Berhijab sudah menjadi kewajiban bagi setiap wanita beragama Islam. Pelbagai gaya tudung boleh anda sendiri lihat pada masa kini. Ada yang bertudung labuh, ada yang singkat hingga menampakkan dada dan tidak kurang ada juga yang melilit tudung di leher hingga ternampak leher akibat tudung yang dipakai terlalu pendek.

Tahukah anda bahawa sebenarnya Allah memerintahkan wanita untuk bertudung dan melabuhkannya hingga menutupi leher dan dada. Tetapi sebaliknya yang terjadi. Semakin hari, semakin singkat pula tudungnya.

Hijabi, perlu anda tahu bahawa bertudung bukanlah sekadar berfesyen. Tidak salah untuk anda berfesyen tetapi ia masih perlu mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah. Terbaru, seorang lelaki bernama Muhammad Shafri telah menegur wanita-wanita berhijab di luar sana yang gemar menggayakan tudung hingga menampakkan dada dan leher.

Bagi Hijabista, kami sendiri bersetuju dengan apa yang diperkatakannya. Ada betulnya. Jadi buat hijabi di luar sana, fikir-fikirkanlah ya. Ayuh kita baca apa yang diperkatakan oleh Muhammad Shafri ya.


Foto: Facebook Muhammad Shafri

Kepada perempuan di luar sana tolonglah berhenti pakai tudung bawal, tudung shawl atau apa sahaja jenis tudung yang belit dekat leher lepas tu ikat belakang sampai nampak dada dan leher. Berfesyen tidak salah tapi jangan jadikan fesyen itu fesyen yang di benci oleh Allah.

IKLAN

Pakai tudung brand yang mahal-mahal lagi trendy masa kini. Harga ratusan ringgit tapi bila pakai yang di belakang labuh dan yang di depan pula bagai tak cukup kain. Wahai perempuan bila pakai tudung tolonglah tutup aurat dengan sempurna.

Allah dah bagitahu dalam Al-Quran labuhkan kain tudung hingga menutupi dada dan haram hukumnya mendedahkan aurat sekalipun hanya ‘bentuk aurat’ kepada bukan mahram.

Sebenarnya niat kalian pakai tudung kerana Allah atau kalian pakai tudung sekadar nak ikut trend masa kini? Bak kata pepatah, “Tepuk dada tanyalah selera”. Kalau niat kalian pakai tudung kerana Allah saya harap selepas ini kalian boleh melabuhkanlah kain tudung kalian hingga menutupi dada-dada kalian.

IKLAN

Wahai perempuan,

Kalian nak nampak cantik pada pandangan manusia atau nak nampak cantik pada pandangan Maha Pencipta? Nak raih pandangan manusia atau nak raih pandangan Allah? Bernilai sangat ke pujian manusia yang belum tentu ikhlas pada mata kamu itu?

IKLAN

Berhentilah dambakan perhatian dan pujian daripada manusia. Lagi-lagi daripada seorang lelaki. Kerana hidup ini yang kita mahu adalah redha Allah, bukannya perhatian dan pujian manusia.

Sedarlah bahawa kalian adalah sebaik-baik perhiasan dunia. Dan di dunia ini wanita solehah tidak pernah lenyap kerana wanita solehah itu adalah kalian yang tinggi cintanya kepada Allah dan Rasulullah.

Jika tulisan saya tentang nikah, jodoh boleh viral. Saya berharap tulisan ini juga boleh viral. Silalah kongsikan tulisan ini kepada semua. Tag adik-beradik dan kawan-kawan. Semoga Allah hadirkan keikhlasan dalam kita mentaati perintah-Nya.

Sumber: Facebook Muhammad Shafri