Selalunya ramai yang menggunakan lemon untuk membuat air detoks. Tetapi sebenarnya lemon juga berfungsi untuk kecantikan wajah dengan menjadikannya sebagai skrub muka. Seperti perkongsian wanita ini yang juga seorang jurusolek membuat skrub ajaib menggunakan bahan dapur iaitu lemon. Dia turut berpesan mengamalkan skrub ajaib ini 3 kali seminggu dan hasilnya akan membuat kulit muka tampak glowing dan putih bersinar.
Malah menurutnya skrub ini bukan sahaja boleh dibuat di muka, tetapi juga pada badan. Paling penting pesannya jika mahu kelihatan cantik, seseorang itu perlu rajin.
Kita mesti sentiasa nak cari tempat makan yang best dan murah kan? Biasanya mesti kita jumpa yang sedap tapi mahal ataupun murah tapi tak sedap. Untuk dapatkan hidangan yang murah dan lazat, apa kata kita terbang ke Perlis, tempat yang sangat relaks dan tidak begitu sibuk. Dan yang paling penting, banyak sekali tempat makan yang menarik! Jom kita lihat perkongsian di twitter oleh @uhaniAaziz.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
Terliurnya tengok semua makanan ini. Anda semua bolehlah jadikan senarai ini sebagai panduan untuk tempat persinggahan jika hendak berjalan-jalan di Perlis nanti. InsyaAllah pasti akan puas hati!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan wanita De Fam yang lincah setiap kali berada di atas pentas. Dengan pilihan lagu-lagu yang cukup rancak pergerakan mereka sangat memukau sebagai satu kumpulan penyanyi professional.
Ketika nama mereka meniti dibibir pencinta muzik tanah air, salah seorang peserta kumpulan ini iaitu Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin telah mengambil keputusan untuk berhijab sejak empat bulan lalu.
Ramai berteka teki sama ada dia akan meneruskan karier bersama De Fam atau pun tidak dek penampilannya yang sudah berhijab. Dalam temubual bersama Hijabista, dia masih lagi bersama kumpulan itu hanya penampilan sahaja yang berubah, katanya berhijab bukan menjadi penghalang sebaliknya dia lebih berhati-hati dalam koreografi yang dipersembahkan supaya tidak keterlaluan dan sesuai mengikut penampilannya yang sudah berhiijab.
Dalam temubual itu, Hijabista ada bertanyakan apakah doa yang diamalkan oleh wanita berusia 31 tahun ini dan yang membuatkan kami kagum adalah bait-bait penyampaian yang cukup ringkas namun terkesan di hati.
“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Tuhan yang maha pengampun lagi maha mengasihani, ampunkanlah segala dosa kami, dosa suamiku, dosa kedua ibu bapaku, doa kedua mentuaku, adik-beradikku, saudaraku, sahabat-sahabatku, seluruh kaum muslimin dan muslimat, wal mukminin wal mukminat sekalian, roh-roh dan jasad. Ampunkan kami dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ya Allah Ya Rahman Ya Ghafur, masukkan kedua ibu bapaku dan kedua mentuaku di syurgamu tanpa hisab, termasuk diriku dan juga sahabat-sahabatku, adik beradiku dan sekeluargaku. Amin.”
Sedap doa yang dilantunkan Cik Manggis, meminta setiap keampunan untuk orang yang kita sayang. Mungkin doa ini Hijabi semua boleh ikut dan jadikan amalan setiap kali usai solat. Menuru wanita yang bijak berfesyen ini bila ditanya soal berhijab, “Manggis sebenarnya dah lama berhajat nak pakai tudung, cabaran sebenar adalah to prepare the inner self supaya boleh istiqamah sampai bila-bila. InsyaAllah”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah kebaikan atau manfaat yang boleh didapati sekiranya anda menyertai sukan tinju atau boxing. Adakah ia memberi manfaat sebaiknya buat diri kita atau hanya sekadar sukan lasak?
Selalu kita berpendapat bagi individu yang bermain sukan tinju atau boxing ini pasti mempunyai badan yang besar dan juga berotot. Boxing merupakan salah satu sukan lasak buat mereka yang suka akan aktiviti lasak. Malah ia juga dianggap sebagai aktiviti lasak yang boleh mempertahankan diri. Lagi-lagi buat wanita yang ingin melindungi diri mereka.
Sebelum anda mengetahui tentang kebaikan sukan tinju ini lebih baik kita mengetahui tujuan utama sukan boxing ini. Sukan boxing atau tinju ini merupakan sukan kompetitif di mana melibatkan dua orang individu yang memakai sarung tangan di gelanggang tinju. Ia merupakan sukan lasak kerana memerlukan 2 petinju yang melemparkan tumbukan demi tumbukan dan pengadil akan mengadili pemenang melalaui siapa yang mempunyai tumbukan yang lebih banyak.
Pemenang juga boleh ditentukan jika pihak lawan menyerah diri atau secara total knock out (TKO). Ia memang merupakan satu sukan yang sangat ekstrem. Selain itu, boxing juga sudah bervariasi dan berevolusi seperti kick boxing, muay thai dan mixed martial arts (MMA). Walau bagaimanapun, sukan tinju mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan kita.
Sering kali, kita melihat ramai wanita berhijab sertai sukan tinju ini. Ini antara manfat sukan tinju terhadap kesihatan selain dapat melatih otot pada tubuh badan seseorang:
Sukan tinju merupakan salah satu aktiviti sukan lasak yang boleh melatih jantung anda. Seperti yang anda tahu, kekuatan jantung seseorang itu boleh diukur melalui jumlah darah dan oksigen yang dipam oleh organ ini. Jadi jantung akan berfungsi dengan baik dalam membekalkan darah ke seleuruh tubuh anda.
Masalah paru-paru dan sistem pernafasan sering menganggu aktiviti seharian seseorang itu. Sukan lasak ini sangat memerlukan corak pernafasan yang baik dan stabil agar peninju tidak mudah penat ketika berada di dalam gelanggang.
Kerap bertinju akan secara tidak langsung melatih paru-paru dan juga sistem pernafasan anda lebih baik. Dengan itu, sukan lasak ini dapat membantu anda bukan sahaja membantu aktiviti fizikal yang lain malah anda tidak memerlukan rehat yang terlampau lama.
Anda boleh meningkatkan koordinasi badan dan kestabilan badan dengan bermain sukan tinju. Selain itu, lebih kerap anda melakukan sukan tinju, anda pasti akan dapat melatih pergerakan tubuh badan, kaki dan tangan agar lebih selaras dan tepat.
Selain itu, sukan tinju dapat meningkatkan naluri dan juga refleks anda yang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian.
Lumrah apabila bertinju, tenaga sangat penting kerana suka tinju ini memerlukan tenaga banyak untuk mendapatkan diri kita bekerja dengan lebih baik. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, sukan tinju ini sangat bagus buat mereka.
Tanpa kita sedari, banyak kalori yang akan dibakar untuk menjana tenaga diri anda. Jika anda mempunyai masalah berat badan atau obesiti, sukan tinju merupakan sukan yang sesuai buat anda!
Jika kita tengok kesemua manfaat yang ada, kita dapat menyimpulkan sukan tinju ini mampu melatih otot, jantung dan juga paru-paru anda. Selain itu kestabilan dan memberi koordinasi tubuh badan serta membakar lemak juga antara kebaikannya.
Kesan dari itu, daya tahan tubuh badan dapat melawan sebarang jenis penyakit dan juga membuatkan anda lebih kuat. Justeru, ia dapat elakkan anda daripada terkena penyakit berbahaya seperti sakit jantung, diabetes dan darah tinggi. Sukan tinju sangat berbaloi buat tubuh badan kita!
Akhir kata, tiada halangan buat kita untuk menyertai sukan tinju ini terutama sekali buat wanita-wanita diluar sana. Apa sahaja kebaikan buat diri, pastinya bagus buat diri kita. Sayangi diri dan marilah bertinju.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di