Masalah rambut gugur sering dihadapi seseorang itu tidak kiralah sama ada dia berhijab atau tidak. Jika lama kelamaan mengalami masalah ini akan menyebabkan rambut mengalami kebotakan terutama di bahagian depan.
Biarpu berhijab, rambut adalah mahkota yang perlu dijaga sebaiknya. ada cara tertentu untuk mengatasi masalah ini dan salah satunya meletakkan garam pada syampu.
Ads
Perkongsian di laman sosial facebook ini memang agak pelik tetapi ia menjadi untuk mengatasi masalah rambut gugur.
Dipetik dari fb siti zuraidah
Ads
Tak tau la nak kata ajaib ke ape..Biasa akak usap je rambut mesti segenggam rambut akak gugur..Tapi skang ni bile usap je ade 2 helai je rambut akak gugur..Tak cuba tak taukan..Dah cuba baru rasa keberkesanannye..Memang menjadi Shampoo + Garam..
Garam sesudu besar letak atas tapak tangan lepas tu picitkan shampoo atas garam tadi..gaulkan sebati pastu ramas kat kepala biar sampai ke kulit kepala..bilas dengan air..lepas bilas bole la pakai conditioner macam biasa..pastu bilas…bole amalkan seminggu 2 @ 3 kali..Seeloknye garam kasar..Shampoo ikut shampoo harian dirumah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Lumrah seorang gadis jika ingin sentiasa kelihatan cantik dan menawan. Apatah lagi saat menyambut Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.
Boleh rosak mood kan bila tiba-tiba muncul jerawat di kulit muka anda? Selain jerawat, tentu anda juga mengalami masalah liang pori yang terbuka kan?
Senang je nak selesaikan masalah anda semua nie. Dengan hanya tomato, pasti akan selesai semua masalah. Tip ini dikongsi oleh seorang pengguna di facebook, Yatie Ahmad.
Menurutnya, kalau anda mahukan kulit yang sihat, perlu amalkan penggunaan bahan semula jadi. Lagi best kalau anda dapat buat setiap hari. Tentu lebih cun kulit muka anda.
Terdapat 3 cara yang boleh anda gunakan pada tomato tersebut. Pilih sendiri cara mana yang anda mahu.
– Belah tomato kepada dua bahagian. Jadi, 1 boleh guna pada waktu pagi dan 1 lagi boleh guna pada waktu petang.
– Basuh muka dengan air suam.
– Ambil tomato tersebut, tekap pada permukaan gula.
– Kemudian, gosok dan sental muka anda menggunakan tomato yang telah ditekap pada permukaan gula itu tadi. Jangan sental terlalu kuat, ikut tahap ketahanan masing-masing ya.
– Biarkan selama 5 minit dan bilas dengan air. Keringkan muka menggunakan tuala bersih.
– Belah tomato kepada dua bahagian dan masukkan ke dalam peti ais bahagian beku. Jangan campurkan dengan ruangan ikan pula ya.
– Keluarkan tomato yang beku tadi dan sental pada muka. Sentap sehingga serat pada tomato tersebut habis digunakan.
– Bilas dengan air bersih
– Buat pagi dan malam. Confirm meletop muka anda semua.
– Pilih tomato yang agak masak dan lenyek keseluruhan tomato tersebut.
– Sapu dan ratakan pada kulit muka anda.
– Biarkan selama 15 – 20 minit.
– Bilas dengan air dan keringkan muka menggunakan tuala bersih.
Mudah je kan? Jadi, jom cuba di rumah. Raya nak dekat dah nie. Rugi kalau tak cuba. Berbulu je nanti tengok kulit muka orang lain semua flawless. Selamat mencuba!
Kasih seorang guru terhadap anak murid itu ibarat kasihnya ibu bapa kepada anak-anak. Seorang guru mempunyai harapan yang besar untuk melihat anak muridnya menjadi insan yang cemerlang dan terbilang apabila mereka membesar.
Guru memainkan peranan penting terutamanya dalam usaha untuk mentransformasikan pendidikan negara. Mereka umpama berlian yang memantulkan kilauan bergemerlapan dan pada ketika sama dirinya begitu bernilai.
Menjadi seorang guru bukanlah hanya mengajar anak bangsa semata-mata. Malah, ada antara mereka yang sanggup melakukan apa saja demi menjaga kebajikan anak muridnya kerana faham akan kekangan yang dihadapi.
Tidak semua orang dilahirkan daripada keluarga yang senang, bahkan ada diantara mereka yang tidak mampu untuk membeli barang keperluan untuk ke sekolah.
Begitulah kisah yang tular baru-baru ini di laman TikTok. Video yang telah dimuat naik oleh @TcerNana, menunjukkan momen dia menghadiahkan kasut buat anak muridnya.
Difahamkan, pemilik akaun tersebut berasa kasihan melihat dua orang anak didiknya menyarungkan kasut yang lusuh. Jadi, dia telah menghadiahkan kasut baru buat kedua anak muridnya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah reaksi anak muridnya yang teruja dan terus memakai kasut yang baru dibelikan. Tambahan itu, netizen berasa kagum dan terharu apabila anak muridnya itu menerima sahaja hadiah dari gurunya walaupun kasut yang dibeli sedikit longgar.
“Longgar pun tak apa”, kata anak muridnya.
“Ibu tak ada duit”, kata salah seorang anak muridnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen merasa kasihan kepada nasib anak muridnya yang bahkan tidak mampu untuk memakai kasut baharu. Mereka juga tidak lupa untuk berterima kasih kepada wanita tersebut serta merasa kagum dengan sifatnya. Video tersebut juga telah mendapat lebih 857K jumlah tontonan dan 92.5K kesukaan.
“Semoga ticer dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki selalu”
“Subbhallah cikgu..semoga cikgu d murahkan rezeki selalu..sejuk hati bila anak2 sebut alhamdulillah”
“Semoga Cikgu dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan”
“Terima kasih menyinari hidup mereka.. alhamdulillah..”
MasyaAllah, semoga kisah ini menjadi inspirasi buat ramai. Mungkin bantuan yang diberikan dianggap tidak sebesar mana, namun ia tetap bermakna buat anak-anak muridnya.
Walau semaju dan semoden mana pun kehidupan masyarakat kita hari ini, ada segelintir yang masih melakukan amalan syirik. Amalan syirik seperti sihir dalam kalangan masyarakat masih tinggi.
Buktinya masih ramai yang mendapatkan rawatan di pusat rawatan Islam. Ia membabitkan individu yang mempelajari ilmu sihir dan yang mendapatkan khidmat sihir daripada pengamal ilmu syirik.
*Mimpi ular, mimpi dipatuk ular, apa sahaja mimpi berkaitan ular kemungkinan besar ada kaitan dengan sihir. Selalunya ular berwarna hitam.
*Mimpi dipatuk ular/digigit ular dan bangun pagi terasa sakit dibahagian yang dipatuk/digigit.
*Pening kepala yang berpanjangan terutama pada waktu senja.
*Mimpi yang menakutkan (mimpi manusia yang sihir kita, mimpi ditikam, mimpi dibunuh dengan kerap diikuti dengan ketidakselesaan pada kesihatan, mimpi di toreh pisau * bangun pagi kita rasa teramat sakit pada kawasan ditoreh/ditikam).
*Sakit dada, sesak nafas dan resah menjelang senja.
*Sakit di dalam perut bagaikan di pulas urat perut atau terasa bagaikan ada benda yang
bergerak di dalam tubuh dan sering terasa bagai di tusuk di perut.
*Mula nampak alam ghaib, mata boleh nampak kelibat si penyihir berada di mana-mana tetapi kita tidak ketahui siapa dia.
*Berlaku perkara yang pelik di sekitar kita umpamanya berbau kemenyan, hanyir, wangi dan sebagainya.
*Menderita sakit yang tidak di ketahui punca dari doktor.
*Terdengar suara-suara yang memanggil nama kita, terasa hidup bagaikan di awan awangan.
*Pening atau pengsan apabila dibaca ayat ruqyah kepadanya.
*Kerap pengsan tanpa punca.
*Rasa gelisah, resah, runsing, serabut tanpa punca. Rasa nak marah yang teramat tapi kita tak tahu apa sebab kita rasa marah.
*Fikiran jadi blur..perkara mudah yang kita boleh buat dahulu, sekarang kita tak boleh buat dan ini menganggu kerjaya atau kehidupan.
*Rasa diri diekori, ada sesuatu yang melihat, hidup mula berubah macam ada penghalang.
*Terlalu sakit pada salah satu bahagian badan pada waktu-waktu tertentu sahaja, sakit ini hanya menyerang pada satu bahagian badan sahaja contohnya di bahagian tapak kaki.
*Rumah tangga tiba-tiba menjadi panas atau dingin tidak sama seperti sebelum ini. Rasa sayang, kasih dan cinta tiba-tiba hilang, perasaan benci terlalu tinggi dalam diri. Hinggakan kita tidak mampu melihat wajah pasangan.
Yang pastinya sihir terjadi atas bantuan jin dan juga si tukang sihir.
2. Melalui perantaraan tanah yang ditabur di jalan yang akan di lalui oleh orang yang akan di sihir. Jika orang itu melaluinya/melintasi tanah tersebut, bernafas melalui debu-debu tanah tersebut maka dia akan terkena sihir ini.
3. Melalui rambut, kuku, baju yang ada peluh orang yang akan disihir, ini termasuk bahan yang boleh ditampal ditanam, ditusuk dibalikkan patung, ditanam atau di masukkan ke dalam sungai atau laut. Jin hamba kepada tukang sihir mengenali orang yang akan disihir dengan bau peluhnya.
4. Melalui angin yang diseru dan dipanggil nama orang yang akan di sihir.
Ini hanya sedikit dari contoh-contoh cara dan kaedah sihir berlaku. Jadikan solat sebagai benteng diri, perbanyakkan membaca Al-Quran dan surah-surah amalan bagi membina benteng pertahanan diri melawan gangguan jin, hidup dengan penuh harmoni dan saling hormat menghormati, tinggal kan perasaan dendam dan hasad dengki.
Semoga Allah beri perlindungan pada kita semua. Andai diizinkan Allah untuk menerima ujian sihir pada diri atau ahli keluarga, terimalah dengan reda. Berusaha sebaik mungkin untuk rawat sihir yang dialami.
Sihir terjadi bukanlah disebabkan kita ini jahat, kita ini lemah iman, kita tidak jaga agama, sihir terjadi kerana tipu daya jin dan syaitan pada manusia. Rawat, reda dan kekal konsisten beribadat.