Kesihatan mental berkait rapat dengan kesihatan fizikal yang mana, sekiranya mental tidak sihat, secara tidak langsung mengganggu kesihatan fizikal. Kesihatan mental merujuk kepada tindak balas berdepan tekanan. Mengejutkan apabila seawal usia kanak-kanak sudah mengalami tekanan mental akibtat pelajaran.
Keadaan bertambah buruk apabila ada ibu bapa sendiri yang memberi tekanan kepada anak-anak. Lebih buruk lagi ada ibu bapa yang membanding-bandingkan keputusan ujian mereka dengan rakan sebaya yang lain.
Melalui satu perkongsian di Twitter, Akhi Fairuz Al-Jengkawi berkongsi luahan pelajarnya yang ditulis di papan putih. Jelas lelaki ini, dia menyuruh murid-muridnya untuk menulis sebab mengapa mereka mengalami tekanan dan hilang rasa semangat untuk belajar. Rata-rata jawapan yang ditulis murid-murid itu sangat mengejutkan.
MEREKA TIADA TEMPAT NAK LUAHKAN
.
Amat membimbangkan apabila ada luahan kanak-kanak yang mengalami tekanan dalam pelajaran. Sering dibuli, diejek dan dibandingkan oleh ahli keluarga antara punca seseorang murid itu hilang rasa minat untuk belajar. Menyedihkan apabila murid-murid sekecil ini tiada tempat untuk meluahkan perasaan. Jadi tentunya keadaan akan bertambah teruk.
* Cepat marah, tidak boleh tidur malam sebab risau, bermasalah hubungan dengan seseorang.
*11.2 peratus remaja mempunyai idea untuk membunuh diri
* Sembilan peratus merancang untuk bunuh diri
* 10.1 peratus melakukan cubaan untuk bunuh diri.
FAKTOR:
– Biologi, sosioekonomi, budaya dan persekitaran
– Faktor kemiskinan dan kegagalan akademik
Sekarang ini jemaah kita sedang dalam tempoh untuk mengerjakan ibadah haji. Ada yang mendapat jemputan tanpa diduga dan ada juga yang terpaksa menunggu bertahun sebelum dijemput Allah menjadi tetamu-Nya. Namun sebenarnya kita juga jika sudah berkemampuan dan usia masih muda dan kuat ini sebenarnya boleh lakukan ibadah haji tanpa menunggu giliran.
Perkongsian dari pengguna laman sosial di facebook Masnira Ramli yang menceritakan pengalamannya pergi menunaikan rukun Islam kelima itu dengan menggunakan Visa Haji Furada.
Apakah Visa Haji Furada?
Berikutan dari status saya malam tadi, ramai yang bertanyakan saya tentang visa haji furada ni. Saya jawab di sini secara ringkas ya.
Visa Haji Furada adalah visa haji yang dikeluarkan terus kepada wakil-wakil travel agensi tanpa melalui kuota dari Tabung Haji.
Kenapa saya berniat untuk membawa mak abah guna visa furada? Kenapa tak nak melalui tabung haji?
Sebab kalau ikutkan giliran mereka masih terlalu lama. Lagipun saya mahu mereka mengerjakan haji dalam keadaan fizikal yang masih kuat. Sejak melihat sendiri bagaimana orang-orang yang sudah berumur dan tidak lagi kuat dari segi fizikal mereka, saya sudah memasang niat, Mak & abah saya mesti buat haji semasa mereka masih sihat. Bukan mudah untuk melaksanakan rukun haji jika fizikal mental tidak kuat.
Siapa yang layak memohon visa ini?
Sesiapa sahaja yang berkemampuan untuk memohon.
Bagaimana untuk mendapatkan visa furada?
Perlu berhubung dengan mana-mana wakil travel yang menyediakan pakej-pakej haji ini. Saranan saya kenal & pasti dahulu syarikat mana yang kita pilih. Jangan tidak tahu, ada ya yang tertipu dengan visa furada ni. Ambil masa untuk selidik dan berhati-hati lah.
Berapa harga untuk mendapatkan visa ini? Ini bergantung kepada pakej haji yang kita pilih. Ianya pula bergantung kepada jumlah hari, penginapan di makkah, dan juga penginapan di Arafah dan Mina. Ada yang berharga bermula 30k sehingga ke ratusan ribu ringgit sesuai dengan perkhidmatan yang bakal kita terima nanti.
Kenapa perlu berhabis banyak untuk mengerjakan haji?
“Perbelanjaan untuk haji sama seperti perbelanjaan di jalan Allah iaitu 700 kali ganda”.
Maka, kalau yang berkemampuan eloklah kita utamakan yang wajib. Kalau yang belum mampu, kita ada satu lagi cara iaitu USAHA & DOA…
Jom sama-sama kita kerjakan haji ketika kita masih lagi sihat dan kuat inshaAllah..
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pendidikan merupakan medium terbaik yang mampu mengubah kehidupan seseorang, dengan adanya pendidikan bukan sahaja taraf hidup seseorang dapat dipertingkatkan, malah ilmu yang tepat mampu membangunkan bangsa dan negara.
Namun, lebih dua dekad ‘diskriminasi pendidikan terhadap jantina’ yang menjadi perdebatan di seluruh dunia, telah memberi kesan buruk terhadap kanak-kanak perempuan, mahupun wanita apabila mereka dilarang sepenuhnya untuk ke sekolah demi menuntut ilmu.
Bagaimanapun, sekatan pendidikan itu langsung tidak memberi kesan kepada Srikandi Pendidikan Afghanistan, Shabana Basij-Rasikh untuk memenuhi impiannya yang tak pernah usai dan begitu cintakan ilmu dan pendidikan.
Beliau yang ketika itu masih kecil, sanggup menyamar sebagai lelaki demi menghadiri ‘sekolah rahsia’ bagi pelajar perempuan.
“Saya berumur enam tahun ketika Taliban mengambil alih pemerintahan Afghanistan dan mengharamkan perempuan ke sekolah.
Artikel berkaitan: Wanita Berhijab Ini Cipta ‘Sejarah’ Wanita Palestin Pertama Menang Pilihanraya AS
“Jadi, untuk lima tahun seterusnya, saya berpakaian seperti lelaki untuk mengiringi kakak saya yang tidak dibenarkan keluar rumah tanpa ditemani lelaki. Kami menghadiri sekolah rahsia.
“Itu satu-satunya cara untuk kami mendapat pendidikan. Setiap hari kami akan menggunakan jalan yang berbeza supaya tiada sesiapa yang tahu ke mana kami pergi.
“Kami simpan buku dalam beg barangan runcit supaya kelihatan seperti kami keluar untuk membeli barang,” kongsi Shabana menerusi video syarahan Ted Talk yang telah ditonton lebih sejuta kali.
Jelasnya lagi, sekolah rahsia yang dihadirinya terletak di sebuah rumah yang memuatkan Lebih 100 orang pelajar perempuan, serta terpaksa berhimpit di ruang tamu kecil demi menuntut ilmu.
Tambahnya lagi, dia hanya dapat merasai nikmat menuntut ilmu sebenar apabila pemerintahan Taliban di Afghanistan tamat pada 2001.
Oleh kerana mempunyai prestasi akademik yang sangat cemerlang, Shabana telah tersenarai bagi program pertukaran pelajar dan akhirnya berjaya menamatkan pendidikan menengahnya di Amerika Syarikat (AS).
Selepas itu, Shabana terus cemerlang mengejar kecintaan dalam pendidikan dan menuntut ilmu di peringkat yang lebih tinggi, hingga akhirnya beliau mengenggam Ijazah Sarjana Dasar Awam dari Universiti Oxford serta dianugerahkan kedoktoran kehormat dari Universiti SOAS, London.
Sehubungan itu, ketika masih dalam pengajian di Middlebury pada 2008, Shabana telah mengasaskan sebuah Sekolah Kepimpinan di Afghanistan (SOLA) bertujuan membela nasib para wanita untuk mendapatkan hak sama rata untuk menuntut ilmu.
“Ketika ini, SOLA mempunyai hampir 100 pelajar dari 28 wilayah di seluruh Afghanistan.
“Sekolah kami menyediakan tiga program pendidikan kepada pelajar, iaitu pra-Gred 6, persekolahan menengah dan persekolahan tinggi,” ujarnya.
Untuk rekod, SOLA merupakan sekolah berasrama penuh khas yang dibangunkan Shabana demi menyediakan persekitaran selamat kepada pelajar wanita di Afghanistan.
Pada Ogos lalu, Taliban kembali menguasai Afghanistan apabila AS menarik tenteranya dari negara itu, hingga mengakibatkan impian pendidikan Shabana dan SOLA hampir terhenti sekali lagi.
Kembalinya pemerintahan Taliban merupakan cabaran terbaharu untuk SOLA dan seluruh komuniti pendidikan Afghanistan.
Namun, bagi Shabana, semangat perjuangan untuk membangunkan pendidikan wanita di tanah tumpah darahnya itu tidak akan pernah terpadam.
Kita sedia maklum fadhilat membaca Surah al-Mulk pada setiap malam dan Surah al-Kahfi pada setiap hari Jumaat. Persoalannya, bolehkah sesiapa yang hanya mendengar bacaan surah-surah ini mendapat fadhilat daripada surah-surah ini.
Rasulullah SAW ada menyebutkan tentang kelebihan orang yang membaca Surah al-Mulk pada setiap malam dan Surah al-Kahfi pada setiap hari Jumaat.
Antara hadis-hadis berkenaan adalah seperti berikut:
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata, beberapa orang sahabat Nabi menggali tanah tanpa menyangka itu adalah kubur. Lalu didapati di dalamnya ada seorang lelaki yang membaca Surah al-Mulk hingga tamat. Lantas beliau menemui Nabi SAW lalu berkata:
Maksudnya: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda SAW, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur. (Hadis riwayat al-Tirmidzi : 2890)
Dari Abu Sa’id al-Khudri RA bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq. (Sunan Ad-Darimi: 3273)
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal. (Hadith riwayat Muslim: 1342)
Sesungguhnya al-Quran memberi manfaat kepada orang yang membaca dan mendengarnya. Justeru itu, Allah SWT memerintahkan orang yang beriman untuk mendengar al-Quran dengan baik apabila ia dibacakan.
Maksudnya: Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat. (Surah al-A’raf: 204)
Rasulullah SAW sendiri meminta para Sahabat RA supaya memperdengarkan al-Quran al-Karim kepada Baginda SAW. Dalam satu hadith yang diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW meminta Abdullah Ibn Mas’ud RA membacakan al-Quran:
Maksudnya: (Rasulullah SAW bersabda): “Bacakanlah kepadaku al-Quran”. Aku (Abdullah Ibn Mas’ud RA) bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, aku membacakan al-Quran kepada kamu padahal al-Quran diturunkan kepada kamu?” Jawab Nabi SAW, “Sesungguhnya aku suka untuk mendengarnya dari bacaan orang lain.” Kemudian aku membaca Surah al-Nisa sehingga ayat 41 dan Baginda SAW bersabda: “Cukuplah untuk sekarang.” Lalu aku berpaling kepada Baginda SAW dan aku mendapati kedua-dua mata Baginda SAW bercucuran air mata . (Hadis riwayat al-Bukhari: 4583)
Orang yang mendengar al-Quran juga mendapat pahala jika disertai dengan adab-adabnya dan menghayati bacaan al-Quran tersebut. Walaubagaimanapun, pahala orang yang mendengar al-Quran tidak sama dengan orang yang membacanya. Ini kerana orang yang membaca al-Quran akan mendapat pahala yang lebih besar dan fadhilat daripada bacaannya tersebut. Daripada Abdullah Ibn Mas`ud RA katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka untuknya satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu. Aku tidak mengatakan bahwa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ adalah satu huruf, ‘lam’ satu huruf dan ‘mim’ juga satu huruf. (Hadis riwayat al-Tirmidzi)
Justeru, mencemburui dan iri hati terhadap orang yang dapat membaca al-Quran adalah sesuatu yang dibenarkan dalam Islam. Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Tidak dibenarkan iri hati melainkan terhadap dua macam orang, iaitu: Orang yang diberi kepandaian oleh Allah SWT dalam hal al-Quran, lalu ia membacanya pada waktu malam dan waktu siang. Juga seorang yang dikurniakan Allah SWT akan harta lalu ia menginfaqkannya pada waktu malam dan siang. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
KESIMPULANNYA:
Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, dapat disimpulkan bahawa fadhilat membaca sesuatu ayat atau surah dalam al-Quran tidak didapati dengan hanya mendengarnya sahaja.
Oleh itu, adalah lebih baik orang yang mendengar turut mengikuti bacaan dengan menyebut ayat-ayat yang didengarnya walaupun tidak menghafal dan tidak melihat kepada mushaf al-Quran. Dalam situasi ini, maka orang yang mendengarnya pun turut mendapat pahala yang sama dan fadhilatnya. Semoga Allah SWT sentiasa memberi taufiq dan hidayah kepada kita untuk terus melaksanakan amal soleh dan ketaatan kepada-Nya.
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.