuba produk baharu. Ujian tampalan boleh membantu anda menyemak tindak balas kulit anda sebelum menggunakan produk sepenuhnya pada muka anda.
Menghadapi masalah mencari alat solek atau produk kecantikan lain yang tidak memburukkan gejala ekzema anda? Anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk bekerja dengan pakar dermatologi yang boleh menawarkan lebih banyak panduan tentang pilihan rawatan dan produk selamat ekzema.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di