Tawaran hebat seperti 1.1?7.7?8.8?12.12 pastinya membuatkan kamu tidak berjauhan dengan telefon bimbit kamu bukan? Hanya menggunakan hujung jari sahaja, kamu leka membeli barangan yang kadang-kala bukanlah keperluan malah hanya kehendak mengikut nafsu semata-mata.
Awas! Kamu dalam bahaya! Situasi ini amat membahayakan dengan situasi sekarang yang tidak menentu. Keadaan ekonomi dunia yang semakin goyak disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang semakin berleluasa. Banyak syarikat yang ‘gulung tikar’ serta ramai juga yang diberhentikan kerja, jadi kamu harus hentikan tabiat kamu menjadi seorang ‘shopaholic’!
Aplikasi jualan dalam talian amat suka menarik minat kamu, tambahan pula apabila mereka menggunakan kaedah ‘odd-even pricing’ dalam harga jualan mereka, sudah tentu kamu akan rambang mata membeli-belah. Hentikan semua itu dan mula kawal cara berbelanja kamu dengan lebih bijak!
KIRA PENDAPATAN TERLEBIH DAHULU
Untuk kamu yang sememangnya ‘shopaholic’, pasti ada punca mengapa kamu jadi begitu. Kenal pasti mengapa kamu lebih suka membelanja barangan yang tidak penting. Kunci untuk mengawal perbelanjaan mengikut emosi ini adalah dengan mengenal pasti penyebabnya. Adakah ‘mood’ yang akan menyebabkan kamu membeli-belah secara berlebihan? Ia bergantung kepada sesetengah individu kerana ada yang terlebih berbelanja sewaktu mereka berasa gembira dan ada juga sewaktu sedih. Jika berasa gembira, mungkin kamu berbelanja untuk meraikan sesuatu. Bertentangan pula apabila kamu sedih kerana mungkin kamu ingin mengawal perasaan tersebut dengan membeli-belah. Penting untuk kamu mengetahui bahawa perasaan ini hanyalah sementara dan membeli-belah bukannya penyelesaian yang dapat membantu anda dalam jangka masa panjang. Hanya dengan cara mengenal pasti puncanya, ia dapat membantu kamu dari melakukan pembaziran.
Ads
2. NANTI DAHULU, FIKIR SECARA WARAS!
Ini juga antara teknik terbaik untuk kamu tidak melakukan ‘bad investment’. Salah satu cara untuk mengawal perbelanjaan mengikut emosi ini ialah dengan menggunakan teknik 24 jam. Apabila kamu ingin membeli sesuatu dan pada keesokan harinya kamu tidak lagi menginginkannya, jangan beli barang tersebut. Pastikan kamu tunggu sekurang-kurangnya sehari atau lebih sebelum membuat keputusan. Kadang-kala kamu juga mungkin akan melupakan barang tersebut. Jika ia membantu, simpan senarai barang-barang yang diingini dan minta kawan-kawan untuk belikan sebagai hadiah hari jadi atau tunggu sehingga kamu mampu membelinya.
Duit bukanlah seperti air. Apabila kamu berbelanja tanpa meletakkan sebarang bajet, maka RM 50 pun boleh dilihat sebagai RM 1. RM 100 hanya dilihat sebagai RM 10. Adakah ia berbaloi? Adakah produk yang dibeli itu meringankan beban kehidupan kamu? Maka, untuk mengelakkan dari pembaziran, tetapkan sebuah jumlah bajet sebelum kamu membeli-belah. Dengan bajet yang ditetapkan, membeli-belah tidak akan menjadi sebarang masalah. Cuba tetapkan bajet bulanan mengikut had kemampuan kamu yang masih dapat memberikan suatu kepuasan semasa berbelanja. Dengan itu, kamu masih mampu memberi ganjaran kepada diri sebagai tanda penghargaan kerana bajet pembelanjaan sudahpun ditetapkan. Jika ianya tidak digunakan, kamu boleh jadikan sebagai simpanan!
Ads
4. JANGAN TERPEDAYA DENGAN IKLAN, PROMOSI ATAU TAWARAN HEBAT
Hal ini seringkali berlaku kepada mereka yang begitu sensitif melihat nombor pada harga produk. Misalnya harga itu dijual pada jumlah RM 99.99, terus kamu rasakan harganya murah kerana masih di bawah RM 100. Hakikatnya, semua tawaran, promosi mahupun iklan sedang bermain tarik-talik dengan minda kamu dengan menggunakan kuasa psikologi. Kurangkan melihat iklan kerana ia dapat mengurangkan perasaan ingin membeli sesuatu secara tiba-tiba, terutama sekali apabila barang tersebut menawarkan diskaun menarik. Kamu juga boleh berhenti melanggan emel-emel promosi untuk mengawal diri. Cuba luangkan masa dengan melayari laman web yang tidak berkaitan dengan beli-belah atau lakukan aktiviti lain yang tidak melibatkan internet.
Ads
5. JANGAN IKUT NAFSU
Sama seperti iklan, cuba kurangkan masa kamu dari mengunjungi pusat membeli-belah, melihat aplikasi jualan secara dalam talian atau dari keadaan yang akan mendorong kamu untuk membeli. Banyak lagi aktiviti lain yang dapat dilakukan bersama yang tersayang seperti beriadah, memasak atau bersenam. Ia bukan sahaja dapat mengisi masa kamu malah ia juga lebih jimat berbanding membeli-belah.
Jika kamu suka membeli-belah dalam talian, cuba kurangkan masa dari mengakses laman web tersebut. Bila kamu kurang meluangkan masa melayari aplikasi atau laman web sebegitu, anda akan dapat merasakan anda kurang berbelanja. Cuba elak daripada menyimpan maklumat kad kredit anda di laman web membeli-belah. Sebaliknya, gunakan masa untuk mengisi semula maklumat kad kredit dan informasi lain untuk memikirkan sama ada perlukah anda membeli barang tersebut.
6. CUBA AKTIVITI LAIN
Jika kamu sering menjadikan membeli-belah sebagai aktiviti masa lapang, mungkin inilah masanya untuk kamu tukar kepada aktiviti lain yang lebih jimat, berfaedah dan membantu mengawal tabiat membeli-belah mengikut emosi. Jika kamu tidak mempunyai hari yang baik di tempat kerja, lakukan jenis senaman yang menyeronokkan, hubungi rakan kamu atau pergi ke kafe kegemaran!
Membeli-belah sememangnya seronok dan dapat menggembirakan kamu tetapi jika ia memudaratkan anda, adalah lebih baik jika anda kurangkan tabiat itu. Takut nanti dibebani hutang pula. Pastikan status kewangan stabil dahulu sebelum membuat keputusan untuk berbelanja, barulah kamu lebih gembira, dompet pun tak merana.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Seseorang yang mengalami kenaikan berat badan, pasti tidak terlepas dari menjadi bahan umpatan secara terangan atau dalam diam. Dalam erti kata lain adalah melemparkan body shaming yang boleh membuatkan seseorang itu terasa diri kurang keyakinan dan malu.
Seperti perkongsian gadis ini yang menerima kata-kata body shaming apabila digelar mak orang akibat berat badannya berlebihan walaupun usia masih muda.
Menurutnya sejak dulu dia memang seorang yang gemar lihat makanan. Dan makanan paling digeamari adalah makanan segera dan berlarutan hingga usianya 18 tahun.
Namun dia akhirnya membuat transformasi pada dirinya dan menggunakan cara mudah untuk hilangkan berat badannya sebanyak 10 kg dalam masa sebulan.
Berkongsi thread mengenainya di laman twitter menggunakan akaun nama @nefaaaaaaazz. Moga bermanfaat kepada yang ada masalah sepertinya.
Perbezaan saiz badan dulu dan sekarang.
Sebelum itu memang pantang nampak makanan dan makan ikut kepuasan.
Paling suka makan di restoran makanan segera.
Kemudian join satu WA group dan mula set dalam minda untuk kurus.
Start kurangkan makan, minum air masak banyak dan paling penting kena exercise.
Antara exercise yang dilakukan.
Tak ambik pun sebarang beras perang perang atau minum teh hijau.
Total kurangkan berat badan adalah 10 kg hanya dalam masa sebulan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap tahun trend fesyen terus berkembang. Ini tidak terkecuali dengan pakaian dalam. Salah satu helah untuk menjadikan aset anda kelihatan sempurna adalah dengan memakai helaian pakaian dalam yang sesuai dengan bentuk badan.
Sempena musim bunga ini, peneraju pakaian dalam terkenal Triumph memperkenalkan koleksi Fit Smart bra. Koleksi Fit Smart Bra ini hadir dengan rekaan inovatif bagi memenuhi gaya hidup wanita hari ini yang sentiasa diburu dengan kesibukan.
Sistem Sokongan Yang Pintar
Dengan lebih 130 tahun pengalaman mencipta pakaian dalam yang sempurna, inovasi terbaru dari Triumph ini telah direka khas untuk kehidupan wanita moden. Rekaan moden dengan sistem sokongan pintar yang direka bentuk untuk menyerlahkan sisi unik lekuk tubuh seorang wanita, ia sangat sesuai dengan keperluan wanita untuk kegunaan sepanjang hari serta apa jua acara tanpa meninggalkan ciri-ciri feminin.
