Siapa yang tidak mengenali pelakon serta pengacara yang disukai ramai, Mira Filzah? Tambahan pula, kini Mira Filzah sedang hamil dan menanti masa untuk melahirkan cahaya matanya, hasil daripada perkahwinan bersama suami tersayang, Wan Emir Astar.
Baru-baru, menerusi laman Instagramnya, pelakon Mira Filzah atau Nur Amirah Filzah Badioezaman memuat naik sebuah gambarnya bersama suami menghadiri majlis perkahwinan di Sky Grand Ballroom, Jalan Ampang. Apa yang mencuri tumpuan netizen pada gambarnya ialah ‘baby bump’ pelakon ini yang semakin jelas terlihat! Wah, menanti masa ya!
Ya Allah comel gila mira filzah! So happy for you!
Ads
Ramai yang teruja melihat gambar itu dan ada yang mengatakan ‘baby bump’ pelakon itu kelihatan amat comel! Ternyata semuanya tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata pengacara serta pelakon kesayangan ramai ini.
Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 3 September 2020 di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Majlis perkahwinan mereka dihadiri kira-kira 250 jemputan termasuk keluarga, rakan terdekat dan petugas media.
Ads
Sumber gambar: Instagram
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kasihnya ibu membawa ke syurga. Itulah ungkapan yang basa kita dengar bagi menggambarkan betapa kasih dan sayangnya seorang ibu pada anaknya. Begitu juga bagi bonda kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang menegur perbuatan anaknya itu ekoran tindakannya muat turun video tarian yang dianggap keterlaluan dan menjijikkan. Dalam satu postingnya, Bonda Rozita memberitahu dia juga sakit bila orang kata tidak baik mengenai anaknya itu hingga undan sebak di hati netizen.
Namun sebagai ibu pastinya mengetahui sifat anaknya itu bagaimana. Dalam posting 1 hari yang lalu, bonda Rozita ada menulis menjelaskan sikap sebenar anaknya itu.
Anak ni perasan retis hollywood dn byk paparazi ciptaannya sendiri juga..Lawak betol dunia ” KEPERASANAN” dia..hakikatnya dia sgt advance bab media utk strategy bisnessnya..(produk dn bisnes kami xsama…dia dgn dia..dn sy dgn cara sy..)
Sy x blh follow cara dia bila jumpa sy dh tua2 ni pun masih kena sebat ..merajuk ..kena marah dia selamba dn xheran pun ..Malah sy carutkan lebih2 lagu sibobo tu..Dia kata sekadar kerja.. x cukup sajat ni lucintot pulakkkk..hazabbb Mak kri
Jawabnya “Mak ingat sy rapat ke ..Xda makna lah..Mak kenal sy cukuplah..menjawab je lah dia je betul..!! Kami tau game dia ni bijak niaga dn hakikatnya dia jenis xdemgar nasihat x peduli org ..( dlm family semua sayang dia sbb dia sgt baik..Kri ni just selamba telinga badak hati kebal ..kami pun xleh nak cakap apa dah..tahankan je )
Bab baik dia ni dgn org2 miskin dn family dia pemurah hobi mmg suka cakap dn melatah lucah ..Kami tau cacat dan sewelnya sgt faham dia ..No point kondem dia ..dia xrasa apa ..!!
Anak ni kasi sy benda mahal ..mcm2 dikasi.. sy yg xsuka sbb sy xpakai..bazir bagi sy…haa kalau hadiah murah2 sy suka sgt lah
Kalau org kata dia xbaik..Sy sakit juga..anak kan..!! Hepi sgt hari ni dia dtg kasi tudung smabil gurau katanya “ Mak dahlah tua beruban atas bawah tuudng sarong je ada..tu pun cuma 5 helai..ha ha balik2 warna sama je hari2..ada hati nak ootd kesian Mak xda ganti2 ke..??
Pakai tudung biar nampak muda selera gak dady tengok..kalau x dah rupa macam mak lampir ” diguraukan sy ni..Sy redho dn maklum sy tua dah..xmarah pun..
Dia komen rumah seni sy yg susah nk jaga akn dtg.. bebel lagi … “Mak buat lawa2 ni sape nk ambik alih kalau Mak dh xda..Ajim lah yg jaga kot ..Mak xda habis semua ni nanti Mak…”
Sy bebel kat dia..dia pulak bebel kat sy..Menantu sy senyum je dengar kami gaduh..
Netizen juga turut terkesan dengan luahan Bonda Rozita ini yang disifatkan begitu menyentuh hati. Maklumlah ibu mana tidak sedih bila anaknya dikecam dan dikritik secara terbuka di media sosial.
ahmadrxl Semoga kata2 nasihat dan doa bonda dapat menggerakkan hati anak bonda untuk berubah ke arah yang lebih baik suatu hati nanti. InsyaAllah. Ameeen
getsheraindah Betul kata bonda :”dah anak kita,x bnyk sikit ..hati ibu ttp sedih bila org kutuk anak kita”. Sabarlah Bonda.. Org tk kenal anak bonda sprti bonda.@aliefsyukriiwalau pon mulutnya mcm x der insurant bila brckp tp sy yakin dia baik. Sbb tgk dia syg bonda dn family nya.
