Ada beberapa kes kebakaran yang terjadi disebabk ledakan di peti ais, ini puncanya ketika pihak bomba memadamkannya. Ternyata peti sejuk si pemilik rumah meledak di bahagian dalamnya.

Bukan disebabkan kualiti peti sejuk atau masalah gangguan elektrik, tapi kerana barang yang tidak sepatutnya diletakkan di dalam peti sejuk.

Benar-benar membingungkan dan menakutkan, apa saja yang diletak di dalam peti sejuk selain daripada makanan. Masakan makanan yang diletak di dalam peti sejuk boleh menyebabkan peti sejuk meledak?

Bukan semua barang boleh ditempatkan di dalam peti ais. Berikut mari kita semak bersama, jangan sampai kejadian ini menimpa kita.

IKLAN

1. Jangan menyimpan minuman bersoda di tempat freezer/pembeku.

Minuman beralkohol atau bersoda dan sebagainya mengandung banyak gas karbon dioksida. Ketika anda mengeluarkan minuman ini di dalam freezer, suhu sekitar tiba-tiba melonjak, sementara itu sejumlah besar gas di dalam minuman akan dilepaskan, akibatnya tekanan gas  akan lebih bertambah. Tekanan di dalam tin minuman yang tertutup rapat tidak dapat mengeluarkan gasnya, sehingga dibuka dan akan melukai orang di sekitar anda. Kalau lukanya ringan mungkin hanya dijahit beberapa jahitan, sebaliknya kalau serius, wajah pun menjadi rosak.

2. Jangan letak ais kering dalam pembeku/freezer.

IKLAN

Suhu di area freezer dalam peti sejuk biasanya berada di bawah -30°C. Suhu ini dapat membantu proses sublimasi dari benda padat ke gas. Dan dalam proses pembekuan, jika ais kering bertukar sublimasi menjadi gas, maka volumenya akan menjadi 600-800 kali lebih besar.

Boleh anda bayangkan, di dalam lingkungan yang tertutup rapat seperti peti sejuk akan meledak kerana adanya peningkatan tekanan dan ledakan yang dihasilkan tidak hanya akan merosakkan peti sejuk, tapi juga berbahaya bagi orang sekeliling.

3. Jangan meletak minuman beralkohol, petrol dan bahan lainnya yang mudah terbakar di dalam atau kawasan peti sejuk.

IKLAN

Volume peti sejuk yang terbatas mudah membentuk area ledakan, jika ketika dinyalakan terkena percikan (api) kecil sekali pun juga dapat menyebabkan ledakan. Jadi, sebaiknya jangan meletakkan barang elektronik apa pun di atas peti sejuk. Bimbang peti sejuk akan bertukar panas dan elektromagnetik yang dipancarkan dari barang elektronik lainnya akan mengganggu sistem pendingin peti sejuk.

4. Jangan menggunakan benda tajam untuk menghilangkan bunga ais pada freezer.

Peti sejuk zaman sekarang telah menggunakan gas isobutana, iaitu gas tak berbau dan mudah terbakar, yang ditempatkan di dalam paip pembeku/freezer. Jika tanpa sengaja paip berisi butane ini tertusuk ketika sedang membersihkan bunga ais dan bercampur dengan oksigen yang akhirnya akan membuat peti sejuk meledak. Sebagai salah satu peralatan elektronik yang diperlukan di rumah, dimana jika tidak tahu tatacara menggunakan peti sejuk dengan betul, kemungkinan besar akan mengakibatkan banyak perkara buruk yang tak terduga.

Jadi gunakanlah peti sejuk dengan tatacara yang betul, dan jangan pernah meletak barang-barang yang tidak semestinya seperti yang disenaraikan di atas, agar tidak terjadi risiko yang mengakibatkan kecelakaan dan kerugian harta benda yang tak diharapkan. Beberapa minuman atau kemasan makanan biasanya ada keterangan dilarang memanaskan atau pembekuan di bawah suhu 0 darjah, dipantau sebaiknya diamati dengan sebetulnya.

https://youtu.be/oNhFqV_vqVs

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI