Petang tadi penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yunalis Zarai atau Yuna telah selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Adam Yousof Mohamed Sinclair. Majlis dilakukan secara tertutup seakan bertemakan ‘garden wedding’. Majlis ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja dan lokasinya dikatakan di sebuah resort di Bentong Pahang.
Pasangan sama cantik sama padan ini menggayakan persalinan serba putih. Yuna kelihatan tampak sangat ayu dan jelita dengan menyarung kurung moden renda dengan layah menutupi wajahnya.
Terselit sekuntum bunga di tepi telinganya yang ditutupi inner kepala. Melalui gambar Adam menyarung cincin di jari Yuna di atas pelamin dihias cukup indah dan cantik dengan berlatar belakangkan hutan semulajadi. Memang sangat menyenangkan melihat gambar pernikahan mereka berdua.
Turut menjadi perhatian adalah gambar Yuna yang duduk di atas pelamin diperbuat dari kayu dan dihiasi dengan bunga segar sambil ditemani ibunya, Datin Anum Wahab.
A post shared by mStar Online (@mstaronlineofficial) on
Ads
Dalam majlis penuh sederhana itu, kelihatan keluarga pihak lelaki tampil sedondon dengan baju Melayu bertemakan warna coklat, manakala pihak perempuan pula berwarna jingga.
Sebelum bergelar raja sehari, Yuna juga seperti orang yang turut mengadakan majlis meraikan dirinya saat terakhir sebelum bergelar isteri orang. Khabarnya pasangan ini akan terus menetap di AS setelah berkahwin.
Netizen turun mengucapkan tahniah kepada pasangan ini melalui gambar yang tersebar luas petang tadi. Walaupun tiada kenyataan rasmi dari empunya badan, tetapi gambar-gambar yang dimuat turut menggambarkan kebahagiaan pasangan ini.
Apa pun HIJABISTA mengucapkan selamat pengantin baru buat Yuna yang pernah menjadi penghias muka depan majalah ini. Semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.
Bulan lalu viral kisah seorang pendakwah bebas menceraikan isterinya yang sedang mengandung. Perbuatan berkenaan telah mengundang kemarahan netizen kerana dianggap kejam dan tidak bertanggungjawab.
Ramai menyalahkan pendakwah berkenaan atau lebih dikenali dengan panggilan PU Abu dan menyelar tindakan berkenaan. Netizen juga turut menzahirkan simpati pada wanita ini yang hanya sempat beberapa bulan mengecap kebahagiaan sebagai pasangan suami isteri.
Tidak mahu mendengar hanya di sebelah pihak, Hijabista terpanggil mengatur sesi temubual bersama wanita kelahiran Klang, Selangor ini. Biarpun penampilannya berniqab, namun terpancar kegembiraan di sebalik sinar mata yang begitu ikhlas.
Bagi Ain ‘Afini Latif, 23 tahun, dia sedar dirinya jadi bahan viral disebabkan kes berkenaan. Namun sebenarnya empunya diri cukup reda dengan apa berlaku. Tidak ada dendam pada pihak berkenaan, sebaliknya mengakui dirinya tetap masih bersahabat dengan lelaki yang pernah dipanggil suami itu.
“Alhamdulillah saya sebenarnya sudah reda dengan apa yang berlaku. Saya anggap ini adalah sebahagian ujian yang Allah berikan pada saya. Tidak ada sedetik pun rasa untuk sedih. Saya anggap memang tak ada rezeki dan mungkin bahagian kita pada masa yang lain.
“Dalam hal ini saya sangat-sangat beruntung kerana mendapat sokongan ahli keluarga. Mereka jadi kekuatan saya untuk menghadapi semua dugaan ini. Saya pegang satu benda je, parent saya tak deserve untuk tengok saya bersedih.
“Bagi saya mereka sudah jaga saya dari kecik dengan penuh kasih sayang. Takkan bila sudah besar ini kita nak mereka lihat kehidupan kita yang begini. Jadi tidak ada masa untuk bersedih. Saya memang kena kuat hadapi segalanya,” ujar Aina yang hanya alami fasa sedih di awal-awal.
Menurutnya, apabila berada dalam keadaan begitu memang akan menyebabkan diri rasa tidak tenang.
“Jadi berbalik pada diri sendiri untuk keluar dari kepompong (sedih) berkenaan. Jika kita masih berada dalam situasi itu (tidak keluar dari fasa sedih), tidak ada gunanya. Macam saya katakan tadi, keluarga tak deserve untuk lihat saya bersedih.
“Mak ayah saya sangat positif orangnya. Mereka tidak pernah bercerita mengenai anak orang lain. Dan bila terkena pada anak sendiri, keduanya sangat positif. Kata mereka lagi, ‘Tak apalah Allah nak tunjuk sesuatu yang lebih baik”. Mereka tidak salahkan orang lain dan berkata ujian ini adalah bahagian Ustaz,” jelas Ain yang mempunyai cara tersendiri untuk merawat hati sendiri.
“Apa yang saya buat adalah dengan berdoa dan reda dengan apa yang Allah berikan. Setiap malam juga saya amalkan baca surah Taha dan Ar Rahman sebelum tidur. Saya amalkan sampailah sekarang. Bagi saya ayat itu memberi kekuatan berhadapan dengan segala ujian yang melanda.
“Dalam ayat itu Tuhan menyembut ‘Maka Nikmat Tuhan Mana Lagi Yang Kamu Dustakan’ dan inilah yang jadi pegangan pada saya selama berhadapan ujian ini. Saya akan baca sebelum tidur dan kalau tak baca pun saya akan pasang kedua-dua surah berkenaan.
“Biasanya saya akan baca surah berkenaan pada waktu malam sebelum tidur kerana inilah waktu terbaik kita sedang dalam keadaan rileks,” tambahnya yang kini sedang sarat mengandung anak pertama, 8 bulan.
Biarpun tanpa kehadiran suami di sisi, tapi bagi Ain ia tidak jadi masalah padanya. Memandangkan sebelum ini dia lebih senang menjalani hidup berdikari.
“Buat masa ini saya memang ambil cuti dua bulan dari pengajian di UIAM (kursus Sosiologi & Antropologi). Insya-Allah lepas bulan 9 nanti saya akan masuk belajar balik. Saya terpaksa bercuti kerana ada masalah kesihatan sepanjang mengandung ini. Saya sebenarnya seorang yang aktif, bergerak laju dan buat kerja jenis cepat. Kadang-kadang saya tak sedar pun diri saya tengah mengandung.
“Oleh sebab itu baru-baru ini baby tak bergerak aktif. Bukan sebab saya stress disebabkan masalah peribadi. Doktor kata sebab keadaan saya yang terlampau aktif. Sepanjang mendapatkan rawatan kesihatan di hospital, ayahlah yang akan temankan saya,” tambahnya yang tidak ada masalah bergerak sendiri tanpa kehadiran suami di sisi.
“Sebelum kahwin saya memang jenis independence dan senang bergerak ke sana ke mari seorang diri. Malah masa awal-awal pun memang Ustaz sibuk ceramah sana sini, jadi saya pergi checkup sendiri.Saya pula jenis tak suka bergantung pada orang lain.
“Awal kehamilan hari itu saya ok je tak seperti wanita hamil lain yang sering dimanjakan suami. Tapi di akhir kehamilan ini ada juga terdetik perasaan itu. Tapi saya anggap tak ada rezeki dan mungkin bahagian saya nanti pada masa lain.
“Alhamdulillah segala persiapan untuk menyambut kelahiran anak ini sudah tersedia. Dan saya juga mahu keluarga ada di sisi saat mahu melahirkan nanti. Insya-Allah walaupun tanpa kehadiran suami di sisi, saya berjanji akan jaga anak ini dengan sebaiknya. Saya doakan anak ini nanti jadi anak yang soleh. Malah saya turut harapkan apa yang terjadi ini tidak pecah belahkan hubungan dengan ayahnya.
“Kami masih bersahabat baik. Ini semua dilakukan untuk kebaikan anak yang bakal lahir nanti. Kalau nak fikir salah masing-masing memang banyak tetapi saya pilih pendekatan untuk berbaik-baik dengan Ustaz. Takkan kita nak tunjuk pada anak nanti perkara yang tidak elok. Bagi saya broken family tak semestinya berakhirnya dengan sesuatu yang tak baik.
“Insya-Allah saya akan beri kasih sayang yang secukupnya dan tak akan berkurang walau sikitpun. Biarpun keluarga kecil kami tak complete, tapi hubungan dengan ayah tetap akan diteruskan,” tambah Ain yang memasang impian satu hari nanti untuk membuka sebuah kafe. Ini kerana dia mempunyai minat memasak dan kembali menulis dalam blog.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pernah tak anda dengar momokan seperti ini, “jika kulit ‘berminyak dan berjerawat’, elakkan memakai krim pelembab atau menggunakan moisturizer,” kerana ia hanya akan menjadikan masalah kulit yang dihadapi lebih serius. Sebenarnya, untuk pengetahuan Hijabi ‘tanggapan’ seperti ini adalah salah sama sekali!
Ini kerana, pelembab atau moisturizer bertindak sebagai ejen yang merawat masalah kulit berminyak serta jerawat yang tumbuh melata pada kulit wajah. Oleh itu, dengan penggunaan pelembab ia dapat membantu kulit anda memperoleh pH kulit (Skin pH) yang seimbang dan memberi lembapan tepat mengikut keperluan kulit.
Tanpa pelembab, kulit akan menjadi kering dan menggelupas serta meggalakkan pertumbuhan jerawat lebih banyak. Justeru, adalah penting untuk kulit berminyak atau berjerawat mendapat lembapan yang sewajarnya.
Tapi lambakan pelembab di luar sana, membuatkan kepala anda runsing? Tak tahu nak pilih produk mana yang sesuai dengan kulit? Hijabista sarankan anda cuba rangkaian produk daripada Hada Labo Blemish & Oil Control!
Kenapa perlu gunakan rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control ni? Sebab produk ini adalah penyelamat anda! Dan menawarkan ‘Skin SOS’ yang sempurna untuk membantu mengatasi masalah kulit berminyak dan berjerawat.
Lebih menarik lagi, rangkaian produk ini juga mampu mengurangkan pembiakkan jerawat pada wajah, dalam masa sama memulihkan keseimbangan antara minyak dan air semulajadi yang terkandung dalam kulit.
Selain itu, Hada Labo Blemish & Oil Control turut melindungi kulit daripada sebarang ‘anasir luar’ yang boleh merosakkan kulit antaranya jeragat dan melegakan kerengsaan kulit, sekaligus membantu kulit lebih terhidrat kerana mengandungi Asid Hyaluronik dan ekstrak Hatomugi, Bishop’s Weed serta Chamomile.
Jangan risau sis! Bahan-bahan yang terkandung dalam rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control ini sememangya selamat dan dikhususkan untuk anda yang berdepan masalah kulit berminyak dan berjerawat.
Langkah 1: Cuci Muka Menggunakan Hada Labo Blemish & Oil Control Foaming Wash
Khususkan untuk membantu menghidrat, menenangkan dan memulihkan keseimbangan air dan minyak semulajadi tanpa mengeringkan kulit. Selain itu, ia juga akan membersihkan kulit secara menyeluruh jauh ke dalam liang pori untuk memastikan tiada sisa atau lebihan minyak yang tidak diperlukan kulit, hingga menyebabkan liang pori tersumbat (sebum) dan menggalakkan pertumbuhan jerawat.
Mengandungi bahan ekstrak seperti, Hatomugi, Bishop’s Weed dan bunga Chamomile yang mampu mengecilkan liang pori, mengecutkan jerawat, meghaluskan tekstur kulit kasar, menggelakkan kerengsaan, kemerahan dan kekusaman kulit.
Langkah 2: Sapukan Hada Labo Blemish & Oil Control Lotion Pada Wajah!
Sempurnakan langkah kedua dengan sapukan pula Losen wajah dari rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control. Menariknya, losen ini bebas pewangi, pewarna dan minyak mineral yang mempunyai fungsi 2 dalam 1 iaitu, mengawal jeragat dan minyak serta melembapkan kulit.
Mengandungi ekstrak tumbuh-tumbuhan semulajadi seperti Asid Hyaluronik untuk mengunci, menyimpan dan menambah lembapan untuk menghasilkan kesan kulit yang lembut, licin dan anjal.
Dalam masa yang sama losen ini membantu mengawal pertumbuhan jerawat dan pengeluaran minyak ekoran kandungan ekstrak Hatomugi, Houttuynia Cordata dan Bunga Chamomile yang berfungsi melawan jeragat, meredakan kerengsaan kulit
Langkah 3: Oleskan Produk Terbaharu! Hada Labo Blemish & Oil Control Gel
Produk terbaharu di dalam rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control, mempunyai tekstur yang ringan bebas lekit, dapat membantu menyegarkan kulit dan mempunyai penyerapan segera ke dalam kulit. Ekstrak tumbuhan semulajadi daripada barli mutiara asli, ekstrak Hatomugi dan ekstrak tumbuhan lain seperti Centella Asiatica, Houttuynia Cordata dan Bunga Chamolie dapat membentuk benteng kulit yang ampuh, serta mengurangkan cela.
Untuk kesan yang lebih memuaskan, gunakan Hada Labo Blemish & Oil Control Gel dua kali sehari selepas Hada Labo Blemish & Oil Control Lotion dengan jumlah secukupnya, dan sapukan merata pada bahagian muka dan leher. Setelah sapu, urut dan tepuk kulit dengan perlahan untuk membolehkan penyerapan lebih mendalam ke dalam kulit.
Jadi dah tau kenapa, anda perlu memilih Rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control sebagai penyelamat kulit dan ‘Skin SOS’ dari kulit berminyak dan berjerawat? Jom dapatkan produk menarik ini segera! Kini telah tersedia di semua rangkaian farmasi utama, atau layari laman sesawang Hada Labo Malaysia atau Facebook rasmi MY Hada Labo | Facebook sekarang!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tinggal beberapa bulan sahaja lagi seluruh dunia akan dapat merasai momen kelahiran Siti Jr. yang memang dinantikan selama ini. Bayi yang akan lahir dijangka Mac ini bukan sahaja akan membahagikan ibu dan ayahnya, tetapi juga seluruh peminat penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid Jiwa. Bayi yang selama ini ditunggu-tunggu kehadirannya ini begitu istimewa kerana hasil kesabaran menanti selama ini. Setelah puas berdoa, berusaha dan bertawakkal, akhirnya Tuhan mengurniakan anugerah terindah dalam hidup Siti.
Lewat temubual tengah hari itu sempena pelancaran cawangan Butik Ariani dan Jakel di Ostia Bangi, Siti turut berkongsi pengalamannya yang selama ini tidak putus-putus berdoa dan mencuba pelbagai cara untuk hamil. Dia sekalipun tidak pernah rasa putus asa kerana baginya Allah akan beri pada masa yang sesuai dan tepat sekali.
“Sepanjang 11 tahun Siti tak pernah berhenti berdoa untuk hamil. Sebelum ini Siti pernah hamil tetapi mengalami keguguran. Waktu itu Siti tak menangis kerana Siti tahu Allah itu mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
“Dan Dia berikan rezeki untuk Siti pada waktu yang sangat tepat. Apabila anak-anak lain juga sudah besar dan rumah kami mula sunyi dan hanya ada cucu seorang yang menemani. Akhirnya alhamdulillah Siti hamil melalui kaedah IVF,” ujarnya rancak bercerita.
Menurut Siti bagi pasangan yang belum dikurniakan anak lagi jangan cepat putus asa. Teruskan berdoa ditambah dengan usaha dan juga tawakkal.
“Kita perlu sentiasa bersikap positif dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Semua yang berlaku adalah dariNya dan Allah itu perancang terbaik. Insya-allah setelah kita lakukan segala-galanya dan kemudian bertawakal kepada Allah,” tambahnya lagi.
Biarpun diizinkan Tuhan hamil di usia agak lewat (akhir 30-an), tetapi Siti bersyukur kerana dapat merasai pengalaman bergelar ibu.
“Oleh kerana usia kandungan sudah masuk 7 bulan, jadi saya sedikit penat. Tetapi saya seronok melalui momen sepanjang kehamilan ini. Pertama kali merasai tendangan bayi saya sendiri, Siti akui terkejut.
“Ada masanya bayi Siti sangat aktif dan ada masanya dia senyap sahaja. Biasanya waktu malam bayi akan aktif dan kadang-kadang kita dapat lihat perut seperti ombak. Setiap kali saya nak rakam pandai pula dia buat macam biasa tak ada apa-apa.
“Walaupun begitu, Siti masih mampu tidur lena. Oleh kerana perut sudah makin membesar, Siti akan duduk dulu sebelum baring seperti biasa. Kadang-kadang Siti boleh tertidur dulu ketika duduk kerana Siti sering rasa reflux dan heartburn. Siti juga sudah buat detail scan pada usia kandungan 6 bulan untuk lihat perkembangan tulang, tangan, perut jantung dan sebagainya.
“Alhamdulillah, semuanya normal dan doktor bagi tahu bayi membesar mengikut perkembangan yang sepatutnya. Kali terakhir berat bayi adalah 1.8 kilogram dan ia akan bertambah lagi sebelum kelahiran nanti. Dokor anggar berat mungkin akan jadi 3 kilogram,” jelas Siti yang memberitahu buat masa ini perasaannya masih seperti biasa lagi.
“Oleh kerana masih ada dua bulan lagi, jadi perasaan Siti masih seperti biasa. Belum ada rasa gementar, bimbang atau takut. Cuma buat masa ini siti banyak juga lihat video tentang proses kelahiran di laman youtube. Walaupun ada yang kata jangan tengok, tetapi saya Cuma nak tahu caranya bagaimana.
“Seperti ibu-ibu lain, Siti juga akan menyusukan sendiri baby Siti. Walaupun Siti akui tugasan ini agak tough setelah melihat kegigihan menantu, Tya Ariffin yang begitu berdisiplin setiap kali tiba waktu untuk menyusukan anaknya. Dia akan kunci jam setiap dua jam untuk memastikan anaknya dapat menyusu pada waktu ditetapkan. Ini yang buat Siti sedikit nervous dan Siti rasa tanggungjawab menjadi ibu itu sangat besar sekali.
“Tetapi Siti tak akan miss momen ini. Insya-Allah Siti akan memberi penyusuan eksklusif pada bayi yang bakal lahir ini nanti. Begitu juga dengan detik untuk menjalani tempoh berpantang nanti. Siti akan menjalani pantang secara tradisional dengan memanggil seorang makcik dari Pantai Timur untuk menjaga sepanjang tempoh 44 hari itu nanti. Kalau boleh memang nak mak Siti yang jaga, tetapi mak Siti pun sudah berusia.
“Manakala untuki persiapan lain pula, Siti dan suami masih belum kesempatan untuk membeli barangan perabot bayi lagi. Cuma Siti ada menerima banyak hadiah barangan berupa pakaian dari peminat semua. Siti anggap ini adalah rezeki dan tanda kasih dari peminat. Siti amat hargainya kerana tanpa mereka siapalah Siti sebelum ini,” jelasnya yang dijangka melahirkan bayi perempuan Mac ini, sambil tersenyum.
Menurut Siti juga, beliau akan berpantang di rumahnya di Kuala Lumpur. Siti juga memberitahu buat masa ini aktiviti seninya terhad dan hanya akan kembali aktif menyanyi setelah melahirkan anak nanti.
Sementara untuk projek Creacion dengan pihak Jakel, Siti sudah memulakan perancangan sejak Disember lagi dengan mereka baju dan cari material. Beliau turut berharap koleksi baru itu nanti akan dapat memenuhi citarasa pelanggan setianya.
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.