Siapa tak kenal penyanyi no.1 negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza Tarudin, yang juga merupakan penerima Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak 25 kali.
Mencipta nama besar dalam industri seni negara, punyai syarikat kecantikan BeauSiti yang perlu diuruskan, seorang isteri dan juga ibu yang menguruskan keluarga serta rumahtangga. Ini semua membuatkan Siti juga tak terlepas dari mengalami tekanan seperti orang lain.
Namun, bagi Siti tiada masalah yang tak punya jalan penyelasaiannya, justeru ini beberapa langkah yang dilakukan Siti ketika berdepan tekanan.
“Seperti mana orang lain, saya juga turut berdepan dengan stres. Bila saya berdepan dengan sesuatu yang boleh membuatkan saya stress, saya akan cuba bertenang dan saya akan cuba positif diri.
“Malah, saya akan cuba bercakap dan pujuk diri saya sendiri. Perkara ini amat penting. Sebab kalau kita nak ikutkan hati sangat, macam-macam boleh berlaku. Bak kata pepatah, ikut hati mati.
“Jadi, saya akan bercakap kepada diri saya: Tidak apa Siti, bertenang. Jika ada benda yang negatif, kita proses balik perkara itu dan kita nilai semula. Kenapa ia berlaku dan apa yang perlu kita buat atau lakukan selepas itu.
Elak ‘Overthinking’ Fokus Pada Penyelesaian
Ads
Menurut Siti, perkara yang paling penting dalam menguruskan Stress ialah dengan tidak terlalu memikirkan masalah yang dihadapinya itu.
Malah, Siti berkata dia tidak pernah mempersoalkan sesuatu masalah yang dihadapi, kerana enggan fikiran negatif ‘memakan diri’ sehingga tekanan menjadi berlarutan dan bertambah buruk.
“Kita jangan meratapinya dan mempersoalkannya sehingga kesedihan kita itu berlarutan. Kita harus fikir apa yang kita boleh buat selepas itu untuk kita bangkit semula.”
Menerusi ‘confession’ ini, Siti akui sejak bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata kini. Adakalanya dia juga stress ketika berdepan dengan ‘peel’ dan karenah anak-anak yang bermacam ragam dan dalam masa yang sama perlu menguruskan aktivitinya sebagai wanita berkerjaya.
Ads
Untuk rekod, menerusi laman sosial miliknya Siti berhasrat untuk berkongsi bersama peminat berkenaan cara bagaimana dia menangani masalah yang dihadapi dalam kehidupan, menerusi sebuah slot perkongsian dikenali sebagai ’10 Hari 10 Minit 10 Tips Kehidupan Siti Nurhaliza’.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Industri muzik tempatan bakal menyaksikan sebuah gabungan hebat dan mantap dengan mempersembahkan dua nama besar dalam dunia nyanyian Malaysia di sebuah pentas yang berprestij. Apabila berbicara tentang dua nama ‘gergasi’ ini, pasti alunan suara merdu serta kelantangan vokal yang padu mula bermain-main di fikiran.
Kehebatan adik-beradik, Anuar Zain dan Ziana Zain bakal menjadikan malam anda lebih istimewa dan bermakna apabila digabungkan dalam sebuah konsert, Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022.
Bakal diadakan pada 6 Ogos 2022 di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), konsert yang berlangsung selama 90 minit ini merupakan sebuah konsert berskala besar anjuran Trumpet International Sdn. Bhd.
Bertanyakan tentang perasaan Anuar dan Ziana tentang konsert ini, kedua-duanya menzahirkan rasa syukur kerana diberi kepercayaan untuk menghiburkan peminat yang sudah lama menginginkan persembahan mereka berdua.
“Kami berasa bersyukur diatas kepercayaan yang diberikan oleh pihak penganjur. Sudah pasti kami akan mengambil peluang ini untuk bertemu dan menghiburkan peminat yang sudah lama ingin menyaksikan persembahan kami berdua,” ujar Anuar teruja.
Bagi Ziana pula, ia umpama mimpi jadi realiti apabila dapat menghiburkan peminatnya di sebuah pentas yang tersohor serta dapat berkongsi momen manis bersama adiknya sendiri.
“Saya percaya ini merupakan doa peminat-peminat kami yang sudah lama ingin melihat kami bergabung suara di satu pentas yang sama. Kata orang kalau selalu berdoa melebihi 44 kali, doa itu akan menjadi kenyataan. Jadi, saya bersyukur dengan peluang yang diberikan,” kongsi Ziana.
Jika anda merupakan peminat tegar lagu hit segar malar seperti Puncak Kasih, Menadah Gerimis, Korban Cinta, Keabadian Cinta, Lelaki Ini ataupun Teman Terulung, jangan lupa untuk menonton konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live in Kuala Lumpur!
Bakal memberi anda mimpi indah serta ‘golden moment’, tiket boleh mula dibeli pada 19 Mei 2022, pada harga bermula dengan RM288, RM588, RM788, RM988 sehingga RM1188 menerusi laman web www.excitix.com.my.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Selagi nyawa dikandung badan selagi itulah kita digalakkan untuk menambah ilmu dan mengejar pahala sebanyak mungkin. Bukan sahaja ketika kita dalam jaga, tetapi juga sebelum lelapkan mata. Sebelum tidur, kaum wanita digalakkan melakukan beberapa adab-ada sebelum tidur untuk mendapat lebih ganjaran pahala dan banyak kelebihannya. Seperti mana Rasulullah SAW berpesan pada Aisyah Ummu Mukminin, isteri tercintanya.
“Wahai Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan EMPAT perkara ini, iaitu:
Sebelum mengkhatamkan Al-Qur’an.
Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di Hari Akhirat.
Sebelum para Muslim meredhaimu.
Sebelum kau laksanakan Ibadah Haji dan Umrah.
Aisyah pun, bertanya kepada Rasullah SAW: “Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara ini, seketika?”
Untuk mengurangkan impak COVID-19 terhadap ekonomi rakyat, kerajaan Malaysia telah mengumumkan diskaun akan diberikan ke atas bil utiliti elektrik anda bermula April 2020 hingga September 2020.
Pengguna boleh melaksana beberapa inisiatif bagi menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekaligus menerima manfaat diskaun maksimum yang diberikan kerajaan. Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan memaklumkan, pengguna boleh melaksana beberapa panduan bagi mengimbangi keperluan menggunakan peralatan elektrik dengan selesa tanpa pembaziran.
Cara untuk dapatkan diskaun 50%
Berita baiknya, melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan sebelum ini pengguna kediaman juga diberikan diskaun untuk bil elekrik.
Malah boleh dapat diskaun sehingga 50 peratus! Ya, tapi ada syaratnya! Kita kena usaha untuk turunkan penggunaan tenaga elektrik di rumah. Lagi sikit penggunaan, lagi banyak diskaun dapat.
Langkah Penjimatan
Pastikan semua pintu, tingkap dan lubang edaran udara tertutup rapi ketika menggunakan pendingin hawa supaya hawa sejuk tidak keluar dari bilik.
Menggunakan kipas bagi membantu menyejukkan hawa bilik agar suhu pendingin hawa dapat dilaraskan lebih tinggi (contohnya, antara 24 ke 26 darjah Celcius) bagi menjimatkan tenaga.
Membersihkan penapis pendingin hawa bagi memaksimumkan proses penyejukan. Penapis yang kotor menghalang aliran udara dan mengurangkan kecekapan pendingin hawa.
Mengelakkan mencuci pakaian menggunakan air panas, melainkan perlu dan menggunakan mesin basuh dengan muatan penuh.
Meminimumkan penggunaan pengering pakaian dengan mengambil kesempatan cuaca panas untuk mengeringkan pakaian secara semulajadi.
Menanggalkan palam peralatan elektrik apabila tidak digunakan serta tidak membiarkan peralatan elektrik seperti kipas dibiarkan terpasang di dalam bilik yang kosong.
Kurangkan tempoh pemandian apabila mandi menggunakan alat pemanas air
TNB menjangkakan, dalam tempoh PKP ini, penggunaan elektrik di kediaman bakal meningkat kerana isi rumah menggunakan elektrik yang lebih kerap atau lebih lama dari kebiasaan.
“Peningkatan sebenar penggunaan elektrik ini hanya akan diketahui selepas berakhirnya pelaksanaan PKP kerana TNB menangguh sementara pembacaan meter dan menggantikannya dengan bil anggaran bagi mematuhi arahan PKP.
“Diskaun berperingkat untuk pengguna domestik selama enam bulan bermula hari ini, seperti diumumkan Perdana Menteri sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan bagi mengurangkan beban kepada rakyat akibat langkah PKP bagi menangani COVID-19,” katanya.
Kerajaan sebelum ini umumkan pemberian diskaun sehingga 50 peratus kepada pelanggan domestik/kediaman dengan penggunaan elektrik hingga 200 kWj sebulan.
Diskaun 25 peratus pula bagi penggunaan elektrik antara 201 hingga 300 kWj dan 15 peratus bagi penggunaan elektrik antara 301 hingga 600 kWj. Penggunaan elektrik melebihi 600 kWj pula mendapat diskaun dua peratus.
KADAR DISKAUN BERGANTUNG PADA JUMLAH PENGGUNAAN
Berikut adalah kadar diskaun yang akan diperoleh pengguna domestik/kediaman berdasarkan TNB
Pengguna domestik tidak perlu membuat apa-apa permohonan untuk mendapatkan diskaun ini. Ia diberikan secara automatik kepada semua pengguna yang berdaftar dengan TNB atau mana-mana pembekal elektrik berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 April hingga 30 September.
Tiada lagi bil bercetak
Menurut TNB, perkhidmatan bil bercetak bermula dari 20 Mac 2020 akan dihentikan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Sepanjang tempoh PKP ini, anda boleh menyemak bil menerusi laman web myTNB atau memuat turun aplikasi myTNB untuk Android atau iOS.
Untuk panduan menggunakan aplikasi myTNB, boleh lihat artikel ini – Pantau Dan Bayar Bil Elektrik Lebih Mudah Dengan Aplikasi myTNB.
Selain itu, bil baru akan dianggarkan berdasarkan penggunaan bil bulan sebelumnya. Contohnya, jika bil bulan sebelum adalah RM100, bil terbaharu anda akan dianggarkan pada jumlah yang sama, RM100. Amaun bil tersebut akan diselaraskan semula setelah kakitangan TNB membuat bacaan sebenar di kediaman anda selepas PKP tamat.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai perkhidmatan TNB boleh hubungi mereka pada talian 1-300-88-5454 atau hantarkan email ke tnbcareline@tnb.com.my.
Momen hari raya sentiasa sinonim dengan kebersamaan dan penampilan terbaik. Pastinya ramai memilih pakaian yang bukan sahaja selesa bahkan stylish Ketika menyambut lebaran bersama...