Allah S.W.T tidak menggemari hambanya yang bersikap malas. Walhal, kita sebagai umat Islam disarankan untuk menerapkan nilai rajin terhadap diri sendiri supaya tidak membazir masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
Sebenarnya, malas bukan sahaja wujud dalam sifat dan perangai kanak-kanak, malah dalam diri setiap orang. Malas untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, malas untuk bangkit dari tempat tidur, malas untuk mengemas rumah dan banyak lagi perangai malas yang mungkin wujud dalam diri anda.
Ia merupakan sikap yang ada dalam diri setiap orang. Jadi, jangan risau jika anda mempunyai sikap tersebut kerana bukan anda seorang sahaja yang mengalaminya.
Ia boleh membawa kerugian kepada diri anda sendiri. Manusia melakukan pelbagai urusan di dunia – bekerja, belajar, mencari rezeki. Dan setiap urusan tersebut perlu dilakukan dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Ads
Orang yang hanya berdiam diri digelar sebagai mutawaakil, iaitu orang yang berpura-pura bertawakal dan inilah maksud malas yang sebenar.
Islam juga melarang umatnya untuk bermalasan kerana ia sifat orang-orang yang rugi, sebaliknya Islam menuntut agar umatnya untuk berusaha semampu yang boleh.
Untuk menghilangkan atau mengawal rasa kemalasan ini, berdoalah dengan doa yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada kita, iaitu doa untuk berlindung daripada rasa malas.
Maksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari rasa malas dan aku berlindung kepadaMu dari sikap pengecut, dan aku berlindung kepadamu dari sikap penakut dan kedekut dan lingkungan hutang.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 6371)
Selain itu juga, kita juga boleh mengamalkan doa ini yang boleh menghilangkan rasa malas seperti:
Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam biasa membaca do’a :
“Allahumma inni a’udzu bika minal ‘ajzi, wal kasali, wal jubni, wal haromi, wal bukhl. Wa a’udzu bika min ‘adzabil qobri wa min fitnatil mahyaa wal mamaat.”
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, rasa malas, rasa takut, kejelekan di waktu tua, dan sifat kikir. Dan aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur serta bencana kehidupan dan kematian.
(HR. Bukhari No. 6367 dan Muslim No. 2706)
Semoga kita semua dijauhi dengan rasa malas yang akhirnya menyebabkan kerugian pada diri kita sendiri. Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tahukah anda, terlalu banyak amalan sunnah yang boleh dilakukan setiap hari. Jika bukan setiap hari, mungkin boleh dilakukan seminggu sekali, sebulan sekali atau setahun sekali. Terlalu indah amalan Rasululallah yang rugi sekiranya anda lepaskan.
Amalan sunnah ini adalah apa-apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw sama ada melalui perlakuan, perbuatan, percakapan dan ikrar Baginda. Sunnah juga bermaksud, sesiapa yang melaksanakannya beroleh pahala dan tiada dosa bagi yang meninggalkannya.
Berikut merupakan 10 amalan sunnah yang mudah dan boleh dijadikan sebagai amalan seharian kita, iaitu;
Sebelum tidur disunnahkan untuk menutup pintu, tingkap, memadamkan api dan lampu, berwuduk, bermuhasabah diri, mengibas-ngibas tempat pembaringan sebanyak 3 kali dan berbaring miring sebelah kanan.
Setelah itu, bacalah ayat Kursi, 3 qul iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas, kemudian hembuskan pada tapak tangan dan usapkan ke seluruh anggota badan. Sekiranya ketika tidur kita berasa terkejut, takut atau gelisah, disunatkan untuk membaca doa perlindungan.
Setelah bangun tidur, disunatkan untuk mengusap wajah dengan tangan, seperti sabda Nabi saw;
“Rasulullah bangun tidur kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangannya.”
Hadis Riwayat Muslim
Kemudian, membaca doa;
“Alhamdulillahillazi ahyana ba’da ma amatana wa ilaihinnusyur (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah kami dimatikanNya dan kepadanNyalah kami dikembalikan). – Hadis Riwayat Bukhari
Masuk dengan kaki kiri dan membaca doa ;
“Allahumma inni a’uzubika minal khubusi wal khaba’is (Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadau dari godaan syaitan lelaki dan perempuan).”
Hadis riwayat Bukhari Dan Muslim
Keluar dengan kaki kanan sambil membaca doa;
“Ghufranak (Aku memohon ampun kepadaMu).”
Hadis Riwayat An-Nasa’ie
Disunatkan untuk membaca “Bismillah” ketika hendak memakai pakaian dan apabila ingin melepaskannya. Hakikatnya, membaca “Bismillah” ini disunatkan untuk setiap perbuatan. Memulakan bahagian sebelah kanan ketika memakai pakaian dan sebelah kiri apabila ingin menanggalkannya.
Doa memakai baju/pakaian;
“Segala puji bagi Allah yang telah memakaikan kepadaku pakaian ini dan telah memberikan rezeki pakaian ini kepadaku tanpa ada daya dan kekuatan dariku.”
Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi Dan Ibnu Majah.
Ketika hendak keluar dari rumah, disunatkan untuk membaca;
“Bismillahi tawakkaltu alallah, wa la haula wala quwwata illa billah (Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Dan tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah).”
Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi.
Manakala ketika hendak masuk ke dalam rumah pula, disunatkan untuk mengucapkan bismillah, memperbanyakkan zikir kepada Allah dan mengucapkan salam sama ada rumah tersebut ada orang atau tidak.
Ini kerana syaitan akan berkongsi tempat tinggal dengan kita, apabila penghuninya tidak menyebut nama Allah ketika memasukinya.
Rasulullah saw mengajar kepada kita untuk memulakan kaki kanan apabila hendak memakai kasut/sandal atau selipar dan apabila melepaskannya dimulakan dengan kaki kiri.
Hal ini seperti diriwayatkan dari Abu Hurairah r.anhu bahawa Rasulullah saw bersabda,
“Jika kalian memakai sandal, maka dahulukanlah kaki kanan, dan jika melepaskannya, maka dahulukanlah kaki kiri. Jika memakainya maka hendaklah memakai keduanya atau tidak memakai keduanya sama sekali.”
Hadis riwayat Bukhari Dan Muslim.
Sebelum dan selepas makan, disunatkan untuk berdoa. Apabila terlupa membaca doa sehingga makanan sudah habis dimakan, ucapkanlah,
“Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya.”
Hadis Riwayat Abu Daud Dan At-Tirmizi.
Antara sunnah ketika makan dan minum ialah memulakan dengan menggunakan tangan kanan dan mengambil makanan yang paling hampir dengan kita. Tidak meniup makanan atau minuman, menjilat jari-jemari untuk membersihkan sisa makanan, tidak mencela makanan apabila tidak menyukainya, tidak membazir, duduk dengan sopan atau bersimpuh.
Apabila bertemu dengan sesama Muslim, disunatkan untuk kita mengucapkan salam, “Assalamualaikum atau Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”, sama ada pada orang yang kita kenal atau tidak. Kemudian, bersalam-salaman.
Hal ini seperti sabda Baginda saw;
“Keutamaan dalam Islam adalah dengan memberi makan dan mengucapkan salam pada orang yang kamu kenali atau tidak kenal.”
Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim
“Kedua orang muslim yang bertemu kemudian bersalaman, maka diampuni dosanya sebelum keduanya berpisah.”
Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi Dan Ibnu Majah.
Senyum merupakan ‘sedekah’ yang paling mudah untuk dilakukan oleh setiap orang, dan Rasulullah saw adalah orang yang paling pemurah dengan senyuman yang tak lekang di wajahnya. Hal ini membuatkan orang sekeliling senang padanya.
Abdullah bin al-Harith r.anhu berkata,
“Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.”
Hadis Riwayat At-Tirmizi
Amalan berzikir juga merupakan perkara kebiasaan yang dilakukan oleh Baginda Nabi SAW. Bahkan, lidah Baginda tidak lekang memuji nama-nama Allah yang indah tidak mengira waktu. Selain menggunakan lisan atau lidah, kita juga boleh berzikir melalui hati sama ada ketika berdiri, duduk atau berbaring.
Sesungguhnya, dengan berzikir akan membuatkan hati kita tenteram, seperti firman Allah swt;
“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, maka hati menjadi tenteram.”
Ar- Ra’d : 28
Demikianlah beberapa amalan sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan boleh kita contohi serta amalkan dalam kehidupan seharian. Di samping mengikuti perlakuan Baginda, amalan sunnah juga mampu menampung segala kekurangan pada amalan wajib yang kita lakukan setiap hari.
Siapa tahu, berkat kesungguhan kita mengamalkan sunnah Rasulullah saw sepenuh jiwa dan penuh keikhlasan ini, kita akan beroleh syaafat Baginda di akhirat kelak.
SUMBER:TZKRH
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Suka lihat penyanyi dan pelakon, Abby Abadi yang sudah berhijrah dan menemui jalan bahagianya bersama keluarga. Jelas terpancar cahaya kegembiraan di wajahnya yang menemui cinta barunya, suaminya sekarang yang dipanggil Jai. Kedua-duanya seperti belangkas kerana kemana sahaja pasti berdua.
Abby juga mempunyai cara tersendiri untuk berdakwah. Dia cukup aktif di laman instagramnya yang mempunyai follower 451K dengan berkongsi ilmu yang baik kepada pengikutnya. Bukan itu sahaja, Abby turut memberitahu segala aktiviti yang dilakukan bersama keluarga di lama IG ini dan rata-rata netizen memberi komen cukup positif.
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Dalam satu posting yang dimuat turut baru-baru ini, sempena cuti, Abby dan suaminya, Jai telah pulang ke kampung halaman Jai di Kelantan. Abby nampaknya begitu rapat sekali dengan ibu metuanya yang dipanggil Ma. Menurutnya, jika tiada apa-apa urusan, mereka akan pulang menjenguk Ma yang sihat dan telah kehilangan suami setahun yang lalu.
