Selebriti ini memang dikenali sebagai seorang yang sangat teguh dengan pendiriannya. Malah dia juga begitu lantang menyuarakan pendapatnya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Fynn Jamal baru-baru ini menyelar tindakan sebuah stesen televisyen yang menyuruhnya membuka niqab sekiranya mahu muncul di kaca TV. Dia yang kurang bersetuju dengan arahan itu meminta rakyat Malaysia memberikan pandangan berhubung perkara ini. Bancian yang dibuat rata-rata menunjukkan 99 % memang tidak setuju dengan tindakan berkenaan.
Dalam perkongsiannya di laman instagramnya itu mendapat respobn positif dari followernya. Masing-masing memberikan pandangan mereka dengan menyokong apa yang dia lakukan.
Terima kasih utk jawapan2 bancian malam tadi. statistik menunjukkan 99% tidak bersetuju dgn apa yang stesen tv katakan iaitu rakyat malaysia tidak bersedia melihat personaliti berniqab. nanti kalau jadi lagi penolakan dgn alasan ini— aku tunjuk bancian malam tadi.
Dia kemudiannya membuat petition di laman sosial facebook dan instagram.
within 15 jam lebih seribu org petition kot. (ig / fb combined).
Fynn Jamal memang tidak akan buka niqab walaupun disuruh.
aku buat poll tu sebab aku tak faham macammana inconsistent nya stesen tv dgn aku. kejap boleh kejap tak boleh. masa tak boleh tu yg dia gunakan alasan rakyat— aku jadi blur. tuari aku BARU nampak org berniqab kat tv. xde masalah pun? dari dulu aku dah mmg ckp aku takkan bukak— so bila aku pernah je masuk tv berniqab, aku pikir dah settle dah; tapi eh, skang kena bukak balik pulak? apeni? jgn mainkan hati ai, jeffrey. plis. hati ai bukan kristal, okeh.
Hasilnya 99 peratus tidak bersetuju dan hanya 1 peratus bersetuju.
so bila buat bancian semalam, dpt tanya jawapan direct dari rakyat. 99% tu ok gak aa. yg 1% tu aku hadam jawapan dia. ada sorang dua je aku block sbb alasan dia tolak adalah “dah berniqab pergi duduk rumah baca quran la”.
@ogydin Saya tak kisah pun..malah saya sangat suka tengok orang berniqab..kadang2 tu teringin juga berniqab tapi takut tak kekal…
@sky_yearth Assalamualaikum wbt…sis…dont worry about that…for me, please move with niqab sis. Please stay with yr niat lillahitaa’la. InsyaAllah, 1 day Allah will show them why muslimah wear niqab. Dear sis, i not wear niqab yet but u done wear, please strong k…please…insyaAllah…wallahualam
@zuehaiknp ye?? knp stesen tv skrg xfhm dgn isu berniqab padahal bkn nya msuk antarabangsa pon siarkn dimalaysia je..smua org dimalaysia xda masalah dgn wanita berniqab..
@wanyusz_virgo Sy suka tgk wanita berniqab..moga kak @fynnjamal sntiasa dibwah jagaan Allah
@zuhsss Awalye mmg nmpk pelik sis..tp lps kite blajar dan fhm erti niqab tu sndr…alhmdlh…niqabtu trlalu indah….sy jgk brdoa yg 1 hr nnt sy blh brniqab sprt sis…tp skrg hati tu mcm keras skit?…diorang x paham sbnrye knp wanita berniqab…tu sb diorang xlh trima
Setiap individu mahu sentiasa sihat dan terhindar daripada segala penyakit berbahaya. Jika anda lihat, ramai individu di usia muda sudah dijangkiti pelbagai penyakit berbahaya seperti kencing manis, darah tinggi dan kanser.
Faktor utama tentulah dari segi pemakanan. Anda perlu menjaga pemakanan sejak muda lagi untuk memiliki kesihatan yang baik. Sebaiknya elakkan daripada mengambil makanan segera kerana ia tidak elok untuk kesihatan.
Memahami hal ini, Hijabista paparkan 35 informasi yang berguna untuk kesihatan anda.
Wanita dilarang menarik barang berat tetapi harus menolak. Juga elakkan membawa barang-barang yang berat. Ini adalah kerana urat saraf wanita cepat lemah.
Jalan 50 langkah memperbaiki tulang tubuh. Naik 20 anak tangga memperbaiki tulang lutut.
Kopi tidak disarankan bagi WANITA, kerana dapat menyebabkan osteoporosis dan mempercepat monopause.
Rebus 10 helai daun salam dengan 2 gelas air. Minum tiap hari selama 12 hari untuk menurunkan kolestrol dan darah tinggi.
Penyebab darah tinggi adalah kekurangan kalsium. Tembikai adalah sumber kalsium. Disarankan tembikai kuning.
Jus pear bersama strawberry adalah antara buah yang menaikkan daya tahan tubuh.
Anggur hitam boleh kuatkan jantung, anggur hijau untuk melangsingkan tubuh, anggur merah pula untuk melebarkan pembuluh darah agar tidak tersumbat. Bertindak sebagai anti kolesterol.
Labu kuning baik untuk mempertajam daya ingat anak, dimakan oleh wanita hamil lebih baik. Untuk lelaki dewasa, labu berguna untuk menghasilkan sperma berkualiti.
Pisang sesuai untuk wanita yang sering kram dan senggugut.
Manggis paling baik untuk tulang.
Paprika menyembuhkan diabetes, sakit tulang dan anti kanser.
Epal dan kacang buncis yang dijadikan jus dapat menjadi ubat pankreas / diabetes.
