Didiagnos menghidap kanser ovari ketika berusia 18 tahun membuatkan Hafidzatul Hanis Abdul Razak,25, mengalami tekanan perasaan kerana terpaksa menangguhkan pengajiannya di universiti bersama teman-teman lain pada ketika itu.
Setelah tujuh tahun, Hanis kini sudah bebas kanser sepenuhnya dan telah pun mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Haiqal Tajuddin dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Esra Nafeesa,1.
Tidak pernah mempersoalkan takdir Tuhan, Hanis telah berkongsikan bersama Hijabista mengenai perjalanannya melawan penyakit ini.
MULANYA HANYA DISANGKA GASTRIK
Saya mula didiagnos penyakit kanser pada umur 18 tahun iaitu tahun 2013, dan menjalani pembedahan buang sebelah ovari (kiri) kemudian diteruskan dengan rawatan kemoterapi. Simptom sebelum disahkan menghidap kanser adalah perut kembung selama 2 minggu, dalam tempoh tersebut sudah ke hospital 2 kali namun didiagnos gastrik. Sampailah ke minggu kedua apabila perut sangat kembung dan penuh hingga menolak organ hati dan dan membuatkan rasa ketat semasa bernafas.
Saya terus dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan kecemasan selama enam jam sebelum doktor mendapati ovari sebelah kiri saya terbelit dan mengandungi hampir 10 liter cecair. Cecair tersebut dibawa ke pemeriksaan biopsi dan disahkan ia adalah sel kanser.
Ads
Disebabkan semasa pembedahan ovari tersebut telah pecah, cecair tersebut telah mula merebak ke bahagian organ lain terutama sekali hati. Justeru, seminggu selepas pembedahan saya terus dijadualkan rawatan kemoterapi untuk menghalang sel kanser terus merebak.
Sekarang, alhamdulillah sudah hampir 8 tahun bebas kanser dan menjalani pemeriksaan susulan di Hospital Ampang dua kali setahun untuk pemeriksaan darah tumor marker.
TAK TAHU BAGAIMANA NAK TERUSKAN HIDUP LEPAS DIDIAGNOS KANSER
Perasaan seorang gadis berumur 18 tahun mendapat tahu yang dia menghidap kanser dan perlu berhenti sekejap urusan pembelajaran di universiti untuk menjalani rawatan.
Ads
Saya sangat susah untuk mengeksperesikan tangisan di hadapan keluarga, di saat doktor memberitahu perkara tersebut di hospital saya masih menyimpan air mata dan hanya menangis secara senyap di tempat duduk belakang kereta semasa perjalanan pulang dari hospital ke rumah di Teluk Intan. Perkara pertama yang saya amat sedih ialah terpaksa menangguh pembelajaran di universiti dan apa nasib saya selepas itu, terlantar di katil? Atau meneruskan sisa hidup berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
LEBIH SELEKTIF MEMILIH DIET PEMAKANAN
Selepas rawatan kemoterapi selesai, Alhamdulillah tiada kehadiran sel kanser di dalam organ badan saya sehingga sekarang. Saya menjalani kehidupan seperti biasa namun lebih berhati-hati dalam pemilihan diet di samping sentiasa mengawasi apa sahaja simptom pada badan yang mungkin disebabkan berulangnya kanser.
Doktor ada memberitahu peluang untuk berulang lagi masih ada kerana organ ovari melalui penghasilan sel yang aktif setiap bulan, dan sebab ini jugalah saya mengambil keputusan untuk berkahwin pada usia yang awal, untuk saya berjaya mempunyai anak sekurang-kurangnya satu kerana takut kanser berulang dan terpaksa membuang kedua-dua belah ovari.
KENA POSITIF SELALU!
Kanser mengajarkan saya pentingnya penjagaan emosi semasa menghadapi penyakit, terutama kanser. Kawan-kawan lain di wad yang sama dengan saya memberi pesan emosi yang kita lalui mempengaruhi rebakan kanser sel. Perlu sentiasa gembira dan positif semasa rawatan, in sha Allah ia dapat memudahkan proses rawatan kerana umum sudah tahu, rawatan kemoterapi memberi kesan yang agak menyakitkan pada badan tetapi perlu diteruskan untuk melawan kanser.
Ads
KONSISTEN MENJALANI RAWATAN, HANIS BERHARAP MEREKA DI LUAR SANA YANG MENGALAMI NASIB YANG SAMA SEPERTINYA AGAR TIDAK MUDAH MENGALAH DAN SENTIASA BERUSAHA MENCARI IKHTIAR AGAR DAPAT PULIH SEPENUHNYA.
Saya agak kurang senang dengan pendapat yang mengatakan rawatan kemoterapi hanya menyakitkan lagi kondisi badan pesakit dan seterusnya dia perlu menjalani hidup yang selamanya melawan kanser.
Disebabkan pendapat seperti ini, ada pesakit yang tak mahu membuat rawatan kemoterapi/radioterapi dan sebagainya sebaliknya hanya terus menunggu perlahan-lahan sel kanser merebak dan meninggal. Walaupun ikhtiar rawatan kanser memberi kesan kepada badan, namun itu adalah cara yang boleh dijadikan ikhtiar kepada pesakit dan selepas itu baru lah boleh bertawakal dengan ketentuan-Nya.
Buat anda semua, teruskan rawatan dan jangan berputus asa. Tanamkan dalam minda walaupun sakit dan perlu menjalani rawatan, tetapi kita boleh menjalani rutin seperti biasa. Jika perlu rehat, teruskan rehat dan jika berkemampuan teruskan bergerak aktif dan tidak hanya memikirkan diri mempunyai penyakit. Yang paling penting adalah penjagaan emosi, bercakap dan berkongsi dengan keluarga dan rakan adalah sangat membantu proses penyembuhan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kemurungan tidak hanya dapat dilihat melalui perubahan mood atau emosi seseorang individu. Malah, ia turut daapt dilihat melalui perubahan fizikal anda. Kemurungan berbeza dengan stress. Kemurungan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia boleh menyebabkan gangguan mental.
Sekiranya anda mengalami 5 perubahan pada fizikal anda, mungkin itu petanda anda mengalami masalah kemurungan. Jadi, anda perlu berhati-hati dan segera berjumpa doktor pakar jika tanda yang dialami semakin teruk.
1. Haid Datang Lambat
Stress yang berlebihan boleh menjejaskan kitaran haid anda dan menyebabkan ia datang lewat. Lebih teruk lagi sekiranya ia membuatkan haid anda terus terhenti dan tidak datang langsung. Otak tahu tanda-tanda keadaan fizikal dan mental anda yang tidak sihat.
2. Masalah Keguguran Rambut
Pertumbuhan rambut juga berkaitan dengan mood dan rasa percaya pada diri. Sekiranya keadaan tubuh anda tidak baik, maka ia akan menghalang pertumbuhan rambut sehingga ia tidak mampu tumbuh secara normal.
3. Sakit Kepala
Hampir semua orang alami masalah sakit kepala. Tetapi, sakit kepala yang kerap dan berlebihan merupakan tanda gejala itu semakin serius. Kemurungan boleh memberi efek yang negatif terhadap kesihatan. Sekiranya masalah sakit kepala anda berlanjutan, dinasihatkan agar anda segera berjumpa doktor.
4. Berat Badan Naik
Kemurungan juga boleh mempengaruhi kenaikan berat badan. Kajian turut mendapati bahawa orang yang sentiasa sedih dan kesepian akan bertambah berat dengan lebih cepat berbanding daripada mereka yang mengalami kemurungan ringan. Ketika kemurungan, seseorang individu cenderung untuk makan dengan lebih banyak makanan yang mengandungi lemak, berkalori tinggi dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Sebab itulah berat badan akan naik dengan lebih cepat.
5. Masalah Pencernaan
Memang tidak sangka bahawa masalah pencernaan merupakan salah satu petanda anda mengalami kemurungan. Kadangkala, kemurungan yang melampau akan membuatkan anda hilang nafsu untuk makan hingga menyebabkan perut rasa tidak selesa dan akhirnya mengalami sembelit.
Dalam zaman serba moden ini ramai di kalangan hijabi yang memilih kerja. Kalau boleh mahukan kerja dengan gaji yang lumayan, kerja senang dan kalau boleh mahu terdedah dengan dunia glamour. Tetapi gadis berusia 19 tahun ini tidak berfikiran begitu. Walaupun Sri Mahyuni Munif memiliki semua pakej itu (punya personaliti cantik dan menarik), tetapi dia lebih senang berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah. Tidak kisah di pandang rendah asalkan kerja yang dilakukan halal dan yang penting dapat menyara keluarga.
Menyedari nasib keluarganya tidak semewah orang lain, gadis yang senang membahasakan diri sebagai Yuni ini terpaksa menamatkan persekolahan hanya sehingga tingkatan dua semata-mata untuk membantu menyara keluarga.
Anak sulung daripada dua beradik ini terpaksa berbuat demikian kerana kasihan pada bapanya yang mempunyai masalah kesihatan selepas terbabit dalam satu kemalangan.
Walaupun mendapat tentangan ayahnya, Yuni terpaksa lakukan demi menyara keluarga. Tidak sanggup dia melihat ayahnya bekerja dalam kesakitan demi mencari sesuap nasi di kota besar ini.
Pernah membuat bermacam-macam kerja seperti juruwang, jurujual dan pembantu kedai fotostat sebelum dia mengambil keputusan bekerja sebagai pengawal keselamatan awal tahun lalu untuk menampung perbelanjaan keluarga termasuk persekolahan adiknya yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini.
Yuni mengakui seronok dengan kerja dilakukan sekarang, tambahan pula dia memang gemarkan kanak-kanak. Walaupun kerjayanya sekarang sangat mencabar dan banyak dugaan termasuk menepis tohmahan dilemparkan segelintir masyarakat yang memandang rendah kerja sebagai pengawal keselamatan ini.
Walaupun dikecam segelintir netizen kerana tidak memilih kerja walaupun mempunyai rupa paras menarik, tetapi bagi Yuni menerimanya dengan positif dan memberi motivasi untuk bekerja dengan lebih kuat lagi.
Sebagai gadis remaja, Yuni juga sebenarnya gemar mengambil gambar selfie dan juga bermekap. Ini boleh kita lihat dalam laman sosial miliknya. Sekali pandang seperti ada darah campuran dan senyumannya memang menawan sekali.
Admin harap Yuni akan terus bersemangat untuk membantu keluarga dan nawaitu untuk melihat kejayaan adik-adiknya dalam pelajaran akan dimakbulkan oleh Tuhan.
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia ini. Namun, sebenarnya ada suatu kisah sedih yang terjadi dalam bulan puasa ini iaitu pada Ramadhan ke-11, ianya hari yang paling membuatkan Rasulullah sedih kerana wafatnya isteri tercinta baginda.
Berkongsi di laman instagramnya, pelakon terkenal Saharul Ridzwan telah memuat naik kisah mengenai Rasulullah ini. Ayuh, sama-sama kita baca kisahnya.
Siti Khadijah wafat pada hari ke-11 bulan Ramadhan tahun ke-10 kenabian, tiga tahun sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah. Khadijah wafat dalam usia 65 tahun . Diriwayatkan, ketika Khadijah sakit menjelang ajal, Khadijah berkata kepada Rasululllah SAW,
Aku memohon maaf kepadamu, Ya Rasulullah, kalau aku sebagai istrimu belum berbakti kepadamu.
Jauh dari itu ya Khadijah. Engkau telah mendukung dawah Islam sepenuhnya, jawab Rasulullah
Kemudian Khadijah memanggil Fatimah Azzahra dan berbisik,
Fatimah putriku, aku yakin ajalku segera tiba, yang kutakutkan adalah siksa kubur. Tolong mintakan kepada ayahmu, aku malu dan takut memintanya sendiri, agar beliau memberikan sorbannya yang biasa untuk menerima wahyu agar dijadikan kain kafanku.
Mendengar itu Rasulullah berkata,
Wahai Khadijah, ALLAH menitipkan salam kepadamu, dan telah dipersiapkan tempatmu di surga . Ummul mukminin, Siti Khadijah pun kemudian menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan Rasulullah. Didakapnya istri Beliau itu dengan perasaan pilu yang teramat sangat. Tumpahlah air mata mulia Beliau dan semua orang yang ada disitu . Saat itu Malaikat Jibril turun dari langit dengan mengucap salam dan membawa lima kain kafan. Rasulullah menjawab salam Jibril dan kemudian bertanya,
Untuk siapa kain kafan itu, ya Jibril?
Kafan ini untuk Khadijah, untuk engkau ya Rasulullah, untuk Fatimah, Ali dan Hasan jawab Jibril. Jibril berhenti berkata dan kemudian menangis.
Rasulullah bertanya, Kenapa, ya Jibril?
Cucumu yang satu, Husain tidak memiliki kafan, dia akan dipenggal dan gugur syahid tanpa kafan dan tak dimandikan sahut Jibril.
Rasulullah berkata di dekat jasad Khadijah,
Wahai Khadijah isteriku sayang, demi ALLAH, aku takkan pernah mendapatkan isteri sepertimu. Pengabdianmu kepada Islam dan diriku sungguh luar biasa. ALLAH maha mengetahui semua amalanmu. “Semua hartamu kau infaqkan untuk Islam. Kaum muslimin pun ikut menikmatinya. Semua pakaian kaum muslimin dan pakaianku ini juga darimu. “Namun begitu, mengapa permohonan terakhirmu kepadaku hanyalah selembar sorban?” Oleh Ustadz Zainul Hakim
Sumber: Kitab Al Busyro, yang ditulis Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliky a #Berani
Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin menyifatkan peluang membuat persembahan pada majlis makan malam rasmi bagi meraikan Presiden China Xi Jinping serta delegasinya...