Abby sangat menghormati ibu mertuanya yang akan dijenguk sesekali terutama jika tidak sibuk dengan pelbagai urusan. Bukan hanya berdua, tetapi Abby turut membawa dua anak daranya untuk menjenguk ibu suaminya di kampung. Hubungan mereka dilihat sangat rapat dan ikatan ukhwah inilah yang mewujudkan rasa kasih sayang berpanjangan dalam keluarga mereka.
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Netizen memuji cara Abby menghormati keluarga mentua seperti dia menghormati ibunya sendiri. Bukan itu sahaja, mereka turut memuji sikap suami Abby yang begitu menyayangi ibunya dan menunjukkan contoh yang baik terhadap isterinya Abby serta anak-anak tirinya.
Justeru tidak hairanlah tiada kontroversi membabitkan pasangan sepanjang perkahwinan mereka sejak 2015 dan itulah sebenarnya rahsia mereka untuk menemui jalan menuju ke jannah. Abby juga dilihat sering menzahirkan kata-kata sayang dan ucapan terima kasih pada Jai yang menerima diri seadanya.
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Malah Abby juga turut berkawan baik dengan bekas suaminya Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Sebelum itu mereka telah mengadakan majlis persandingan bersama-sama sambil disaksikan tiga orang anak-anaknya bersama Norman sebelum itu.
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Walaupun masing-masing sudah membawa haluan sendiri, tetapi hubungan kedua-dua belah keluarga tetap terjalin erat walaupun suatu ketika dulu pernah menjadi musuh. Tambahan pula anak-anak sudah semakin meningkat dewasa dan Abby kelihatannya sangat rapat dengan anak-anaknya, baik lelaki atau perempuan.
Admin paling suka lihat cara didikan Abby pada anak-anaknya kerana memberi bekalan ilmu bukan sahaja dunia tetapi juga akhirat. Hubungan mereka jugai sangat rapat dan patut dijadikan contoh kepada ibu bapa di luar sana dalam mendidik anak-anak.
Jodoh dan pertemuan itu adalah ketentuan Allah. Setiap orang mempunyai perjalanan cerita yang berbeza dalam soal jodoh. Kadang-kadang jodoh datang tanpa disedari. Begitulah indahnya aturan Allah.
Sekuat mana pun kita setia, selama mana kita menunggu, sehebat mana kita merancang, sekeras mana kita bersabar jika tiada jodoh kita dengan si kekasih hati maka tiadalah.
Jodoh bermula dari hati ke hati, maka jika ada orang yang benar-benar mencintai anda, dia yang memahami anda dari hati, sudut fizikal, perasaan, keadaan dan yang terpenting dia menerima anda apa adanya.
Sama ada jodoh panjang atau tidak, itu rahsia Allah SWT dan ketentuan Allah SWT.
.
Sebagai manusia, apa yang boleh kita buat ialah berusaha sehabis baik untuk hubungan itu…selagi kita masih bersama dengannya, maka selagi itulah kita perlu buat yang terbaik untuk dirinya…
Sekuat mana pun kita sudah berusaha, selama mana pun kita bersamanya, setia mana pun kita di sisinya, sesabar mana pun kita dengan perangainya, kalau sudah ditakdirkan jodoh kita dengannya terhenti di pertengahan jalan, maka ianya bukan salah Allah SWT yang memisahkan kita…
Allah SWT ada perancangan yang lebih baik lagi untuk diri masing-masing…
Mungkin di antara dua manusia itu, hanya seorang sahaja buat yang terbaik untuk hubungan itu…maka Allah SWT nak bagi dia ganjaran atas apa yang dia dah lakukan, Allah SWT nak bagi dia bahagia, Allah SWT gantikan dengan manusia yang lain, yang sama sifatnya dengan dia, yang boleh buat dia bahagia…
.
Mungkin juga di antara dua manusia itu, ada seorang yang tidak menghargai apa yang telah dilakukan seorang lagi, maka Allah SWT nak bagi dia pengajaran dan kesedaran, Allah SWT tarik manusia itu dari hidupnya, Allah SWT hadirkan seseorang yang boleh bagi pengajaran dan kesedaran kepada dirinya sehingga dia mula rasa bahawa yang dahulu itu sudah pun menjadi yang terbaik untuk dirinya…
Sekiranya jodoh tidak panjang yang bukannya disebabkan kematian, maka pasti ada sebab musabab disebalik kenapa dan mengapa jodoh itu tidak berpanjangan…
Kuat atau tidak jodoh kita dengan pasangan, pendek atau panjang jodoh kita dgn pasangan, ianya bergantung sejauh mana kita berusaha dalam hubungan itu, untuk hubungan itu…
Yang pastinya, usaha itu harus datang dari kedua-duanya, bukannya seorang sahaja…
Nota kaki : Jodoh yang baik itu bukanlah yang datang dengan kelebihan, tapi yang tidak pergi kerana kekurangan.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.