Puasa ganti atau puasa qadha yang dikerjakan dalam mengantikan puasa (membayar) kembali puasa ramadan (puasa wajib) mengikut jumlah hari yang ditinggalkan di atas sebab-sebab tertentu.
Umat islam dibolehkan untuk mengantikan puasa Ramadan di bulan Syawal (puasa enam hari di bulan Syawal), iaitu menunaikan secara serentak. Jawapan kepada persoalan tersebut korang boleh perolehi menerusi penulisan Da’i Luqman dalam entri ni.
Adakah Niat Puasa Ganti Boleh Disekalikan Dengan Puasa Sunat?
SESIAPA yang mengerjakan puasa Ramadan dan diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka orang itu akan mendapat pahala seolah-olah pahala berpuasa sepanjang tahun. Perkara ini jelas disebutkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub al-Anshari Radhiallahu ‘anhu:
Maksudnya : ”Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun”.
(Hadits riwayat Muslim)
Namun bagaimana jika seseorang hendak berpuasa enam dalam bulan Syawal sedangkan dia mempunyai puasa qadha Ramadan yang belum dibayar, kerana menqadha puasa Ramadan yang ditinggalkan adalah wajib sama ada puasa Ramadan itu ditinggalkan dengan sengaja ataupun disebabkan keuzuran syar’ie.
Di sini apa yang menarik, sesiapa saja yang mempunyai puasa qadha Ramadan, dia boleh saja menyatukannya dengan puasa-puasa sunat yang lain sama ada menyatukan dengan puasa ‘asyura, hari ‘Arafah, puasa di bulan Sya’ban, puasa mingguan pada hari Isnin dan Khamis, termasuk puasa enam hari pada bulan Syawal dan lain-lain.
Namun begitu, perlu dilihat terlebih dahulu apakah sebab puasa Ramadan itu ditinggalkan, kerana perbezaan sebab meninggalkan puasa Ramadan akan menentukan sama ada boleh atau tidak menyatukan puasa qadha dengan puasa sunat. Maka untuk lebih jelas akan diterangkan bagaimana boleh menyatukan puasa qadha dengan puasa sunat itu.
Sebab Meninggalkan Puasa Ramadhan
Untuk mengetahui sama ada boleh atau tidak menyatukan puasa Ramadan dengan puasa sunat itu maka perlu dilihat sebab seseorang itu meninggalkan puasa Ramadan itu. Orang yang meninggalkan puasa Ramadan terbahagi kepada dua, iaitu :
1. Meninggalkan puasa Ramadan bukan disebabkan uzur syar’ie, iaitu dengan sengaja tanpa alasan yang dibenarkan oleh syara’.
Ads
2. Meninggalkan puasa Ramadan disebabkan uzur syar’ie seperti kerana datang haidh atau nifas atau sakit atau musafir.
Menyatukan Puasa Qadha Dengan Puasa Sunat
Kedua-dua sebab yang disebutkan di atas menghasilkan hukum yang berbeza dalam perkara menyatukan puasa qadha dengan puasa sunat. Untuk jelasnya diterangkan seperti berikut :
Hukum menyatukan puasa qadha dengan puasa sunat jika meninggalkan puasa Ramadan bukan disebabkan uzur syar’ie’.
Adalah haram ke atas seseorang melakukan puasa-puasa sunat termasuk puasa enam bulan Syawal jika dia meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja, kecuali setelah selesai mengqadha puasa yang ditinggalkannya dengan sengaja itu.
Oleh kerana orang yang meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja itu haram ke atasnya melakukan apa jua jenis puasa sunat termasuk puasa enam bulan Syawal selagi puasa Ramadhan yang ditinggalkannya belum diqadhanya, maka dia tidaklah boleh menyatukan puasa enam Syawal dengan puasa qadha yang ditinggalkan dengan sengaja itu, melainkan setelah selesai dia mengqadha puasa yang ditinggalkan dengan sengaja itu.
Hukum menyatukan puasa qadha dengan puasa sunat jika meninggalkan puasa Ramadhan disebabkan uzur syar’ie.
Ads
Adalah sunat hukumnya bagi orang yang meninggalkan puasa yang diharuskan oleh syara’ melakukan puasa-puasa sunat termasuk puasa enam bulan Syawal. Oleh itu, jika seseorang ingin melakukan puasa qadha yang ditinggalkannya kerana uzur, maka bolehlah dia menyatukan niat puasa qadha tersebut dengan niat puasa-puasa sunat yang hendak dilakukannya seperti puasa enam bulan Syawal.
Pahala Menyatukan Niat Puasa Qadha Dengan Niat Puasa Sunat
Mengenai perkara ini, Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah dalam fatwanya menjelaskan, bahawa orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib akan mendapat ganjaran pahala bagi kedua-dua puasa yang diniatkannya itu sebagaimana katanya :
Ertinya : ”Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan puasa wajib) dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjaran pahalanya”.
(Kitab al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah : 2/75)
Bagaimanakah Lafaz Niat Puasa Yang Disatukan Itu?
Niat bagi orang yang hendak menyatukan puasa qadha Ramadhan disebabkan kerana ada uzur yang dibolehkan oleh syara’ dengan puasa-puasa sunat seperti puasa enam bulan Syawwal, maka bolehlah dia berniat bagi kedua-dua puasa yang disatukannya itu seperti contoh :
Ads
Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadhan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawwal kerana Allah Ta’ala.
Dengan berbuat demikian, maka dia akan mendapat dua ganjaran pahala, iaitu pahala puasa qadha dan pahala puasa sunat tersebut. Perkara ini sama dengan orang yang berniat puasa wajib, sama ada puasa qadha atau puasa nazar pada hari ‘Arafah.
Jika dia berniat kedua-duanya sekali, iaitu puasa qadha dan puasa sunat hari ‘Arafah, maka dia akan mendapat ganjaran bagi puasa sunat dan puasa wajib tersebut. Tetapi jika dia berniat hanya bagi puasa sunat sahaja atau puasa wajib sahaja, maka dia hanya akan mendapat ganjaran bagi puasa yang diniatkannya sekalipun ia dilakukan pada hari yang bertepatan antara puasa wajib dan puasa sunat itu.
Maka sebagai kesimpulan, orang yang meninggalkan puasa Ramadan disebabkan uzur syar’ie bolehlah dia melakukan puasa sunat enam di bulan Syawal dengan menyatukan niat puasa sunat enam Syawal itu dengan puasa qadha Ramadan yang ditinggalkannya disebabkan uzur syar’ie.
Namun ganjaran pahalanya tidaklah sama sepertimana ganjaran pahala orang yang berpuasa penuh di bulan Ramadan dan melakukan puasa sunat enam syawal sebagaimana disebutkan dalam hadits di atas. Namun begitu, akan tetap juga mendapat ganjaran pahala kedua-dua puasa yang diniatkannya itu.
Manakala bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja, adalah haram baginya mengerjakan puasa sunat melainkan setelah dia selesai mengqadha puasa Ramadhan yang ditinggalkannya dengan sengaja itu, dan dia tidak dapat mensatukan niat puasa qadha dengan puasa sunat yang lain seperti puasa sunat enam syawal.
Demikianlah penjelasan yang berkaitan dengan menyatukan puasa qadha Ramadhan dengan puasa sunat.
Seringkali kunjung restoran yang menghidangkan makanan ala hidangan Negara Thailand pasti ramai tertanya-tanya apakah rahsia sebalik keenakan hidangan itu. Malah jika di buat sendiri rumah pasti serba tak jadi.
Nak tahu apa bahan yang digunakan? Perkongsian hijabi ini pasti masakan anda sedap ala kedai Thailand. “Korang kena guna bahan masakan daripada negara seberang itu, kalau dulu setiap kali ‘travel’ baru dapat beli, sekarang semua bahan tu mudah didapati,” ujar Trisya Aman.
Produk yang saya kongsikan ni versi yang halal dan selamat untuk digunakan. Jom lihat senarai bahan penyedap masakan ala Thai yang menariknya Hijabista sertakan para link untuk anda terus beli atas talian:
Kalau dah letak kicap bukit ni tak perlu letak seasoning dah. Rasa dia sama macam Maggi seasoning.Tukang masak Siam cakap jangan bagitahu siapa-siapa. Kicap ini juga sesuai digunakan dalam masakan sayur goreng.
Nampla brand yang ni sedap sangat! Kalau yang jenis lain tu dia hanyir sikit & bau kuat sampai loya tekak. Nampla juga adalah bahan wajib yg digunakan dalam masakan Thailand sebagai pengganti garam.
Pes cili thai adalah bahan yang biasa digunakan dalam masakan Thai. Ia pedas dan manis, dengan rasa yang kaya dengan sayur-sayuran panggang dan sering diperkaya dengan udang. “Paste ni paling sedap! Kalau buat tomyam atau perap daging pun sesuai. Kalau korang tak percaya boleh tanya tukang masak Siam,” ujar Trisya Aman.
Bawang putih jeruk mempunyai sejumlah besar protein, juga mengandungi kalsium, fosforus, besi, kaya juga vitamin C, bawang putih jeruk juga mengandung tii, riboflavin, niacin, allicin, citral, juga mengandung unsur-unsur jejak yang kaya seperti selenium dan germanium. Pickled Garlic brand yang ni sedap. Rasa manis dan masam sikit. Sedap dimakan dengan Nasi Kerabu sebagai penambah perasa dalam makanan.
Ikan Tenggiri Jeruk memang sangat enak jika digoreng bersama bawang. Kalau goreng kosong pun sedap. Lepas tu cicah dengan sambal. Tetapi kalau di restoran Thai Kailan Ikan Masin atau Nasi Goreng Ikan Masin antara menu yang wajib ada.
Ada sahaja yang diviralkan kononnya mampu mengatasi penyebaran Covid-19 tanpa mendapatkan maklumat yang sahih. Sepatutnya janganlah hanya percaya dengan apa sahaja yang diviralkan sebaliknya selidik maklumat itu terlebih dahulu sama ada sahih atau tidak.
Ini perkongsian dari Farmasi i-Sihat.
Satu hari satu scam product untuk rawat/prevent Covid19. Public pun cepat je viralkan, dah banyak message masuk tanya jual ke tak.
[SCAM ALERT] The product contains chlorine dioxide, but Dr Ariane Davison – a virologist and immunologist – told HKFP…
Belum pun sempat isu penggunaan herba daun semambu untuk rawatan COVID 19 reda, timbul pula dakwaan kaedah pencegahan baru. Kali ini melibatkan produk moden pula iaitu kad gantung di baju (‘health tag’) yang mengandungi bahan kimia Chlorine Dioxide.
Produk yang kini VIRAL dan laris penjualannya melalui atas talian ini kononnya bertindak mencegah jangkitan virus dan bakteria melalui pembebasan gas Chlorine Dioxide di sekitar pemakainya.
Benarkah begitu?
Satu kajian khusus tentang keberkesanan produk seumpama ini telah dijalankan dan diterbitkan melalui artikel “Hidekazu NISHIMURA, Investigation on Practical Usefulness of Body-worn Devices that Claim to Release Chlorine Dioxide. Japanese Journal of Environmental Infections 32(4):222-226. July 2017.
Hasil daripada kajian ini mendapati: 1. Tiada kesan pembasmian kuman atau virus yang berlaku 2. Gas yang dibebaskan adalah sangat rendah atau tidak dapat dikesan langsung
Dapatan ini menunjukkan pemakaian ‘health tag’ adalah TIDAK BERKESAN untuk mencegah jangkitan kuman atau virus sedia ada apatah lagi COVID-19.
Chlorine Dioxide merupakan gas yang bersifat merengsa terutama kepada saluran pernafasan bergantung kepada kuantiti dan kepekatan gas yang terdedah.
Apa yang lebih dibimbangi adalah kepercayaan pengguna terhadap produk ini akan menyebabkan mereka merasakan selamat dan dilindungi daripada jangkitan. Akibatnya pemakai mungkin akan bersikap kurang berhati-hati dan tidak mengamalkan kaedah pencegahan yang terbukti berkesan seperti kerap membasuh tangan dan penjarakan sosial.
Bercerita mengenai sambutan Syawal tahun ini, pastinya setiap orang memiliki kisah tersendiri tentang persiapan raya yang sudah lama tidak disambut meriah. Pengacara yang semakin dikenali ramai, Farahanim Razak berkongsi cerita mengenai kemeriahan raya yang disambut bersama keluarga tercinta, eksklusif dalam The Hijabista Show.
Menurut Farahanim, sambutan raya kali ini bersifat sederhana dan lebih menumpukan kepada anak-anaknya serta suami.
“Bila usia semakin meningkat, saya lebihkan kepada anak-anak untuk beri mereka rasa seronok menyambut Aidilfitri. Persiapannya raya kali ini saya utamakan suami dan anak-anak terlebih dahulu,” ujarnya.
Tambahnya lagi, apabila memiliki anak kembar, Amina Raissa dan Amira Raissa, dia mahukan pemilihan busana rayanya sama konsep dengan anak-anaknya itu untuk lebih kelihatan meriah dan ceria. Biarpun kedua-dua anaknya itu memiliki personaliti yang berbeza, namun untuk busana raya, dia lebih suka untuk memilih konsep dan gaya yang sama.
“Bila memiliki anak kembar, saya lebih suka untuk memilih padanan busana raya yang sama konsep dengan saya. Kalau baju saya bersulam, jadi anak-anak pun bersulam bajunya.
Suami pula beri kebebasan kepada saya untuk memilih baju rayanya dan anak-anak. Apa yang saya pilih, dia akan pakai sahaja. Jadi lebih mudah.
Selalunya persiapan baju raya akan dilakukan lebih awal supaya kami sekeluarga boleh memberi fokus pada bulan Ramadan yang banyak kebaikannya,” ulasnya lanjut.
Bergaya over ketika beraya?
Berbicara mengenai gaya sakan ketika beraya, Farahanim menyatakan bahawa ia terpulang kepada individu tersebut. Jika berkemampuan untuk meraikan hari raya serba mewah dan meriah, itu pilihan mereka sendiri.
“Bersederhana ataupun over apabila beraya, itu semua bergantung kepada diri sendiri. Jika ingin cantik dan nampak menawan di hari raya, tidak salah untuk berbelanja tapi biarlah berpada-pada.
Apa yang penting, kita bergaya untuk diri sendiri, dan bukan untuk orang lain,” komen Farahanim.
Pakaian Muslimah itu adalah pakaian yang ringkas dan tidak terlalu berlebihan serta banyak perhiasan.Paling penting mengikut syariat. Berikut tujuh gaya sempurna hijabi yang sederhana...