Papan pemotong merupakan alatan dapur yang dikira wajib digunakan tiap kali memasak. Namun, tahukah anda sebenarnya ia boleh jadi ‘sarang’ kepada beribu jenis kuman jika tidak dibersihkan dengan betul dan menjadi alatan dapur yang paling kotor?

Walaupun hanya digunakan untuk memotong bahan masakan, namun sebenarnya banyak kuman yang tersembunyi disebaliknya jika kita tidak membasuhnya dengan kerap.

Tidak boleh dipandang ringan, ikuti perkongsian daripada pakar kimia iaitu Dr. Fatimah Salim mengenai cara yang betul untuk membersihkan papan pemotong ini. Bergantung kepada tahap kekotoran, kadang-kadang ia perlukan lebih masa, usaha dan tenaga iaitu menyental.

Photo by cottonbro from Pexels

Berkongsi cara yang lebih mudah, cepat dan tanpa perlu menyental, Dr. Fatimah juga menerangkan bahawa cara ini hanya sesuai untuk mereka yang berani, teliti dan cermat.

CARA-CARANYA:

  1. Lap dan keringkan permukaan yang perlu dibersihkan.

2. Tuangkan cecair peluntur Clorox secara perlahan-lahan pada bahagian papan pemotong yang kotor. Pastikan seluruh permukaan yang mengandungi kotoran degil berjaya dibasahkan. Boleh gunakan sudu keluli tahan karat untuk ratakan.

3. Tinggalkan selama 30 minit untuk tindak balas yang optimun. Atau lebih lama bergantung kepada hasil yang diperolehi.

IKLAN

4. Cuci dan rendam papan pemotong seketika sehingga BAU cecair peluntur hilang. Ini untuk memastikan tiada cecair peluntur yang tertinggal pada papan pemotong.

5. Dan gunakan seperti biasa.

foto hiasan

Namun begitu, ada beberapa aspek penting yang anda perlu beri perhatian sewaktu mengendalikan cecair tersebut. Sila berhati-hati bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.

IKLAN

4 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:

1) Cecair peluntur Clorox mengandungi bahan kimia aktif natrium hipoklorit yang bersifat bes yang kuat, boleh merengsa/ menghakis kulit. Maka, berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat ini. Jika terkena kulit, segera basuh dengan air.

2) Bahan kimia dalam Clorox ini larut dalam air dan mudah meruap. Maka, dengan merendam seterusnya membasuh dengan air tidak akan meninggalkannya pada papan pemotong ini.

3) Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng kerana cecair peluntur mudah meruap dan menghasilkan bau yang kuat. Ianya boleh menyebabkan komplikasi lain.

IKLAN

4) Pastikan aktiviti ini dibuat dalam ruang yang mempunyai pengudaraan yang baik contoh ruang terbuka atau ada tingkap.

Photo by Fábio Bueno from Pexels

Jelasnya lagi, tidak perlu pun tuang banyak cecair peluntur ini. Memadailah sekadar rata ke permukaan yang perlu dibersihkan. Ia juga menjimatkan dan kurang berlakunya pencemaran bau yang tidak menyenangkan.

sumber: Fatimah Salim

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI