Sempena meraikan kedatangan bulan mulia Ramadan, pelakon dan penyanyi Fattah Amin melancarkan buah tangan istimewa buat peminat.

Peminat industri hiburan sudah tentu tahu Fattah Amin mengubah penampilan dan tingkah lakunya dari semasa ke semasa. 

Artikel Berkaitan : Hitung Detik Bergelar Bapa, Fattah Amin Syukur Doa Dikurniakan Zuriat Di Mekah Termakbul

Fattah Melancarkan Lima Lagu Zikir Sebagai Santapan.

Lima lagu zikir yang dinyanyikan oleh Fattah boleh didapati dalam aplikasi Mukmin Pro dan diedarkan oleh Masyhur dan Universal Music.

Fattah memberi tumpuan untuk menghasilkan lebih banyak kandungan muzik Islamik, jadi Mukmin Pro telah menjadi pilihan untuk  menerbitkan lagu zikirnya.

Lima buah trek zikir nyanyian Fattah iaitu Iktiraf, Taubat Nasuha, La Hawla wa la Quwwata illa billah, Rabbi Yassir dan Zikir Fatimah.

IKLAN

“Saya bersemangat untuk berkongsi lagu-lagu zikir ini dengan peminat dan komuniti Muslim secara lebih luas. Ini merupakan penghormatan melagukan zikir secara eksklusif dalam aplikasi Mukmin Pro,

“Ia merupakan satu penghormatan untuk melagukan zikir ini secara eksklusif di aplikasi Mukmin Pro, dan saya berharap ia membawa ketenangan dan kedamaian kepada mereka yang mendengarnya semasa bulan Ramadan yang diberkati ini,” kata beliau.

Alunan zikir Fattah boleh dihayati di pelbagai platform penstriman berbeza mulai minggu pertama bulan itu. Sama ada, Spotify, Apple Music dan YouTube Music. 

Fattah & Fazura Ternyata Sudah Lama Simpan Hasrat.

IKLAN

Fattah berkata, dia dan isterinya iaitu selebriti terkenal Nur Fazura sudah lama mahukan program seperti ini.

“Keinginan kami untuk buat aplikasi dah lama wujud. Kami terdetik, satu hari kami teringin nak ada program begini.

IKLAN

“Dari situlah bermulanya aplikasi Mukmin Pro. Sebenarnya saya dan Faz dah banyak rancang untuk buat lebih banyak lagi selain daripada ciri-ciri yang ada di Mukmin Pro.” katanya menerusi temubual bersama portal media tempatan.

Artikel berkaitan : Sabarlah.. Biar I Betulkan Gelagat Fattah Layan Kerenah Fazura Enggan Pipi Tembam, Bikin Netizen Cemburu

Sekadar info, Fattah berkahwin dengan Fazura pada 2017 dan mempunyai anak mereka Nur Fatima Aisya pada 2020.

Sumber : Gempak

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI