Wanita dan solekan tidak dapat dipisahkan! Apa jenis solekan menarik bagi tahun 2021 ini? Ha! Lupakan sebentar tentang kesuraman pandemik Covid-19 yang melanda negara. Ayuh kita ceriakan hari dengan 10 jenis solekan yang wajib anda cuba untuk tahun 2021 ini! 

Sumber gambar: Cottonbro

Bukan hanya sesuai digayakan di pejabat, tetapi inilah masanya untuk anda menjadi kreatif dengan bermain dengan alatan solekan anda dan tampil menarik saat ketemu dengan rakan-rakan di luar! Sudah bersedia? Jom kita cuba!

1- Kuasa magis pembayang mata gelap!

Sumber gambar: Engina

Ubah struktur solekan anda kepada imej yang lebih ‘edgy’ dengan penggunaan pembayang mata ton gelap! Ia bukan sahaja boleh disapu pada seluruh kelopak mata, malah boleh juga dijadikan sebagai penggaris mata. Magis, bukan? Triknya, lembutkannya dengan pembayang mata yang lebih terang dengan sapukan pada hujung mata. Pastinya gaya mewah dan klasik menjadi fokus utama solekan ini!

2- Permainan maskara

Sumber gambar: Cottonbro

Ketepikan dahulu maskara yang berwarna hitam! Apa kata sempena meraikan tahun 202i ini, anda cuba sapukan maskara dalam ton berbeza, tidak semestinya hitam. Misalnya boleh calitkan Le Volume De Chanel dalam warna Metal Terracotta pada bulu mata bawah untuk hasil solekan mata yang berbeza. Pelik? Tidak! Unik? Ya! Cubalah!

IKLAN

3- Pembayang mata rona tanah

Sumber gambarr: Alena

‘Less is more!’. Untuk anda yang sukakan gaya ringkas namun mewah, apa kata poloskan wajah anda dengan penggunaan pembayang mata rona tanah atau ‘nude’. Usah risau, solekan tidak akan nampak bosan, walhal ia akan tampak lebih kemas dan sempurna! Pilih pembayang mata rona semula jadi untuk gaya yang eksklusif!

4- Warna lipstik yang terang!

IKLAN
Sumber gambar: Oleg

Keluarkan semua koleksi lipstik anda dan sapukan warna yang lebih terang pada bibir anda! Lipstik warna terang akan menaikkan seri wajah anda. Dengan warna yang betul anda sudah boleh nampak menyerlah!

Triknya, lipstik adalah senjata untuk menampakkan anda tampil berseri walaupun dengan makeup yang simple! Tak perlu tebal-tebal ya! Ada yang mungkin tak berani pakai lipstick warna terang, tetapi kali ini anda wajib cuba sesuatu yang baru!

5- “Tint” Bibir

IKLAN
Sumber gambar: Cottonbro

Usah ketepikan kuasa ‘tint’! Ia mampu untuk memberi kesan neutral kepada bibir. Persisi gaya solekan “no makeup look” ini. Pastikan anda ingat, solekan “no makeup” adalah untuk memberi sedikit seri yang natural pada wajah. Jadi pastikan penggunaan produk anda minimal dan terhad kepada asas sahaja.

6- Kombinasi pembayang mata

Sumber gambar: Mart Production

Selaraskan pembayang mata atau “eyeshadow” dengan warna lembut seperti “bronze”, kuning muda dan coklat pekat. Kombinasi warna tersebut akan meninggalkan kesan yang lebih segar.

7- Pilihan pemerah pipi unik!

Sumber gambar: Tatiane

Untuk pemerah pipi, pilih warna aprikot atau “peach”. Tetapi jika kulit anda lebih gelap, sebaiknya pakai pemerah pipi tona keemasan yang dipadukan sedikit dengan warna coklat pekat.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI