
Isi Kandungan
ToggleAduhai, kalau tak cuci rambut nanti akan ada bau yang busuk. Bila sudah cuci rambut pula, tekstur akan mula kusut dan terlalu kering sepanjang hari.
Sudah tentunya ramai yang mengalami masalah yang sama dalam senario di atas. Walaupun nak kekalkan rambut wangi dengan mencucinya setiap hari, ia akan lebih membuatkan lagi rambut anda bermasalah!
Rambutkan mahkota, perlulah jaga!

Ramai yang suka mengambil solusi untuk mencuci rambut dengan sangat kerap. Khuatir ada yang bakal menegur bau rambut yang busuk dan kepam!
Artikel berkaitan: 10 ‘Hair Hack’ Ini Layak Dicuba Pada Helaian Rambut Anda, Obsesi Rambut Kerinting!
Kajian ada menyatakan bahawa kekerapan anda mencuci rambut akan menyebabkan lagi rambut kusut. Bahkan, banyak lagi masalah seperti rambut bercabang dan lain-lain seperti yang bakal dinyatakan di bawah!
1. Rambut boleh bercabang

Pemilihan produk bukan menjadi satu faktor utama masalah rambut bercabang, malah kerap basuh boleh menyumbang kepada masalah ini. Pelembap semula jadi akan mudah hilang dan mengurangkan kesihatan rambut.
Jadi rambut yang bercabang adalah sebab kekurangan pelembap asli yang keluar dari kulit kepala. Dalam masa yang sama, air panas juga tidak disarankan untuk mencuci rambut kerana ia boleh buat kulit kepala mengelupas dan berminyak.
2. Berminyak dan kusut

Rambut yang kering akan memudahkan penampilan kita tampak kusut dan terjadinya masalah rambut yang berminyak. Rambut yang berminyak ini juga boleh menyebabkan bau busuk malah masalah kelemumur dan jerawat pada kepala.
3. Warna rambut semakin pudar

Bagi mereka yang suka mewarnakan rambut sudah tentu anda akan banyak membelanjakan wang yang banyak. Namun, kerap mencuci rambut juga adalah salah satu faktor senangnya warna rambut itu cepat pudar dan tidak menarik!
4. Rambut yang rosak

Keringkan rambut menggunakan pengering rambut sudah tentu akan menyebabkan rambut cepat rosak. Haba yang digunakan juga perlulah bersesuaian dan tidak terlalu panas kerana ia akan menyebabkan rambut rosak dan kelihatan tidak sihat.
Artikel berkaitan: Tanggal Tudung Rambut Leper & Penyet, ‘Hack 15 Saat’ Rambut Jadi Kepok Dan Subur Segera.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Kulit Kepala Merengsa, Rambut Rosak Dan Mudah Putus, Ini Produk Dengan Formulasi Yang Hebat!

Isi Kandungan
ToggleMahkota hijabi patut mendapat perhatian seperti yang anda berikan pada kulit. Lagipun, kulit kepala adalah kulit, dan tidak semua rambut dicipta sama. Sama seperti kulit, semua jenis rambut dan kebimbangan adalah unik dan memerlukan rejimen penjagaan rambut yang dipilih susun untuk memenuhi keperluannya.
Cadangan mudah dan menghilangkan masalah rambut anda, apa yang perlu hijabi cari formulasi khusus hapuskan masalah kulit kepala hasilnya rambut sihat dan berkilat. Ini cadangan produk yang betul!
ARTIKEL BERKAITAN: Rawat Rambut Yang Terlanjur Rosak Dengan 6 Cara Ini!
Buat pilihan yang tepat
Selepas setahun yang luar biasa mencetuskan perbualan mengenai penjagaan rambut dan melihat melangkaui jenis dan tekstur untuk menyediakan penyelesaian penjagaan rambut yang berkesan, Sephora Malaysia’s Better Hair Club kembali, membantu anda mencapai kunci kualiti salun di rumah.
Dengan wawasan dan pemahaman pakar Sephora tentang komunitinya, pusat kecantikan telah mengenal pasti tiga masalah rambut utama yang melanda semua orang di seluruh dunia iaitu rambut kering dan rosak, rambut pecah dan kulit kepala yang merengsakan.
Kini, Better Hair Club hadir dengan rangkaian penjagaan rambut yang berkesan sepenuhnya untuk membantu anda mencari pembaikan rambut anda untuk kebimbangan khusus, serta memanjakan rambut dengan produk yang merawat, menenangkan dan menguatkan dari kulit kepala ke setiap helaian.
Rambut kering dan rosak
Apabila rambut tidak mempunyai kelembapan yang mencukupi atau gagal mengekalkannya, ia boleh kelihatan kusam dan keriting, sudah pasti itu tanda bahawa rambut anda telah rosak.
Berikan kunci rambut kering anda untuk kedua kalinya dengan menjemurnya dengan kelembapan, menghidratkan setiap helai secara mendalam untuk membalikkan kerosakan dan menjadikan rambut anda kelihatan lebih lembut, berkilat dan lebih sihat berbanding sebelum ini.
Segarkan dan suburkan rambut dengan serum, topeng dan minyak rambut untuk kesempurnaan yang licin dan sutera.
- Briogeo Be Gentle, Be Kind Avocado + Kiwi Moisture Superfood Mask
- Olaplex 0 Intensive Bond Building Hair Treatment
- Virtue Labs Frizz Block Smoothing Spray
Rambut pecah dan mudah putus
Berurusan dengan helaian yang mudah terputus? Penyebab di sebalik isu rambut rapuh dengan keanjalan yang rendah ini termasuk penarikan berlebihan, memberus secara agresif dan pewarnaan rambut yang kerap, semuanya menjejaskan kekuatan rambut.
Mereka yang mempunyai tekstur rambut yang lebih kasar atau lebih kerinting amat terdedah kepada kerosakan, kerana minyak semulajadi kulit kepala bergelut untuk sampai ke hujung rambut, menyebabkan rambut tidak mendapat khasiat yang diperlukan. Untuk memulihkan kesihatan rambut dan mengelakkan kerosakan, pilih formula lembut yang memberikan khasiat sambil melindungi daripada haba dan sinaran UV.
ARTIKEL BERKAITAN: Nak Rambut Berkepuk, Rawat Kulit Kepala Dahulu. Hanya Dengan Dua Produk!
- The Ordinary Multi Peptide Serum for Hair Density
- Virtue Labs Conditioner for Thinning Hair
- Fekkai Full Blown Volume Shampoo Weightless Amplifier
Penyelamat kulit kepala yang merengsa
Tiada siapa yang suka cerita temberang, tetapi kulit kepala tidak dapat menahannya! Mengelupas dan kegatalan adalah dua punca yang mendedahkan masalah di bahagian atas, berfungsi sebagai petunjuk penting kulit kepala yang merengsa, yang menjadikannya lebih terdedah kepada sensitiviti.
Memandangkan kulit kepala mengandungi banyak folikel rambut dan kelenjar sebum, mengekalkan kulit kepala yang sihat adalah penting dalam memastikan rambut yang sihat, berkilau dan tebal.
Penenang kulit kepala yang kuat untuk mengatasi kulit kepala yang mengelupas dan teriritasi cuba produk ini:
Nah dengan cadangan produk yang berbaloi dimilki ini, HIJABISTA cadangkan apa yang sesuai dan terkini di pasaran yang mempunyai formulasi unggul yang di akui oleh pakar. Selamat mencuba sis!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Nusantara Perjalanan Islam Ayana Moon

Kelibat figura ini melintas di laman sosial memang cukup viral. Manakan tidak, dengan berkulit putih melepak tetapi cukup manis dan santun berhijab. Malah, Bahasa Korea yang luncur dari bait bibirnya menjadikan dirinya cetus fenomena tersendiri. Baru-baru ini video dia mengucapkan Salam Aidilfitri dalam tiga bahasa juga telah ditonton jutaan netizen di laman Instagram.