Sebelum itu Rozita juga ada menasihati Aliff Syukri supaya tidak bersekongkol dengan golongan fasik.
“Mak tegur Kri tak dengar. Wardina tegur Kri siap post komennya. Kalau mak tegur Kri delete. Mak dan semua orang sayang Kri… Kri insan baik.
“Jangan dekati… kawan dan bantu golongan fasik murka ALLAH. Jangan dijemput mereka. Kalau kita bantu maksudnya dosa dan bala sama kita akan terima… ada hadisnya.
Rozita yang juga pengasas Sendayu Tinggi turut memohon maaf kepada anaknya itu di atas komen yang diberikan menerusi media sosial itu.
“Maaf beribu-ribu maaf atas komen ini. Mak tak nak bala datang kepada keluarga takut dosa dan bala itu datang kepada keluarga kita.
“Jauhi mereka… wahai anakku yang baik budi, bijaksanalah wahai anakku.
Komen tersebut mendapat sebanyak lebih 14, 000 tanda suka oleh pengikutnya di Instagram.
Terdahulu, Aliff Syukri dikecam netizen gara-gara memuatnaik tarian untuk lagu terbaharunya, Semalam Bobo Dimana yang dianggap tidak menghormati sambutan Aidiladha, Rabu ini.
Lagu Semalam Bobo Dimana merupakan nyanyian penyanyi dangdut kontroversi Indonesia, Lucinta Luna yang berkolaborasi dengan Aliff Syukri dan seorang lagi usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.
Sebelum itu selebriti Wardina Safiyyah juga ada menegur perbuatan Aliff Syukri ini dengan menulis di ruangan instagram. Namun jutawan kosmetik ini menerima baik teguran berkenaan dengan membalasnya dalam posting terdahulu.
Terima kasih kak Dina …terima kasih atas teguran dan kasih sayang kak dina kepada saya dan isteri…..Ya saya akui kesilapan saya dan apa yg kak dina cakap itu sy terima cuma saya buat atas tuntutan kerja yg telah termaktub dlm kontrak…….. .
Ingin menurunkan berat badan? Cuba minuman detoks. Diperbuat dari buah-buahan, sayuran dan ramuan yang membantu membuang toksin, meningkatkan metabolisme, membersihkan usus juga membantu menurunkan berat badan dengan lebih cepat.
Minuman detoks tidak boleh menjadi pengganti makanan anda. Minuman ini boleh diambil sebagai penguat metabolik pagi untuk mengekalkan tahap penghidratan. Anda juga boleh meminumnya di antara waktu makan.
Di bawah ini disenaraikan beberapa minuman detoks yang akan membuatkan anda sentiasa terhidrat dan bertindak sebagai penyelesaian penurunan berat badan sementara.
Berikut adalah 7 minuman detoks buat sendiri yang mudah untuk mengurangkan berat badan dan membersihkan yang menyelerakanJom semak menu minuman sihat ini.
BAHAN:
PENYEDIAAN:
KEBAIKAN:
BAHAN:
PENYEDIAAN:
KEBAIKAN:
Satu kajian yang dilakukan, menunjukkan bahawa madu dapat mengurangkan kenaikan berat badan dan kegemukan (5).
BAHAN:
PENYEDIAAN:
KEBAIKAN:
Timun adalah makanan rendah kalori dengan kandungan air tinggi 95.2% air. Kajian mendapati bahawa diet yang rendah ketumpatan tenaga (rendah kalori) adalah langkah yang berkesan untuk meningkatkan penurunan berat badan dan menguruskan berat badan. Ini adalah salah satu minuman pembersih DIY yang paling biasa untuk meningkatkan tenaga dan metabolisme.
BAHAN:
PENYEDIAAN:
KEBAIKAN:
Diet tinggi lemak menunjukkan bahawa jus nenas mendorong peningkatan pengoksidaan asid lemak oleh peraturan gen molekul. Oleh itu, ia berpotensi untuk mengurangkan kenaikan berat badan dan kegemukan.
BAHAN:
PENYEDIAAN:
KEBAIKAN:
Lobak kaya dengan beta-karoten dan sarat dengan serat. Makanan yang tinggi serat meningkatkan rasa kenyang dan mengurangkan rasa lapar. Ini dapat membantu mengurangkan pengambilan makanan, menyebabkan penurunan berat badan.
Oren penuh dengan vitamin C. Vitamin C dikaitkan secara terbalik dengan jisim badan. Pengambilan vitamin yang mencukupi dapat membantu mengoksidasi lemak sebanyak 30% lebih banyak jika digabungkan dengan senaman. Oleh itu, ia dapat membantu menurunkan berat badan.
BAHAN:
PENYEDIAAN:
KEBAIKAN:
Bit rendah kalori dan tinggi serat. Menambah serat ke dalam diet anda membantu mengawal selera makan dan mengurangkan berat badan. Ia adalah pembersih yang hebat untuk hati anda. Pastikan meminum jus yang tidak tersekat jika anda berhasrat untuk menurunkan berat badan.
BAHAN:
PENYEDIAAN:
KEBAIKAN
Strawberi mengandungi asid ellagic, polifenol bioaktif. Mengikut kajian asid ellagic dapat membantu menguruskan kegemukan dan komplikasi yang berkaitan. Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian klinikal manusia perlu dilakukan untuk membuktikan kesan ini.
Menggabungkan perubahan gaya hidup dan amalan sihat ke dalam rutin harian anda adalah cara terbaik untuk menurunkan berat badan. Minuman detoks akan menambahkan penghidratan dan khasiat tambahan kepada badan anda, tetapi hanya bergantung kepada minuman ini bukanlah penyelesaian penurunan berat badan jangka panjang yang berkesan. Mulakan penghidratan pagi anda dengan mana-mana minuman detoks ini, minum di antara waktu makan, fokus pada makanan sihat, dan dapatkan senaman dan tidur yang mencukupi untuk mengurangkan berat badan dengan cara yang sihat.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sudah tentu kita mempunyai kelakuan aneh yang sering kita lakukan secara senyap. Haruslah kena senyap-senyap! Kalau tak nanti kantoi dan di tertawa oleh orang sekeliling terutama sekali kawan-kawan.
Namun, ada beberapa sebab kenapa anda perlu TIDAK malu pada kelakuan aneh yang anda lakukan. Ianya juga dikatakan bagus untuk kesihatan tubuh badan. Jadi tak usahlah rasa pelik.
SUdah pasti anda malu untuk mengaku perkara aneh yang sering anda lakukan mungkin sekali dalam sehari. Ya, min pun malu nak mengaku kalau terjadi dekat diri sendiri sebab benda itu sangat privasi dan kalau boleh nak sorokkan dari sesiapa pun.
Jadi apa yang kelakuan aneh dan kotor yang di bangkitkan ini? Adakah ia seperti menggaru kepala di khalayak ramai atau cungkil gigi depan-depan orang? Ayuh kita lihat beberapa kelakuan aneh yang sebenarnya elok untuk kesihatan tubuh badan.
Ya, betul! Kentut adalah salah satu kelakuan yang sering di pandang serong oleh kebanyakkan orang. Ianya mungkin kerana bau yang busuk dan juga bunyi yang kelakar daripanya. Tetapi sebenarnya kentut ini sangat bagus untuk kesihatan kerana ia mengeluarkan gas toksin dari dalam badan. Apabila mencerna makanan, saluran pencernaan akan menghasilkan karbon dioksida dan metana lalu ia akan menjadi kentut.
Dah kenyang lepas makan lepastu–BURP! Ha, bunyi sendawa yang kuat kita keluarkan tanpa sengaja. Ada yang menganggap perbuatan ini kurang sopan dan ia menganggu orang di sekitar. Hakikatnya, sendawa sangat bagus untuk badan.
Bila kita sendawa, ia akan keluarkan gas yang boleh menyebabkan sakit dada. Bahkan, ia juga singkirkan gas berlebihan dari dalam perut. Jika anda seorang yang sendawa secara berlebihan, itu tanda untuk membuat pemeriksaan kerana ia boleh menunjukkan penyakit refluks asid.
Allahuakbar! Ada yang ponteng mandi? Kenapa sampai begitu sekali? Apa kebaikannya pulak!
Sabar sis! Min tahu ada yang tak keruan bila dengar seseorang itu tidak mandi dan menjaga kebersihan diri. Mandi pula di lakukan oleh kerana untuk membersihkan diri dari kekotoran. Tetapi bagi mereka kadang kala malas untuk mandi, ia boleh mengekalkan minyak semula jadi yang ada pada kulit badan–serta ia melembapkan dan mengubah mikrobiota. Mikroorganisma ini baik untuk badan dan ia membantu mengekalkan kesihatan kulit.
Ramai yang menegah kelakuan ini kerana menggigit kuku hanya membuatkan kesihatan kuku mudarat! Tambahan pula, apabila anda gigit kuku, anda berpotensi untuk kena jangkitan kuman dan membuatkan anda sakit perut! Tetapi ada pendapat yang mengatakan bila anda di jangkiti kuman atau bakteria yang sama, sistem imun badan akan berusaha untuk membanteras jika berlaku jangkitan yang sama pada badan.
Bila kita lihat mereka yang suka kunyah makanan secara berlebihan ini, kelihatan sangat serba tidak kena dan kurang sopan. Namun, mengunyah adalah suatu perkara yang boleh berikan manfaat buat anda! Mengunyah adalah suatu proses pencernaan, ia akan mengeluarkan air liur serta melancarkan proses pencernaan dengan lebih baik.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.