Masomah Ali Zada dari Afghanistan bertanding dalam Sukan Olimpik pertamanya bersama pasukan Olimpik pelarian iaitu Refugee Olympic Team (ROC) dalam percubaan masa individu wanita bagi acara berbasikal pada hari Rabu yang lalu.
kredit foto: Getty Images
Bukan hanya menunjukkan semangat kesukanan dan memenangi pingat, penyertaan Masomah ini mengirim mesej yang lebih kuat sebenarnya untuk menuntut hak wanita dan harapan serta makna kedamaian kepada pelarian di seluruh dunia.
“Ia sangat hebat, percubaan kali pertama saya, Sukan Olimpik pertama saya. Sebagai pengalaman pertama, saya sangat gembira dengannya kerana saya berusaha untuk itu dan saya menggunakan semua pengorbanan dari beberapa bulan yang lalu. Saya tidak menyesal,” kata wanita jelita ini setelah selesai acara percubaan masa di Fuji International Speedway.
Ads
kredit foto: The Jakarta Post
“Saya sangat gembira mewakili ROC kerana dapat menghantar mesej harapan dan kedamaian kepada 82 juta orang yang terpaksa meninggalkan negara mereka kerana alasan yang berbeza,” kata Masomah.
Ads
“Saya di sini untuk menunjukkan hak-hak wanita Afghanistan. Walaupun saya berasal dari Afghanistan dan mewakili ROC, namun kedua-duanya sama penting dalam hati saya,” Ali Zada.
Sebagai seorang wanita, memang pantang sekali mendengar atau membaca cara tertentu untuk tampil cantik dan berpenampilan menarik. Lebih-lebih lagi kini segala maklumat ada di hujung jari dan boleh terus melakukannya bila-bila masa. Ada juga sesetengah daripada kita yang masih rajin pergi ke spa atau pusat kecantikan untuk merawat wajah secara bulanan. Terpulang pada cara masing-masing mengikut kesesuaian dan bajet.
Selain itu ada juga yang masih menggunakan cara tradisional untuk kelihatan cantik dan menarik dan boleh kita amalkan tidak kira tua ataupun muda. Misalnya menggunakan bahan alami daripada tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan yang sudah pasti ia selamat dan halal.
Juga petua yang diamalkan melalui perkongsian menggunakan ayat suci Al-Quran yang diajar oleh Datuk Dr. Fatma El-Zahra untuk kesan awet muda, menawan dan wajah berseri. Boleh diamalkan semua cara-cara ini ataupun amalkan satu sahaja dan paling penting perlu istiqomah sewaktu mengamalkannya. Insya-Allah.
Dilakukan selepas solat Isyak
Ambil air segelas
Baca al-Fatihah sekali
Ayatul Qursi sekali
Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumah tangga.
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman. Amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut:
Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
Baca ” Ya Nur ” 1x
Baca ” Ya Hadi ” 1 x
Baca ” Ya Allah ” 3x
Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.
Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.
Guna Timun & Kurma Basah Rahsia Cantik Isteri Nabi
Soalan:
Ada di antara kita mungkin pernah tertanya-tanya bagaimana para isteri Nabi Muhammad SAW menjaga kecantikan mereka sesuai dengan tuntutan Islam dan apakah bahan-bahan kosmetik yang digunakan pada zaman itu?
Jawapan:
Percaya atau pun tidak, rahsia Siti Aisyah R.A kekal cantik dan bagaimana beliau menjaga penampilannya adalah hanya menggunakan timun dan kurma basah saja. Lebih-lebih dalam mendapatkan bentuk tubuh badan yang ideal seperti tubuh kurus cengking menjadi lebih berisi. Malah Rasulullah SAW sendiri pun menggunakan cara ini dalam menjaga kesihatannya.
Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis, Aisyah RA berkata “Ibuku mengubatiku agar aku kelihatan gemuk, saat dia hendak mempertemukan aku dengan Rasulullah SAW dan usaha itu tidak membuahkan hasil sehingga aku makan timun dengan kurma basah. Kemudian aku menjadi gemuk dengan bentuk yang ideal”– HR Ibnu Majah.
Niat untuk menasihati atau menegur seseorang sudah baik, tapi cara pula tidak kena dengan gaya. Bahkan, ia berubah menjadi satu perselisihan faham dan bertengkar dengan rakan anda.
Perkara ini sering terjadi jika ingin menegur seseorang tentang sesuatu perkara. Kadang-kadang kita juga sering lupa untuk ‘cermin’ dahulu diri sebelum bertindak melakukan sesuatu.
Perselisihan atau perbalahan mungkin akan terjadi jika seseorang itu tidak faham erti ‘nasihat’ dan cara melakukannya. Ada yang suka memberi hujah tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu.
Masalah yang terjadi juga akan berlarutan dari kecil sehinggalah buat sekian lamanya. Baginda pernah bersabda:
Maksudnya: Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang paling kuat bermusuhan. (Muslim No: 2668 – Status Hadis Sahih)
Dijelaskan lagi oleh Muhammad Fuad Abdul Baqi dalam Syarh Sahih Muslim, perkataan الْأَلَدُّ (Al’alad) pada penghujung ayat membawa maksud dengan permusuhan yang keras. Manakala perkataan الْخَصِمُ (Al-khosim) adalah permusuhan atau penentangan yang salah meski pun tujuannya untuk menegakkan kebenaran.
Ini membawa maksud bahawa Allah SWT turut membenci golongan yang suka menegakkan kebenaran mengikut cara yang salah. Contoh yang sering kita nampak adalah seperti menegur dengan menengking dan menggunakan perkataan yang mengguris hati seseorang.
Kebanyakan dari kita lupa prinsip asas dalam menyebarkan kebaikan adalah dengan menyantuni dengan cara yang baik. Agama Islam juga menekankan ihsan tentang melakukan sesuatu perkara dengan cara yang baik.
Ingat! Untuk menasihati orang itu tidak salah jika pada cara yang betul dan mempunyai isi yang bermanfaat. Janganlah lakukan sesuatu itu hanya kerana anda ingin dilihat baik dan mempermainkan agama.
Dunia digital tanpa sempadan menyaksikan semua orang hari ini mempunyai akaun di media sosial. Tidak kiralah sama ada di facebook, instagram atau twitter dengan tujuan untuk mengetahui info atau cara berhubungan dengan kenalan yang sudah lama tidak ditemui.
Namun bagaimana jika pemilik akaun itu sudah meninggal dunia. Contohnya bagaimana dengan akaun media sosial seperti facebook untuk memastikan ia tidak lagi dilihat oleh pengguna lain. Perkongsian wanita ini Nur Aliah Mohd Nor yang memberitahu cara bagaimana untuk delete akaun facebook mereka yang sudah meninggal dunia dengan cara paling mudah.
Penutupan akaun ini penting bagi mengelakkan perkara tidak diingini daripada berlaku atau orang lain menggunakan akaun ini untuk kepentingan diri sendiri. Walau bagaimanapun wanita ini berpesan agar password facebook kita biar ahli keluarga tahu. Ini kerana jika berlaku apa-apa yang tak diingini, mereka boleh login facebook pemilik akaun.
Ayuh, kita lihat perkongsiannya agar jika terjadi pada ahli keluarga kita senang untuk melakukan perkara ini nanti.
Pasti ramai lagi yang tak tahu dekat facebook kita ada 1 fungsi button ni yang dinamakan sebagai ‘Legacy Contact’.
Legacy contact ni bahasa mudahnya kita lantik seorang waris kita untuk handle akaun facebook kita dan orang itu boleh tolong delete akaun facebook tersebut. Sebenarnya banyak lagi kelebihan dalam Legacy Contact ni. Nanti korang boleh baca di bahagian komen ye. Sekarang Lia cuma nak kongsikan dulu step untuk sampai ke bahagian Legacy Contact ini.
Cuma pesan Lia kalau boleh password facebook kita biar keluarga kita tahu juga ya. Kalau berlaku apa-apa yang tak diingini mereka boleh LogIn facebook kita.