Apabila tempoh PKP di panjangkan ramai rakyat Malaysia sudah mula mahir memasak. 4 Mei semua rakyat dibenarkan keluar untuk menjalani kehidupan biasa dengan mematuhi SOP yang telah dikeluarkan.

Namun jangan biarkan kemahiran masak berhenti di situ sahaja. Memandangkan kerajan tidak membenarkan kita pulang ke Kg halaman, jom sambung buat kuih raya. Hantarkan kiriman biskut raya untuk insan tercinta di kampung lebih bermakna. Ikuti perkongsian Pn Baizura Muhammad memang mudah nampak pun sedap.

Punggah baking area tengok semua bahan ada so kita ONZ terus buat cookies ala Famous Amous ni. Resepi simple sangat, pakai senduk je kacau2 bagi sebati, pastu cubit2 pakai tangan and bakar! Senang kan.. boleh ajak anak2 buat..

Adunan ni dapat 4 bekas yg macam kakbai pakai tu. Bekas kakbai tu hat yg lebar punya bukan yg small tau, so mmg resepi ni dapat banyak, bolehlah share dgn jiran2 sekali.. alang2 tak dapat balik raya, bolehlah gemuk sesama . Hasil perkongsian resepi bersama rakan Anney Z Mustapha

Bahan-bahan seperti di bawah:

  • 250 gram Butter
  • 1 1/4 cawan Brown Sugar
  • 1 sudu kecil Essence Vanila
  • 1 biji Telur
  • 2 1/2 cawan Tepung Gandum
  • 1/2 cawan Tepung Jagung
  • 1 sudu kecil Baking Powder
  • 1 sudu kecil Soda Bikarbonat
  • 6 sudu besar Minyak Masak
  • 2 cawan Coklat Cip
  • Almond nips / almond flakes –jika suka
  • Lagi premium (jenis mahal) bahan yg digunakan, lagi sedap rasa cookies ni tau!

Langkah-langkah:

  1. Masukkan butter 250g, brown sugar 1 1/4 cawan, essence vanilla 1 sudu kecik & telur sebijik. Kacau leklek just bagi sebati je, takyah sesungguh sgt..[UPDATE: Ramai yg buat silap kat sini. Jgn pakai mixer. Pakai spatula/senduk/sudu je cukup. Nak pakai tangan pun boleh. Kacau sekadar nak bagi bahan sebati je, kacau slow2. Bila bahan dah bercampur je terus stop. Tak perlu bagi kembang. Tak perlu tunggu sampai gula larut. Seminit-dua je cukup]

2. Dalam bekas yg sama tadi, masukkan pulak tepung gandum 2 1/2 cawan, tepung jagung 1/2 cawan, soda bikarbonat 1 sudu kecik, baking powder pun 1 sudu kecik & minyak masak 6 sudu besar. Kacau lagi bagi sebati, pelan2 kayuh..

[UPDATE: Ingat, kacau slow2 je sekadar nak bagi bahan bercampur rata. Dah sebati terus stop, buat step seterusnya]

IKLAN

3. Bila semua dah sebati, masukkan 2 cawan choc chip.Masukkan lagi segenggam dalam mulut.

4. Kacau sebati lagi sampai semua mesra friendly gitu. Masih kacau slow2.. laju2 nak pergi mana?

5. Kalau rasa nak tambah badam nips ke, almond flakes ke, cornflakes ke or nestum ke, tambah je ikut suka. Mcm kakbai, asingkan sikit utk letak almond nips so dapatlah 2 jenis nanti. Dah tambah, kacau sebati jugak.

IKLAN

6. Adunan yg dah siap tu, masukkan dalam fridge selama 30minit. Tutuplah sket adunan tu kang bercampur pulak dengan bau bawang, petai, budu dlm tu pulak.

Kalau fridge jenis tak sejuk sangat, simpan lama lagi. Make sure adunan tu jadi keras sikit masa ni.

7. Sapu tray dengan butter. Takyah letak baking paper. Cubit sikit dan susun jarak2 dalam tray. Kekalkan social distancing seperti dlm gambar kay.. musim PKP ni jgn izinkan mereka bergaul..

[UPDATE: Cubit je adunan tu. Tak perlu tekan bagi penyet. Nanti bila bakar dia akan cair dan turun sendiri. Tengok gambar dan tiru buat yg sama]

IKLAN

8. Sebelum tu, panaskan oven suhu 150’ guna api atas bawah. Bila oven dah panas, bakar selama 20 minit. Tengok betul2 rupa adunan ni sebelum dibakar. Tak perlu tekan bagi penyet. Nanti kat gambar sebelah boleh tengok adunan mencair sendiri masa dibakar

9. Nampak tu dia dah start mengembang. Jgn gatal2 nak bukak oven kejap2 nnt bantat jadinya..

10. TADAAA!Famous Amous PKP cookies is DONE!
Masa baru keluar oven biskut ni lembut sikit tau. Dah sejuk baru dia crunchy, bolehlah ngap dengan rasa bersalah sbb dah nak raya nnt tak sempat kurus 🤪 Eh ada ke raya tahun ni?

Dah siap nanti, antarlah gambar buat bagi semangat kat kawan-kawan lain nak cuba. Walaubagaimanpun semasa membeli bahan kek pastikan anda tetap mematuhi SOP yang ditetapkan ya.

SELAMAT MENCUBA!

SUMBER: Baizura Muhammad

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI