Pelakon jelita drama popular Mr.Grey, Eyra Hazali meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga terhadap kejayaan sang suami, Haziq Nadzli apabila berjaya membuka sebuah restoran makanan laut yang dikenali sebagai Haziq Shell ‘all’ out (Shell Out).
Hijabista difahamkan bahawa, restoran makanan laut berkenaan akan mula beroperasi dua hari lagi, iaitu pada 19 Januari 2023 (Khamis) sebelum sambutan Tahun Baru Cina Bermula.
Perkara gembira ini dimaklumkan sendiri oleh Eyra menerusi hantaran di laman Instagram (IG) miliknya, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 24, yang juga ibu kepada dua cahaya mata itu, berharap serta berdoa agar pembukaan restoran baharu suaminya akan berjalan lancar.
“Alhamdulillah, tahniah sayang. Semoga Allah membimbing dan memberkati anda dalam segala hal. Semoga perniagaan awak berjaya di tahun-tahun akan datang.
“In Shaa Allah restoran kami akan dibuka pada 19 January 2023 ( Khamis ) di Bandar Dato Onn, Johor Bahru. Kedai beroperasi dari 4.00 petang 12.00 tengah malam,” tulis Eyra pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Selain itu, Eyra turut berharap agar restoran itu mendapat sambutan yang mengalakkan serta sokongan daripada para peminat mereka berdua.
Ads
Malah, Eyra juga turut mengambil kesempatan menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir ke majlis pembukaan itu nanti serta berterima kasih diatas doa-doa yang dikirimkan wagramaya buat keluarga mereka.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata pengikut kedua pempengaruh media sosial ini membanjiri ruangan komen pada hantaran berkenaan dengan mengucapkan tahniah diatas kejayaan kedua figura kesayangan mereka itu.
Malah, terdapat juga netizen yang mendoakan agar perniagaan pasangan suami isteri ini maju dan berjaya mencapai keuntungan berlipat ganda.
Cara hidup masa kini yang lebih menjurus ke arah barat dan moden mungkin punca kita selalu lupa dan alpa akan ajaran yang diajar oleh baginda Rasullullah.
Sebenarnya Rasulullah banyak memberi contoh kepada kita tentang bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat.
Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala. Ini merupakan cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.
1. Amalkan Bangun Sebelum Subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
2. Menjaga Kebersihan Dan Kesihatan Secara Berterusan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.Setiap Khamis atau Jumaat, baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
4. Jadikan ‘Jalan Kaki’ Sebagai Amalan
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
5. Elak Sikap Hasad Dengki Dan Iri Hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
Pizza adalah makanan kegemaran Hijabi? Jika ya adalah jawapanya! Anda mungkin tidak mampu menolak hidangan pizza yang enak dari Motorino ini!
Apa yang membuatkan Pizza Motorino ini berbeza dengan yang lain adalah, kepingan pizza Motorino amat rangup dengan taburan aneka jenis keju dan adunan sos lazat serta ramuan berkualiti di dalamnya menyerlahkan cita rasa sebenar piza Itali.
Malah, rangkaian restoran yang dimiliki dan dikendalikan lelaki kelahiran Belgium-Itali iaitu Cef Mathieu Palombino ini adalah penghasilan piza Neapolitan yang dimasak dalam ketuhar kayu yang diimport dari Itali.
Melangkah masuk ke Motorino di SkyAvenue, ruang makan seluas 4, 000 kaki persegi dengan bahagian hadapan bangunan memaparkan rekaan tingkap gaya Itali berbingkai emas membuatkan para pengunjung seolah-olah berada di restoran Itali sebenar.
Malah, restoran francais di Malaysia juga merupakan yang terbesar setakat ini jika dibandingkan dengan beberapa cawangan lain seperti di Hong Kong dan Singapura!
Paling mencuri tumpuan tatkala menjamu selera di sini adalah kewujudan dua ketuhar piza yang dibawa masuk dari Naples, Itali semata-mata demi menerbitkan esensi The Motorino.
Begitu juga penyodok piza berbentuk dayung yang diperbuat daripada sekeping kayu dan ditempah khas untuk menghasilkan piza ala Itali.
Di Motorino SkyAvenue, pelanggan tidak sekadar berpeluang menikmati hidangan piza terkenal ini malah disajikan dengan keseluruhan proses pembuatan piza Motorino. Terdapat lebih daripada 20 pilihan inti yang boleh ditambah ke dalam piza.
Ini termasuk ramuan kubis Brussel, dua jenis ikan bilis, arugula segar, keju mozarela, keju fior de latte iaitu mozarela segar yang diperbuat dengan susu lembu, ayam belanda, pepperoni dan kepah.
Harga piza yang ditawarkan bermula dengan harga RM45 hingga RM67 sekeping. Selain itu, terdapat sajian pencuci mulut seperti tiramisu, kek coklat dan gelato.
Bahkan, piza yang berasal dari Brooklyn dan East Village ini pernah diiktiraf sebagai restoran piza Itali Neapolitan terbaik di New York. Kini anda boleh menikmatinya di Resorts World Genting Highland.
Jika anda ke Genting Highlands usah lepaskan peluang ke Motorino yang terletak di aras 1, SkyAvenue yang dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari Ahad hingga Khamis dan 10 pagi hingga 12 tengah malam setiap Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum.
Selepas tempoh PKP, Bagaimana anda perlu mengurus wang dengan bijak? Apakah kaedah efektif untuk menabung dan melakukan penjimatan wang? Adakah anda cukup bijak menguruskan wang?
Berkemungkinan selepas tempoh PKP anda akan rasa panik untuk merguruskan pinjaman yang tertangguh. Adakah anda merangka strategi agar dapat meneruskan kehidupan. Perkongsian daripada petikan daripada kursus panduan cashflow oleh Suzardi Maulan.
Artikel ini akan menunjukkan kepada anda kaedah yang berkesan untuk mengurus wang dan gaji bulanan anda. Jadi jika anda orang yang “buta kewangan” dan buntu mencari jalan penyelesaian, maka insyaaAllah anda akan mendapati panduan ini sangat berguna.
Tak kisahlah tu, pilih sahaja mana-mana cara mencatat yang tuan selesa nak buat. Kalau suka cara old school, pakai pena dan kertas, guna cara tu. Kalau celik teknologi, suka semua benda catat dalam aplikasi telefon pintar, pun boleh. Apa yang anda perlu tuan buat adalah mencatat semua duit masuk DAN duit keluar. Setiap sen.
“Saya nak keluar dari masalah tak cukup duit setiap bulan.”
“Saya berazam akan track setiap sen duit masuk dan keluar dari poket saya untuk ubah situasi ini.”
Masuk gaji berapa haribulan?
Itulah tarikh hari pertama dalam catatan ini. Jika gaji dapat setiap 25hb setiap bulan, maka catatan ini akan habis pada 24hb setiap bulan.
Catat berapa gaji kasar.
Catat berapa potongan yang dah tolak dari gaji siap-siap. Sekarang ni tulis berapa duit gaji yang tinggal dalam akaun yang digunakan sampai gaji yang seterusnya.
Sekiranya ada meminjam duit kawan, sedara, suami / isteri, anak pun kena tulis. Jangan lupa juga segala tuntutan perbelanjaan di tempat kerja, elaun, bonus dan seterusnya.
Mesti catat setiap sen.
Sarapan makan apa? Minum apa? Masa di stesen minyak tadi, singgah ATM nak keluarkan duit, ada tak beli rokok ke (tak payah la merokok lagi, bakar duit sahaja), gula-gula ke, coklat ke. Catat semua.
Kalau ada resit simpan.
Malam sebelum tidur double check catatan tu berdasarkan resit.
GST bayar berapa. Servis charge bayar berapa.
Semua ada.
Jangan catat perbelanjaan dua kali.
Caranya adalah, kalau masa isi minyak tadi bayar guna kad kredit, tulis “Minyak RM 50 kad kredit.” Nanti masa bayar hutang kad kredit, buka statement tengok dulu, catat juga berapa finance charges bulan tu.
Tapi kalau makan tengah hari tadi, RM7.00 bayar tunai, tulis tunai. Maksudnya kena ada kolum catatan, yang mana satu tunai, yang mana satu kredit. Bila transaksi tunai, pastikan setiap malam tengok dompet tu, tally ke tidak dengan catatan.
Catatan ini perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 bulan.
Ya, 90 hari.
Bukan senang nak senang. 90 hari je pun, mengandung pun 9 bulan. Ini antara langkah yang penting supaya dapat jadi senang bertahun-tahun.
Selepas 90 hari, maka kita dapat buat graf sebegini:
Sila pecahkan perbelanjaan kita dalam bentuk graf begini. Dah ada rekod, senang je nak buat. Pasti kita dapat tahu ke manakah kita membelanjakan duit kita setiap bulan. Duit itu tidak hilang. Kalau hilang pun, kita lah toyolnya. Duit itu tidak dirompak. Kalau dirompak pun, kita lah perompaknya.