Makan sayuran hijau pada waktu siang boleh bertindak sebagai anti stroke.
Sayur memastikan protein tidak menjadi kanser.
Sayur memastikan karbo tidak menjadi diabetes.
*Panduan Kesihatan*
Makan sebelum tidur boleh menyebabkan kanser perut kerana usus tidak dapat berehat.
Hanya boleh makan 4 butir telur seminggu. Kalau lebih tidak baik.
Tungking ayam mengandungi karsinogen yang merupakan penyebab kanser. Jangan makan tungking ayam.
Makan buah seharusnya sebelum makan, bukan selepas makan.
Masa haid jangan minum teh terutamanya teh hijau. Sebaiknya makan sesuatu yang boleh menambah darah.
Kurangkan minum susu kacang dan jangan tambah telur dan gula pada minuman anda.
Makan tomato semasa atau selepas makan. Jangan waktu perut kosong.
Tiap pagi bangun tidur minum gelas air putih boleh mencegah batu hempedu. Dua gelas untuk mengaktifkan organ-organ dalaman.
3 jam sebelum tidur jangan makan. Boleh jadi kegemukan.
Jangan minum teh susu atau (teh tarik / bubble tea) kerana tinggi kalori, tinggi lemak, tidak bergizi dan boleh kena darah tinggi serta kencing manis.
Jangan makan roti yang baru keluar dari ketuhar atau oven.
Charger jangan dekat tempat tidur, mesti berjarak 30cm lebih.
Tiap hari minum air gelas boleh hindari penyakit pundi kencing.
Siang hari perlu banyak minum air putih, malam hari perlu sedikit minum air putih.
Minum kopi jangan lebih 2 cawan sehari, boleh menyebabkan insomnia iaitu sukar tidur dan gastrik.
Jangan makan makanan yang tinggi lemak kerana perlu 5 hingga 7 jam pencernaan, mengakibatkan darah terpusat pada pencernaan dan menyebabkan anda mengantuk kerana otak kekurangan oksigen.
Setelah jam 5 petang, jangan makan banyak kerana tubuh kita tidak perlu banyak kalori.
10jenis makanan sihat: Ikan laut dalam, pisang, limau bali, roti penuh gandum, sayur bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, daging ayam, buah ceri.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza, selamanya menjadi inspirasi dalam industri seni tanahair. Biduanita negara berusia 46 tahun ini sentiasa tampil menawan dan bertenaga sehingga sering meraih perhatian ramai.
Baru-baru ini, Dato’ Sri Siti Nurhaliza meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-46 tahun dalam suasana meriah dan mewah dihadiri ahli keluarga serta rakan-rakan artis terkenal.
Majlis tersebut bukan sekadar sambutan hari lahir, tetapi juga detik mengenang kerjaya dan perjalanan hidup Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Menyarungkan gaun elegan rona merah bertemakan bunga-bungaan menyerlahkan kejelitaan Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada malam itu, sekaligus menjadikan majlis itu sangat diingati dan tidak dapat dilupakan.
Malah, hiasan bunga-bungaan pada majlis itu menambahkan kesan romantik dan meriah.
Jika dibandingkan dengan wanita yang tidak bertudung, hijabi lebih memerlukan rawatan rambut kerana ia sering dilitupi oleh tudung. Kelemumur dan rambut gugur antara masalah utama yang sering dialami oleh hijabi.
Masalah ini timbul dek kerana kesalahan kita sendiri yang tidak begitu mengambil berat tentang penjagaan rambut. Jika dibiarkan, ia akan membahayakan rambut kita. Jadi, kenal pasti apakah kesalahan yang sering dilakukan oleh hijabi supaya kita tidak mengulanginya lagi.
1. Ikat Rambut Ala Ponytail
Rambut yang diikat ke belakang atau high ponytail akan menyebabkan rambut menjadi stress kerana akar rambut akan tertarik dan menegang akibat ikatan yang terlalu ketat. Sebaiknya, ikat rambut pada bahagian tengkuk atau ikat dengan rendah. Barulah rambut menjadi lebih relaks.
2. Sikat Rambut Dengan Sikat Bergigi Rapat
Sikat rambut bergigi rapat juga akan membuatkan rambut kita tertarik secara paksa dan ia tidak baik untuk rambut. Sebaliknya, pakai sikat yang bergigi jarang untuk merapikan rambut. Rambut juga tidak akan gugur.
BACA ARTIKEL INI:
3. Gosok Rambut Dengan Kasar
Mengeringkan rambut kadangkala menjadi satu masalah bagi hijabi kerana kita perlu mengeringkan rambut sebelum memakai tudung. Jadi, anda akan jadi sedikit kelam-kabut.
Namun, jangan menggosok rambut terlalu kasar dengan tuala kerana ia akan membuatkan rambut menjadi semakin tidak sihat. Seeloknya, gosok dengan perlahan dan biarkan ia kering sendiri. Kurangkan penggunaan pengering rambut kerana ia juga tidak begitu baik untuk kulit kepala.
4. Tak Beri Nutrisi Pada Rambut
Setiap hijabi memiliki keadaan rambut yang berbeza-beza. Berikan nutrisi tambahan seperti serum rambut sekiranya rambut anda memerlukannya.
5. Salah Pilih Bahan Hijab
Pemilihan bahan hijab juga perlu diambil kira. Ada bermacam-macam-macam bahan hijab yang perlu kita tahu dan pilih dengan tepat. Pilih mengikut situasi. Contohnya, jika kita mahu bersukan, pilih hijab dengan kain yang tidak panas.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...