Disclaimer: Pakaian dalam ini digayakan oleh model bukan Islam.
Menawarkan sokongan yang terbaik sepanjang hari, setiap helaian bra ini menawarkan pelbagai saiz yang hadir dengan suntikan renda regangan 4D dengan cup yang menampung payudara agar kelihatan sempurna.
BRA Harian Yang Ideal Untuk Si Pemakai
Rekaannya yang sempurna menjadikan koleksi ini selesa dan fleksibel. Bra yang tidak berwayar juga mempunyai tali sokongan yang elastik dengan tambahan empat cangkuk dan mudah untuk diselaraskan mengikut keselesaan si pemakai.
Menawarkan keselesaan dan sokongan yang sempurna, fabrik yang digunakan mampu mengangkat dan menyokong dada untuk bentuk yang rata. Pad regangan 4D yang selesa mampu disesuaikan dengan saiz dan bentuk payudara untuk sokongan tambahan dan keseimbangan. Kemasan yang sempurna pula memberikan keselesaan tambahan, menjadikannya ia bra harian yang ideal untuk si pemakai.
Koleksi pakaian dalam Fit Smart daripada Triumph ini hadir dengan pilihan Beige Nude, Black, Sweet Green, Terracotta dan Wedgewood Blue yang dipadankan dengan hipster brief.
Jadi tunggu apa lagi! Segera dapatkan koleksi istimewa ini sekarang! Klik sahaja laman web triumph.com untuk pembelian secara online atau terus ke butik Triumph yang terletak di serata Malaysia. Bagi memudahkan pencarian anda, semak sahaja lokasi Triumph terdekat di sini https://bit.ly/2m02XFl
So what are you waiting for? Let’s shopping!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak mengenali pelakon jelita dan berbakat besar, Hannah Delisha yang mulai popular menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer bersama Syafiq Kyle yang berjaya meledakkan namanya suatu ketika dahulu.
Pada tahun 2020, jelitawan asal Singapura ini mengumumkan tentang niat untuk bertudung dan berkongsi berita penghijrahan dalam laman Instagram miliknya. Kini empat tahun sudah berlalu, Hannah bersyukur kerana masih istiqamah menutup aurat dan berhijab.
Watak Antagonis Buat Hannah Lebih Nekad Mahu Bertudung!
“Jika diikutkan, saya sudah terdetik untuk memakai tudung agak lama juga. Namun, saya perlu habiskan penggambaran drama Cinta Sekali Lagi. Kalau nak tahu, watak saya sebagai Amani dalam drama itu yang membuatkan saya rasa lebih ingin bertudung.
“Saya cakap kepada diri saya, ini masanya untuk saya memakai tudung kerana niat hati saya dah semakin hari semakin kuat,” katanya.
Sebelum ini, dia juga tidak terlepas daripada rasa tertanya-tanya samada penampilan baharunya ini akan memberi kesan kepada kariernya yang sedang melonjak naik ketika ini.
“Pernah terlintas dalam fikiran, selepas saya bertudung, bagaimana dengan urusan kerja? Mungkin ada kerja tertentu yang saya terpaksa tolak. Namun, saya yakin bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah. Jadi, tak perlu timbul rasa risau kerana saya sentiasa serahkan bab rezeki kepadaNya,” jelasnya.
Tak Pernah Gusar Soal ‘Rezeki’ Berserah Pada Allah
Selepas bertudung, Hannah juga menjelaskan dia kini semakin tenang menjalani kehidupannya.
“Saya tak perlu lagi risau mengenai rezeki dan sebagainya kerana semuanya sudah diatur dengan baik oleh Allah. Sejujurnya, kehidupan saya kini juga menjadi lebih tenang dari semua sudut,” luahnya.
“Walaupun kini saya sudah bertudung, itu tidak menjadi penghalang untuk saya terus berlakon dan menerima watak antagonis. Dalam dunia realiti, kita semua sedia maklum bahawa ada juga orang yang bertudung, tetapi memiliki hati yang jahat.
“Sekiranya lakonan watak yang saya bawakan itu mampu memberi pengajaran kepada penonton, tentunya saya akan terima. Apa pun, semuanya berbalik kepada skrip. Sekiranya skrip itu menarik dan saya minat, tentunya saya akan teruskan,” katanya.
Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin menyifatkan peluang membuat persembahan pada majlis makan malam rasmi bagi meraikan Presiden China Xi Jinping serta delegasinya...