Bukan orang lain.
Kita selalu membeli sebab emosi. Bukannya perlu sangat pun barang tu.
Lalu kita cuba cara sebab pembelian tersebut supaya diri kita boleh terima, kononnya dah rasional masa berbelanja. Hakikat, kita selalu beli barang yang kita takkan pakai, jarang pakai dan tidak perlu pun.
“Tengah ada diskaun ni, nanti ada kenduri kahwin senang dah ada baju.”
“Beli satu percuma satu. Wow!”
“Nampak cantik pula pakai cermin mata hitam ni. Macam artis pula rasanya. Hihihi”
Maka sila pecahkan perbelanjaan kita seperti berikut.
Ini adalah contoh:
Jika kita tidak membelinya kita mati
Kalau dapat OK, boleh ditangguhkan
Sekali sekala, boleh tangguh
Apa-apa yang jatuh dalam kategori kemewahan dan kehendak maka ia dapat dipotong atau ditangguhkan.
Tahan nafsu. Berdasarkan catatan yang kita dah buat, maka kita tengok satu persatu tabiat perbelanjaan kita. Kemudian boleh buat keputusan untuk potong atau kurangkan mana berdasarkan keutamaan.
Berikut adalah contoh situasi:
Kita baru perasan rupanya kita berbelanja hampir RM 50 sebulan kerana membeli akhbar setiap hari. Maklumlah, tajuknya bergetar jiwa raga bila baca. Sedangkan kita dapat membacanya di pejabat atau secara online.
Penjimatan sebulan: RM 50
Ada TV pun kalau asyik sumpah seranah sahaja tengok berita, buat apa tonton tv lagi? Langganan TV berbayar macam ASTRO lagilah. Jika memang kita menonton semua saluran yang kita beli ok, tiada masalah. Berbaloi lah. (Betul ke?)
Namun jika kita teliti semula, selalunya kita bayar ratusan ringgit sebulan untuk melanggan saluran yang kita tidak tonton dan ehem… untuk mendapatkan ‘kualiti gambar lebih sedikit’ dan…
untuk mendapat info kaji cuaca, “Oh, hujan rupanya,”
Penjimatan sebulan: RM 50 – RM 150.
Sehari kita menghabiskan sekotak rokok. Habis lebih RM 15 sehari. Lepas tu kau dah kenapa komplen tak cukup duit?
Penjimatan: RM 450.
Maka dengan menyusun keutamaan, kita dapat mengelakkan pembaziran. Orang yang membazir ini adalah saudara syaitan. Malah dalam perbelanjaan keperluan pun dapat jadi membazir.
Anda dapat membuat peraturan mudah seperti berikut:
Strategi penjimatan ini nampak kecil dan mungkin remeh tetapi jika dikumpulkan sebenarnya jumlahnya besar. Apa kata anda tidak guna aircond selama 1 bulan jika mahu tahu berapa banyak sebenarnya duit kita gaji kita habis untuk kegunaan elektrik sahaja?
Strategi ini disebut:
Berbelanjalah untuk perkara yang kita suka, dan, jangan berbelanja untuk perkara yang kita tidak suka.”
Masih bujang dan memang jenis yang suka berjalan dan tidak suka duduk rumah. Justeru kenapa perlu berbelanja lebih untuk rumah? Potonglah perbelanjaan berkaitan rumah, pilih kediaman yang kecil-kecil sahaja. Maka ada duit untuk digunakan untuk backpack, bercuti dan mengembara.
Jenis suka bersukan dan tidak suka tonton televisyen.
Guna internet sahaja lah di rumah. Tak perlu habiskan duit beli televisyen, langgan saluran televisyen berbayar. Lebihan duit yang diterima sebab tidak ada televisyen di rumah ini dapat digunakan untuk aktiviti sukan yang kita suka dan minat.
Seronok membaca dan bukan kaki gadget. Maka belilah telefon yang paling murah, plan data paling murah dan lebihan duit itu digunakan untuk membeli buku-buku yang kita suka.
Langkah-langkahnya adalah seperti berkut:
Senaraikan apa yang kita suka dan apa yang kita tidak suka melalui jadual sepert ini. Selalunya perkara yang kita suka kita pasti memanfaatkannya dan jika kita tidak suka kita tidak akan usik langsung seperti langganan majalah (edisi bulan-bulan lepas masih dalam plastik!).
Langgan sebab jurujual dia comel.
Maka kita dapat senarai begini.
Maka dalam situasi di atas perbelanjaan untuk duduk di rumah yang selesa adalah lebih utama berbanding perbelanjaan ke atas kereta. Kereta biasa pun tidak mengapa, asalkan rumah besar dan selesa.
Situasi di atas juga tidak memerlukan kita membeli kamera yang mahal-mahal yang berharga ribuan ringgit jika telefon kamera adalah mencukupi. Nak upload ke laman sosial sahaja pun, bukan jurugambar profesional.
Cuba fikirkan.
Apakah aktiviti yang kita suka itu dapat mendatangkan duit.
Misalnya ada orang suka membeli … rumah! Saya tak berapa suka. Saya lebih suka beli bisnes yang bagus-bagus. Itu adalah minat yang menarik. Rumah-rumah tersebut dapat disewakan, menjadi aset seterusnya dapat dijual apabila kita memerlukan duit.
Tidak semestinya rumah.
Apakah anda pernah dengar collectibles?
Lego, koleksi Star Wars, jam tangan, beg tangan jenama tertentu dan macam-macam lagi.
Tapi pastikan jangan jadi hoarder pula. Jenis beli sahaja tapi jual tak mahu. Sampai jadi semak di mata orang lain. Itu namanya penyakit dan perlu dirawat. Kumpul-kumpul juga tetapi bersedia untuk menjualnya semula sekiranya ada permintaan.
Sebagai seorang peminat, sudah tentu kita tahu barang apakah yang mempunyai nilai, dan barang apakah yang tidak mempunyai nilai. Contohnya Star Wars, peminat asli pasti tahu antara Darth Vader dengan Captain Phasma, mana yang lebih bernilai.
Kalau tak pasti habiskan duit sahaja. Bila dah suka sesuatu. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sekiranya minat kita bukan terhadap benda yang fizikal, tetapi lebih kepada sesuatu aktiviti yang berkemahiran tinggi, seperti berenang, menjahit, melukis dan seterusnya pastikan kita betul-betul pandai untuk melakukannya.
Sebab memindahkan kemahiran tersebut kepada orang lain juga dapat menjadi sumber pendapatan.
Dua strategi yang dapat digunakan:
Melalu belanjawan yang dibuat, kita menetapkan bajet outing sebanyak RM 150 sebulan. Andaikan pada minggu pertama semuanya sudah habis dipakai. Maka kita tidak perlu lagi outing pada minggu seterusnya.
Seterusnya, bajet bersukan seperti duit bermain badminton adalah RM 50 sebulan. Malangnya bulan tersebut kita terseliuh kaki dan tidak boleh bermain, maka RM 50 tersebut dapat digunakan untuk menampung bajet lain yang telah defisit, seperti bajet outing tadi pula.
Ya, fleksibiliti itu boleh wujud.
Jadi, apa yang perlu dibuat selepas dapat gaji adalah terus keluarkan semua duit dari ATM berdasarkan kiraan belanjawan dan terus simpan dalam sampul. Maka bawalah sampul itu ke mana-mana dan tinggalkan semua kad ATM, kad kredit di rumah.
Caranya masih sama. Bermula dengan membuat belanjawan.
Setelah tolak perbelanjaan simpanan, bagi duit kepada emak ayah, bayar hutang, sedekah, takaful maka kira berapakah baki duit yang tinggal. Andaikan gaji bersih adalah RM 3,000. Setelah tolak perbelanjaan yang dimaksudkan itu tadi masih berbaki RM1,400.
Maka bahagikan kepada 4 minggu. RM 1,400 ÷ 4 = RM 350 seminggu.
Asingkan RM 350 ini siap-siap. Tulis, sampul minggu 1, minggu 2, minggu 3 dan seterusnya.
Keluar rumah hanya dengan membawa sampul ini sahaja untuk berbelanja sepanjang tempoh 7 hari tersebut. Pandai-pandailah berbelanja sampai cukup sehingga minggu yang seterusnya. Ada juga yang tidak menggunakan sampul. Tapi dia buka sehingga 5 akaun bank.
Tiada masalah. Sekarang semuanya online banking, mudah nak transfer duit. Duit gaji masuk ke akaun bank A. Berdasarkan kiraan di atas, RM 1,600 itu dtinggalkan dalam akaun tersebut.
Bakinya dimasukkan dalam akaun bank yang lain.
Maka, akaun-akaun bank tadi dapat menjadi sampul elektronik. Tak bawa sampul, tapi bawa kad ATM sahaja. Dengan cara ini, boleh berbelanja guna debit card mungkin sebab nak kumpul mata ganjaran.
Haji Bakhil: Berapa belennya?
Pekerja:Belen 1 sen
Haji Bakhil:Bak mari. Oh kau senyum ya, kau perlikan aku. Hei, Duit 1 sen ni kalau dikumpul, kalau dah banyak boleh buat rumah batu.
Merujuk kepada watak dalam filem P. Ramlee, Labu Labi iaitu Haji Bakhil.
Apa yang patut kita buat adalah tidak membazir, dan bukannya langsung tidak mahu berbelanja. Strategi ini adalah untuk short term measure supaya ada cashflow lebih setiap bulan.
Jadi apa yang dapat dibuat ?
Latih diri kita untuk berbelanja dengan diskaun. Sama ada diskaun itu diberikan oleh penjual atau kita minta sendiri. Minta harga diskaun kepada penjual. Barangkali itu situasi biasa bagi setengah daripada kita. Bagus. Bagi yang kurang biasa tawar menawar, dapat amalkan windows shopping.
Malah, kalau kita betul-betul semak, catat perbelanjaan, kita dapat tahu bilakah sesuatu barang itu sedang dijual murah.
Contohnya, tiap-tiap bulan beli lampin anak, susu anak. Harga lampin, susu anak ini berbeza-beza setiap kedai. Malah, kedai yang sama pun adakalanya menjual jenama yang sama pada harga yang berbeza-beza.
Jadi, sekiranya kita peka dengan perkara ini, maka kita dapat mencari masa yang sesuai untuk membelinya. Bila perasan susu anak harga boleh berbeza sampai RM5 misalnya, maka beli lah lebih
sikit.
Jualan murah atau sale memang sentiasa ada. Lebih-lebih lagi pada akhir tahun yang lebih dikenali dengan YES ; Year End Sales. Produk yang selalu dijual pada harga diskaun ini adalah produk seperti pakaian, beg tangan, kasut, perabot dan lain-lain lagi.
Malah, kalau bijak dapat buat duit pula. Beli dan kemudian jual balik pada harga pasaran.
Beli guna kad keahlian. Kadang-kadang dapat baucer. Selain itu, dapat juga mata ganjaran yang dapat digunakan di kemudian hari. Bak kata Haji Bakhil, kalau 1 sen lama-lama kumpul pun dapat buat rumah batu, penjimatan RM10, RM20, RM30 yang diterima itu jika dikumpul lama-lama dapat buat bayar hutang.
Dah tengah jualan murah, Silalah beli dalam kuantiti yang banyak. Lebih-lebih lagi barangan kering. Barangan anak seperti lampin dan susu. Jadi tak perlu nak pergi beli barang di pasar raya 2-3 kali sebulan, malahan dapat jimatkan kos dari segi kos minyak dan parking.
Cuba buat begini:
Situasinya adalah seperti berikut:
Kita sering makan di luar dan setiap kali kita mahu memesan sesuatu makanan, cari makanan yang lebih murah sebanyak RM 1, seperti nasi goreng USA ditukar menjadi nasi goreng cina, atau cuma pesan air kosong.
“Roti canai satu, air suam satu.”
“Nasi campur satu, air suam satu.”
“Beli burger McDonald’s kongsi air dan kentang dengan suami.”
Jangan komplen dulu. Nama pun strategi K.E.D.E.K.U.T!
Dengan tidak membeli air sirap, air limau ais atau teh tarik setiap kali membeli makanan diluar dapat menjimatkan lebih dari RM1. Tiga kali makan di luar sehari sudah dapat jimat lebih dari RM 3. Amalkan selama 30 hari kita sudah dapat menjimatkan lebih dari RM 100.
Contoh 2:
Barangkali kita sedang mencari baju baru untuk kerja. Ada dua baju yang kita suka. Maka beli baju yang murah sedikit harganya. Apabila sampai di rumah, perbezaan tersebut terus kita simpan dalam tabung. Lakukannya dalam perbelanjaan-perbelanjaan yang lain juga. Sedar tak sedar kita sudah dapat menyimpan RM 100 sebulan.
Kita semua membeli kerana emosi. Jadi, apabila berbelanja pastikan kita dapat mengawal emosi.
Lagi-lagi apabila lapar. Semua benda nampak sedap. Semua benda mahu dicuba. Cuba tengok apa yang di bawa pulang dari pasar Ramadhan, dan apa yang berlaku selepas berbuka secawan air. Berikut pula adalah langkah-langkah jimat duit semasa mahu berbelanja di pasar raya:
Tulis atas kertas. Taip dalam aplikasi nota dalam telefon pintar. Senaraikan barang yang hendak dibeli sahaja. Bila dah buat catatan perbelanjaan seperti yang dah ditunjukkan sebelum ni, mudah sahaja proses tu.
Bukan sebab takut terlupa beli barang tetapi yang lebih menakutkan adalah terlebih beli
barang. Cadang hendak beli 10 sahaja barang tapi bila sampai rumah, rupanya baru tersedar barang yang dibeli sebentar tadi berjumlah 20 jenis barang. Bertambahlah ongkosnya.
“Takpe lah abang, nanti bila-bila mesti akan gunakan juga. Standby dalam rumah” kata si isteri.
Akibatnya kita membeli barang yang bukan keperluan kita. Akhirnya kita sendiri hairan ke mana duit habis setiap bulan disebabkan kita membeli barang yang tidak perlu tetapi dirasakan perlu.
Cash only! Amalkan membeli barang dengan duit tunai. Saya dah kongsikan kaedah sampul kan. Sampul fizikal boleh, sampul digital pun boleh. Tapi bukan kad kredit. Lebih-lebih lagi jika tuan tidak mempunyai bajet nak bayar hutang-hutang tersebut.
Kad kredit dicipta untuk memudahkan transaksi dan juga sebagai bius. Apabila kita membayar dengan duit tunai, ia dapat mencederakan emosi kita sebagai pembeli. Kita sebenarnya berasa ‘sakit secara emosi’ apabila melihat duit yang ada dalam dompet kita habis demi sedikit.
Misalnya sebelum pergi Tesco ada 10 keping RM 50, keluar Tesco cuma tinggal 2 keping not RM 50 sahaja. Secara tidak langsung kesakitan emosi itu mengurangkan nafsu berbelanja.
Berbanding dengan menggunakan kad kredit, kita tak terasa apabila kita swipe kad kredit itu selepas membeli belah. Kita cuma terasa sedikit sakit apabila mendapat penyata kad kredit setiap bulan.
Itu pun sekejap sahaja kerana bank membenarkan kita membayar cuma 5% sahaja dari hutang yang kita kumpul.Malah ada orang tak buka penyata kad kredit setiap bulan sebab tidak mahu langsung rasa dicubit!
Berdua itu lebih baik. Suami-isteri berbelanja sama-sama. Bukan apa, Sheikh al-Dimashqi ada berpesan apabila kita mahu membelanjakan duit kita, ini yang berlaku.
Patulah ada kajian di Amerika mengatakan orang berkahwin lebih mudah jadi kaya. Sebab bila isteri dia nak beli handbag baru, suami menjeling pelik seraya berkata dalam hati, “Bukan dah ada 7 handbag ke isteri aku ni…”
Pandangan couple tak boleh pakai, sebab pakwe selalu nak menjaga hati makwe. Dia akan kata, “Beli je baby…”
Suami menjeling cukup. Isteri terus buat-buat macam window shopping.
Makan kenyang-kenyang dahulu sebelum keluar ber-shopping. Banyak tenaga pakai nak pusing pasar raya. Dah penat, nampak kedai lapar. Makan di kedai pastinya lebih mahal daripada masak sendiri di rumah. Orang bujang mungkin tidak terasa sangat bezanya tetapi orang yang berkeluarga besar pasti terasa sekali makan di luar banyak nak belanja.
Lebih-lebih lagi bawak anak. Biasalah anak berguling nak makanan ringan yang dia mahu. Jika sudah ada dalam belanjawan tidak mengapa. Kena kuat hati, tutup telinga ikut sahaja pelan perbelanjaan yang sudah dicatat sekiranya ia berlaku.
Anak yang dah kenyang selalu tidak berapa nak meragam.
Fokus!
Kita akan tertarik dengan macam-macam benda yang kita tidak kawal. Kebiasaannya jika beli barang dapur, kita dah tahu di manakah lokasi barang-barang tersebut. Maka tidak perlu melencongkan troli di tempat lain. Kalau mampu tahan tangan dari masuk bakul tidak mengapa, namun selalunya berlaku sebaliknya.
“Eh, dah lama cari barang ni,”
La, tadi masa buat catatan tak fikir ke barang tu. Kata dah lama cari kan. Begitulah emosi. Bagaimana kita merompak duit kita sendiri tanpa kita sedar.
Mari kita buat Kempen Si Hijau. Kempen Si Hijau adalah adalah kempen menyimpan setiap keping RM 5 yang kita dapat.
Panduannya adalah seperti berikut:
Tidak perlu beli tabung baru. Guna sahaja mana-mana bekas lutsinar yang ada di rumah, gunakan bahan terpakai. Misalnya, bekas air mineral plastik 1.5 liter. Bersihkan dan tunggu kering. Buka label dan jadikan ia tabung Kempen Si Hijau.
Kelebihannya, senang nak masukkan duit, sukar untuk dikeluarkan (kena potong botol!). Jadi, kena bersusah payah jika nak ‘merompak’ tabung sendiri.
Apabila kita bermula dengan tabung kosong dan setiap hari timbunan duit makin bertambah, kita sekeluarga akan menjadi lebih bersemangat untuk menyimpan!
From zero to thousands!
Ia akan jadi macam GST. hehehe.
Apabila kita berbelanja di mana-mana, apabila menerima baki RM 5 maka Si Hijau tadi hendaklah diasingkan. Sampai sahaja di rumah terus masukkan ke dalam tabung. Jadi, jika rasa tertekan, dapat kurangkan belanja.
Si Hijau ini tidak keluar dari ATM. Tetapi kita memperoleh Si Hijau banyak kali setiap
kali kita berbelanja. Justeru, kita tidak terasa terbeban setiap kali keluarkan duit gaji dari bank!
Kempen ini dapat jadi lebih seronok jika kita ada matlamat spesifik.
Apa-apa sahaja.
Selepas setahun atau nampak dah membukit, sila terus simpan dalam akaun Tabung
Haji / ASB.
Pasangan kita. Anak-anak yang sudah dapat mengenal duit ‘Si Hijau’ juga kita dapat galakkan agar bersama kita menabung. Proses ini akan menjadi lebih seronok dan menghiburkan apabila anak-anak pun terlibat.
Atau menjadi tabungan khas untuk mereka sendiri!
Awas!
Strategi ini akan menguji ‘keimanan’ kita sejurus selepas kita memulakannya. Mungkin ada makcik kedai makan yang akan memulangkan baki semuanya ‘Si Hijau’ dari not RM50 yang kita beri semasa membeli makan tengah hari.
Macam-macam yang kita dapat jumpa dalam rumah kita sendiri. Ya, kita kemas rumah kita sendiri. Ini bukannya ambil upah kemas rumah abang kita, kakak kita. Dalam rumah sendiri dapat jumpa macam-macam benda yang masih elok cantik berplastik dan jarang-jarang digunakan.
Antaranya:
Apa yang boleh kita buat:
Cabaran Semasa Declutter:
(i) “Eh rasa nanti berguna ni,”
Tak payah lah.
Dah berapa tahun tak pakai?
(ii) “Ini ada sentimental value!”
Kalau barang milik almarhum ibu bapa kita, cara yang sebenar adalah mendoakan kebaikan mereka.
Itulah bantuan terbaik dari anak-anak yang soleh solehah.
Move on.
(iii) “Sayanglah benda ni,”
Suruh suami / isteri buatkan keputusan.
Percayakan si dia.
Nak capai matlamat kewangan mestilah ada tabungannya. Saya dah kongsikan keperluan untuk ada sekurang-kurangnya 5 tabung. Kalau tidak ditabungkan, maka jadilah ia angan-angan mat jenin. Asyik berangan sahaja tapi buatnya tidak. Akhirnya satu pun tak dapat capai.
Tabung-tabung yang telah dinyatakan dan secara asasnya kita semua kena ada adalah:
Ada juga tabung lain-tabung yang lain seperti:
Tak terhad kepada tabung ini sahaja.
Ini contoh sahaja.
Tabung-tabung ini ada yang bersifat short term. Ada yang bersifat long term. Setiap orang tidak sama. Bergantung kepada usia dan keperluan masing-masing. Jadi selepas dah buat tabungan-tabungan tersebut, kenal pasti yang mana satu tabung yang
bersifat long term dan yang mana satu tabung yang bersifat short term.
Caranya adalah dengan membuat potongan gaji setiap bulan. Paling kurang 10% dari pendapatan. Tapi sebenarnya tak cukup 10% tu. Tapi dari tidak ada langsung, ok lah. Kalau 10% pun tidak mampu, simpanlah walaupun RM 50 sebulan.
Maka, sila buat arahan potongan tetap / standing instruction supaya lepas dapat gaji sahaja duit ini terus masuk dalam akaun-akaun seperti fixed deposit, Tabung Haji atau ASB. Ini adalah langkah pertama. Langkah kedua, pastikan duit yang telah disimpan itu tidak dibelanjakan pada hujung
bulan. Jangan link akaun Tabung Haji dengan mana-mana perbankan online atau ATM.
Ketiga, susahkan diri dari keluarkan duit tersebut. Jadi, buku akaun Tabung Haji / ASB itu misalnya simpanlah di kampung. Keempat, jangan gunakan dividen atau bonus yang diterima. Simpan je dalam akaun-akaun tu. Biarkan kuasa kompaun membuatkan tuan membuat simpanan berganda.
Duit dalam ASB berganda setiap 9-10 tahun. Duit dalam Tabung Haji berganda setiap 12 tahun.
Cari strategi urus duit gaji yang paling sesuai dengan diri sendiri. Saya dah kongsikan 7 cara yang boleh dicuba. Buat. Jangan baca sahaja. Bertindak.
Takkan dari 7 cara itu tiada 1 pun yang sesuai?
Memang tidak ada cara yang sekelip mata boleh ada banyak simpanan. Kena bersabar. Kalau menyimpan pun tak boleh bersabar, nanti nak melabur lagi susah untuk mahu
bersabar.
Pandai-pandailah kira.
Berapa % nak masuk sini. Berapa % masuk sini. Itu bergantung kepada diri masing-masing. Setiap orang citarasa tak sama. Setiap orang ada deadline kewangan yang berbeza-beza. Ada individu nak pergi menunaikan haji melalui pakej, ada individu mahu menunaikan haji melalui muassasah.
Nak anggarkan berapa kos asas yang diperlukan untuk pergi haji melalui pakej, tengok berapa kos sebenar yang perlu dibayar, kemudian darab 2.
— Itulah pakej paling murah.
Sekiranya sudah berkahwin, maka uruskan cashflow keluarga bersama-sama.
Janganlah urus duit seorang diri. Apabila jadi pasukan yang baik, orang berkahwin lebih mudah jadi
kaya kerana berdua itu lebih baik.
Misalnya nak capai sasaran tabung pelaburan, dapat RM 100,000 pertama.
Kalau simpan seorang diri RM 1,000, maka ia cuma dapat dicapai dalam masa 8 tahun. Tapi kalau dua-dua dapat simpan RM 1,000 seorang, maka dalam masa 4 tahun dah dapat capai.
Begitulah.
Banyakkan memberi, dan kurangkan meminta-minta. Jika kita mahu mendapatkan senyuman dari orang lain, maka senyumlah terlebih dahulu. Jika kita mahu mendapatkan penumbuk, maka tumbuklah orang lain dulu.
Begitu juga dengan duit. Sediakan bajet khusus untuk zakat dan sedekah setiap bulan.
Mulakan walaupun cuma RM 10 sebulan. Kalau tidak mahu buat bajet khas kerana takut wujud sifat tidak ikhlas, maka bagi orang lelaki misalnya setiap hari Jumaat hulurkan apa sahaja yang sudah ada dalam poket baju ketika tabung derma melintas.
Jika ada RM1, beri RM1. Jika kebetulan dalam poket RM50, beri juga. Ok?
RM1 yang kita bagi bukan RM1 nilainya di sisi Allah. Di sisi-Nya jumlahnya berganda menjadi lebih dari RM 490,000 dan Allah swt memulangkan semula sejak kita berada di dunia lagi sehinggalah ke hari akhirat.
Itulah janji Allah swt dalam ayat berikut:
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti 1 biji benih yang tumbuh menerbitkan 7 tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
— al-Baqarah: 261
Harta yang kita sedekah walaupun nampak macam kurang, tetapi sebenarnya sedekah sama sekali tidak mengurangkan harta kita.
Itulah ajaibnya sedekah.
Tidaklah sesuatu pemberian sedekah itu mengurangi banyaknya harta. Tidaklah Allah itu menambahkan seseorang akan sifat pengampunannya, melainkan ia akan bertambah pula kemuliaannya. Juga tidaklah seseorang itu merendahkan diri kerana mengharapkan keredhaan Allah, melainkan ia akan diangkat pula darjatnya oleh Allah ‘Azzawajalla.
— Direkodkan oleh Imam Muslim
Banyakkan memberi, berusaha bersungguh-sungguh mahu bayar hutang dan Allah swt pasti memudahkan jalan rezeki.
Memang wang bukan segala-galanya, tapi wang penting dalam kehidupan. Ia tidak memberi kita kebahagiaan, tapi wang memberi kita lebih kebebasan dalam membuat pilihan. Dan dengan membina asas kewangan yang kukuh, kita meletakkan diri kita dalam keadaan yang lebih stabil untuk menghadapi cabaran kehidupan yang mendatang.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.