Cantik, manis orangnya. Gayanya yang santun pasti membuatkan sesiapa sahaja terpaku apabila berhadapan dengannya. Ada ketegasan dalam kelembutan, itulah Ayana Jihye Moon, 22 tahun. Dengan lebih 1.5 juta pengikut di Instagram, Ayana ternyata bikin rakyat Indonesia dan Malaysia jatuh cinta dengannya!
Memang sudah lama team Hijabista pasang niat mahu menjadikan dia sebagai gadis sampul hadapan. Bagai bulan jatuh ke riba apabila mengetahui beliau berada di Malaysia, langsung Editor menghubungi untuk mengatur temu janji. Salam nyata disambut dan mualaf dari Korea ini setuju menjadi penghias muka surat untuk Edisi Travel ini.
Walaupun masa diberikan hanya sekejap, namun pengalaman bekerja dengannya amat menyenangkan dan memudahkan fotografi. Ternyata Ayana bukan sahaja cantik, tetapi cukup santun orangnya dan memberikan kerjasama penuh sepanjang sesi fotografi berlangsung.
Boleh ceritakan sedikit mengenai diri Ayana?
Saya baru berusia 22 tahun dan berasal dari Korea. Saya bergelar mualaf sejak dari tahun 2012. Sekarang saya bekerja di Malaysia dan Indonesia sebagai model fesyen Muslimah. Saya juga bekerja untuk Wardah Beauty Indonesia.
Cabaran yang dihadapi selepas menjadi seorang mualaf?
Hidup sebagai seorang Muslimah di Korea sangat mencabar. Anda tidak boleh mendapatkan kerja kerana berhijab. Jika anda mendapatkan kerja, kadang kala anda perlu minum alkohol kerana itu budaya mereka. Jadi, banyak perkara yang haram untuk dilakukan. Pada pendapat saya, sememangnya banyak dugaan yang perlu ditempuh di sana.
Ayana selalu berulang alik ke Malaysia, Indonesia dan Korea. Bagamaina Ayana melakukannya?
Sebenarnya saya tidak kisah untuk berulang-alik kerana tujuan saya adalah untuk bekerja. Dan jika saya disuruh pergi ke Korea juga tidak ada masalah untuk terbang ke sana. Lagipun Korea adalah ‘hometown’ saya.
Cabaran yang dihadapi ketika mengembara sebagai seorang Muslimah?
Sebenarnya tiada masalah jika travel di Malaysia atau Indonesia. Alhamdulillah. Cuma kadang kala jika saya ada sesi fotografi di Korea, mereka tidak benarkan saya melakukannya. Selalunya mereka akan menyangkakan saya seorang rakyat Indonesia ataupun Malaysia jika saya berhijab. Tetapi, jika mereka mengetahui saya seorang rakyat Korea, mereka akan datang kepada saya dan menyuruh saya menanggalkannya sambil berkata ‘Are you crazy?!’ Jadi saya sememangnya perlu banyak bersabar dengan keadaan sebegitu.
Selalu berjauhan dengan keluarga kerana kesibukan hidup. Siapakah insan yang selalu berada di sisi Ayana?
Alhamdulillah walaupun saya baru bekerja selama 3 bulan setengah di Indonesia, saya telah bertemu banyak insan,rakan baik di sana. Mereka selalu membawa saya ke kelas ‘Kajian’ (kuliah). Seperti yang saya beritahu bahawa saya bekerja dengan Wardah Beauty, mereka semuanya begitu baik dalam melayan dan menjaga saya. Kadangkala mereka risau jika saya tidak makan. Mereka begitu menitik beratkan keadaan diri saya. Antara rakan baik saya di sana ialah Dian Pelangi. Di Malaysia pula ialah Hazra Ngah dan Farah Lee.
Lokasi bercuti kegemaran Ayana dan tempat yang ingin sekali Ayana lawati?
Sekarang saya berada di Jakarta, jadi saya mahu duduk di rumah sahaja. Saya tidak mahu pergi ke mana-mana (ketawa). Sebelum ini saya pernah ke Japan, Hong Kong, China, Filipina. Kebiasaannnya adalah negara Asia.
Hidup anda kelihatan sempurna. Seperti komen yang ditinggalkan di Instagram anda, semua orang mahu menjadi seperti anda. Apa pandangan Ayana mengenai hal itu?
Tidak pernah saya merasakannya sempurna. Saya tidak pernah menyedari perkara itu. Saya merasakan ianya satu perkara biasa, normal apabila seseorang itu meninggalkan komen di akaun Instagram saya kerana ia juga berlaku kepada orang, Instafamous yang lain juga.
Jika mahu berkahwin nanti, apa karakter seorang suami yang dicari. Tidak kisahkah jika berbeza adat dan budaya dengannya?
Seorang yang mempunyai iman yang baik, personaliti yang bagus. Saya tidak kisah jika terdapat perbezaan kerana apa yang paling penting ialah perwatakannya.
Bagaimana untuk terus positif dalam hidup dan bagaimana Ayana menangani stress?
Bagi saya minum coke itu dapat menghilangkan stress saya (ketawa). Kehidupan saya pada hari ini sangat sibuk. Jadi, saya tiada masa untuk memikirkan apa-apa masalah. Saya hanya melakukan kerja saya sahaja.
Nasihat Ayana kepada gadis di luar sana yang sentiasa berasa tidak yakin dengan diri sendiri.
Sangat susah untuk saya mengatakannya. Kadang-kadang, saya juga merasakan diri saya tidak cantik kerana ramai lagi gadis cantik di dunia ini. Saya Ayana, saya tiada apa-apa. Saya beri contoh Song Hye Kyo. Dia sangat cantik bukan? Namun, jika saya memiliki wajahnya pun, kita tidak akan boleh menjadi orang yang sama. Setiap seseorang itu ada keistimewaannya masing-masing. Segalanya datang daripada Allah. Jika kita tidak sayang diri kita, siapa lagi?
Siapakah Ayana dalam 10 tahun akan datang?
Saya mempunyai rancangan untuk menyambung pelajaran kerana mungkin pada usia saya sudah menganjak 30 an, tiada siapa mahukan saya lagi. Pada waktu itu mungkin orang sudah menyangkakan saya ini sebagai ‘nenek’. Jadi, saya mungkin akan menukar pekerjaan saya kerana industri ini sentiasa mahukan orang yang cantik. Di masa hadapan, saya mahu melakukan dakwah. Saya akan melakukan sesuatu yang baik untuk sesiapa yang mahu menjadi Muslim di Korea ataupun di mana sahaja. Saya juga masih boleh dikatakan sebagai seorang ‘baby Muslimah’. Saya mahu menjadi Muslimah yang lebih baik dan menjadi pengaruh yang lebih bagus kepada orang lain.
Jurusan apakah yang Ayana mahu sambung?
Sebelum ini saya adalah seorang pelajar dalam bidang politik. Tetapi, saya menyedari hakikat bahawa seorang Muslim tidak boleh menjadi ahli politik di Korea. Sebenarnya, saya mahu belajar mengenai undang-undang, politik dan sesuatu yang serius. Ini kerana saya fikir mungkin saya boleh membantu Muslimah yang menghadapi masalah di negara mereka mengenai peraturan dan undang-undang. Bukan menjadi seorang peguam, tetapi saya hanya mahu menolong mereka dalam mendapatkan hak.
5 perkara yang orang tidak tahu mengenai Ayana.
Saya selalu minum coke setiap masa, lebih daripada apa yang anda tahu. Tinggi saya adalah 161cm. Tarikh lahir saya adalah pada 28 Disember. Saya ada seorang adik lelaki. Lagu Sabar oleh Ismail Izzani merupakan lagu Melayu kegemaran saya. Saya suka Kuey Tiaw, Sate Kajang dan Nasi Goreng yang super pedas!
Pernahkah ada orang yang mahu melihat Ayana jatuh dan membuli anda di media sosial?
Sebelum ini pernah ada orang yang mempersoalkan sama ada saya melakukan pembedahan plastik. Saya telah menjelaskannya dalam sebuah video di Instagram dan selepas itu tiada lagi yang mempersoalkannya. Saya tidak pernah mengambil peduli jika ada yang memberikan saya mesej negatif kerana terlalu ramai manusia gila di dunia ini. Jadi saya tidak kisah dengan semua itu.
PENYELARAS: SURIA HASSAN TEKS: QISTINA BALQIS KONSEP: NORZIAH SOLEKAN : KELINA FOTO: AHMAD SYAHIR BUSANA & HIJAB: MIMPI KITA & INNER SEJUK
Rumah Cantik & Hidup Bila Pasang Wallpaper, Ini Idea Yang Hijabi Boleh Ikut

Kertas dinding, satu daripada aksesori hiasan dalaman yang sememangnya popular dalam kalangan masyarakat, terutama bagi mereka yang lebih selesa memilih dekorasi dinding bermotif.
Malah kertas lapisan ini bukan saja berfungsi memperindahkan lagi ruang atau sudut di dalam rumah, pejabat, kafe mahupun struktur bangunan lain, bahkan bertindak sebagai pelindung.
Menutupi cela pada dinding dan menghasilkan permukaan lebih menarik dan bertekstur, kertas dinding ditawarkan dalam bentuk gulungan manakala direka secara menegak bagi memudahkan proses pemasangannya.
Bagi hijabi yang sedang merancang untuk menukar keseluruhan mood rumah dengan memasang wallpaper atau kertas dinding, ada beberapa tip yang perlu diberikan perhatian.
WARNA
Suasana bilik boleh dipengaruhi oleh warna. Kalau mahukan ruang besar dan siling pun nampak tinggi, pilih corak yang latar belakangnya warna lembut seperti putih, cream, biru muda, ungu lembut,kelabu lembut pendek kata yang sejuk. Warna-warna sebeginii boleh buat kita rasa tenang dan santai.
PENCAHAYAAN
Cahaya boleh dibentuk dari wallpaper. Macam mana tu? Kalau bilik tiada tingkap, pilih lah wallpaper yang boleh beri kesan pantulan cahaya seperti wallpaper yang bercorak cerah dan ada warna metalik, boleh juga yang colourful. Corak wallpaper yang halus juga boleh memantulkan cahaya. Jika bilik kecil, elakkan guna wallpaper yang gelap dan ada tekstur.
PILIH GAYA YANG SESUAI
Kadang-kadang ada rumah yang mempunyai ruang tertentu seperti ruang makan, ruang formal, ruang keluarga, ruang terbuka, Untuk ruang formal, corak yang skala besar dengan warna dramatik lebih sesuai. Jika ruang terbuka, corak motif kecil boleh digunakan.
SERLAHKAN RUANG
Bagi menampakkan ruang lebih tinggi, gunakan wallpaper corak belang dan menegak. Corak melintang pula akan menjadikan bilik lebih lebar. Corak kecil akan jadikan bilik lebih luas manakala corak besar boleh memberi impak lebih privasi.
SUAI PADAN DENGAN BIJAK
Bilik tanpa corak lama-kelamaan nampak agak bosan. Tapi bilik yang terlalu bercorak pun boleh buat serabut mata memandang. Jadi kalau nak pilih wallpaper yang corak bunga atau petak, guna corak dengan warna yang sama. Contoh bunga ada elemen biru muda, bahagian corak pun mesti lah ada warna tersebut. Jangan dicampur aduk dengan warna pelbagai.
Melalui perkongsian Atam Ayu di Facebooknya, wanita ini berkongsi idea pemilihan wallpaper yang sesuai untuk dipasang di rumah.
Sumber kredit: Ayam Ayu dan majalah Impiana