Siapa sangka tujuan utama datang ke Malaysia adalah untuk menimba ilmu. Tetapi diberikan hidayah oleh Allah apabila akhirnya memilih agama Islam sebagai agama rasmi di bumi Terengganu. Bagi penuntut dari Itali, Giovanna Wolswijk, 24 tahun terbuka hati untuk memilih Islam sebagai agama barunya.
Dia yang ditemui selepas majlis Syahadah di Masjid UMT, Kuala Nerus baru-baru ini. Giovanna berkata mula tertarik dengan Islam sejak Februari lalu sebelum mengkaji agama Islam dengan lebih mendalam melalui rakan dan ahli agama.
“Hati saya tersentuh setiap kali mendengar alunan al-Quran daripada pembesar suara masjid UMT (Universiti Malaysia Terengganu), sekali gus membuka hati saya mendalami Islam.
“Saya mula menyesuaikan diri dengan memberi salam kepada rakan selain belajar mengucap dua kalimah syahadah.
“Proses pengislaman saya berjalan lancar melalui Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) dan banyak bimbingan diberikan PISM sejak saya mengutarakan keinginan untuk memeluk Islam.
Ads
“Perasaan saya sangat tenang sebaik mengucap dua kali syahadah dan teruja bergelar saudara baru,” katanya sebelum ini yang merupakan penganut asal atheist.
Giovanna kini berada di UMT kerana mengikuti pengajian sarjana di Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS).
Ads
Pada majlis yang dilangsungkan pada 18 Jun lalu, kelihatan Giovanni tampil cantik dan santun mengenakan hijab bercorak bunga rona biru dengan ditemani rakan-rakannya.
Pengislamannya turut mendapat komen positif dari netizen melalui perkongsian di laman sosial Facebook di page Media Kreatif UMT
Selebriti Betty Rahmad berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan bahawa dia kini tampil dengan imej berhijab bersempena dengan keberkatan kedatangan Awal Muharam baru-baru ini.
Kongsi Betty atau nama sebenarnya Norsha Rahmad, hatinya mula tergerak untuk melakukan perubahan apabila melihat anaknya, Ardy Wira,2, sudah lancar mengaji Iqra tatkala dirinya yang sudah berusia masih merangkak-rangkak membaca al-Quran.
Adik kepada pelakon Datin Paduka Umie Aida dan Erma Fatima ini mula melatih diri dengan bangun tidur seawal pukul 4.30 pagi untuk mendirikan solat sunat tahajud, solat sunat taubat, berdoa dan mengaji di balkoni rumahnya selain turut menyertai kelas mengaji atas talian bersama ramai pelakon lain termasuklah Nabila Huda.
Setiap pagi, Betty membaca surah Ar-Rahman dan Al-Waqiah, namun terdapat satu ayat dalam kandungan surah Ar-Rahman yang benar-benar menjentik hatinya untuk melakukan suatu perubahan.
“Hati saya tersentak setiap kali membaca ayat ‘nikmat Tuhan mana yang engkau dustakan?’. Setiap pagi saya ulang membaca surah yang sama.
“Setiap hari saya terfikir, alhamdulillah syukur apa yang saya nak, semua Allah bagi. Suami baik dan penyayang, anak bijak dan bisnes yang masih berjalan pada waktu sukar begini sedangkan orang lain bergelut.
“Saya teringat kata seorang ustazah, perempuan senang nak masuk syurga. Syaratnya, jaga suami dan anak, jadi ibu yang baik. Saya pun dah jalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri dengan baik tapi ada yang tak cukup iaitu aurat,” katanya kepada Kosmo.
Selain itu, pemergian rakan artis Siti Sarah Raissuddin juga turut menjadi asbab buat dirinya untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.
“Masa arwah masih ada, saya ada pesan tudung jualannya. Waktu itu saya macam ada niat untuk bertudung tapi tak pakai lagi. Saya tunjuk kepada suami dan dia tanya dah nak bertudung ke tapi saya jawab belum lagi.
“Selepas arwah meninggal dunia, masa itu barulah saya putuskan untuk pakai tudung. Ketika membaca doa Awal Muharam, saya solat dan baca al-Quran bukan sebab sedih, takut atau susah. Tapi terlalu bersyukur dengan apa yang saya ada. Betapa sayangnya Allah kepada saya, semua urusan dipermudahkan, ada saja rezeki yang masuk,” jelasnya.
