Baru-baru ini, telah tular mengenai kisah seorang anak murid lelaki yang berkahwin dengan cikgunya. Kini, tular lagi sebuah kisah mengenai seorang guru lelaki pula yang berkahwin dengan pelajarnya.
Berkongsi kisahnya di twitter menerusi akaun @shamsulbahari 86, dia telah memuat naik gambar perkahwinannnya bersama isteri tersayang baru-baru ini.
Mereka telah selamat diijab kabulkan pada 18 Ogos lalu di Masjid Al Jamiul Makmur, Kulim.
Cikgu Fizikku, Suamiku…
Bercerita kepada Mstar, Muhammad Shamsul Bahari,32, menjelaskan perkenalan mereka bermula ketika dia mengajar subjek Fizik di sebuah pusat tuisyen swasta di Kulim, Kedah.
Sewaktu itu, pelajar tersebut yang kini sudah bergelar isterinya mengikuti kelas tuisyen yang diajarnya ketika berada di tingkatan empat dan lima.
Lebih kurang empat tahun selepas itu barulah mereka dapat berkenalan dengan lebih rapat apabila cinta hatinya, Syazwani Mohd Hairizan,20, mengikuti (follow) guru tersebut di Instagram pada awal tahun ini.
Ads
Pada mulanya tidak cam wajah isteri.
Pada awalnya dia tidak mengenali Intan kerana wajahnya nampak berbeza berbanding sebelum ini.
Ads
“Masa mengajar tuisyen tu tiada rasa apa-apa sebab saya sudah berumah tangga, tapi jodoh tidak panjang.
“Dia ada ‘add’ saya masa awal tahun ini di Instagram. Tapi saya tidak kenal kerana pelajar saya ramai dan muka dia pun dah lain,” katanya yang sudah sembilan tahun mengajar di SMK Sultan Badlishah.
Tambahnya, hubungan mereka semakin erat selepas Intan Syazwani memberanikan diri membalas mesej pada Instastory guru fizik tersebut mengenai azam tahun barunya.
Ads
Jelas Muhammad Shamsul, gadis itu membalas, “Cikgu, ‘handsome'” pada Instastory berkenaan dan bermula dari detik itulah segalanya terjadi.
Selain itu, guru ini tidak melihat jarak umur 12 tahun antara mereka menjadi penghalang kerana sikap dan perwatakan Intan yang matang dan pandai berdikari.
“Saya tengok dia sangat penyayang dan pandai ambil hati anak perempuan saya yang berusia enam tahun. Tidak nampak macam dibuat-buat.
“Sebelum tu ada juga pelajar yang cuba-cuba, tapi bila dengan anak mereka macam kurang layan sedikit,” ujarnya.
SUMBER: MSTAR ONLINE, TWITTER @SHAMSULBAHARI86
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebagai rakyat biasa, pastinya kita tidak sabar menantikan detik Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini. Istimewa majlis itu nanti menyaksikan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan mengenakan kain Tenun Diraja Pahang sebagai persalinan baginda pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Baginda turut berkongsi beberapa keping gambar hasil tenunan itu di laman Twitter rasmi, @cheminahsayang, malam tadi.
Sementara itu dalam laporan Bernama kain tenun itu merupakan sentuhan rekaan yang diilhamkan baginda sendiri dan ia bertambah unik dan istimewa kerana tenunan khas tersebut adalah hasil kerja tangan penghuni Penjara Penor dan Penjara Bentong, Pahang.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah hari ini berkenan menerima persembahan hasil kain tenunan tersebut di Istana Negara di sini, termasuk empat pasang tenunan khas sebagai persalinan Raja Permaisuri Agong pada istiadat pertabalan itu nanti.
Ketika ditemui pemberita, Tunku Azizah bertitah Penjara Penor dan Bentong dipilih untuk menghasilkan persalinan baginda pada istiadat pertabalan itu sebagai tanda penghargaan Raja Permaisuri Agong selaku Penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja Negeri Pahang.
“Memang Beta mahu penjara yang buat baju untuk Beta pakai pada hari pertabalan. Beta sangat bangga untuk memakainya. Ini merupakan satu penghormatan kepada Beta dan Beta juga ingin memberi penghormatan kepada mereka.
“Ada juga rekaan tenunan yang memasukkan lambang Negeri Pahang. Dua minggu sekali Beta akan ke Penjara Penor dan Bentong untuk melihat sendiri perkembangan kerja tenunan yang dilakukan,” titah Tunku Azizah selepas majlis itu.
Baginda turut bertitah Tenun Pahang Diraja merupakan warisan seni tradisi yang dicipta rakyat Pahang sejak 300 tahun lalu.
Tunku Azizah yang mengagumi hasil kerja tenunan yang dipersembahkan itu bertitah baginda memperoleh ilham bagi rekaan tenunan itu antaranya daripada alam semula jadi dan keadaan sekeliling seperti biji kopi dan bayang-bayang pagar.
Baginda turut bertitah hasil upah menenun kain itu akan diagihkan kepada penghuni penjara berkenaan dan berharap kemahiran menenun akan dapat diperluaskan bagi memelihara warisan dan tradisi Melayu.
Ramai daripada kita yang menghabiskan waktu di rumah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan menonton filem dan siri drama yang menarik hinggakan sudah buntu cerita apa lagi yang mahu ditonton.
Jika anda berminat dengan filem yang diinspirasikan daripada kisah benar, ini ada beberapa cadangan filem menarik yang telah dikongsikan oleh @HasyirHusam di Twitter. Bolehlah layan!
Wanita perlu sentiasa menjaga kebersihan diri dengan lebih apabila datang haid. Takut datang pula pelbagai penyakit. Belum lagi ditambah sakit senggugut dan kejang perut. Emosi pun kadang-kadang tidak menentu.
Sebagai wanita, haid merupakan perkara yang perlu dititik beratkan. Menurut portal Cleveland Clinic, haid juga dikenali dengan istilah menstruasi. Darah haid adalah darah dan sebahagian tisu dari dalam rahim anda yang mengalir dari rahim anda melalui serviks dan keluar dari badan anda melalui faraj anda. Kitaran haid selalunya adalah dalam tempoh 3- 7 hari.
Semestinya anda tidak boleh memandang sebelah mata akan isu ini. Ini kerana jika anda sakit senggugut ketika haid, ia akan menghalang pergerakan anda untuk aktif sepanjang hari. Tabiat yang sihat akan membantu anda berasa segar sepanjang haid. Oleh itu, anda perlu sentiasa peka dengan perkara yang boleh dan perlu dielakkan. Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh dilakukan dan perlu dielakkan ketika haid.
Makanan masin terutamanya makanan sedia untuk dimakan atau dibungkus, seperti kerepek kentang mempunyai kadar garam yang tinggi. Kadar garam yang tinggi boleh menyebabkan dehidrasi dan menyebabkan rasa kembung perut ketika haid. Bila dah mula rasa kembung perut, terus hilang mood dibuatnya. Bayangkan ketika itu anda sedang bekerja, sangatlah tidak selesa untuk meneruskan pekerjaan. Oleh itu, anda perlu mengurangkan makanan masin untuk mengelakkannya.
Untuk pengetahuan anda, pengambilan kafein ketika haid dapat menyebabkan kegusaran, peningkatan denyut jantung, dan beberapa gejala lain. Mengikut pandangan pakar, minum kafein ketika datang haid juga akan menyebabkan rasa sakit pada bahagian payudara. Oleh itu, penggemar minuman berkafein seperti americano,esspresso,cappucino dan sebagainya perlulah menahan diri semasa datang haid. Ala sekejap sahaja!
Yang paling penting sekali, jangan lupa untuk minum air secukupnya. Anda juga perlu tahu bahawa sebanyak 60 peratus hingga 70 peratus badan kita adalah air. Oleh itu, sangatlah penting untuk minum air secukupnya. Tambahan pula, minum air secukupnya juga boleh mengurangkan risiko sakit kepala atau pening.
Tahukah anda penggunaan pad untuk tempoh yang lama boleh membawa kemudaratan kepada diri? Biasanya kalau hari pertama dan kedua, kita pasti akan mengalami aliran haid yang banyak ataupun heavy flow. Anda perlu sedar bahawa penggunaan pad dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan infeksi yang teruk. Oleh itu, anda tidak boleh malas untuk menukar pad.
Wanita yang sedang haid terutamanya yang sering senggugut disarankan menambahkan pengambilan kalsium & magnesium. Terkadang, sakit senggugut datang disebabkan kurangnya suplemen di dalam diet. Meninjau perkongsian di HelloDoktor, jika kalsium di dalam diet rendah, maka ia akan mempengaruhi kitaran menstrual di dalam badan anda. Pengambilan kalsium & magnesium dapat mengurangkan kepenatan begitu juga dengan perubahan pada aspek mental seperti depresi.
Sebagai kesimpulan, wanita perlulah sentiasa menjaga kebersihatan dan kesihatan diri terutamanya semasa datang haid. Jika anda sering mengalami masalah senggugut, bolehlah cuba tips yang telah diberikan diatas. Ingat, jangan pernah pandang ringan mengenai isu ini ya. Takut menyesal dikemudian hari. Bak peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.