Pelakon terkenal, Jasmin Hamid meluahkan rasa sebaknya apabila melihat petugas-petugas di bahagian hadapan yang berusaha dengan kuat bagi mencegah wabak covid-19 ini.
Selain itu, beliau juga berharap rakyat Malaysia dapat sama-sama membantu mereka dengan mengikut perintah kerajaan supaya duduk di rumah agar dapat mengelakkan penularan virus ini daripada menjadi lebih besar.
Allahuakhbar… Besarnya pengorbanan mereka yang berusaha keras menolong kita semua perangi wabak COVIC_19 sehingga tak cukup tidur dan rehat , sedangkan ada SEGELINTIR dari kita yang komplen BORING kat rumah..makan tidur, makan tidur.. Tapi MEREKA? BUKALAH MATA KITA LUAS -LUAS dengan pengorbanan yang mereka lakukan demi NEGARA TERCINTA.. . . Marilah kita sama-sama perangi wabak ini dengan ikut perintah KERAJAAN supaya STAY HOME agar wira-wira kita semua juga boleh tarik nafas LEGA dan punya masa untuk berehat 😥 . . Jangan keluar rumah jika tak perlu.. Ikut nasihat KKM untuk menjaga kesihatan kita. JANGAN DEGIL!!! Jangan pentingkan diri sendiri, jangan pandang remeh tentang wabak yang BAHAYA ini.. Setiap hari kita terima khabar yang mendukacitakan 😩😩😩 . Jangan sampai orang yang tersayang dan orang-orang keliling menjadi mangsa sebab sikap NEGATIVE kita ..🙏🙏🙏 . . Atau kita nak WABAK ni berlarutan dan makin ramai yang akan tinggalkan kita dan kita akan hilang punca pendapatan dan kehidupan? Sempat tak kita sambut RAMADAN yang bakal tiba? 😭😭😭😭 . . Semoga mereka yang di landa musibbah, di berikan kekuatan untuk berjuang SEBELUM AJAL TIBA .. Pada kita yang masih di pelihara kesihatan, TOLONG JAGA KESIHATAN!!! TAKZIAH pada mereka yang pulang menemui penciptaNYA.. Semoga mereka di berikan HUSNUL KHATIMAH dan di tempatkan di syurgaNYA tanpa HISAB. Jangan putus berdoa supaya ALLAH hilangkan WABAK ini supaya kita dapat menyambut Ramadhan yang bakal tiba dengan sempurna 😥 . . ALLAH MAHA BESAR.. #covid_19#musibah#allahsebaikpelindung#allahmahakuasa
Baru-baru ini platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee melancarkan pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita di platform Shopee Live bagi memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dalam bergaya serta menggalakkan mereka membeli barangan lokal.
Bertemakan ‘Tarakucha Retro’, Shopee bekerjasama dengan penjual, selebriti, dan pempengaruh untuk menggayakan tiga trend Raya 2024 iaitu kek lapis, jingga gelap, dan nostalgia dengan ‘twist’.
“Fesyen dan kecantikan di Shopee sesuai buat semua untuk meraikan Hari Raya. Dengan Raya Stail Kita, rakyat Malaysia boleh bergaya dan menyokong penjual tempatan.
“Pertunjukan fesyen ini adalah warkah cinta buat zaman keemasan P. Ramlee dan Saloma,” kata Ketua Pemasaran Shopee, Kenneth Soh.
Pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita menonjolkan busana yang berlainan boleh digayakan dari pelbagai jenama.
Sepuluh penjual fesyen Muslim Shopee iaitu Asikin Ahmad, Liyana Collection, Adnaa, Indah Pesona, Hernes, Inhanna, Zoe Arissa, Panda Eyes, Bayu Somerset, dan Mikaseries by Zoey Rahman. Barang kemas dan aksesori Habib Jewels turut dipersembahkan di pentas runway.
Jenama kecantikan dan penjagaan kulit yang turut menaja pertunjukan fesyen ini ialah Y.O.U, Simply Siti, Silky Girl, Papa Feel, Mikaseries, lemooc, Emina, Dazzle Me, Barren Bliss, Alha Alfa, dan AISASEA.
Model ‘body positive’ Hikma Al Hassan mengetuai peragaan #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita yang mempamerkan gaya inklusif dan mampu milik.
Untuk gaya pertama bertemakan Kek Lapis, Shopee mengajak rakyat Malaysia untuk bereksperimen dengan lapisan warna, corak, dan tekstur.
Seperti dipopularkan oleh Intan Najuwa di majlis perkahwinannya, Shopee membawakan pelbagai cara untuk menggayakan warna jingga gelap buat lelaki dan wanita dengan pelbagai warna kulit.
Editor Pengurusan NONA, Hijabista, dan Mingguan Wanita Kiffy Razak berkongsi tip gaya mengikut trend terkini
“Anda boleh menggabungkan ‘color-blocking’ ala kek lapis, warna jingga yang terang namun chic atau nostalgia dalam pemakaian seseorang sambil mengintegrasikan sentuhan glam dan gaya klasik.”
Shopee turut menawarkan rangkaian pelbagai dan ‘wholesome’ dalam pilihan fesyen untuk seluruh keluarga.
Pereka fesyen terkenal, Dato’ Jovian Mandagie yang turut memiliki kedai Skuad Shopee Celebrity berkata, “Aidilfitri adalah perayaan yang meraikan kasih dan kemenangan mengharungi Ramadan, sama ada anda berada di kampung atau bandar. Berpakaian secara selesa dan sopan, elakkan ‘overdressing’.
Juga dari Skuad Shopee Celebrity, Zoey Rahman, pelakon Malaysia dan pengasas Mikaseries, turut memberikan pandangan tentang bagaimana untuk bergaya di hari raya.
“Saya lebih suka Baju Melayu klasik dengan kolar cekak musang dan butang yang tersorok. Saya akan gayakan dengan sampin instant yang boleh disiapkan dalam masa dua minit. Saya suka idea pakaian ini kerana ia klasik dan sesuai dipakai pada pagi raya.”
Kempen Ramadan dan Raya Bersama Shopee sedang berlangsung sehingga 11 April 2024. Tahun ini Shopee akan memperkenalkan ciri baharu Change of Mind (Perubahan Fikiran) 15 Hari Pengembalian Percuma. Bermula 19 Mac 2024, anda boleh memulangkan produk untuk pengembalian wang sepenuhnya (full refund), dalam tempoh 15-Hari Shopee Guarantee.
Layari web mikro Raya Stail Kita di https://shopee.com.my/m/raya-stail-kita dan web mikro Kempen Ramadan Bersama Shopee di https://shopee.com.my/m/ramadan-sale#SLM1
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Walaupun ia mengeluarkan bau yang kurang enak, petai tetap menjadi antara ulam-ulaman yang digemari ramai. Selalunya apabila petaui sudah ada di tangan, tentunya sudah terbayang menu sambal udang petai.
Sebenarnya selain dibuat sambal bersama udang, petai juga boleh dijadikan serunding.
BAHAN-BAHAN:
Petai
Ikan bilis
Cili api
Bawang putih
Bawang merah
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMBUAT:
1.Kisar semua bahan di atas dengan minyak masak.
2.Masak di atas kuali. Kacau sehingga ringan dan kekuningan.
3.Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas.
Menu serunding petai ini mungkin boleh menjadi menu terbaru dalam senarai hidangan keluarga anda. Selamat mencuba!
Selepas seminggu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa akhirnya berkongsi wajah dan nama puteri sulung mereka kepada umum. Rata-rata netizen cukup berpuas hati dan gembira kerana pasangan suami isteri ini menunaikan janji mereka untuk berkongsi wajah dan nama puteri mereka ini.
Seperti yang diketahui umum, semalam telah berlangsungnya satu majlis Maulid Nabi, Aqiqah dan Tahnik bertempat di kediaman mereka yang terletak di Bukit Antarabangsa. Satu sambutan yang cukup meriah diiringi dengan selawat serta lagu puji-pujian kepada Allah dan Rasulullah SAW. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Menerusi posting yang dimuat naik satu jam yang lalu, Datuk Dr. Zulkifi turut memuji majlis yang dianjurkan oleh pasangan suami isteri ini. Pada pandangan mata Mufti Wilayah ini, ia merupakan satu majlis yang cukup sempurna kerana diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat seperti selawat, lagu-lagu pujian kepada Allah dan Rasulullah SAW oleh Ustaz Iqbal Zain, Ustaz Kyrel Al-Gayauwi dan kumpulan qasidahnya.
Malah, beliau juga berpeluang untuk menyampaikan tazkirah tentang anak sebagai anugerah daripada Allah SWT dan pesanan serta panduan kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak dengan acuan agama. Menurutnya, inilah pengisian yang wajar dijadikan contoh dan ikutan dalam kalangan umat Islam bagi meraikan kelahiran anak.
Selain itu, Mufti Wilayah juga turut mengulas tentang nama Aafiyah, nama yang diberi kepada puteri kesayangan Siti dan suaminya itu. Katanya, nama ‘afiah cukup luas definisinya dalam Islam. Secara umumnya, ‘afiah adalah perlindungan Allah SWT bagi hamba-Nya daripada pelbagai penyakit dan bencana yang telah berlaku, mahupun akan datang, di dunia dan akhirat.
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Maulid Nabi, Aqiqah dan Tahnik bagi Siti Aafiyah binti Khalid, puteri Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa dan Dato Sri’ Siti Nurhaliza. Penghargaan juga kepada Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa atas kesudian bertandang ke pejabat saya tempohari untuk menjemput saya ke majlis beliau serta membincangkan sedikit perihal kesesuaian nama Siti Aafiyah.
Majlis yang diadakan semalam, sungguh sempurna pada pandangan saya. Ianya diisi dengan selawat, lagu-lagu pujian kepada Allah dan Rasulullah SAW oleh Ustaz Iqbal Zain, Ustaz Kyrel Al-Gayauwi dan kumpulan qasidahnya. Tazkirah yang saya sampaikan semalam adalah tentang anak sebagai anugerah daripada Allah SWT dan pesanan serta panduan kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak dengan acuan agama. Boleh tonton di Instagram story saya (http://www.instagram.com/drzulkifli.albakri) ataupun di Facebook saya (http://facebook.com/drzulmuftiwp). Pengisian sebeginilah yang sewajarnya dijadikan contoh dan ikutan dalam kalangan umat Islam bagi meraikan kelahiran anak. Tahniah sekali lagi kepada Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa dan Dato Sri’ Siti Nurhaliza.
Pengertian ‘afiah dalam Islam luas cakupannya luas baik di dunia, mahupun di akhirat. Secara umumnya, ‘afiah adalah perlindungan Allah SWT bagi hamba-Nya daripada pelbagai penyakit dan bencana yang telah berlalu, mahupun akan datang, di dunia dan akhirat. Maka, orang yang mendapatkan kurnia ‘afiah, maka dia telah mendapat kebaikan yang sempurna.
Terdapat satu doa yang disarankan oleh Nabi SAW sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Azkar.
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) dalam agamaku, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di hatiku. Ya Allah, jagalah aku; dari depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu agar tidak disambar dari bawahku.” (Riwayat Abu Daud, no. 5074)
Ibn Umar menyatakan: “Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan doa-doa ini ketika pagi dan petang.”
Justeru, bacalah doa ini pada waktu pagi dan petang, sebagaimana amalan Rasulullah SAW.
Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW menegaskan:
سَلُوْا الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فَإِنَّ أَحَدًا لَمْ يُعْطَ بَعْدَ الْيَقِيْنِ خَيْرًا مِنَ الْعَافِيَةِ Maksudnya: “Mintalah keampunan dan keselamatan (‘afiah) kepada Allah SWT. Sesungguhnya seseorang tidak diberikan pemberian setelah keyakinan yang lebih baik dari keselamatan (‘afiah)” (Riwayat al-Tirmizi, no. 3558)
Moga-moga Siti Aafiyah membesar menjadi Muslimah yang solehah. Berbakti kepada ibu bapanya, keluarga, masyarakat, negara dan agama. Wallahua’lam.