Dalam pada itu, kedua-dua orang kakaknya turut terharu dan sebak apabila Betty memberitahu khabar gembira itu buat mereka berdua menerusi sesi siaran langsung yang diadakan di laman sosialnya.
Coletahnya biasa kita dengar dan lihat di media sosial. Malah ada sahaja informasi berguna di sampaikan kepada pendengar. Mengenali dengan lebih dekat hos televisyen dan platform digital di stesen Media Prima ini nyata dapat membayangkan dirinya seorang yang happy go lucky.
Tidak susah untuk mendapatkan slot temubual dengan Sarancak memandangkan tidak bertindih dengan jadual tugasannya. Biarpun ada sedikit masalah sebelum penggambaran, namun Sarancak tetap tenang dan akhirnya berjaya melaksanakan sesi fotografi ini.
Nama saya Sara Zulkifli tetapi lebih dikenali sebagai Sarancak dan tahun ini saya berusia 28 tahun (2018). Saya bekerja sebagai hos televisyen dan hos digital. Seorang yang tidak reti untuk duduk diam. Sebenarnya sewaktu di sekolah dulu orang kata asyik ‘rancak’. Selepas itu, ada trend di mana kita menggabungkan nama kita dengan cinta hati. Tetapi disebabkan saya tidak tahu untuk gabungkan nama dengan siapa jadi kita gabunglah nama sendiri hinggakan tanda nama pun saya buat sendiri nama ‘SARANCAK’. Nasib baiklah cikgu tidak marah dan nama itulah yang dibawa hingga sekarang.
Saya sebenarnya mempunya ijazah Sarjana Muda dalam Zoologi dari Universiti Sains Malaysia (USM). Banyak sangat perkara yang saya minat dan ingin saya lakukan. Saya mahu kerja di zoo, jadi pelakon, bomba dan lain-lain lagi. Semualah saya mahu. Jadi selepas saya belajar bidang Sains, saya rasa apa kata kita cuba dulu bidang hiburan? Kalau ada rezeki adalah, kalau tiada kita boleh kerja di Zoo yang lebih kepada soal penjagaan haiwan.
Waktu mula-mula saya menghadiri uji bakat sebagai hos dalam Projek 3R di USM, saya hampir menarik diri. Tetapi rakan sebilik saya tetap memaksa saya meneruskan langkah dan menemani saya. Di situlah segalanya bermula. Saya berjaya masuk dalam rancangan itu sehingga peringkat final.
Selepas tamatnya program itu, saya ada juga terlibat dalam iklan komersial sebelum menyertai Hot FM Zoomers. Dari situlah saya diambil menjadi hos digital. Pada waktu itu, dunia digital masih baru, masih bereksperimen dan tidaklah seperti sekarang.
Dunia digital kemudiannya terus meningkat naik dan alhamdulillah rezeki saya di situ. Saya juga turut menjadi penerbit dan juga pengarah untuk program digital saya.
Dari dahulu saya memang tidak berhijab hinggalah lama kelamaan saya merasakan tiada apa lagi yang saya hendak buat sebagai remaja. Saya merasakan mungkin ini masanya untuk berhijab. Tetapi saya tetap ada perasaan takut dan berdebar kerana banyak kisah artis yang membuka tudung. Jadi bagi saya kita ‘belasah’ sahajalah!
Bermula pada raya dua tahun lepas, saya mula memakai selendang sewaktu berada di konti. Waktu itu memang tidak ramai yang bekerja kerana semuanya masih bercuti jadi saya mencuba seorang kerana tidak mahu orang tahu lagi. Saya cuba berhijab untuk seminggu. Saya fikir, tidak mengapa kalau rasa tidak selesa, nanti boleh buka dan kalau masih ada rasa hendak tutup kepala, pakailah semula.
Selepas itu, apabila saya cuba untuk tidak bertudung sewaktu berjalan keluar, saya rasa pelik. Alhamdulillah, jadi saya rasa memang sudah sampai waktunya untuk bertudung.
Saya tidak mahu mulakan penghijrahan ini terlalu ketara dengan bertutup litup kerana takut apabila perubahan saya begitu mendadak, nanti hal itu akan berbalik kepada saya. Bimbang nanti akan ada kisah yang mengejutkan rakyat Malaysia!
Saya cuba dengan stail ringkas dan longgar dahulu dengan memakai selendang. Pada awalnya memang kena kecam kerana netizen mengatakan gaya saya itu masih nampak leher. Akan tetapi saya fikir tidak mengapa yang penting saya selesa dan tindakan ini bukan untuk orang lain. Ramai yang mengecam di Instagram, sama ada di akaun saya mahupun Hot FM, di Facebook dan juga YouTube.
Kalau yang mengecam itu hanya sekadar mengecam saya maka saya boleh menutup mata sebab bukan mereka yang bayar bil-bil saya dan memberikan kerja. Tetapi, apabila ada yang mengecam menggunakan perkataan yang kasar seperti ‘betina’, saya akui ia agak terkesan di hati. Tipulah kalau tidak kan?
Susah untuk menjangka kehendak masyarakan tentang kandungan digital.Contohnya, jika kita dapat satu idea mengenai cinta pada awalnya mungkin okay tapi lama kelamaan mereka sudah tidak mahu kerana trend itu sudah berlalu.
Jadi saya harus fikirkan lagi. Memang susah. Dahulunya, pada awal tiga bulan pertama sahaja idea saya bagai mencurah-curah selepas itu ‘kering’. Oleh itu, saya mencari idea dengan membuat kajian menonton video dari luar negara. Boleh ambil idea mereka dengan syarat kita tukar sedikit supaya ia relevan dengan masyarakat kita.
Jika masih tiada idea, saya akan pusing satu pejabat dan berborak dengan rakan sekerja. Saya akan berkongsikan video dengan mereka. Saya tidak mahu mendengar pujian daripada mereka sebaliknya mahu dengar dari sisi yang berbeza supaya saya boleh membaiki dari sudut itu.
Boleh dikatakanlah saya ini seorang yang workaholic. Saya bersyukur tawaran itu sentiasa ada. Cuma yang peliknya, apabila seharian sudah bekerja saya mahukan cuti, tetapi apabila sudah bercuti dua hari, saya rasa bosan pula dan mahu kembali bekerja.
Pernah kerana dalam industri ini mereka mahukan orang yang cantik, kurus, seksi dan mempunyai figura yang ideal di mata rakyat Malaysia. Mereka akan mengatakan, ‘kenapa ambil dia ni, sudahlah gemuk, tidak cantik, tidak senonoh pula mulut dia!’
Tetapi, saya selalu fikir bahawa peratus yang benci itu lebih sedikit daripada mereka yang sukakan kita. Saya selalu letakkan yang bakat saya itu lebih besar daripada saiz badan saya. Tidak perlu untuk menyorok.
Sememangnya ramai pelajar sekolah yang bertanya saya di Instagram bagaimana untuk mendapatkan keyakinan diri. Perkara sebeginilah yang membuatkan saya untuk terus melangkah. Ada di antara mereka yang rasa tidak cantik lalu memuat naik gambar sambil menutup muka.
Mereka tidak sepatutnya rasa begitu kerana usia mereka masih muda. Kalau begitu pun mereka sudah rasa tidak yakin, bagaimana di masa akan datang nanti? Dari situlah datangnya rasa tanggungjawab saya untuk menolong mereka. Tidak semestinya gemuk itu hodoh. Jika ada bakat tunjukkanlah pada semua.
Garang. Benci tikus. Kalau belakang kamera saya bukanlah bising 24 jam. Saya tidak pandai untuk berfesyen dan yang terakhir saya seorang yang sangat mementingkan keluarga.
Saya sukakan stail dan gaya seperti Kaka Azraff dan Scha Alyahya. Mereka pandai suai padan dan bermain dengan warna. Saya suka bila sesuatu fesyen itu pelik misalnya apabila orang bertanya pada saya fesyen apa yang saya pakai ini? Saya akan rasa ya, baju ini lain daripada yang lain!
Sara rasa cantik bila…Bila Sara happy!
Fuyooo! Kalau dari segi banyak bercakap itu sama sahaja. Dulu saya tidak pernah mahu duduk diam. Dekat rumah pun mesti bising. Tetapi sekarang saya lebih introvert. Suka buat hal sendiri. Dahulunya sentiasa mahu ‘memekak’.
Kulit saya juga tidak gelap seperti dahulu. Dahulunya saya aktif bersukan. Masa saya dengan kawan-kawan juga tidak lagi banyak seperti dahulu.
Sekarang ini saya tidak boleh membuat apa-apa tindakan sesuka hati saya kerana harus memikirkan persepsi daripada masyarakat juga.
Kebanyakan pengikut saya juga banyak daripada kalangan pelajar sekolah. Bukan itu sahaja dari golongan VIP pun ada juga. Jika di luar, yang sudah bergelar nenek pun ada menegur saya. Saya macam ‘Wow, nenek pun tonton video! Kenapa nenek? Nenek buat apa di rumah, tengok YouTube?’
Memang sekarang saya lebih berhati-hati. Bukan fake, cuma menjaga imej. Takut jika kita tidak senyum, nanti orang akan fikir kita sombong pula. Penat sekalipun tetap senyum sahaja pada semua.
Saya melakukan rutin penjagaan asas. Saya akan pastikan setiap malam untuk cuba memakai topeng muka. Dahulunya sebelum bergelar isteri saya memang rajin memakainya tetapi apabila sudah makin sibuk saya tidak sempat pula untuk melakukan semua itu.
Saya mementingkan kelembapan kulit kerana hydration is everything. Jika kulit kering banyak masalah akan timbul nanti.
Perasaan itu sebenarnya hanya bermain dalam minda dan otak kita. Padahal orang lain yang melihat kita tidak memikirkan apa-apa pun mengenai diri kita. Jadi, jika tiada keyakinan diri, cubalah untuk membina keyakinan itu. Jangan peduli kata orang asalkan prinsip kita betul, menjaga batas dan kita juga perlu tahu apa yang kita mahukan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pempengaruh ini mencuba satu celak ‘tradisional’ yang cukup menarik. Namun, ramai yang risau dengan cara untuk memakai celak tersebut bila dia mula meletakkan dia mata.
Dunia media sudah tentu akan menghiburkan dan mendidik kita dengan sesuatu benda yang baru setiap hari. Hari ini kita dapat lihat tutorial solekan pemakaian celak ‘tradisional’ oleh pempengaruh Sofea Shra, @sfeashraa.
Dia yang terkenal dengan menggayakan gaya hijab yang simple dan menarik sering menjadi perhatian orang ramai. Kali ini, percubaannya menggunakan celak ‘tradisional’ ini agak merisaukan ramai orang.
Celak yang dia gunakan adalah celak Ithmid iaitu celak yang sering digunakan oleh orang Arab. Alatan solekan ini sangat menarik kerana ia di dalam bekas kecil yang di datangkan bersama besi halus yang digunakan untuk hasilkan solekan celak.
Di dalam video itu dia menyatakan keterujaannya untuk mencuba alat solek tersebut. Ianya cuma kecil sahaja berbanding dengan apa yang dia bayangkan.
Apabila dia mulai menggunakan alatan itu dengan semua agak terkejut. Cara gunakannya perlu di gosokkan besi kecil itu di antara kelopak mata untuk menghasilkan garisan cantik di ‘water line‘ mata.
Katanya, ia agak susah untuk di gunakan tetapi cukup menarik di samping mempunyai kebaikan tersendiri. Tambahan lagi, produk itu di sarankan untuk digunakan sewaktu sebelum tidur.
Sofea menyatakan di dalam video itu tiada rasa sakit meski pun kelihatan agak ‘memeritkan’. Katanya dia terlebih rasa geli-geli sewaktu menggunakan alatan itu.
Meninjau di ruangan komen, sudah tentu ramai yang memberikan reaksi yang pelbagai. Rata-ratanya menyatakan penggunaan alat itu agak ‘menyeramkan’.
“Weh kita pulak seriau tengok dia pakai tu..,
“Takut lah macam cucuk mata, tapi menarik!” antara mereka yang agak terkejut dan takut melihat cara pemakaiannya.
Tetapi ada juga segelintir komen yang menyatakan kebaikan memakai celak ini. Ianya bagus untuk bantu masalah rabun.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.